Sunday, July 15, 2012

2nd MRI & CT Scan (HKL)

Setelah gagal menjalani imbasan di HSB, maka Dr. Fadzilah telah berusaha meng-setkan appointment dengan Hosp KL pula. 21/6/2012, 2:00ptg , kami ke HKL di sana kami ke ENT kemudian barulah kami dirujuk ke Anaest clinic. Semasa di Anaest clinic ada doktor yang interview sejarah kesihatan Yasmeen, dan pada masa yang sama pula, Yasmeen sedang tak berapa sihat, selsema sikit. So, doktor inform masa hari nak buat scanning, Yasmeen perlulah dipastikan SIHAT. Kalau tak sihat, selsema sikit pun tak boleh buat MRI tu. Setelah setengah jam duduk di dalam bilik doktor, baru doktor & staff nurse realized yang kes kanak-kanak, surpose handle by PAEDs Anaest Clinic, Ya Allah... dah terpaksa re-schedule appointment lain pulak.. 25/7/2012. Memandangkan waktu tu dah pukul 4, doktor  Anaest Pakar Kanak takde kat klinik. Takpe-takpe, aku positif, mana ada kejayaan tanpa ada sedikit ujian... So, aku terima ini semua dengan hati terbuka. Aku minta En. Shahar supaya mengambil unpaid leave sehari lagi untuk temankan kami ke HKL nanti,

HKL bukanlah macam hospital-hospital besar lain, tempat parking limited kene pusing 4,5 kali itupun kalau bernasib baik, kene harung kesesakkan jalan yang panjang, clinic-clinic pakar berasing-asing mengikut institusi berkaitan.

25/7/2012, 10:30pg, kami tiba di Institusi Pediatrik HKL, mengunggu dihadapan BILIK No.3, di sini Dr. Pakar Bius akan menilai Yasmeen. hampir pkl 11:30 baru lah kami dapat berjumpa dgn Doktor.
Perjumpaan yang tak lah begitu lama, just nak tanya sejarah kesihatan, berat badan, mujurlah Dr. bius tu kawan kepada Dr. Fadzilah, so sedikit sebanyak Dr. Fadzilah dah brief pasal Yasmeen kot. Heehee..

Plan doktor bius, untuk 2/7/2012 , CT under sedative oral, dan 3/7/2012 MRI under G.A (General Anaestetic). Sebelum kami meninggalkan ruang klinik pakar tu, nurse telah menyerahkan 1 set Surat Bius, surat arahan kemasukan wad & Surat Consent untuk CT & MRI. Okey semua nampak macam dah selesai, so kami pun heading to Puncak Alam untuk mengambil Aidil & Farah. Elok je sampai kat Sungai Buloh, dapat call from nurse yang serahkan surat tadi, dia kata doktor ENT minta semula surat consent untuk dirujuk sebelum Yasmeen dimasukkan ke wad.

Alamakkkkk! punye lah jauh, dah la penat melayan jem kat KL tadi pun tak habis lagi, kene la turning back balik? Weols ingat nak guna poslaju jer, tapi nurse tu tak kasi, sebab ini melibatkan surat perubatan, dia takut hilang. Setelah berdiskas dengan En.Shahar, selepas mengambil budak berdua tu, kami patah semula ke HKL. Sekali lagi kami diuji, tapi aku tetap mempositifkan nya, mungkin ada hikmahnya yang kami belum nampak.

1/7/2012 , 10:00 pagi, Ahad keadaan di hospital memang lengang sebab klinik-klinik pakar tak beroperasi..muhuhuh. Kami terus menuju ke Institud Pediatrik dimana klinik pakar & wad di dalam bagunan yang sama.

Aku actually tak tahu nak masuk wad mana, sebab dalam surat tu tak dinyatakan wad sebenar. Lalu aku pun bertanya lah kepada salah sorang nurse, macam mana saya nak tahu wad mana yang perlu kami masuk?.
Dia suggestkan masuk ke Wad KK6 & tanya staff nurse yang bertugas.

Aku pun masuk la ke Wad KK6, wad ni tak sesak macam kat wad kanak-kanak HTAR, ada banyak jugak katil kosong. Disebabkan surat masuk wad tak dinyatakan wad dan klinik ENT takde pada hari Ahad, so, wad KK6 sudi menerima kes kami. Selepas makan tengah hari, barulah kami mendaftar masuk "hotel".

