Wednesday, December 21, 2011

Published with Blogger-droid v2.0.2

Published with Blogger-droid v2.0.2

wakakakak! sorry ler semorang... actually tak sengaja ter-post empty post... tgh belajar-belajar upload application kat henpon baru kite , tetiba jer tertekan POST! hah amekaw!! Henpoon Nokia lama kite tu dah arwah & dah masuk muzium pun.

PS: nanti kalau ada new entry kita tulis lagi, buat masa sekarang kita tengah malas-malasan, sebab kita tengah serabut nak kemas itu ini, stress sebab tak tahu nak start dari mana...huhuhu..


Anyone boleh bagi idea???
Sekian, terima kasih.

:D

Tuesday, December 20, 2011

Fasa Pertama

Alhamdulillah, Jumaat lepas 16hb Dis 2011, lebih kurang pukul 9:30 malam buyer yang nak beli rumah kami datang bersama-sama dengan lawyer mereka & ejen hartanah En. Peter.

Well, setelah semak S&P & jelas dengan semua perkara yang dipersetujui maka kami berempat telahpun menuruntanda-tangani perjanjian. 

Maka tugas seterusnya adalah mengunjungi pejabat tanah untuk melepaskan/menukar hak milik.

Kat sini saya nak ingatkan, jika anda ingin membeli harta tanah yang dilabelkan sebagai "Rezab Melayu", maka silalah bawak GERAN, S&P dan yang paling penting ialah SURAT BERANAK & I.C, bila berurusan dengan Pejabat Tanah, sebab-musabab diorang nak Surat Beranak ni agaknya diorang nak memastikan hartanah itu tidak dijual pada yang tak berhak. Kalau difikirkan memang ada logiknya la. Memandangkan buyer kami tadi tak bawak surat beranak & geran, maka next week la diorang pergi, jadi form tu kami ambik dulu untuk setel part weols pulak.

So, now dah fasa untuk menyetelkan penukaran sekolah anak-anak pulak, then nak cari contractor untuk buat tiles, kitchen cabinet & grill... sempat ke nak setel semua ni dalam masa sat hari?? sebab esok jer cuti yang kami ada.
 

Moga mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar esok. Amin~

Thursday, December 15, 2011

Speech Therapy & Audio Assessment 14-12-2011

Today cik yasmeen kita ada 2 appointment. 8.00 pagi dengan Cik Shahira (Speech Therapist) , kemudian diikuti pulak dengan appointment dengan Pn. Farah (Audiologist). 


Latihan hari ini Cik Shahira nak perkenalkan dengan bunyian "P". So, dimulakan dengan bermain IKAN nganga-nganga , setiap kali keluarkan IKAN mainan tu, Cik Shahira & ummi akan bergilir-gilir menyebut "PISH" dengan harapan Yasmeen akan meniru perbuatan & sebutan kami berdua.


Ikan kemudian akan diletakkan di dalam lubang-lubang. Bila dah dimasukkan dalam lubang tu, Cik Shahira akan menekan suis untuk menggerakkan ikan-ikan tersebut dan
sambil menyebut ..."PUSINGGGG"... 


Perbuatan ini diulangi berkali-kali sampai Yasmeen dah naik buhsan. hehehe... Alahai Yasmeen... dia tak sabar dengan mainan ni sebab dia tak puas bila satu-satu ikan dimasukkan, kalau boleh dia nak masuk sekali banyak-banyak.. muhuhuhu..


Bila Cik Shahira suruh buat bunyi, dia buka mulut & memuncungkan bibir, tapi bunyi takde, yang ada hanya angin semata... hahaha.. tapi Cik Shahira kata, co-operation hari ni sangat bagus. Takdelah asyik nak mengelak aje.


Lastly, bila dia rasa boring tahap gaban, dia akan mengelengkan-gelengkan kepala tanda dia tak nak follow cara kami.


Then, Cik Shahira tukar permainan pulak, Play Doh .... kali ni aktiviti mencanai doh! Excited bukan kemain dia, Cik Shahira bagi satu doh untuk ummi, satu doh untuk Yasmeen dan satu doh lagi Cik Shahira punye.


Mula-mula... kene sebut "PUSINGGG-PUSINNG.." sambil menggolek-golekkan doh tadi. Bila dah cukup bulat.... "STOP", semua tangan diam diatas doh tadi.
Yasmeen pun ikut sama. Kemudian, langkah seterusnya... "PIIICIITTT", lalu doh pun kami picit-picit sampai menjadi lempeng. Bila dah siap, kenelah bersorak, untuk menunjukkan kononnya dah berjaya membuat lempeng!


Selama satu jam, aktiviti yasmeen berkelakuan baik, walaupun dia agak playfull & kadang-kadang suka suki buat aktiviti sendiri. :P


Okay sesi dengan Cik Shahira tamat mengikut waktunya. Jadi menyusul pula ke bilik Audio Assessment untuk bersama dengan Pn. Farah. Procedure pertama, namanya TYMPANOMETRY / Timpanometri , yakni menguji tahap cairan di dalam telinga tengah Yasmeen.
Seperti lazimnya, Yasmeen kantoi! Tak pernah nya Okay! dah setahun result nya sama jer. Graf tympanogram-nya adalah flat sahaja. Lepas tu, check hearing aid yasmeen pula, hari tu belah kiri ada destruction , kali ni Kanan punye pulak... adeih! asyik kene ulang ke kedai hearing aid lah gayanya.


Next, masuk bilik kebal ... kali ini mau dapatkan data untuk telinga belah KIRI, seperti biasa tray & blok blok kayu diletakkan di hadapan yasmeen. Dia dah macam tau-tau je nak buat apa, dia ambik satu blok kayu tu diletakkan di tepi telinga, kononnya menanti bunyi yang akan dihasilkan. Memang bijak!!


Masa Pn. Farah tekan suis bunyi tu, dia pun lekas-lekas memasukkan blok tu dalam tray... 2-3 kali dia buat, nampak macam okay jer, Tapi sebenarnya dia main-main tu, dia menggunakan pengalaman sebelum ni, sebab walaupun bunyi tak dihasilkan dia still menyusun blok kayu tu dalam tray... nampak benor menipunyer!Adeih!! Terpaksa tukar cara ujian. Tengah-tengah buat ujian, mata dia boleh tertengok BAS mainan kat dalam bilik tu, apalagi dengan mendepangkan tangan & menunjuk-nunjuk ke arah toys tu. Langsung ujian terpaksa dihentikan sebab dia dah geleng-geleng kepala tanda TAK MAHU buat ujian lagi.


Sebelum berakhir, Pn. Farah tanya pasal progress Yasmeen dengan memakai alat H.A. Hurmm... susah nak cakap, sebab yasmeen tak consistent, mula-mula dia ada buat sebutan, now sangat jarang dia nak sebut, mulut bising tapi tak di fahami butir bicaranya.


So, ummi tanya pandangan pasal Implan Koklea. Sebab ummi tahu yasmeen ni selalu ngelat & sering mencabut H.A nya. Dia tak selesa, bila telinga gatal susah dia nak korek telinga nya..hehe, rimas lalu membuatkan tangan dia gatal sekali nak membuka alat tu. Sekurang-kurangnya bila dia menggunakan implan, benda tu dah distored di belakang telinga, ummi suarakan keperihatinan & kerisauan ummi pada Pn. Farah. Umur Yasmeen pun dah masuk 2thn 4bln, lagi 8 bln dia akan menginjak 3 tahun. Ummi tak nak Yasmeen ketinggalan jauh dari kanak-kanak yang sebaya dengannya.


Pn. Farah kata dia akan berbincang dengan Cik Shahira, untuk mengetahui pekembangan bahasa dia. Yasmeen memang dah disenaraikan untuk C.I. Cuma mereka akan berbincang lebih details & merujuk dengan Hospital Sungai Buloh dan kemudian barulah ke KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk dibentangkan.


