Thursday, July 28, 2011

The Lazy Song - Bruno Mars

Today I don't feel like doin' anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cuz today I swear I'm not doin' anything

I'm gonna kick my feet up and stare at the fan

Turn the tv on throw my hand in my pants
Nobody's gon' tell me I can't
I'll be lounging on the couch just chillin in my snuggie
Click to MTV so they can teach me how to dougie
Cuz in my castle I'm the freakin' man
Oooh yes I said it, I said it, I said it cuz I can

Today I don't feel like doin' anything

I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cuz today I swear I'm not doin' anything
Nothing at all
Woohoo woohoo hoo ooh ooh
Nothing at all
Woohoo woohoo hoo ooh ooh

Tomorrow I'll wake up do some p90x

Meet a real nice girl have some really nice sex
And she's gonna scream out this is great
(Oh my god this is great) yeeah
I might mess around and get my college degree
I bet my old man will be so proud of me
But sorry pops you'll just have to wait
Oooh yes I said it, I said it, I said it cuz I can

Today I don't feel like doin' anything

I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cuz today I swear I'm not doin' anything

No I ain't gonna comb my hair

Cuz I ain't goin' anywhere
No no no no no no no no no noooooooo
I'll just strut in my birthday suit
And let everything hang loose
Yeah yeah yeah yeah yeah yeah yeah yeah yeah yeaaahhhhh

Ohh today I don't feel like doin' anything

I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cuz today I swear I'm not doin' anything
Nothing at all
Woohoo woohoo hoo ooh ooh
Nothing at all
Woohoo woohoo hoo ooh ooh
Nothing at all

Antara Cinta Dan Kasih - Aishah




Oh...
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi
Hadirmu bak selembut bayu

Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa

Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
 
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku

Wednesday, July 27, 2011

Hilangkan Segalanya - Farawahida


Mak sedang stress... jadi mak layan lagu ni... sekian terima kasih!

Sudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi


ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
inginku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah 


hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkanlah segalanya

Audio Assessment [25-7-2011]

Appointment untuk hari ni ialah pada pukul 9am. As usually bangun awal la, siapkan Farah ke sekolah, packing apa yang patut untuk bekalan ke clinic ENT nanti.

Pukul 8.10am barulah kami bertolak ke hospital. Jalan clear tak lah jem pun.
Walaupun kereta banyak, perjalanan still smooth.

Tapi yang tak bestnya apabila tiba di hospital, masalah mencari parking. Di sebabkan klinik ENT ni berada di Pusat Rawatan Harian, maka ummi decided to park kat parking bertingkat tu. Yelah, bangunan tu dekat sikit. Untung-untung boleh park ditempat yang teduh.


Aras G & Aras 1, untuk staff Hospital aje, untuk orang awam kene lah ke Aras 2 or terus ke Roof. Hurm... guard ni pun satu... ummi tengok sedap aje dia suruh naik ...naik...naik...atas, ish... biar benar guard ni. Dia dah survey ke parking lot kat Roof tu... ntah penuh ke, ntah dah jem ker..


Nak tak nak, maka ummi kene naik la jugak. Sesampai di bahagian Roof, alamakkkkk!! banyak nye kete... slowly ummi drive sambil mata memerhati kot-kot ada lot kosong..tapi hampeh! 2-3 kali gak ar ummi round. Masa dah semakin suntuk untuk mengambil No. Giliran. Jam dah menandakan pukul 8.50am. Adui... ini tak boleh jadi, ummi takde pilihan lain, maka ummi selitkan kete kite kat hujung lot yang terang-terang tidak berkotak.. asalkan kete lain boleh melalui jalan tu sudahlah. Setelah puas hati menilai commonsense, 
1) kete depan boleh meloloskan diri untuk keluar: OK.
2) kete belakang boleh melalui lorong ini : OK.


maka barulah ummi puas hati, then ada sebuah kancil stop & park jugak di belakang kete kite, wah... rapat plak tu, ummi risau je nanti kite plak yang tak boleh kluar nanti, ummi just bermanis muka bertanya pada brother tu.
"Abang lama ke nak parking kat sini?", "Taklah, saya tunggu kat sini jer, dah banyak kali pusing-pusing, takde kosong.." jawabnya panjang lebar.
Maka ummi pun anggukkan kepala tanda faham.

Susu Yasmeen ummi buat siap-siap, malas nak bawak beg galas, berat!
Dah la kene dukung Yasmeen... yasmeen mana nak jalan sendiri kalau pergi hospital ni, dia takut sangat orang akan harm dia.

Now, masa ambik no.giliran... ummi terus ke kaunter KHAS, kad temujanji diberikan pada staff bertugas, nombor kali ni lain la pulak.. selalunya start dari "0***", tapi kali ini start dengan Nombor 7*** . okeylah.. tunggu jelah sampai nombor dipanggil. Sudah lebih dari 15 nombor giliran lain dipanggil.... masih bersabar, tapi dalam hati bertanya-tanya, kenapa No. 7*** ni tak bergerak-gerak, padahal, kalau ikutkan tak sampai 6 orang pun jarak nombor yasmeen ni. 
Ummi dah cuak, jam sudah menunjukkan pukul 9.05am, lalu ummi ke kaunter semula bertanyakan, kenapa nombor awalan 7*** tidak berganjak? Lalu staff nurse tu tanya, "tadi tak tunjukkan Kad OKU ke?" , "ha'a..tak.." jawab ummi.
"Lain kali kene tunjukkan kad OKU, barulah kami akan tahu nak bagi nombor apa..." bilang nurse tu. Ummi angguk jelah.


