Thursday, April 28, 2011

Occupational Therapy & Collect Hearing Aid

28-April 2011 ~ 

Pkl 6.00am Yasmeen dah bangun... dia ni memang, tidur lambat tapi bangun sikit punya awal.. hehe, agaknya dia tak sabar nak pergi collect hearing aid
yang dah siap tu kot.

Pagi ni Yasmeen ada Occupational Therapy 8.45am di HTAR, selepas kakak farah
dah selamat pergi ke sekolah, kita pun gerak ke Hospital. Abah turunkan ummi & yasmeen di lobi hospital, manakala abah nak pergi cari parking, di sebabkan lagi 20minit masa temujanji, ummi & yasmeen pergi la dulu buat pendaftaran.

Dalam OT yasmeen tak lalu duduk diam, ada saje benda dia nak buat, yang tahan tu...kang tersadung kaki kerusi ..mau jatuh.

Setelah pembayaran dibuat, Yasmeen diarahkan masuk ke Bilik NO.1, bilik ni utk kanak-kanak.
First thing yang yasmeen suka bila masuk bilik exercise ni, adalah slider.
Dia tak tunggu lama, terus je tarik tangan ajak ke papan gelongsor tu.


Macam biasa lah.. bola adalah kegemaran dia, 3 biji sekali dia conquer. 
Sejam dalam bilik exercise yasmeen tak duduk diam, macam,-macam permainan yang dia main, hah...puas hati dia main, takde la nak merengek-rengek minta
simpati atau asyik nak berkepit. 
Lagi 2 bln yasmeen kene repeat datang OT. Mintak-mintak time tu yasmeen dah boleh bercakap sikit-sikit :).

Selepas OT, rancangan seterusnya adalah untuk mengambil Hearing Aid 
yasmeen di Hearing Solutions , seberang Hospital aje.. 


Kami client pertama utk hari ni. Ms. Roslyn pun jemput weols masuk ke officenya, dan dia mengeluarkan satu Accessories Bag dengan sepasang alat pendengaran.

Mula-mula Ms. Roslyn dok menerangkan apakah accessoriesnya & cara-cara penjagaan & penyimpanan, maklumlah alat ni sangat sensitif, mudah rosak jika tidak dijaga dengan betul. Lebih-lebih lagi alat ni mahal.. ummi & abah kene dengar betul2 dan ambik perhatian.
Yasmeen dgn accessories H.A nyer , tgn siap enterframe tu.. wakakaka (P/S: harga utk 2set including accessories tu semua RM5760... mahal jugek kan?)


Acuan telinga hari tu dah siap & dipasangkan terus ke alat. Huhu... bukan senang tau nak pakai benda ni, ummi pun masih terkial-kial nak pasangkan kat telinga yasmeen. Kalau pasang tak betul, akan terhasil lah bunyik bising yang membingitkan.
Yasmeen dgn H.A Phonak Naida 1UP, kaler Beige !


 Setelah kedudukan H.A yasmeen Okay. Ini lah masanya alat itu diprogram kan. Semuanya guna komputer je.. tak yah susah-susah nak tekan-tekan kat telinga dah.
Alat sedang diprogram oleh Ms.Roslyn
Selesai di kedai Hearing Solutions, kita kene patah balik ke ENT, HTAR utk
set appointment dgn Audiologist Ms.Farah. Luckily Ms.Farah masa tu takde patient, so.. dia terangkan, buat masa ni, yasmeen di-set pada vol. yg rendah, objective utama utk 2 minggu ni adalah utk membiasakan yasmeen dgn alat baru ini. Hari pertama, kalau dia boleh consisten pakai selama sejam, esok dinaikan pula kepada 2jam, hari ke 3 , 3 jam.. dan berikutnya... 


23/5 & 6/6 , yasmeen ada audio test.. so, tunggulah result macam mana alat ini, adakah ia memberi kebaikan or kene pula guna cara lain. Wait & see.

Masuk dalam kereta, yasmeen dah merengek nak tidur.. hah, tidurlah.. dgn alat tergantung kat leher.


Sampai di rumah jam menunjukan jam 11.45am, pkl 12 ummi dah kene pergi kerja, kalau ikutkan hati, memang nak cuti fullday, tapi hari ni closing. Tak baguslah kalau cuti... waktu2 mcm ni la selalunya ada aje banyak songeh yang perlu dilayan & ditangani.







No comments:

Post a Comment