Lepas mengatakan & membincangkan pasal C.I ni, ummi jadi agak berdebar-debar.. takut C.I ni tak berjaya setelah yasmeen melalui jerit perit & kesakitan operation. Apapun ummi mengharapkan C.I akan berlaku & yasmeen berjaya mendengar seperti orang normal lain, walaupun mungkin suara ummi akan kedengaran seperti robot & tak se-real suara asal. Takpelah asalkan Yasmeen mampu menuturkan bait-bait perkataan , itu sudah cukup membahagiakan ummi & ummi bersyukur sangat! Lagi satu ummi harap Pn. Farah tundakan dulu niatnya nak berundur dari clinic atas sebab nak jadi full time housewife. Tunggulah & lihatlah dulu kejayaan Yasmeen selepas operasi implannya. 


Selesai urusan di klinik ENT, ummi harus singgah ke kedai hearing aid nak hantar H.A Kanan untuk direpair. Pada masa yang sama ummi plan nak tukar earmold baru untuk kedua-dua belah telinga, telinga yasmeen dah besar, earmold tu dah tak cocok untuk yasmeen, dan akan menghasilkan bunyi bising (echo). Terbang RM90 untuk earmold sahaja, belum lagi parts yang lain.



Monday, December 5, 2011

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira



Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira
:
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Kata iols : takde pape nak cakap, cuma nak bagitau.. I LIKE Ombak Rindu!

Lirik - Untuk Kamu : Hafiz (OST Ombak Rindu)


Raut wajah...Mendamaikan...
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata...Mempersona...
Bagai gugur seluruh jantungku...

Aku Ingin engkau tahu...

Cinta aku satu...
Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...

Huuu....Huuu...Huuu....

Huuu....Huuu...Huuu...

Aku ingin engkau tahu..

Cinta aku satu.....
Tercipta buat dirimu...
Hanya untuk kamu.... 

Kata iols : di sebabkan iols suka apa sahaja yang ada kene mengena dengan Ombak Rindu, iols nak abadikan dalam belog yang ku cayang ini! peace!

Sunday, December 4, 2011

"OMBAK RINDU" with BFF

Oleh kerana me adalah peminat tegar & pembaca tegar Novel Ombak Rindu maka me juga secara otomatiknya meminati Filem Ombak Rindu, espeseli aktor pujaan Malaya si Aaron Aziz menjadi heronya!! OMG!

Plan nak tengok movie ni seawal 2 bulan sudah dirancang, diketuai oleh cik shima kita, dia dah booking BFF dia untuk tengok together-gather.
Tapi hanya sebahagian dari weols jer yang dapat merialisasikan gathering Bff kali ni. So, shima, shahida, fiza, anum & me ajelah yang carry on. Tiket siap beli walk-in awal 2 hari.. kalau nak beli masa time nak tengok, alamatnya tak dapek la! 


Okey, memandangkan selepas je habis sekolah menengah berbelas tahun yang lepas, memang jarang-jarang boleh bersua muka macam ni, jadi weols mulakan satu hari ni dengan breakfast sesama kat seksyen 15, Restaurant Termeloh, borak-borak, makan-makan, sampailah me rasa weols perlu gerak ke Jusco Bukit Raja, bukan tu jer, macam-macam plan nak ke situ sini, tapi takut tak sempatlah. Nak pergi pesta buku lah, nak pergi shopping la, sampai kat JJ, kitorang serbu dulu kedai buku Popular, heheh... mana tau ada buku-buku yang best boleh dibawa pulang.
Dah puas pusing-pusing dalam Popular bookstore tu, weols ternampaklah pulak satu lot kedai ni tengah buat sale Year End ni kan, inikan pulak barang-barang kosmetik, start dari lipstick, eyeliner, blusher, sampailah ke perfume & haircare.. Me tak melepaskan peluang sambar sebatang lipstick, maklumlah me & lipstick ni jarang-jarang sangat pakai, kalau pakaipun sekali dua je dalam sehari.
Kalau nak tahu sebatang pun susah nak habis dalam masa setahun.. huhuhu. Si Fizah & Shahida sempat pulak mencari tisu, ini semua untuk bekalan masa dalam panggung la tu. Sebab dari feedback orang yang dah tengok citer ni, rata-rata mengatakan citer ni bakal membuatkan korang menumpahkan airmata. Me tak sabar nak merasakan feeling tu, adakah filem ini akan sehebat Novel itu sendiri, secara jujurnya, novel tu adalah faberet koleksi me & setiap kali membacanya, mesti tangkap leleh, walaupun dah berkali-kali baca, TAK JEMU beb!!



12:05pm, yeah masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba, apalagi berduyun-duyunlah peminat-peminat Aaron & Maya Karin menuju ke seat masing-masing,haha..nak jadikan story, weols lima sekawan terpaksa buat undian, mana kedudukan seat weols untuk meng-fair & square kan kawan-kawan, cabutan pun dibuat semasa menunggu encik penjaga tiket buka laluan. Me orang pertama yang buat cabutan, and sekali dapat seat H9,helok plak H10 tu si makcik shahida, alamat memang tak leh konsentret la nampak gayanya. Makcik Shahida ni mesti tak kasi 'can' iols nak feeling-feeling nanti. 



Okay-okay citer dah nak start, weols punyalah seronok nak tengok O.R ni, langsung tak beli apa-apa pun untuk mengunyah.. alasan nak beri 100% fokus pada O.R.. cuma makcik shahida ni je dah awal-awal siapkan Twisties dalam beg gedabak dia.. hahaha.. alih-alih sampai habis O.R pun twisties tak muncul-muncul dari handbag dia.. wakakakak... shahida..shahida!!

Dalam masa menonton ni, ada gak dialog-dialog yang kelakar mengundang tawa dalam panggung, ada rasa sedih, happy , rasa macam nak tengok lagi jer, maunya tak, shahida yang duduk sebelah me sejak dari start citer ni dimainkan sampai la habis, ada je komen-komen, sampaikan part yang sepatutnya iols 'meleleh airmata' tak jadi airmata tu nak tumpah, siap boleh nak tergelak pulak.. Tapi jika nak dibandingkan dengan novel, filem ni cepat sangatlah, tak sempat nak merasai derita pahit manis Izzah & Harriz. Walau apa pun ia tetap best dangan cara ia sendiri. Thumbs Up untuk para pelakon & semua kru. Me bukanlah peminat Maya sangat pun, tapi sejak tengok dia dalam O.R ni iols jadi tersuka plak dengan dia. 
Maya & Aaron masa preview Ombak Rindu, cun arrr Maya!


Setelah 2 jam berperang dengan perasaan, endingnya Izzah & Harriz bahagia di atas kapal disamping perut yang memboyot. Kalau dalam novel, Izzah keguguran masa mengejar Harriz, tapi dalam filem, Izzah cuma mengalami pendarahan & kandungan dia selamat. :D ada sedikit kelainan kan?


Kalau nak tau lebih lagi, sila lah ke panggung yang berdekatan dengan anda. Kalau tak leh nak booking online, suruh je orang belikan.. Nak tambah lagi, dalam filem ni airmata Aaron memang murah, dia banyak kali menangis... bila dia menangis saat itu jugak me nak menangis sama... waaaa...


Tapi yang kelakar, masa keluar dari cinema tu, ramai yang sok-sek pengang tisu,tenyeh mata, me pon pengang gak tisu gak, tapi tak sempat basah! ini semua gara-gara shahida lah ni, jimat airmata & tisu me.