Dalam kepala jemala ummi berkata:-
Lah, bukankah..kalau dah namanya kaunter KHAS itu memang dikhaskan untuk orang-orang yang dah memang 'special' ker? takkan nak kene tunjuk jugak kad OKU, so apa ke jadahnya kad temujanji yasmeen di CHOP dengan Chop OKU. issshhh... tak faham la.. bukan ke, kad OKU tu perlu ditunjukkan semasa nak buat bayaran pendaftaran je? Inilah namanya sudah terang lagi bersuluh, still nak ON PAPER punye evidence ka?? Tahulah ummi lepas ni, tunjukkan apa saja yang ada agar mereka nampak JELASSSS..


Tunggu punya tunggu sampai yasmeen pun dah naik rimas, kejap mintak dukung, kejap minta lepaskan dia nak main..kejap kang dia berlari ke arah poster .. haih...letih mengejarnya.


9.40am, urusan pendaftaran pun berlalu, terus ummi pikul yasmeen ...kebetulan lif pun muncul tanpa menunggu lama. Keluar je dari lif.. ummi & yasmeen terkedek-kedek berlari-lari kecil ...maklumlah dah lambat!
Di kaunter ENT, ummi letakkan kad yasmeen & ummi bagitau staff tu ummi akan terus ke belakang di tempat biasa.


Di tempat menunggu, ada beberapa kanak-kanak yang tengah tunggu giliran jugak.. Yasmeen ni keletah & ramah lah... ada aje teman yang boleh diajak senyum-senyum, main-main...
Dia suka sangat main dengan tongsampah klinik ni...adeih, payah betul nak suruh dia jangan sentuh!.. tak boleh tidak.. 


Giliran yasmeen akhirnya tiba jugak, setelah dia berhempas pulas berlari kesana sini , penat mengejarnya.


Semasa Practical Audiologist check telinga, yasmeen baguslah.. sangat co-operate elok je dia suakan telinga dia untuk disumbatkan apa jua pekakas asas audio.

Disebabkan Yasmeen selalu flu.. maka Pn. Farah suggestkan Yasmeen buat appoinment dengan MO untuk check 'telinga tengah' takut-takut terdapat infection.


Ummi okay.. elok jugak kita pastikan tahap kesihatan telinga yasmeen ni.
Gedebak gedebuk..Yasmeen kene jalani beberapa test & procedure.. 


Improvement?! hentah!! Tapi yang pasti dia maintain macam sesi-sesi yang lepas. Tak nak terlalu memaksa, takut dia akan bosan dan terus menggelak.
Sesi pun ditamatkan. 


Alhamdulillah, masa sampau kat parking lot, kete masih berkeadaan baik.. tiada halangan walaupun ada kete lain ada jugak yang parked di belakang, asalkan dia beri ruang untuk ummi reverse sedikit pun sudah cukup okey.


Wahh... jam sudah 11.30am, perut ummi sudah keroncong.. laparrr... tangan dah sengal-sengal! Mata jugak dah semakin layu bila dipanah mentari yang semakin terik membahang.

Sesampai dirumah ummi terasa letih & lapar.. dengan selambanya ummi rebus je maggie mee.. buat alas perut, Yasmeen pulak dah lama terbuai dalam lenanya.. sejak depan trafic light hospital dah terlelap...sampailah diangkat masuk ke rumah. Lena...full stop!

Terus-terang ummi benar-benar sudah kehilangan mood, ummi penat, ummi lapar, ummi mengantuk.. dan macam-macam lagi.


Otak menyuruh ummi go to work, tapi hati asked to STAY... wehh! mana mau ikut ni?? bila memikirkan perut belum berisi walau seurat mee maggie, hati yang semakin layu, moral saya sangat down time tu, well kata putus dibuat! I'll take a Leave !


Maka hari itu, ummi telah berjaya mencutikan diri sendiri untuk sehari.
Yeay! tepuk tangan sendiri!!

Hati ni dah jadi terlalu rapuh agaknya.. dah tak kentalkah? kenapa tak macam awal-awal tahun dulu? dimana hilangnya semangat ku? weeeiii..aku stress ke?!


Bila fikirnya keje yang tak pernah habis, lebih lah buat ummi tensi! Why?!!!


Dah la! Esok jelah buat keje.







Saturday, July 23, 2011

Horey!

Hip Hip Horeeyyy!

Memandangkan malam tadi wa ada banyak sangat MASA PERCUMA, kerana ketiadaan En.Shahar di sisi untuk mengendeng, kerana Aidil & Farah yang sedang syok menonton DVD , si adik Yasmeen yang bermain "pondok-pondok", dipakaikan wa Pampers dia.. tak dapat wa dia paksa pulak Abg Aidil pakai pampers. 

Sebab tak mahu Yasmeen mengganggu konsentrasi wa, maka wa cari patung Ninja Turtle yang En. Shahar bawak balik petang kelmarin. Wa suruh Yasmeen pakaikan.. mengekek-ngekek dia gelak, apabila pampers tu selamat melekat kat si 'anu'.

Malam tadi jugak wa FREEZE semua kerja rumah. There's no acara mendobi, no acara lipat baju, no TV, no screaming macam selalu.. just me & my book :) 
berlanding-landing di atas katil sambil membayangkan watak-watak Adam & Mila.. Aduhai... kan bagus kalau citer ini jugak di buat Drama or Felem... mak sure akan tengokkk punyerr!


................ Kesudahannya .................

Habis jugak malam tadi wa menelaah novel "GELORA" yang baru wa beli..
 
OMG! seronok & puas hati sebab wa dapat melampiaskan KEMPUNAN wa saploh tahun lepas!