Semasa di kaunter jururawat KK6, nurse menerangkan serba sedikit peraturan wad & kawasan sekitarnya.
Kemudian kami dinilai pula oleh Dr. Siswazah , iaitu Dr. Muhaimin dan kemudian ditempatkan ke sebuah katil bernombor 12. Okey, kat sini memang takde ekon, (aku suke, sebab tak lah memalam nanti aku freeze macam ikan sejukbeku) huhuhu... Katil sebelah kiri kitorang kosong, depan ada sorang, hujung ada sorang. belah kanan ada dalam 4 orang, yang sorang tu dah ready nak berangkat pulang. :) Dah sihat ler tu.

Okay, seperti yang telah dipesan oleh petugas dari Radiologi, aku kene inform nurse untuk call bahagian x-ray jika aku & yasmeen telah warded. Hari Ahad di wad KK6 berlalu dengan lancar, Yasmeen bijak, masa aku pergi solat, dia tak kisah ditinggalkan bersendirian bermain dengan rakan-rakan wad. Pandai bersosial. Tapi aku still minta ibu yang ada kat sana untuk tengok-tengokkan dia. Sekembali aku ke katil, ku lihat lantai wad banjir..... rupanya-rupanya kerja yasmeen, dia buka pili sinki sehingga air penuh & tak reti nak tutup semual pili tersebut... huhuhu... marah lah makcik cleaner nak oiii...

 Tidur di wad tak selena tidur di rumah sendiri, sekejap-sekejap aku terjaga bila nurse buat round check suhu & pulse. Yasmeen tido nyenyak macam takde apa hal. Keesokkannya, kecoh sekejap, sebab Wad ENT mencari patient... huhuhu... rupa-rupanya di Wad KK6.. itulah Yasmeen!

Tapi kalau ikut logiknya, aku prefer yasmeen di PEADs wad, sebab kat sini doktor pakar kanak-kanak so diorg lebih tahu pasal kanak-kanak. Kat sini doktor ramai yang buat round, dari Housemen sampailah ke Pakar. Ada situasi yang comel ialah bila morning round, doktor Helisa (Dr.Siswazah) nak pegang Yasmeen untuk memeriksa nadinya, Yasmeen refused, Yasmeen tak mahu disentuh oleh Dr. Helisa, but...yang funny tu, yasmeen pula yang menyentuh & menilik-nilik jari jemari doktor. Hahaha...agaknya dia ingat itu Mak Teh dia kot, sebab doktor tu chuby macam Mak Teh dia. :)

Kami diberitahu oleh nurse untuk bersedia kerana dalam pukul 9:30pg, akan berangkat ke Pusat Pengimejan yang berada beberapa ratus meter dari wad kami. Kami diiring oleh Dr. Muhaimin yang membawa tangki oksigen & SN Suhaida ke CT Scan. Ubat sedatif semua dah ready, now tunggu van hospital pick up kami & bawak kami ke sana.

Untuk buat CT cuma ada 2 orang patient je, Yasmeen & sorang lagi budak perempuan. Sebabkan kes Yasmeen ni spesel sikit, so, staff CT minta Yasmeen get ready dulu, makan ubat tidur. Bukan senang nak bagi dia makan ubat tu, lebih  banyak yang keluar dari yang masuk. Bila dah habis makan ubat, aku pun menepuk yasmeen manalah tau kot-kot dia nak tidur, dekat setengah jam. Tapi ....bukan senang, asal ada je org lalu mata dia terbeliak balik. last-last diorang suruh tidurkan yasmeen didalam bilik pemulihan, tutup semua lampu & tirai.

Aku pun naik sekatil dengan Yasmeen. Dalam 15minit aku mengulit dia, dia pun tertidur. Aku inform SN Suhaida. Memandangkan masih ada patient di dalam suite itu, maka kene menunggu dulu. Tak lama kemudian, nama yasmeen pun dipanggil masuk, staff radiologi pun minta aku baringkan yasmeen di atas pelantar, pada masa yang sama , dia minta aku menunggu didalam bilik CT bersama-sama Yasmeen. Dia bertanya samada aku pregnant @ tak? Tak tahu lah, sebab period aku dah lewat sehari. So, aku cakap la aku tunggu kat luar jelah. Jadi dia minta aku pakai baju keselamatan & berada jauh dari mesin CT itu.

Syukur Alhamdulillah, cuma 15minit aje yang diperlukan untuk CT Scan ni. Aku dukung Yasmeen untuk pulang semula ke wad KK6. Anak ummi ni dah hantap la... lenguh bahu mendukung dia. :)
Ujian untuk hari Isnin dah lepas... esok MRI pula, tapi ini lagi haru....

No comments:

Post a Comment