Bab nonton dah habis sekarang masa untuk memenuhkan perut yang berkeroncong, tapi iols pulak sibuk nak cari toilet.. adeih, actually me dah rasa nak ke toilet sejak dalam tu lagi tapi sebab taknak ketinggalan walau sebabak, maka niat ke toilet dipendamkan hinggalah out from there. Mak aiii.. toilet plak, macam kaunter tiket jugak... funyelah panjang depa dok beratur untuk mendapatkan perkhidmatan pembuangan. Jadi me memutuskan untuk keluar dari JJ , cari lah toilet lain je, maklumlah hujung minggu ramai umat!


Sebbaik lah, me masih boleh menahan, weols masih mencari-cari tempat yang sesuai untuk sesi tunaikan hajat, lastly cik shima decide kita ke R&R Sg. Rasau.. hah legaaaa!
Selesai melampiaskan hajat masaing-masing, weols heading to Seksyen 7, jalan-jalan cari makan, pusing punye pusing kami stop kat JM Briyani.
Ya, sila baca doa makan & makan!! Dah puas sembang-sembang, cerita pasal sekolah, pasal cikgu, dan for sure weols akan review semula filem, ahahah...dah macam forum kekdahnya... sampaikan terasa dah macam nak 'kene halau' dengan waiter baru weols beredar. :p


Ingatkan lepas makan,boleh la terus ke pesta jualan buku Alaf21, tapi Fiza pulak dah tak leh nak join, telephone dia dah banyak kali berdering, tanda dia perlu segera pulang ambik anak... nasib baik me dah post anak-anak kat puncak alam, hehe... kalau lah aidil & farah tau ummi dia tengok wayang sure mengamuk la diorang! Bukan apa, Ombak Rindu ni tak sesuai untuk budak kecik, nanti kita tengok kartun erk?

Kat next punya entry me nak share video klip OST Ombak Rindu, me hari-hari mesti kasi tengok klip ni dulu, haii...teruk demam me nih! :D ahaks!




Syok nyer tengok Ombak Rindu
Time ni Iols rasa nak nangis, saat Harriz menitiskan airmata, meluahkan rindunya pada Izzah selepas menikahi Mila





Tuesday, November 29, 2011

Main-Main


Seronoknya menjadi kanak-kanak... main..main...main sampai lebam! muhuhu...

Surah Al-Insyirah




1. Bukankah kami telah melapangkan bagimu dadamu (Wahai Muhammad)?
2. Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.
3. Yang memberati tanggunganmu
4. Dan kami telah tinggikan bagimu sebutan namamu
5. Oleh itu, maka tetapkanlah kepercayaanmu bahwa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan
6. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan.
7. Apabila engkau telah selesai daripada sesuatu amal salih, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha
8. Dan hanya kepada TUHANMU sahajalah, hendaknya engkau berharap.

Thursday, November 24, 2011

Oh Manusia!

Hmmmm... tak tau nak start from where, tapi frankly speaking la erk, actually me & en. shahar nak buat refinance for our terrace house ni utk buat some renovation & tutup lobang-lobang hutang yang mana dah nak habis dalam tahun terdekat ni. Nak renovate rumah ni, sudah menjadi angan-angan yang lama me idamkan untuk merialisasikannya. 

But! tetiba jer Isnin lepas, En. Shahar call my henpon, dia kata "ummi, adik cik kadir tu cari rumah untuk dibeli, nak tak kalau jual rumah kita ni?"
At first, me malas nak layan jugak pertanyaan En.Shahar. Orang dah berangan-rangan contractor pasang pintu kayu double bersisikan tingkap lurus & tinggi dan jugak dapur idaman.

Tetiba me diilhamkan oleh Allah, terdetik semula planning yang satu masa dulu me penah draf dalam kepala hotak me ni. Lalu me pun start la menconteng-conteng kertas, figure ini tolak figure itu... tambah plak figure ini.

Lalu sampai di rumah, setelah duduk-duduk sambil makan & disambung sambil menonton tv, me bagitau En. Shahar, "Okaylah, kita jual rumah ni & kita close all debts yang ado", tapi masa cakap ni, me tak mention pun kat hubby yang me dah nekad nak stay at my 1st house (beli masa bertunang dulu atas nama me). Me doa setiap kali bersolat, jika ini adalah jalan terbaik untuk kami, maka permudahkanlah urusan kami. Dan me sudah nampak "hikmah" yang tersembunyi selama ni, sudah 6 years me menunggu, now me sudah boleh figure out yang , kenapa Allah tak makbulkan doa ku untuk rumah 1st kami tu dijual. Rumah apartment ni lah akan saved us di kala memerlukan perlindungan dari hujan & panas, walaupun mungkin 'orang-orang' akan mula think negatively , why we want to stay at apartment instead of living je kat rumah sekarang... Ado den kesah?


Memang kalau diikutkan rancangan awal pembelian apartment ni adalah untuk kediaman kami selepas berkahwin, tapi tahun 2003 sepatutnya weols dah boleh masuk/duduk dalam rumah itu. Tapi atas sebab-sebab CF tidak diperolehi maka kunci rumah tak boleh direlease kan. Haii... time tu memang ada satu kompeni developer yang dulu kononnya gah, tapi banyak projek yang terbengkalai. Tapi syukurlah projek rumah apartment kami tu siap cuma ada beberapa spesifikasi yang tak meet requirement. Bulan-bulan dah kene bayar, tapi bayang kunci rumah tak jugak nampak-nampak. Yes, me akui me dah tak tahan lagi, takkan nak duduk umah mak je sampai rumah tu clear.Anak-anak dah semakin membesar & me pulak tak tahan dah nak ulang alik puncak alam-sec.26-puncak alam. Jauhhh tu beb!


Lantas my former boss, kak Rok tunjukkan satu flyer rumah teres setingkat.
Me tak sangka pun akan dapat memiliki rumah kedua ini. Me & hubby try our luck submit our documents, tup-tup loan lepas... dan memikirkan lot ini adalah rezab melayu maka me pun setujulah, dekat pun dekat dengan tempat keje.


Maka segala urusan pun dibuat, kehulu kehilir, turun naik lawyer office la, Pejabat Daerah la.. akhirnya setahun lapan bulan kemudian developer bagi surat untuk penyerahan kunci! Ya Allah happynya masa tu! Mula lah mencari pembuat gril, cari barang-barang asas,lampu, railing and etc. So, hiduplah kami dalam rumah baru ni.


Well, rumah 1st tu akhirnya dapat jugak CF, tapi itupun setelah kami tinggal di rumah baru. Kalau nak ikutkan time tu, weols ni tak layak untuk tanggung 2 biji rumah sekali gus, me pernah try untuk sewakan, end up me kene 'kencing', konon-kononnya nak sewa rumah, kami pun bergegas cari wireman untuk pasangkan PANEL BOX kat apartment, alasan developer tak pasang awal-awal takut ada makhluk asing curi pulak. Tapi memang nak dijadikan story, weols memang tak sempat pasal gril lagi kat aparment tu, sebab that guy beria-ria nak sewa & nak masuk secepat mungkin. Esoknya selepas siap pasang box tu. Kami jenguk rumah sekali lagi, jeng...jeng...jeng.. SAH! panel box weols kene curik!! baghalll punye fencurik!! mahal dowh panel box tu..(time tu mahal, maklumla gaji ciput)


Bukan setakat kene kencing dengan mamat yang kononnya nak menyewa, tapi kene jugak kencing dek mamat gian yang amik deposit untuk buat gril, kononnya nak buat modal beli besi, besi kepala hotak dia... bila kita call bila nak pasang... tapi tak diangkat-angkat call weols tu. So, kami pergi terjah bengkel kerja dia.. tau tak apa yang ado?? pintu tertutup tak bukak-bukak! Datanglah sampai sekarang pun kalau kami lalu depan bengkel dia, still tutup aje. Memang kami sumpah budak tu akan dapat karma dia nanti!!
Last-last, kami cari tokey kedai cina yang buat.. huh, tak kene tipu pun.. dia pun buat dalam masa 3 hari dah siap. Thanks ya tokey..