Sebbaik  ending novel ni 
Happy Ending!
 

Friday, July 22, 2011

Hobi 2

Masa tengah-tengah search ntah hape-bende kat internet, tetiba wa ternampak sesuatu yang telah lama wa cari sejak saploh tahun lepas...masa tu wa anak gadis remaja yang masih ayu-ayu gitew...

Novel "GELORA" by Ma Lee Chuswan, wa start mencari buku ni sejak wa terbaca petikan Novel ni dalam majalah REMAJA. Sejak dari itu wa mula mencari-cari, tapi bukanlah beria mencari sangat pun... cuma kalau wa Ter-singgah mana-mana kedai yang ada jual buku wa selak-selak gak, mana tau celah-celah tu ado terselit novel ni. Tapi malangnya semua kedai tu tak ada stok... wow... hebat sangatkah Novel ni??! sampai susah benar nak dapat.

At last, penantian & pencarian selama ini berhasil jugak... bila wa dah ternampak dalam website KAKINOVEL maka wa tak berlengah-lengah lagi, dan-dan tu jugak wa register jadi Ahli KN. muhuhu....

Dan masa tu jugak, terus wa click-click, setelah puas hati memilih & menimbang-nimbang bakal kesusutaN RM$$$ wa, menimbang-nimbang jika wa takkan lagi 'berjumpa" dengan Novel Pencarian wa ni.. maka wa putuskan...
BELI!!!
Bukan beli itu aje, tapi wa sambar sekali PERGILAH AIRMATA yang suatu masa dulu wa hanya pinjam dari Bos wa. Tapi kini wa ingin memilikinya sebagai koleksi kesayangan wa.

Maka lesap la duit wa untuk berjoli hujung minggu nih...!! PUAS HATI KAU!

2 hari kemudian, parcel yang wa tunggu-tunggu kini berada di depan mata.
Aduhai.. hilang segala penat lelah balik dari Audit Supplier bila memandang bungkusan dari KakiNovel itu. Ini barulah benar-benar Terapi untuk aku!! horeeey!
Taaraaaa... koleksi teringin yang teramat sangat , termakbul juga utk kumiliki... :)
 Bulan depan... kene spare duit untuk beli novel lagi... hehehe :)

Wednesday, July 20, 2011

Selamat Hari Jadi Adik Yang Ke-2 Tahun!!

Tarikh bersejarah 19hb Julai 2011, genaplah 2 tahun Yasmeen bernafas di muka bumi Allah ini.
Takde sambutan spesel pun tapi apa pun DOA ummi & semua mengiringi perjalanan hidup mu nak.

Insya-Allah ada rezeki nanti kita celebrate dengan Kakak Puteri, Kakak Irdina dan Izyan, kita buat sekali dalam satu pakej.... maklumlah.. cucu-cucu opah kali ni ramai plak yang lahir sama bulan .. senang sikit nak buat plan.

Hari Sabtu lepas, ummi tak pergi kerja sebab nak take care Yasmeen.
Tapi Yasmeen yang tengah tak berapa sihat tu ada je aktiviti nya.
Tak boleh langsung duduk diam.. panjat sana, panjat sini, lari sana, lari sini... terlentang sana, tertelangkup sini... macam dalam gambar kat bawah ni, ini time Yasmeen tengah berperangai elok ... bagi pen, bagi kertas.. maka ini lah hasilnya!


Cepatlah anakku bercakap, agaknya bertambah-tambahlah BISING rumah kita nanti. Sedangkan sekarang pun Yasmeen dah cukup banyak bunyi.. ada bahasa Perancisnya... ada bingit dengan ketawanya... dan diselang-seli jugak dengan Hilai Tangis.. bab menangis... huwaaaaaa... kemain lagi pitchnya! Kekadang boleh sampai tahap tensen ummi dibuatnya. :)
 

Monday, July 18, 2011

Anak Pompuan ke nih? :P

Tadi siang, ummi sms teacher Imah, sebab nak tau status pemakanan ubat Yasmeen.

Teacher Imah kata, Yasmeen dah OK, cuma yang tak OK adalah apabila Yasmeen sudah pandai Main-Main Lawan-Lawan... tapi Yasmeen lawan bukan dengan budak pompuan, tapi lawan dengan budak LELAKI!

OMG! adakah Yasmeen nak jadi macam kakak Farah jugak??! Lasak mengalahkan Boy??

Esok Yasmeen akan meningkat umur... dah besar baby Ummi nih.. dah nak Sambut Ulangtahun ke2 pun.
--------

Itu kisah Yasmeen.
Ini pula kisah kakak farah, hujung minggu lepas Opah & Atok bawak farah & aidil balik ke Kuala Kangsar.
Sekarang ni musim buah-buahan, dusun atok kami dah mengeluarkan hasil.. ada buah pulasan, buah rambutan & limau madu... :)) yum..yum..!!


Opah citer, Farah masa kat kampung, halamak... kemain hepinya dia.. kehulu-kehilir dengan batang galah!


Tak cukup dengan itu, penat mengalah.. dia memanjat pokok pulak.. samalah dengan Aidil, itulah CHIeF nya!


Opah citer lagi... kat kampung diorang berdua buat konsert Justin Bieber ... kat tepi dusun tu. Hahahah!!
Siap dapat pujian dari Mak Chik Faezah & Opah Yang!

"sedapnye mak dorang nyanyi..." kata makcik faezah.

hahaha.. lawak plak dengar mak ku bercerita dalam telifon tadi. 


