Thursday, March 1, 2012

2nd Audio Assessment @ HSB (29/2/2012)


Keletihan
Ambik ubat.. hampir sejam menunggu
Published with Blogger-droid v2.0.2

Dalam bulan February jer, dah hampir kesemua appointment adalah untuk ENT & Audio aje. Hari ini ada 2nd time Yasmeen perlu hadir ke audio HSB untuk dinilai tahap audiotori nya.

Actually masuk ke ke klinik ENT aku dah tak macam mula-mula aku jejakkan kaki masa pertama-kali. Ini semua disebabkan hati telah berbelah bahagi antara ingin buat or tak ingin buat implan. Tapi, aku pikirkan semula kata-kata Pn.Farah (audiologis HTAR), aku buat je semua  penilaian itu dulu, nanti kalau last-last sebelum operation, aku ada hak untuk menolak.

Tapi aku terharu dengan Audiologist di HSB, aku lupa nak tengok nametag Cik Audio tu, dia sangat energetic bila dia semak rekod yasmeen, "yasmeen candidate C.I" ... dia terus ambil questionaire untuk aku jawab, dia tanya samada aku dah ada appointment MRI & CT Scan atau belum, aku katakan,
"belum lagi...".

Terus dia buat routine check up yang biasa dilakukan di mana-mana klinik pun.
Tymponometri diambil, then kami masuk pula ke bilik assessment.

Ya Allah, seronoknya bila ujian di telinga KIRI dibuat, respons yasmeen sangat positive, dia pun tak boring & sangat memberi kerjasama.
Tapi bila masuk bab telinga KIRI, dia tak mampu untuk habiskan penilaiannya.
Maybe tahap SEVERITY telinga tu buat yasmeen susah nak respons dengan bunyi yang dimainkan.

Cik Audio terus menyelesaikan beberapa perkara, dia jugakk terus call doktor yang handle kes Yasmeen untuk mendapat approval & verification untuk order MRI & CT scan buat Yasmeen. Cik Audio kata, bila lagi nak buat, masa semakin suntuk, yasmeen pun dah 2thn 7bln. Dan rasanya kes yasmeen tak dapat dipresent bulan 3 ni, sebabnya report & MRI , CT tak ada. Kene tunggu lagi 3 bulan untuk mereka bawak ke meeting National nanti.

Doktor Fadzilah, menerangkan why we must have MRI Brain & MRI I.A.M & CT Scan patrous bone. Untuk Brain tu, doktor nak tengok samada leuko yasmeen tu dah stop producing atau semakin progressive. Kemudian saraf telinga pula nak kene tahu jugak, samada berfungsi atau tidak.

Darah Yasmeen diambil, sebbaik yasmeen kuat! Tak menangis pun... dia cuma ternganga bila jarum dicucuk & tangan dipicit untuk mengeluarkan darah.
Then aku pun menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan parent untuk membenarkan Yasmeen di scan.

okey... kami diarahkan ke bahagian pengimejan (X-Ray Dept) untuk dapatkan appointment. Okay tunggu lagi sampai nama dipanggil. Lebih kurang setengah jam kemudian, nama yasmeen dipanggil, cik staf menetapkan 2hb Mei 2012, pukul 10:00 pagi. Kami diterangkan apa yang perlu dibuat & dihindari semasa hari itu. Yasmeen kene puasa sekurang-kurangnya 4 jam sebelum scanning.
Yasmeen perlu makan ubat anti alahan 12 jam sebelum + 2 jam sebelum ujian MRI dilakukan.

Adoii... rabaklah mata ummi nanti nak oii.. sebab nak kena kejutkan & main-main diwaktu subuh-subuh adam.

En.Shahar, dari awal macam tak berapa nak setuju, dia macam nak cakap jer nak tarik balik permohonan implan ni. Dia dah tawar hati & lebih takut menghadapi kemungkinan selepas operation. Bagi aku pula, aku nak tahu nerve yasmeen berfungsi atau tidak, dan aku telah serahkan 100% kepada Allah. Aku biarkan Allah memberikan apa yang terbaik untuk Yasmeen. Aku cuma usaha & tawakkal. Aku meredhai nya. Aku tak akan sesal sedikit pun.

Jika masa national meeting nanti, kes yasmeen diterima atau ditolak, aku sudah puas hati. Akan aku ikut nasihat para motivator, aku akan terus membesarkan hati ku untuk menerima apa jua masalah, agar masalah itu menjadi kecil... dan berlapang dada untuk menerima apa jua cubaan & dugaan. 

"Ya Allah, jika dalam pengetahuan Mu, koklea implan ini baik untuk yasmeen & baik untuk kami sekeluarga, maka permudahkanlah urusannya, tetapi jika dalam pengetahuan Mu koklea implan ini tidak baik untuk yasmeen & tidak baik untuk kami sekeluarga, maka jauhilah ia dari kami...Ya Allah, Tuhan yang memiliki Arashy yang besar" Amiin~

Last tempat yang kami kunjungi adalah farmasi untuk out patient, ini untuk sambung kembali ubat bagi diagnos telinga berair, disamping ubat untuk anti alahan. Maklumlah yasmeen ni ada history Bronchio, so doktor tak mau la nanti yasmeen sesak nafas masa contrast disuntik kedalam badannya masa MRi nanti.