Lama jugak apartment weols tu kosong. Tapi setelah beberapa ketika, adik En. Shahar berhijrah ke key ell, lalu me suruh dia duduk saje di Apartment kami tu, sekurang-kurangnya ada jugak yang boleh jaga. Tentang bayaran weols tak tetapkan, yelah ...faham, adik tu baru nak hidup, so berapa dia nak kasi dia bolehlah bank in aje kepada abang long dia tu.


Now adik ipar me dah kawen, diorang laki bini stay kat umah mak mertua.
Jadi umah apartment tu dah jadi macam istana hinggap depa jelah. Dan masa pun berlalu.. one day me chat with my ex-workmate, hubby dia ejen hartanah.
So, we contact him & serahkan job untuk cari buyer for that house. 
Bukan setakat usaha itu sahaja yang me usahakan, me also everytime sesudah solat me always pray agar Allah mudahkan urusan rumah apartment tu.


BIla satu masa me rasa down & hopeless, me panjatkan doa, sekiranya dengan tak terjual rumah apartment tu sebenarnya adalah yang terbaik utk kami, maka me redha.. tapi sesungguhnya kami sangat memerlukan pertunjuk dari Nya untuk menyesaikan isu rumah apartment ini.

Then, tadaaa...here we are... boleh dikatakan our terrace house area ni memang macam pisang goreng panas.. ada je orang yang tanya, ni rumah sebelah me ni, dah banyak orang bertanya, cuma me yang tak tahu macam mana nak bantu mereka contact owner lama. Somemore rumah tu dah dilelongkan. 


Rumah jiran-jiran me yang sebelum ni yang dah berhijrah pun dah occupied. Tak sempat nak iklan pun.. ada je orang bertanya.


Okay-okay, me dah lari tajuk nih.. hehehe.. actually me nk story pasal fe'el manusia.. terlebih story plak pasal latar belakang rumah-rumah me. :))


Sabtu ni me dah set appointment dengan adik cik kadir tu untuk view & valuate. By the time she call kakak dia,kakak dia ni berada di rumah salah sorang jiran me, so diorg pun talk-talk la.. my jiran ni over concerned, maka terjadilah sesi berdialog, dialog apa... I don't really border la, cuma me nak inform theyall yang "ITU RUMAH AKU, SUKA HATI AKULAH NAK JUAL KE TAK & NAK DUDUK KAT MANA-MANA, YANG AKU NAK DUDUK TU PUN ADALAH RUMAH AKU JUGAK, BUKAN RUMAH KAU THOKK, RUMAH HASIL USAHA AKU"..


Aku dah usahakan macam-macam cara to let go that house, but Allah keeps it like that way.. and now,I realised, with that house, weols will released out our burden. Sungguh perancangan Allah itu lebih hebat dari perancangan manusia. kan?kan?kan?


Okay my advice to whom it may concern is... Bersyukur dengan what you have now, because you might not know what will happen to you next. Yes, a part of selling our house is to reserve some money for Yasmeen's C.I. Manalah tahu bila-bila masa je Audiologist & Speech Therapist & M.O akan duduk together-gather discussing & finalize untuk kasi surat untuk buat implan tu.


Oh ya, me also dapat respons from another buyer yang interested, esok dia nak check dengan banker pasal loan lepas atau tak.. mudah-mudahkan Allah permudahkan urusan kita-kita semua.Aminnn...


That's it! me nak makan... dah pukul saploh lebih ni.. majuk plak perut me nanti...ekekekek...


Night!night peeps!!









Thursday, November 17, 2011

Test Market

Haluuu... actually mata ni dah ngantuk sangat, maklumlah tengah hari tadi tak dapat buat projek taik mata a.k.a short nap.. nap la sangat... huhuhu. Hari ini iols ada training sepanjang hari, well kali ini iols bawak teman-teman "se-kelik" iols untuk sama-sama gain knowledge & awareness pasal ergonomics & manual handling. Trainer weols adalah seorang manager EHS, tapi at the same time dia bagi training untuk mana-mana organisasi yang memerlukan kepakaran dia.
Well dia nampak masih muda lagi la, pangkat adik-adik iols.. namanya En. Khairul Amalin... cara presentation amat memuaskan, takde la membuatkan iols & kawan-kawan "sekelik" iols bosan or whatever...

Untuk korang mendapat pencerahan mengenai Ergonimics ni, korang bleh jer gugel erk? tapi yang pasti iols tahu, setiap orang yang berkerja @ tak kisah lah kat mana sekalipun kene pastikan mesin-mesin ke, alat-alatan tu mestilah sesuai & padankan dengan keadaan fizikal korang, dan bukan korang yang menyesuaikan fizikal korang terhadap mesin & alat-alatan. Kalau blur jugak, korang contact aku, nanti aku contact En. Amalin ni.. hehehe.. psstt.. dia boleh tahan encem okkey...! :P

Okay, pasal training tu cukuplah, sekarang ni nak citer pasal perasaan iols dua tiga menjak ni. Iols sekarang ni sangat rajin belek-belek iklan kerja kosong, iols rasa macam nak try je job baru. Dah lama sangat rasanya berada di Comfort Zone , sesekali rasa nak 'cabar' diri sendiri.

Untuk pengetahuan uols, I dah hantar satu application kat one of badan berkanun ni, hurm.... rasa nervous plak, maklumlah dah lama tak di interview. Rasa nak terkucil je bila mengenangkannya, 1st time interview kat SPM ni pun tak abih lagi.. huhuhu.. seramnyer!

Tapi bila mengenangkan diri & anak-anak, iols terpaksa juga teruskan perjuangan ini. Iols kalau boleh nak pekerjaan yang flexible working hours nya.
Ialah, dengan keadaan Yasmeen yang macam ni, yang perlukan perhatian & sokongan lebih, iols risau jer kalau-kalau bos jepang iols ni tak boleh nak tolerate pasal cuti/appointments yasmeen , it's has been 2 years dah ulang alik hospital untuk treatment & therapy. Iols kalau bleh nak spend more time dengan anak-anak, now adalah masa diorang membesar, they should membesar di hadapan mata iols 24/7, tapi keadaan ekonomi family yang tak seberapa ni sangat membataskan iols.
I tak boleh harapkan my hubby sahaja, I tahu dia dah buat part dia & I sebagai isteri akan membantu selagi terdaya. Atleast jika sesuatu terjadi, Iols ada dahan untuk berpaut & tahu how to adopt that situation nanti.

Iols dah terasa tak patut bila terpaksa berkerja on Saturday. Sepatutnya weekends la iols & anak-anak bergumbire buat aktiviti kekeluargaan. Waaa.. dah lama tak buat aktiviti hujung minggu, paling kuat pun balik ke Puncak Alam. Then Ahad balik semula ke rumah.... tapi iols bisik pada hati iols, "takpe la, balik puncak alam pun kire okay... atleast selagi ada my parents, memang kewajipan iols untuk selalu menziarahi mereka" then itu yang buat I feel more better. :)

Iols cuba membayangkan, bila Yasmeen masuk sekolah, macam mana I nak handle? dah tentu-tentu dia akan masuk special school, sekolah khas ni pulak bukan semua tempat ada... waaaa... macam mana nak monitor pergi & balik sekolah, siapa yang boleh iols harapkan? mampukah dia berdikari? Oh... tolonglah, kalau boleh Iols nak hantar & ambik dia dari sekolah.. :'((
Kalau boleh Iols nak sentiasa ada di sisi nya apabila dia memerlukan.
uhh... tetiba sebak plak!