Mana taknya.. kalau kite dulu, mana reti nyanyi lagu-lagu omputih ni masa umor 8~10tahun.
Tapi budak sekarang sangatlah advance! Semuanya pick-up, dah la tu boleh dimuat turun dihujung jari aje.


Itu belum lagi suruh main gitar kapok abah dia.
huhuhu... 


Aidil kata bila dia dah besar nanti dia nak jadi Kartunis.
Dia nak kartun2 dia masuk dalam TV macam citer Boboiboy & Upin Ipin tu.
Helok la sangat tu... Aidil memang suka melukis. InsyaAllah, jika aidil belajar rajin-rajin ummi masukkan Aidil dalam bidang Multi-media. Ummi akan sentiasa menyokong anak-anak Ummi!!


Janji Kamu Harus Berusaha Membuat Yang TERBAIK!

Saturday, July 16, 2011

Bronchiolitis Again 15 Jul 2011

Actually pagi sebelum hantar Yasmeen ke nursery dia memang dah batuk-batuk tapi takde la kuat.. batuk pun jarang-jarang dengar.

Tapi masa ummi sampai di nursery @6.55pm teacher told that yasmeen macam tak sihat, masa ummi ambik yasmeen dari dukungan teacher, muka yasmeen nampak pucat dari biasa & nafasnya pendek-pendek diikuti berombak, badan yasmeen terasa dedar.

Nampaknya memang Yasmeen diserang lelah ni, nak taknak yasmeen kene ambik Neb. 

Abah ni lambat la plak sampai ke rumah, ummi sms abah suruh balik cepat, dah la malam tu abah kene pergi ke Kemaman.

7.30pm abah sampai & terus tukar baju kerja ..tak sempat mandi pun. Kami bergegas ke HTAR, sampai di Kecemasan , nurse di Triage 1 ambik bilangan pernafasan (dia kira turun naik dada yasmeen). Time ni dada yasmeen memang laju & berlekuk-lekuk bila bernafas.

Yasmeen kami bawa ke Ruangan Asma, kat dalam , Doktor tanya sejarah yasmeen and so on. Then Doktor pun arahkan pembantunya siapkan Neb utk yasmeen. 
Hah.. part nak pakai Neb ni sangat merimaskan Yasmeen, habis bertolak-tolak, menendang-nendang & menggeleng-geleng kepala nya dia dipakaikan mask itu.
15minit berlalu & Neb pun habis. Doktor check tahap pernafasan yasmeen.
Takde nampak perubahan. So, another Neb kene ambik lagi. Actually masa ni Yasmeen dah lalok , maybe sebab penat melalak & menghempas pulas masa sesi pertama tadi.
Tapi sesi kedua ni, sama jugak, tetiba dia bersemangat kembali macam 1st session tadi. Hadoiii..penat ummi sayang... bagai nak patah pinggang menahan kekuatan mu nak oii... :)

Lama-lama dia mengalah jugak. Lastly dia duduk diam-diam sambil mata memandang minta belas. Tapi kamu memerlukan Nebuliser ni sayang, kamu kene cepat sihat.
Muka sedih sebab kene paksa pakai mask

Dalam mask Neb ada Puting... korang nampak tak? huhuhuhu

Dipangku oleh Abah... puas memujuk ni tau!


Setelah beberapa lama, Neb kedua pun sudah. Datang doktor lain checking on her. Then still the same, takde improvement.. WAAAA.. ummi dah cuak!! Ummi tak nak end up dalam Ward. Oh pleaseee... don't!!

Doktor order lagi 1 Neb for Yasmeen & plus 1 Jab of Hydrocort (betul ke ejaan ni...haha tapi bunyi tu dah ada (sejenis Steriod yang dimasukkan melalui IV).

Selesai Neb ketiga, kami pun tunggu doktor periksa yasmeen lagi. Seperti yang diorder oleh doktor, nurse datang kat katil yasmeen. Yasmeen dibalut dalam blanket supaya dia tak meronta apabila IV dibuat di tangannya nanti.
Amazing, semasa jarum ditekan & menebus kulit, yasmeen tak menjerit @ menangis pun, dia cuma terpinga-pinga menahan sakit.
Hydrocort pun selamat disuntik kedalam urat yasmeen. SELAMAT!!! 
Tapi kami masih belum pulang, doktor perlu memastikan tahap pernafasan yasmeen pulih dahulu. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30mlm ketika itu.
IV sudah siap..dan sudah selamat masuk Hydrocort.

Landing sambil berhibur, tunggu doktor datang check!

10.05mlm Doktor yang received our case tadi pun check la dada yasmeen, dia kata nampak ada perubahan pada breathing Yasmeen potensi untuk pulang adalah 70%. Sebelum doktor membenarkan Yasmeen balik, dia kene dapatkan authorization dari Bos dia untuk discharge Yasmeen dari treatment tu semua.


Doktor said that kalau ikut procedure kalau menerima 3 times Neb, selalunya diorang akan wardedkan patient. Unless, parents kene konfiden untuk pulang dan sekiranya diserang semula penyakit ,Yasmeen kene datang semula ke Hospital. Setelah berbincang dengan En.Shahar, maka kami memilih untuk pulang. Bukannya apa, ummi tak bawak barang-barang yasmeen, susu, pampers, baju, blanket,air panas.. takpelah kalau kene attack lagi , Ummi akan drive sendiri!! Itu janji ummi & tanggungjawab ummi!


Lagipun yang mengkonfeden ummi untuk balik, walaupun Abah kene kerja malam ni, tapi Abang Aidil & Kakak Farah opah dah ambik mereka petang tadi.
Jadi ummi tak lah pening kepala nak tinggalkan mereka dengan siapa kalau tengah-tengah malam kene rushing to Emergency...betoll takk?


10.30mlm, kami sampai di rumah. Balik terus tidurkan Yasmeen. Syukur nafasnya kembali stabil. Lena nampaknya.


Ummi tak diam diri, terus prepare barang-barang penting incase terpaksa ke Hospital tengah malam nanti.


Dekat pukul 12.00mlm baru panjat katil untuk tidur. Malam tu ummi tidur tak off lampu, sebab ummi nak monitor dada & pernafasan yasmeen.

16/07/2011 - 6:10am .. dah subuh, Yasmeen masih lena, ummi bangun buatkan susu untuk yasmeen. 
Sesudah solat subuh, ummi kembali baring di sebelah Yasmeen...mengantuk malam tadi masi berbaki. Maklumlah tidur-tidur ayam sejak malam tadi.


Dalam pukul 8:00 pagi Yasmeen start batuk-batuk balik. Kahak banyak tapi dia tak reti nak keluarkan.
Ummi pun bancuh ubat yang hospital bekalkan.
Bab makan ubat ni Yasmeen memang payah, habis dia luahkan semula ubat steroid tu... adeih... ubat Bricanyl terpaksa ummi tambah semula, sebab tak masuk langsung dalam perut yasmeen.


Sekarang masa ummi menulis 11:16 pagi. Yasmeen sangat aktif bermain walaupun bunyik kahak tu merimaskan pendengaran ummi. 

Yasmeen kene pandai keluarkannya nak..barulah cepat baik.



Wednesday, July 13, 2011

Increasing

Syukran!Syukran!

Start 8hb Julai aritu, ummi dah buatkan satu Jadual Prestasi Pemakaian Hearing Aid Noor Yasmeen. Yesss! dari hanya 6jam now sudah increase to 10~12 jam. Wow... tak sangka!!Yasmeen sudah tak naughty-naughty lagi... dulu asal tunjuk alat HA terus dia lari, tapi sekarang kalau selepas mandi, then ummi keluarkan Storage HA tu, cepat-cepat dia nak tolong bukak kan then dia hulur pada ummi alat tu... alahaiiii... shomel nya anak ummi :)

Tapi jangan buat dia "marah" jer... kalau dia marah or mengamuk, maka tercabutlah Mold & Microphone dari telinga budak tecik itew, aiyahhh! 

Tuesday, July 12, 2011

Bodo punye Driver Bas Ekspress kaler Kuning

huarghhh hangin satu badan makcik pagi ni. 
Disebabkan masa makcik sampai kat depan traffic light proton jam sudah menunjukkan 7.20am, so makcik ambik keputusan untuk tidak beratur panjang di lane paling kanan, sebab lane tu pun dah cukup panjang.
Maka makcik pun teruskan drive selow-selow sambil bersignal manalah tau kot-kot ada ruang kosong boleh la makcik susup masuk.

Tapi nampaknya pemandu begitu selfish untuk membenarkan makcik masuk ke kanan, atau makcik yang selow sangat sampai terlepas peluang masuk.
Ntah...

At the end,makcik berhenti dibelakang sebuah kete Wira Putih BES **** , so okay lah.. di sisi makcik pula sebuah bus ekspress kaler kuning bedabak gile besarnya.
Ok fine, makcik pun stay jelah sambil menunggu kenderaan bergerak. Tapi makcik noticed that the driver so rude, dia still gerakkan bas tu hingga hampir-hampir mengenai side mirror avanza makcik.  
OOOHHHHH.... INI SUDAH LEBEHH!! You dah push my RED BUTTON dowh!!
Makcik sound direct ke muka dia, walaupun dia tak dengar (sebab dia tak buka tingkap, makcik sowang je yg buka tingkap) 

"Kalau kene cermin kete saya , lu bayarrr!"

Dia plak dok tunjuk-tunjuk tangan seolah-olah menyalahkan makcik potong queue... dia suruh makcik beratur kat belakang sana...
Pergh, apa ke bodo mamat India ni...ko ingat badan ko besar macam Bouncer makcik takut??? 
Ko dengar baik-baik kat sini erk? Walaupun makcik potong queue tu, bukan makcik sebarang masuk yer? makcik bagi signal & angkat tangan tanda hormatkan pemandu yang berikan makcik jalan.. 
Tapi ko ni spesis hati HITAM, spesis tak boleh KALAH dgn Wanita macam makcik ni, ko rase EGO ko tercabar sebab makcik yang sekecik-kecik umat ni boleh bersaing untuk memiliki Lorong Kanan.

Mamat India ni tak puas hati, dia tak kasi jugak makcik masuk, tapi pada masa yang sama dia juga tak kasi kete Wira BES ni masuk... Dia himpit minah Cina ni... yang makcik pelik, minah cina ni tak perasankah yang keretanya dah bergesel dengan body bas ni???! 
Wahhh... sungguh 1Malaysia & Multi Racial lah citer makcik arini.. wakakakakak (boleh plak gelak..)

Makcik takmo terjadi sesuatu yang tak best, maka makcik Hon si kete BES ni, then barulah dia tersedar & menjauh sedikit & melajukan sedikit ketenya. Tapi mamat india ni tak give up, dia still taknak kasi ruang kat kete BES ni masuk depan dia... tapi siapa boleh lawan kuasa Allah, nak dijadikan cerita, BES ni dapat jugak menyelinap masuk ke depan Bas ni,
maka terjadilah brek mengejut... Haaaahh , hampir-hampir bas india ni menghentam belakang kete BES ni. Tulah, berdosa dengan orang lain, tak boleh ke ko bersimpati or bertolak ansur???
Takpelah, makcik pun lepaskan bas India mereng ni, lalu makcik hulur tangan mohon kereta belakang bagi laluan untuk makcik.
Syukur Alhamdulillah... ada sebijik kete Proton BLM bagi makcik laluan.