Sekiranya iols ditanya , why sekarang baru Iols nak tukar kerja? well, Iols akan jawab, pertamanya.. Gaji, ialah dalam zaman serba duit ni, duit memang menjadi pokok pada setiap keluarga, tanpa duit laki bini boleh berperang dunia. Gaji yang ada ini memanglah okay bagi kerani cabuk macam iols. Tapi tak berapa secure jugak, Iols depending pada kerja lebih masa. Tapi kerja lebih masa sudah tak sesuai untuk wife & mother macam iols ni.
Anak-anak selalu bertanya , "pukul berapa umi nak balik?", "sabtu umi keje tak?", " umi cuti tak arini?" , "umi kene kerje ker?" ... kesiannya tengok muka anak-anak! haih.. i wish if I could spend more time with them... 

Kalau Iols diterima kerja kat tempat baru tu, atleast ada waktu anjal.. sabtu tak payah kerja, benefits pun banyak, medical expenses pun mereka tanggung.

kalaulah berjaya kan baguss...


Secondly, I nak challenge myself. Kot-kot dengan kerja baru ni, boleh mengembangkan kepala otak yang hampir beku ni. Asyik repeating the same job kadang-kadang buat kite 'sick'. Mungkin jugak sebab iols ni suka analytic & suka cabaran, suka explore , suka experiment ... membuatkan iols ingin mencuba sesuatu yang baru.

Iols bagitau mak & abah pasal cari kerja baru & quit from current job, mak okay jer, tapi abah tak merelakan, maybe dia rasa apa yang iols ada sekarang sudah memadai baginya, yelah bukan senang nak cari kerja yang sesuai & environment yang menepati diri kita, kawan-kawan sekeliling nanti.

Sekiranya iols terpaksa melepaskan job sekarang & pergi ke job baru.. tentu iols akan merindui rakan-rakan sekelik di sini.. :'((, tapi sahabat-sahabatku, kepergianku adalah keperluan yang terpaksa aku penuhi demi anak-anak & keluargaku, aku tidak cukup bertuah seperti kamu..kamu..dan kamu...!


Aku perlu berusaha lebih gigih demi sebuah kehidupan, namun aku redha di atas ketentuan ini. Jika dengan cara begini aku lebih dekat kepada-Nya, maka aku bersyukur, bersyukur sangat.. aku takut jika Allah melupakan aku.


Halamak... beremosi plak. okay ..hidung iols sudah kembang, iols nak beradu. Semoga malam ini iols akan ditemani mimpi-mimpi nan indah kerana esok adalah HARI JADI KU!! HAPPY BIRTHDAY NOOR LIZA!!! You're rawk!



 

Friday, November 11, 2011

S.A.M.P.A.N A.K.U 11.11.11

Gambar Ihsan dari Izryn's Blog
Help! Help! Help!
Aku sudah hampir lemas
Sampan yang ku jaga
Yang ku kemudi
Yang ku rapi
Yang ku hiasi
Kini bocor 

Puas ku tampal
Air tetap membasahi

Oh, berikan ku kekuatan
Untuk aku berdayung 
sampai ke tepian
Jangan karam sebelum 
sempat ku berjuang
Di manakah kolek-kolek yang lain
Yang bisa aku menumpang 
barang sebelah kaki
Tidakkah sudi menyapa diri ini
Kirimkan salam ku pada daratan
Andainya tidak sempat ku berlabuh
Kerana lautan tenang kini bergelora

Wednesday, November 9, 2011

2/11/2011 - Speech Therapy & Seeing Dietitian


Speech hari ni dimulakan dgn Detection assessment , umi buat bunyi di bahagian belakang yasmeen, then yasmeen memasukkan kiub ke dalam kotak, bunyi vokal diperbagaikan.. seperti...." aaaa..., eeee...., iiiiii.... , uuuu...., ooooo... mmm...," semuanya mendapat respon yang bagus dari yasmeen, tapi bila cik shahira minta umi buat sebutan "shhh..." , namun tiada respon yang diberikan.
Cik Shahira kata, itu memang limit Yasmeen.. tapi takpe, sekarang ni yasmeen dah consistently boleh "detect' bunyi.
Plan sekarang adalah untuk "discriminate" bunyi .. iaitu, membezakan antara satu bunyi dengan bunyi yang lain.
Lalu Cik Shahira mengeluarkan sticker-sticker itik... & kapalterbang... so, bila gambar itik yang dilekatkan, kami akan menghasilkan bunyi
"kuek...kuek...", bila tampal kapalterbang kami akan bunyikan "Aaaaa....." dengan membuat isyarat tangan.
Tapi yasmeen biasalah, buat 2-3 kali dia cepat bosan, dia start nak main ikut sesedap dia jer. 
Untuk tidak menambahkan ke-hyper-an & penolakkan, maka sesi ditamatkan awal 15 minit.

10.00am, masa utk ke klinik Dietitian pulak, berat badan yasmeen diambil. kali ni berat yasmeen 9.8kg. Cik Dietitian buat soal selidik pasal pengambilan makanan setiap hari, berapa kali minum susu, ada ambil apa-apa multivit tak...

so far dari pemerhatian dia, apa yang yasmeen makan & ambil, memang just nice la , maybe sebab dia makan pun jenis makan sikit-sikit & aktif bergerak ke sana-sini, so kebanyakkan makanan yang dia makan habis menjadi tenaga je & tak menyimpan lemak-lemak. Apa-pun dia advice teruskan dgn diet yang ada.. & pelbagaikan bentuk & rasa, supaya Yasmeen tak mudah jemu dgn makanan, lepas tu kene makan beramai-ramai dengan abang & kakak... supaya dia seronok makan berebut-rebut. 
Aduh.. ummi kene be creative la... yolah-yolah meh la kite pikirkan sama-sama apa nak buat untuk menambahkan kuantiti makanan yasmeen nih..

Eye Clinic 1-Nov-2011

Masa menunggu optometrist panggil, Yasmeen buat kawan baru , namanya Ashanta (9yo), gegirl ni suka sangat main dgn Yasmeen, Sejak 1st time dia nampak Yasmeen, then masa duduk dekat sebelah Yasmeen, dia asik bagitau mama dia, "she's so cute, mama.." , she's so adorable ..." & she's so cuddly ... mama dia cakaplah , " she is a happy baby.." ,Ashanta minta izin nak dukung la, minta dudukkan yasmeen atas riba dia la... tapi yasmeen ni , malu-malu kucing, kalu jauh dia mahu...bila didekati dia malu..., dan part yang surprise ialah, mak gegirl ni lawyer... mula-mula wa ingat dia english teacher , hehe..sekali bukan. Umur dia pun dah 48yo.  Kalau dia tak bagitau umur sure wa ingat dia macam early 40's jer. Nampak muda nko... Sejam lebih jugak menunggu dari Optometrist then, tunggu lagi, kemudian mata yasmeen dititiskan dengan 3 jenis eyedrops.. untuk mengembangkan saraf mata kot.. seyes pedih, tapi yasmeen cool aje. Ashanta yang dah 9 thn pun tak tahan dengan kepedihan eyedrops tu.

Optometrist kata, silau a.k.a Astigmatisma yasmeen naik lagi.. kalau silau tu overlimit , maka yasmeen kene pakai cermin mata inform cik opto.

Dari masa ambik nombor giliran sampailah kat dalam ruang klinik mata, yasmeen takmau duduk sendiri, asyik suruh wa dukung dia bawak serata memo board , konon nak membaca poster-poster kat situ, letih la nakkk oiiii.. rugi ummi tak bawak buggy yasmeen...

Okay untuk lebih pengetahuan & input, wa telah mengugel artikel dari internet, and found this one.. dah lupe nama link tu...(sorry sesangat, tapi info ini sangat membantu)

"Astigmatisma atau rabun silau ni rasanya tentu ramai yang pernah mendengarinya. Kalau dikedai pelanggan suka sangat tanya “berapa silau saya?” “ Saya ada astig ke?” “ saya rasa saya ni rabun silau la” dan macam-macam lagi la pandai betul mereka ni belum check lagi dh tahu rabun silau hehe.. Agak-agak anda adake rabun silau ni dan apakah yang dikatakan rabun silau atau ASTIGMATISMA.
Saya cuba terangkan secara ringakas k. Astigmatisma merupakan jenis masalah refraktif yang dalam kategori silinder (ada saya jelaskan sedikit pada entri jenis-jenis rabun dahulu). Ia disebabkan oleh keadaan kornea yang tidak sekata dan ini menyebabkan cahaya yang memasuki mata juga menjadi tidak sekata. Maka kuasa optikal mata turut menjadi tidak sekata iaitu tinggi pada satu paksi meridian dan rendah pada paksi meridian yang bertentangan. Pendek kata semua tak sekata la hehe..

Astigmatisma biasanya hadir sejak lahir dan merupakan faktor keturunan. Walaubagaimanapun astigmatisma ini berubah dengan peningkatan umur. Keadaan ini juga boleh disebabkan oleh tekanan pada kelopak mata yang menekan kornea tapi jaranglah berlaku. Percaya atau tidak faktor kedudukan membaca dan melihat yang tidak betul juga boleh menyebabkan terjadinya astigmatisma. Misalnya membaca buku dalam keadaan baring atau mengereng dengan lama boleh menyebabkan terjadinya rabun silau jadi berhati-hatila dengan kedudukan anda semasa membaca. Selain itu, jikalau seseorang yang suka sangat melihat dengan menyegetkan kepala (macam terteleng sedikit) sehingga menjadi habit juga tidak bagus kerana ia juga membawa anda kepada astigmatisma. Dalam kes ini terkecuali kalau mereka dalam kategori juling atau ‘duane syndrome’ sebab kategori ini keadaan otot mata mereka yang tidak normal menyebabkan terdapat sedikit ‘abnormal head tilt’ bagi mengelakkan mereka mendapat imej ‘diplopia’ atau ‘double vision..."

Begitulah serba sedikit penerangan dari seorang bijak pandai tentang mata.
So, tunggu lagi setahun untuk appointment seterusnya, harap-harap silau yasmeen tak akan increase.

Tuesday, November 8, 2011

Ekspresi Diri

mencik...mencik...mencik!

hai..bertabahlah hati!

Menyemak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak-Anak

Hah... kali ni makcik nak share info baru... errr... baru bagi makcik, tapi mungkin dah basi bagi sesetengah orang.. heheh..

Pada parents yang ada anak-anak yang masih belajar di sekolah rendah or menengah, boleh lah menggunakan website ini untuk menyemak markah ujian, incase la kan, tetiba kita curios , awatlah anak kita ni tak serahkan report card depa, kite buleh la tet...tet ...tet jer kat SINI.

Tapi untuk darjah satu takde tau... sebab dia spesel sikit dari kakak-kakak or abang-abang dia... :)




Makcik jugak tidak melepaskan peluang menyemak, dan lihatlah hasilnya, untuk korang just tengok cover dah la ek? Isi dalamnya biarlah makcik je yang tahu.. heheh

Tapi bila makcik nak tengok paparan slip keputusan, sekali cikgu belum habis mengemaskini daa...

Okay lah selamat menyemak & untuk lebih dramatik, boleh saje print!! :)

 

Saturday, November 5, 2011

Taare Zameen Par - Movie [pasal Disleksia@Dyslexia]

Masa first time kak sue kata, "cuba tengok, pelakon kanak-kanak dalam citer ni, muka dia ada iras-iras Aidil.."

Maka aku pun try la search kat internet, ha'ah la...memang ada iras, tapi gigi Ishaan (Darsheel Safary) ni lebih mancung dari gigi Aidil...muahahaha...

walaupun citer ni dah bertahun ditayangkan, tapi baru hari ini aku dapat menonton dengan penuh fokus dan sepenuh hati, siap leleh-leleh ayormate.

Menonton citer ni membuatkan hati & naluri keibuan ku tersentuh. Kerana ada sedikit persamaan Ishaan & Aidil... Ishaan suka melukis, Aidil pun suka melukis, Aidil pandai melukis menggunakan "Paint" di laptop ummi.. memang cantik & berbakat kalau tengok Aidil melukis guna mouse.. Cita-cita Aidil dia nak jadi kartunis


Dulu masa darjah satu, aidil memang ada masalah untuk membutangkan baju & mengikat tali kasut, setiap pagi ummi lah yang akan membutangkan baju & beli je kasut yang zap on jer. Tapi sekarang Aidil dah boleh buat sendiri. Adakah Aidil juga menghadapi Disleksia ? Tapi syukurlah Aidil boleh membaca & menulis dengan elok. Ummi sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak ummi.


Okaylah , jom layan filem ni.. very inspiring tau untuk parents yang ada anak istimewa macam ni, jangan disisihkan mereka, sebab mereka pun ada perasaan, ada cita-cita ...berilah semangat & sentiasa beri perhatian & ambil tahu keadaan & perasaan mereka.

Ramai tokoh-tokoh atau famous people yang mengalami disleksia tapi mereka berjaya & terkenal , contohnya.. Thomas Edison, Albert Einstien , Alexender Graham Bell, Leonardo da Vinci, Tommy Hilfiger, Walt Disney & ramai lagi... anda boleh google... :)






Cuba comparekan muka Aidil & Darsheel ni... 
Aidil di standard 3

Masa umur 8 tahun rasanya waktu hari raya puasa di Melaka
Wajah-wajah Darsheel Safary...

Wednesday, October 19, 2011

Sesi Audio [17-10-2011]


Hari ini appointment audio dengan Puan Farah ialah pada pukul 3pm. Jadinya ummi ambik halfday leave lagi.
Dalam perjalanan , elok je sampai kat parking lot, langit nampak mendung ..kali ni ummi takde pilihan kene lah park kat roof. Mesti tak lama lagi akan hujan, maklumlah sekarang ni memey arr musim hujan petang.

Petang-petang macam ni memang tak ramai patient, so tak lah lama sangat menunggu.
Edisi sebelum Audio Test dimulakan,muka serius blurr... wakakakak

2.40pm , Yasmeen, Kakak Farah & Ummi tiba di klinik ENT. Kakak Farah memang sengaja dibawak sekali agar memudahkan proses pengawalan Yasmeen. Mudah sikit ummi kalau ada Farah, boleh la dia tolong 'layan bermain' dengan si adik.

Time menunggu umpama happy hour yasmeen, dengan gelak kekek & berlari-lari kehulu-kehilir, keluar masuk bawah kerusi, memang heaven lah!
Sampaikan ada seorang Pegawai Terapi Pertuturan pun tegur yasmeen.
"Ohh... gembiranya Yasmeen.."

Ummi pelik, sebab Yasmeen memang tak pernah diattended by class therapy or audio by Cik Terapi tadi. But how come she knows Yasmeen's name eh?

So... ummi assume lah, agaknya yasmeen ni dah glamour kat klinik Audio & Speech kots... ;). Mana taknya, diluar je dia bising hu-ha, cuba masuk bilik kebal or bilik terapi.... tak berkutik pun. Buat muka seposen lagi ada laa..
Yasmeen...yasmeen... :)
Zoom In..   
Kali ni ada banyak sangat improvement yang yasmeen buat, cuma tak sempat buat untuk LEFT ear je, sebab dia dah start distracted by lego & Elmo merah tu... hehe.
So, next plan bulan depan is to collect hearing data for LEFT ear.

Tapi secara generally, bila dipakaikan hearing aid, yasmeen ada RESPOND.