Makcik pun apalagi masa diselekoh ,sambil mulut menyumpah mamat tu BODO, makcik try amik photo bas mereng tu.
Sebbaik memori phone makcik dah FULL, kalau tak, sure ko jadi Bahan makcik arini.

Okay... makcik dah puas hati dapat melepaskan stress makcik kat sini.

Pesanan kepada drebar bas Mamat India tu.. lu jangan kasi wa jumpa lu... kalau wa jumpa lu, wa bawak lu jumpa tok imam & convert lu to ISLAM, biar lu taw apa itu SABAR.... 
 

Thursday, July 7, 2011

Koleksi Photo Yasmeen

Sesi Audio [7-7-2011]

Hari ni appointment Audio pada pukul 3 ptg. Nampak happy benor Yasmeen bila kita menuju ke Klinik ENT, dia menarik tangan ummi laju ke bahagian menunggu. Di bahagian menunggu yasmeen mula la tunjuk skill kehulu kehilir ketuk pintu sana, ketuk pintu sini, tapi dia bertambah hyper bila ternampak kelibat Pn. Farah (Audiologist), semakin galak dia buat aksi bergayut di pemegang.

Hari Pn.Farah ada student, jadi Yasmeen dinilai oleh Cik Student, alamak sudah lupa la nama adik ni.. hihihi sorry la ye, memori kurang.

Sesi dimulakan dengan menguji alat bantuan yasmeen samada berfungsi dengan baik atau tidak. Next ujian cairan dibelakang telinga pula diuji,tapi disebabkan yasmeen selsema, maka kualiti pendengaran tidaklah sebaik sewaktu dia sihat.


Pn.Farah kata, waktu pemakaian HA ni kene dipertingkatkan dari 6 jam sehari.
Sebab pihak Audio nak tahu benefits yang yasmeen perolehi dari pemakaian HA. Jika ada potensi, maka next plan adalah membuat C.I.


Selepas sesi ujian alat bantu dengar tu, we moved to Bilik KEBAL ..bilik Audio Pediatrik :). Oh yer.. lupa nak kasi tau, masa tengah checking alat tu, Yasmeen ternampak la satu bende alah, Sesame Street punye patung tu.. ntah apa ke nama wataknya... Ya Allah, dia punye suka dengan patung tu sampai nak masuk bilik Audio pun dia bawak sekali. Kalau bermain tu tak macam kanak-kanak perempuan, lasakk... huhuhu. 


Test kali ni lebih kurang macam sesi yang lalu, blok & tray diletakkan didepan yasmeen, tapi yasmeen ni mana nak tunggu "bunyi" , dia yang terlebih pandai masukkan blok-blok tu dalam tray tanpa terlebih dahulu bunyi dimainkan.


Last-last kene buat test lain, bunyi dimainkan dengan frekuensi yang berlainan untuk mengesan respon yasmeen. Test kali ni memang sangat ummi puas hati sebab setiap kali bunyi dimainkan Yasmeen pasti menoleh kearah speaker.
Syukur Alhamdulillah.Walaupun sebenarnya Yasmeen ada drop sikit sebab masalah flu tadi. 25hb ni ada lagi sesi bersama Pn.Farah, harap-harap time tu yasmeen tak kene selsema la.


Setakat hari ni, apa yang ummi nampak & dengar vocab Yasmeen :-
1) abah (ini memang konsisten setiap kali dia panggil abah dia)
2) kaka... (ini plak dia sebut bila borak dengan ummi & kakak farah)
3) papa... (masa main-main)
4) mamamma... (masa main-main)
5) opaa... (randomly)
6) Ibaa... (masa bercakap dengan abah dia 7/7/11 9:29pm)


yang lain-lain tu bahasa perancis yasmeen sendiri.

Nampaknya task terbaru ummi sekarang ni memastikan celik je mata Yasmeen, HA kene sumbat kat telinga tu. Then sekarang ummi sparekan masa about 15min setiap malam untuk main berkaitan dengan bunyi & persekitaran.  


Tadi ummi pun ada sikit syok, bila yasmeen sudah menunjukkan skill meniru/mengulang sebutan yang ummi sebut.


Masa tengah menaip ni, ummi pusing kat Yasmeen then ummi sebut "papa.." then dia pun follow .. "papa-papa"... 2-3 kali ummi cuba, hurm... impressive, walaupun untuk sekali ini. Harap esok-esok yasmeen ada meniru lagi sebutan ummi yah?!


Sometimes tak dinafikan ummi rasa stress.. sebab ummi tak tahu nak mulakan dengan apa, kalau boleh ummi nak yasmeen tahu semua benda. Duhai hatiku bersabarlah. Semoga berkat usaha,doa & tawakal ummi akan terbalas akhirnya.


Okaylah.. my Yasmeen tengah nak main-main nih..dia sedang pretending jadi  make up artis. Sasarannya muka ummi & abah, dia kerjakan dengan blusher.
Habih blusher ummi berderai dek kerja tangan dia tu.. :))
video
Ini video masa nak tunggu Pn.Farah set appointment yang lain. Tak lalu diam dia.. setiap pintu dia nak terjah.

Pesanan Penaja

" PENAT "
... malam kang kalau free makcik hapdet pasal Sesi Audio Yasmeen ...

tungguuuuu... hehehe

Wednesday, July 6, 2011

Speech Therapy 1

Berdebar okeh! Today adalah 1st time Yasmeen kene attend sesi dgn Speech Therapist. Pukul 8.50am, makcik & yasmeen dah merayap atas highway KESAS semata-mata tak mau lewat nanti, maklumlah Jalanraya ni bukan boleh diagak-agak.