Sayangnye tak boleh nak share video yasmeen masa tengah buat Audio Test.
Hehehe, kelakar bila ingatkan muka bila yasmeen refuse nak buat test,boleh ikut suka hati dia je nak letak mana lego blok tu. Siap buat muka lagi tu.... :p

Thursday, October 13, 2011

Lawatan Ke Klinik Pediatrik HTAR

p/s: tak bulat ke muka dia masa ni? ke mata aku yg kero.. :p

OMG, pergi temujanji PAEDS ni lebih mencabar berbanding temujanji dengan klinik-klinik lain, maklumlah...kanak-kanak & babies memang ramai..

Lebih dari setengah jam jugak aku tunggu giliran Nombor, dah la kerusi menunggu sangat limited, jadinya terpaksalah berdiri sajok..dengan Yasmeen yang tak mahu diletakkan ke bawah, asik la nak berdukung, boleh patah pinggang aku yang ramping bak kerengga ni.

Sampaikan Aidil pun komplen letih kene berdiri lama.

"0530..kaunter 4"  terus aku capai Yasmeen bawak ke kaunter. Setelah penyerahan resit dibuat, aku & anak-anak bergegas ke klinik Pediatrik tu.
Sudah 15minit berlalu dari waktu sepatutnya. 

Kad diserahkan ke kaunter Pediatrik pula, kene tunggu lagi sehingga nama pulak dipanggil. Ini pun mengambil masa jugak.

Lepas nama dipanggil, kene tunggu lagi untuk timbang & ukur tinggi.
Main-main lagi ... yasmeen bebas berkejar ke sana ke mari.
Tapi disamping tu jugak dia paksa aku dukung dia bawak dia tengok mural dalam klinik tu... hadeih, penat berdiri amik nombor pun tak abis lagi...dah kene dera lagi... :)



okay nak jadikan cerita, masa timbang berat, aku pasti aku nampak tertera berat 9.7kg. Dalam kepala otak aku, dok menimbang-nimbang yang yasmeen tak lama lagi akan capai berat 10kilo.

Lepas timbang kene duduk lagi menunggu, ini tunggu untuk bertemu dengan doktor la pulak..

Bayangkan dari pukul 9.15am aku jejak kaki kat klinik Pediatrik, pukul 10.00am baru boleh jumpa doktor.

Doktor adalah berbeza-beza setiap kali visit ni. Kali ni still doktor India lelaki.
Mula-mula masuk je dia terus inform pasal 'weight' yasmeen , dimana ianya tidak mencapai piawaian yang sepatutnya mengikut umur yasmeen.


Dekat buku rekod tu tertulis 
Berat : 9.3kg
Tinggi : 83cm


ehhh... bukan ke sepatutnya 9.7kg, apa dorang tolak 400gm ker setiap kali timbang, sebab yasmeen tak buka pampers & baju? 
Okay bab tu aku tak mau argue dulu, biarkan.. aku nak dengar dari Dietitian pulak bila appointment nanti.

Gross motor delay yasmeen alhamdulillah sudah dikategorikan SUDAH DISCHARGED. Now focus on Delay Speech & Weight ... haihh.. habislah, makin banyak NPL aku weih!!

Lepas jer keluar dari Pediatrik, terus berjalan laju-laju ke tingkat 1 untuk hantar form ke Dietitian nak set appointment la kekdahnya.


1st time masuk klinik perubatan kat sini, pergh..umat punye la ramai... sebbaik aku tak perlu tunggu, terus je masuk cari pintu ke 3 dari kanan...taraaa... terus jumpa cik kat kaunter tu.


So, next appointment adalah pada 2/11/2011 10:00am! Saje je amik time selepas Speech Therapy Yasmeen.


Balik kerja aku terus cari Buku Rekod Kesihatan Yasmeen masa baby aritu, aku tick kan pada graf berat & tinggi , hurrmmm... kalau ikutkan, Yasmeen dalam range kaler putih,bukan kuning or merah, which mean yang dia masih terkawal. hadoiii... nanti masa pergi ke dietitian akan ku bawak buku ni sebagai rujukan & jugak untuk membuat pencerahan mengenai berat badan yasmeen.
 

Tuesday, October 11, 2011

Nera - Hatimu Milikku



Kata ku : Dah lama mencari lagu ni, tapi tak sempat nak tepek kat sini... fuhh, sebaik hari ni ada kesempatan ...boleh la kongsi dengar dengan korang... :))

Sunday, October 9, 2011

Aku Dulu Pun Sorang Pelakon

Tujuan aku buat entry ni bukanlah sekadar untuk "me-riak" okey...

Actually masa tengah searching-searching kat youtube lagu saripah aini tu, mata aku tertarik-tarik membaca Tajuk sebuah lagu yang suatu masa dulu aku pernah melakonkan satu watak yang boleh dikirakan PELAKON UTAMA tau, bukan sekadar sandaran atau mak macak... :))

Okey lagunya ialah "RATAPAN SI ANAK TIRI" nyanyian Emilia Contessa, alah penyanyi veteran Indonesia tu.

Berbalik kepada cerita menjadi pelakon, hahaha...
masa tu aku baru darjah 3, dan walaupun umur dah 9 tahun, fizikal aku macam budak umur 8 tahun, comei kan? wahahahah 

That time, aku masih bersekolah di Sultan Alam Shah 2, PJ. Itulah sekolah rendah pertama yang aku jejak. Elok masuk darjah 5, aku dah kene pindah sekolah, sebab mengikut mak & abah duduk di rumah baru kami.


Hurmm.., yang aku ingat Cikgu BM aku suruh aku berlatih drama kat dewan, dalam seminggu dua lah jugak weols giat berlatih. Tapiii... aku memang suka sangat berlakon, sebab latihan itu, ikut suke cikgu je bila dia nak buat. Tengah sedap-sedap belajar, tetiba ada pengawas akan datang ke kelas minta kebenaran cikgu untuk bawak aku ke dewan... :D

Oh? lupa nak citer, my role masa tu was SI ANAK TIRI , okeh.. anak tiri... dah memang sah-sah aku lah HEROIN dalam citer tu... ahaha...

Tapi yang sangat best,adalah apabila ada cikgu yang bagi feedback, ada parents & teachers nangis tengok aku kene "dera" dek mak tiri & anak dia...
huwaaa... bangga siot!! Lakonan aku berjaya & aku sangat menjiwai watak, boleh? muhuhu... haduii...kenangan yang tak boleh dilupakan... tapi aku tetap lupa, pementasan tu untuk apa...adakah untuk sambutan Hari Guru? Hari Ibu, Hari Anugerah Cemerlang or whatever lah..


Ini lah dia video lagu tu... cuba korang bayangkan aku berlakon berdasarkan bait-bait lirik tu... selamat berangan!!!
:D







Cry Out Loud

Sabtu 8-Oct'2011 ; 23:30pm, En.Shahar harus berpergian demi mencari sesuap nafkah untuk kami sekeluarga. Rasa macam tak best jer bila kene berjauhan, espeseli bila dihujung-hujung minggu macam ni.
Sekadar gambar hiasan: "anak manja abah!"

Kesian kat anak-anak, time weekend la nak spend more time dengan mak & pak nye. Apa nak buek.. weols bukan lah orang yang "ada-ada", kene kerja kuat! zaman sekarang ni duit adalah segala-galanya. 


Masa untuk melepaskan en.shahar adalah saat paling memilukan, sob..sob..sob..
sebagai permulaan, semua anak-anak bergomol bersuka ria dengan en.shahar kat dalam bilik, atas katil, yang tu okeylah...yang si kakak & si abang sudah besar & faham yang abah diorang kene kerja. Tapi tidak bagi si Yasmeen.


Untuk memudahkan en.shahar bolos dari rumah, kenelah iols menidurkan Yasmeen, tapi Yasmeen sudah pandai  & berakal. 


Bila dia tak nampak kelibat daddy kesayangan dia, maka melalaklah dia, lagipun dia nampak suspicious bila daddy kesayangan dia pakai Jacket. Pada firasat dia, "ABAH NAK KELUAR JENJALAN LA TU!"...