Wallaweh... ini yang makcik tak suke ni, PARKING Lot yang sedia ada kat HTAR ni dah banyak yang kene block sebab ada construction work menaik taraf parking.

Esok pun still kene mengharungi situasi yang sama lagi. Adeih... tobat rasanya.

Macam biasalah, makcik mesti aim parking yang paling hampir dengan Tangga A. Heee... maka makcik pun dabel parking, tapi tak halang kete orang lain yang nak keluar paking or masuk parking tau! Makcik pemandu berhemah  :)

Pukul 10.00 pagi , Cik Shahira ...itu lah terapist yang handle case Yasmeen.
Sesi suai-kenal pun dijalankan. Yasmeen ni kalau dengan orang yang baru sekali dia nampak, alamatnya memang tak dengar la suara dia & dia pun kurang nak beri perhatian, asyik nak melekat dengan kita aje.

Untuk mengenalpasti tahap pertuturan Yasmeen, banyak soalan & ujian yang perlu dijalani. Mengikut pemerhatian Cik Shahira berpandukan pada jawapan & carta, Tahap Speech Yasmeen adalah seperti bayi berumur 1 bulan.

Memang bukan kerja mudah, banyak masa, tenaga & ilmu perlu diberikan semasa men-develope speech yasmeen nanti.

Yasmeen perlu diperkenalkan dengan macam-macam bunyi, kemudian mengenal pertuturan & memorize sekali. 1st sekali kene pastikan Yasmeen
SUKA pakai Hearing Aid. To make sure dia tak reject HA ni. 

Tapi macam mana nak konsisten, yasmeen tak tahu apa itu HA then dia ikut suka dia aja nak buka or pakai. 
Cik Shahira cadangkan buat 'token' untuk setiap kali dia berjaya menghabiskan sesi pemakaian HA. Nampaknya ummi kene beli banyak sticker & note book comel.
Sekarang ummi kene start mengumpul Video & Diari Yasmeen. Sebab bahan-bahan ni adalah bahan rujukan & supporting evidence untuk permohonan dana bagi menjalani operation Koklea in future.

Dalam diari tu, ummi kene catitkan setiap perkataan baru & aktiviti bahasa yasmeen. 

Makcik harap , segala usaha kami akan membuahkan hasil. Makcik berdoa sangat-sangat Yasmeen boleh bercakap.. takpe la makcik kene berkoban masa & tenaga sampai umur dia nak masuk sekolah. Yang penting Yasmeen pun jangan mudah mengalah.

As for now, Yasmeen average 6 hours je dia pakai HA ni. Cepatlah anak ummi paham kegunaan HA ni... ini semua demi sebuah pertuturan & pendengaran mu sayang! 


Makcik terpikir, macam mana la agaknya parents yang tak mampu untuk menghadiri terapi-terapi sebegini & mereka jugak tak tahu bagaimana untuk mengajar anak mereka bertindakbalas dengan bunyi-bunyian.
Alangkah sayangnya, anak yang sepatutnya ada potensi untuk hidup normal seperti orang lain tapi tidak dapat berbuat demikian.


Makcik jugak still kena banyak belajar, at the same time banyak jugak search info dari internet. Kecut perut jugak bila baca pasal koklea implan ni, accessories nya pun dah melibatkan ratusan ringgit, contohnya Microphone tu, kene selalu tukar setiap 2-3 bulan, sekali tukar RM150/++ ..huuuu... buat time tu makcik dah tak bekerja, macam mana nak providekan alat ganti nya?


Tersentuh hati bila makcik terbaca blog pasal Mama Afiq Danial ,dimana anaknya sudah berjaya memiliki implan ini, tapi still ada jugak manusia yang tak OPEN-minded suka menghina & menyisihkan anak-anak istimewa ini. Sepatutnya orang-orang tu cubalah letakkan diri di tempat ibu bapa ni, selami perasaan diorang, rasai kepayahan & kesusahan diorang.

Ingatlah mereka tak minta dilahirkan kedunia dengan kekurangan ini, tapi disebalik kekurangan ini Allah kurniakan juga keistimewaan. Sama-samalah kita renungkan.

Suka-suka Upload


video video

Monday, July 4, 2011

Misi Selamatkan Anak Kucing

Hahaha.. kejadian ini sebenarnya berlaku sebelum waktu masuk kerja lagi, iaitu lebih kurang pukul 7.40pagi.. tapi kesan kelakar nya still menjalar & menguasai mental aku.. 

Kejadian bermula, apabila me & kak Izan ondaway to kantin untuk sarapan la.. kami berdua ni memang susah nak skip breakfast, masa melalui belakang dapur kantin tu, telinga aku terdengar-dengar suara anak kucing meminta tolong!

"Tolong!tolong!tolong", jerit anak kucing tu gamaknya!

Aku pun jenguk la kat dalam longkang tu, SAH! memang ada anak kucing kat dalam longkang yang dalam tu. So, aku pun inform la worker kat kantin & minta tolong mamat ni angkat anak kucing. 

So, kami pun makan la dengan happy-happynya.. 

Hampir pukul 8.00 pagi kami kene masuk ofis semula. Time heading ke belakang kantin, sekali lagi aku terdengar anak kucing tu meminta tolong!

Adeih, apa la mamat kantin ni, takde sivik langsung.. ko tolong la kami ni, takkan kami nak kene turun longkang yang dalam & berkain baju kurung plak?

Disebabkan takde sapa yang bole diminta pertolongan, kak izan pun rela hati turun ke dalam longkang.. (wa salute la lu beb! dgn baju kurung kak izan bleh turun & takde perasaan malu or jijik pun).

Lalu kak izan pun pass anak kucing tu kat tangan aku, dan aku pun pass anak kucing tu kak Mama kucing tu.. berlari-lari anak la anak-anak kucing tu bila nampak mamanya & adik kandungnya.. :)

Masa nak naik.. tiba-tiba kak izan bole buat aksi plak... selipar jepun nye terkelepet menyebabkan kak izan tak mampu mengimbangi badan lalu tersungkur ke jalan Tar..(bukan Jln Tengku Abd Rahman yer) wakakakakak!!

Hadui, nak gelak... kesian, sebab dia tengah sakit-sakit & ditambah plak dengan kemaluan yang teramat, maklumlah operator kontrak sedang memerhati kearah kami ketika misi menyelamatkan kitty tu.. akakakak!!

Balik ke opis aku ubati kak izan dengan gamat! 

Kak Izan, takpe la.. nanti kite rehat seminggu tak makan kat kantin yer?! ahahahah

adeih!adeih! sampai saat menulis ni pun aku masih tergelak-gelak!! comey aje kak izan cover malu tadi.. :)) ahaks!!

Sunday, July 3, 2011

Malas = Tidak Rajin

S.O.S!!!
KEMALASAN MELANDA!! MEYDEY..MEYDEY!!

BORINGNYA APABILA ENCIK @SHAHAR BEKERJA DI HUJUNG MINGGU MACAM NI. TAKDE PARTNER NAK BUAT HOUSE CHORES LAH! :'(

Aktiviti Sihat - Dari Dapur Makcik

Ini kisah Jumaat lepas ya (1hb Julai duaribusebelas), murah betol rezeki kami kat ofis ni.. Pagi-pagi Lily dah sedokah kan beberapa biji NANGKA, masyaallah bau nye ajer dah bikin otak kami tak boleh focus pada kerja. muahahaha..!!

Tapi disebabkan kami dah breakfast pagi-pagi, maka kita keep dulu itu buah sampai tengahari sebagai desert la bak kata orang putih.

Macam biasalah, selalunya Aku, Kak Izan & Kak Sue akan menunaikan Solat Dhuha then kitorang terus menyambung aktiviti TIDO tengahari.. Maklumlah, dorang nak kurangkan makan tengahari, tapi Makan PETANG kene BANYAK.. ahaha.. boleh ke macam tu?!! :P. 


Helok la tukan.. orang lelaki sedang prepare nak berjemaah kat masjid, kami pulak berjemaah tido kat surau.. ekekek


muka selepas bangun tido tengah hari... muka ala senyum gitew... ehehe


Bangun-bangun dari tido, bau nangka menyusuk idong kami. Apalagi segar segala urat & sendi. Aku adalah orang pertama yang sampai kat meja di mana nangka yang sudah sedia terkopek dilambakkan.. marveles la!!



Dah HABISSS!! tinggal kulit & jurai2 nangka aje

Licin kami kerjakan...

Kak Izan (Kiri)  & Kak Sue (kanan) sedang menikmati keenakkan NANGKA FREE.. ihsan dari Cik Lily

Nangka yang berjaya dikendurikan sehingga ke kulit yang terakhir & ditong-sampahkan

Setel dengan Nangka Free, aku bergerak pula ke meja kerja.. Hurm, korang nak tau apa aku nak buat??! 


Answer : "Nak Buat Air Kopi Habbastussauda lah :))"


Pergh... sihat-sihat betul makanan & minuman hari ni... 
barulah KAWWWW!

Apa kah bahan-bahannya : 1 sudu teh Kopi Habbatus ,Sedikit Susu Pekat Manis Melengkeng, Air Panas Neg.9 secukupnya , Mug kosong itu sudah pasti, Sudu untuk mengacau anak dara orang.. sekian ya anak-anak resepi dari meje dapur makcik :))
Sebagai penutup Kak Aisya menunjukkan skill membuat SALAD DAUN KUBIS JIMAT a.k.a BUDGET.


Bahan-bahannya ialah :
3/4 kubis (ikutlah korang nak pakai kubis apa pun janji namanya kubis ya..bukan KUDIS)
1 biji limau nipis diambil airnya... (limau nipis ya.. takmo yang tebal-tebal, nanti tak ikut resepi plak..muhuhuh)
Sedikit Garam sebagai penyedap rasa-rasa aku.
1 bilah pisau untuk memotong .. (SILA BERHATI-HATI ya.. takut tersalah potong plak)
Tak perlu papan landas, sebab korang bleh memotong dimana aje.. even atas kertas pun boleh.. 
1 bekas untuk mengumpul kobis yang sudah siap dipotong.
1 bende yang boleh menggaul kobis & limau & garam supaya menjadi sebati.

Setelah semuanya disatukan.. maka inilah hasilnya. taaaraaaa....!!
Nampak macam ancaman kan?? walaupun takde dressing ala-ala western, still sedap tau.. rangup & berkhasiat kan? Bagi sesiapa yang inginkan kemeriahan salad ni, anda boleh letak apa saje vege yang anda suke.. baby tomato ker, carrot ker, kubis purple ke, whatever asalkan korang boleh makan & tak membazir.. hehe.. pada sesiapa yang selalu sengkek macam aku tapi nak makanan yang healthy boleh cuba resepi kak aisya ni..


Healthy Salad yang menjimatkan poket anda.. selamat mencuba! :D