Iols sangatlah sebak, sebab actually iols pun kalau boleh, biarlah kami semua menghabiskan masa bersama-sama, maklumlah dah seminggu ni En.Shahar asik balik lewat malam. Mak & anak nak bermanja-manja pun tak boleh... kesian weols. huk huk huk...


Elok je En.Shahar start enjin moto , Yasmeen dah memanjat-manjat kepala katil yang terletak sangat dekat dengan tingkap bilik weols. Terjerit-jeritlah sang anak seakan-akan memohon simpati si ayah, supaya jangan pergi tinggalkan dia.
Iols sudah basah dengan airmata, tak tahannn... melihat si anak yang menagih kasih sayang ayah.


En.Shahar sudah berada diluar pagar rumah, iols jugak dapat merasakan betapa berat kaki ingin melangkah, lama dia memandang ke arah tingkap kami.
:'((.


Demi keluarga yang tembolok perlu diisi & hutang yang perlu dilangsaikan. Hati & kaki harus ditetapkan.


Pergilah suami ku, kami akan menunggu kepulangan mu, semoga selamat pergi & selamat jua kembali ke pangkuan kami.


Sesi memujuk yasmeen bukan lah mudah, walaupun sudah 10 minit kelibat daddy nya berlalu, dia still mengogoi di tingkap. oh.. pelislah anak ku, jangan buat umi sedih & pilu macam ni...

Walaupun diturunkan dari tingkap, dia gagahkan kaki memanjat sekali lagi tingkap tu, umi biarkan sampai hati dia puas.


Last-last, sumbat susu, maka tertidurlah si kecik dengan kesan airmata masih bersisa di pipi.



To Abang, ummi mintak sori yer? dalam seminggu ni jugak, ummi dah banyak peningkan abang dengan kerenah cepat merajuk ummi ni...
Bukannya apa, ummi sayang abang, ummi tak tahu apa yang abang buat kat luar tu, biasanya abang tak balik lambat sangat.. tu yang ummi "over acting" merajuk bagai.. Tapi ummi puas hati & bersyukur sangat sebab abang KUAT & SABAR melayan kerenah ummi. Thanks abang!


Ya Allah panjangkan jodoh kami & janganlah kami diuji dengan seberat-berat ujian lebih-lebih lagi melibatkan hati & perasaan. Amin...


Ummi cayang ABANG & cayang anak-anak ummi!!!

Wednesday, October 5, 2011

Speech Kali ke 3 (5-Oct-2011)

Alhamdulillah, sekali lagi ummi berjaya membawa Yasmeen menghadiri kelas speech di ENT. Hari ni weols berdua pakai baju kurung cotton... hurm, sungguh sopans & shomellll.. anak ummi ni tau!!

Hari ni perjalanan tak selancar mana, sebab ada sebiji kereta yang 'tak bergerak' masa traffic light dah hijau, hagaknya mamat tu tertido kot, maklumlah pepagi buta ni masih mamai.

Kali ni parked kat tempat aritu jugak... hehehe, sekarang ummi dah ada port baru dan ummi selesa parked kat situ, takde la lenguh panjat tangga or turun tangga lagi. Harap-harap tempat tu sentiasa menanti ummi & yasmeen :)

Sampai dikaunter jam dah menunjukkan 7.45am, hari ni nombor kita 0515, hurm nombor sekarang adalah 0501, maknanya ada lagi 14 orang.

Tengah-tengah menunggu nombor dipanggil, ada seorang auntie 0503, dia ni duduk atas wheelchair, masa nombor dia dipanggil, dia pun menuju seorang diri ke kaunter untuk ambik resit. Dalam hati ummi, tercari-cari di manakah ahli keluarga auntie ni? kesian dia, wheelchair dia tak boleh nak lepasi barisan kerusi & manusia di kaunter tu, nombor pulak dah banyak cali kena CALL.

Masalahnya, orang-orang yang duduk kat situ, sangat dekat dengan kaunter buat dek jer dengan dia, takde pun sorang simpati nak bantu bangun & serahkan kad dia. Bukan susah pun.


So, dengan rasa perikemanusiaan, ummi dukung yasmeen bawak ke auntie tu, ummi tegur dia , "auntie mari saya bantu..." dia pun serahkan kad pada petugas kaunter, & pada masa yang sama ummi tanya lagi , "auntie ada kad kebajikan?" , dia pun tercari-cari kad BIRU dia. Setelah puas godek-godek.... dia serahkan kad pada ummi, ummi pun serahkan pada petugas. Penting kad ni, tanpa kad ni, dah tentu-tentu auntie tu kene bayar RM5 untuk sekali daftar.

Setelah selesai urusan auntie ni, ummi tolak wheelchair dia keluar dari barisan kaunter tu. Ummi rasa pihak hospital kene tambah kerja sikit lah.
Abaikan baldi merah tu, fokus pada Meen je.


Mana-mana patient yang datang dengan wheelchair ni, kene ada satu kaunter yang mesra pelanggan, contohnya , meje kaunter yang rendah supaya senang patient tadi nak buat pendaftaran/pembayaran. Kaunter untuk patient WC ni mestilah kat tempat yang lapang supaya mudah mereka bergerak. Maklumlah sometimes ahli keluarga kene dropkan patient dulu, then kene pulak move on cari parking, cari parking plak amik masa yang lama tau.....
So, untuk jimatkan masa, patient tadi ambik nombor dulu lah...
Itu cadangan ummi jer, depends la pada management hospital untuk concern atau tak.


Okeh bab tu sudah beres, meh kite bab yasmeen pulakk... now, baru ummi faham, hari Rabu No clinic appointment , so tak dapek la ummi nak bawak yasmeen berjumpa dengan M/O...hampe!

Sesi hari ni Yasmeen sangat playful, respond tu ada, tapi sangatlah minimal.

Curi-curi pandang makcik cleaner tgh buat keje
Sekejap kene tukar permainan, sekejap ada ayam, kejap kang ada lembu, kejap lagi ada itik, beruang, bas, kereta, last but not least, ada bubble... yang itu memang dia syokkk... belum sempat cik shahira keluarkan batang peniup tu, dia dah buat aksi meniup dulu. 


Today words yang harus diperkenalkan pada Yasmeen ialah ; "ponn... bas, beg, bom, bird, buka, satu, dua, tiga, tiup...." 


Cik Shahira kata lagi, dia & Pn.Farah ada plan nak masukkan nama yasmeen dalam candidate untuk CI (Cochlear Implant) . Sebab umur Yasmeen sesuai sangat untuk prosedur ni. Haih... tapi ummi still tak nak menaruh harapan yang tinggi, ummi takut kecewa nanti.
Tapi akan sentiasa doakan Yasmeen boleh mendengar & bercakap macam orang lain.



Cik Shahira tanya, bunyi vokal "eeee..." yasmeen macam mana? So far ada improvement ke? Kalau ikutkan memang susah dia nak respond pada bunyi "eeee.." , maybe kata Cik Shahira, bunyi tu tak masuk dalam spektrum pendengaran dia, sebab tu dia tak bertindak-balas.


Habis kelas Speech, Yasmeen & ummi bergegas pulak ke Hearing Solutions untuk hantar H.A ni, dah masuk enam bulan yasmeen memakai H.A ni, so dah selayaknya kene hantar untuk diservis.

H.A yasmeen akan siap next week. So, satu minggu ni Yasmeen free dari Hearing Aid... muhahaha.. mesti seronok dia, tak payah berebut dengan ummi masa nak pakaikan alat tu.. :p


Sekarang Yasmeen dah berumur 2 tahun 2 bulan, so ada sepuluh bulan lagi nak capai umur 3 tahun... Harap-harap masa umur ni, Yasmeen sudah ada dana untuk buat implan. Amiin...