Tuesday, June 28, 2011

Disaat Aku Mencintaimu - Dadali Band & Zivilia - Aishiteru

Kawan makcik kata, lagu ni dia tujukan untuk Klon Gambit, yang secara tak sengaja kami terjumpa masa lunch @D'nar.

Selalulah mereka mengharapkan KG ni akan selalu ada waktu time-time lunch. ahahaha... adeih!


Ini pulak untuk teman-teman yang mengenali makcik, tak kire jauh, dekat, hitam kah, putihkah.. tinggikah, rendahkah, gumuks kah, kuruss kah... asal namanya KAWAN/TEMAN/SAHABAT/FRIENDS..
Enjoy!!!

RED VELVET & MARSHMALLOW CAKE

Well,selamat datang menjenguk makcik lagi diblog yang serba tak seberapa nih.

Hurm..okay today lunch, makcik dgn geng-geng kongsi-cerah makcik telah memilih restoran D'Nar sebagai port untuk melantak. Tapi ada rahsia disebalik pemilihan port ni, cuba teka...kenapa?

Hehe... 
Sila la buat pilihan jawapan di bawah :-
a) kerana masakan Ala Thai nya kah?
b) adakah kerana kawan-kawan ku sekarang dah gumuks, maka mereka memilih untuk makan diluar dimana memerlukan mereka berjalan kaki sejauh 100meter berpagar kah?
c) kerana Klon Gambit makan disitu kah?
d) atau semua diatas ..muhuhuhu

ya ya..sapa dapat jawab, nanti makcik belanja goreng pisang sengget.

Makcik telah mengodar Nasi putih 1, Tomyam Ayam Kongsi dengan Raihani, Telor Dadar Comey.. dan minum 1 gelas air Teh O'Ais dikongsi 3 orang! 3 orang tu ialah , makcik sendiri, kak sue & kak izan..ahaha sewelkan?? yelah, actually makcik memang kurang la minum manis-manis, dari membazir tak habes, better share.. bak kata orang muda-muda "sharing is caring maa.."

And the best part is.. kengkawan makcik dapat melihat & melepaskan kempunan memandang wajah Klon Gambit! hehe.. Jadilah...tak dapat tengok the Real Gambit, dapat tengok Klon Gambit pun okaylah.

Untuk sesi makan tengah hari sudah! Then untuk sesi minum petang pulak BOSS makcik & the gang telah menyeseponsorkan 2 bijik kek taw!
one is RED VELVET no STRAWBERRY & another one is The MARSHMALLOW cake.


Pergh, santak giler our stomach la.. makcik mengambil masa jugak la untuk menghabiskan 2 ketul kek tu. Adeih... 
Yang Kiri tu namanya RED VELVET Tanpa Stoberi , and kanan tu pulak The Marshmallow cake ...yum..yum..yum..

Ini bahagian makcik.. korang jangan kecur airliur udahlah. :)
So, lepas ni makcik kene bersenamlah..& gosok gigi..!

Oh ya, sebelum tu.. makcik nak share jugak kisah petang tadi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari ofis.

Masa makcik sampai selekoh pejabat makcik, makcik terserempak dengan seorang uncle India yang dah tua.. agak-agak makcik dalam umur 50-an gitew.
Dia sedang menunggang basikal dia, apa yang makcik perhatikan tayar belakang dia sudah bengkok,kesian sangat .. dalam kepala makcik dok memikir
macam manalah dia nak bawak basikal macam tu, sure tak selesa untuk dibawa.. Dulu basikal dia tak lah macam tu, mebi baru-baru ni dia dilanggarkah?


Makcik selalu nampak dia kat area ofis makcik..kadang-kadang makcik tengok 
dia sedang menunggu untuk melintas rondobot.

Makcik hanya mampu memandang & berdoa agar uncle tu selamat sampai ke rumahnya. 
Makcik ni tak sampai hati kalau tengok orang yang menunggang basikal or motor espeseli kalau ada kanak-kanak yang membonceng sekali.

Teringat zaman kanak-kanak makcik, dimana abah, mak & kami berjalan kaki, menggunakan bas awam, dari basikal kepada motor vespa hijau,dari vespa hijau kepada motor suzuki itam, dari motor kami mula mempunyai kereta sekenhen,bukan sekali dua tau..banyak kali jugakla tukar-tukar kete sekenhen ni.. apa yang makcik ingat, Honda, Datsun, Dahaitsu, Proton saga. ohh.. banyaknya kenangan.. kenangan kereta rosak semasa abah bawak kami jalan-jalan hujung minggu , lastly kene naik bas plak balik ke rumah hehe.. 

Ya, semua itu mendewasa kan makcik.. dan makcik akan mudah jatuh simpati pada golongan-golongan ini.
Makcik rasa bersyukur sangat dengan apa yang kami ada sekarang ni, sesusah-susah kami, tapi ada lagi orang lain yang jauh lebih susah bila memandang orang lain hanya mampu berbasikal & bermotor.. 
Makcik doakan satu hari nanti mereka jugak akan dapat memiliki kenderaan mengikut kemampuan dorang.
Takpe la sekadar kancil atau viva pun.. janji ia mampu melindungi dari hujan & panas & boleh bawak anak-anak dorang berjalan-jalan. :)


Okaylah cukup sampai sini dulu, hurm... makcik terpikir, mesti Rahim Ahmad gelakkan makcik kalau dia baca entry ni, sebab dia kata, dia malu nak promot Blog makcik ni kat kawan-kawan dia..Maklumlah blog makcik takde unsur-unsur 18SX hahaha!! Pooooraaaah la nko rahim oiii... ! :p




Monday, June 27, 2011

Padamu Ku Bersujud - Afgan



Ku abadikan lagu ini setelah selesai menonton Rhaudah - Tanya Ustaz @tv9 dekattt dihatiii...  :)

Kisah hari ni pasal "TAUBAT"..
Sudahkah anda bertaubat? Atau anda hanya TahuBuat?
Sama-sama lah kita ingat mengingati, bertaubat la dari apa saja perkara yang tak baik.
Apa yang aku dengar tadi ustadz cakap,
"Kerana apabila kita meninggalkan sesuatu yang tidak baik, maka akan Allah akan gantikan ia dengan yang lebih baik dikemudian harinya",
tak nak ke offer dari Allah tu? :)

Merempit

Syok sangat dapat main skateboard abg Aidil. Satu living room tu dia undur ...kedepan..undur..kedepan...
Sila lah lihat aksi anak ku yang bongsu ni... terlalu sukakan apa aje yang beroda, pasti dia akan cuba nak naik.
Hasilnya. skateboard abang aidil diterainya.. wakakakkak

Yasmeen..yasmeen, memang sudah nampak sangat yasmeen sudah bebas dari Gross Motor Delayed!

Yasmeen, ummi proud of you sayang! Selepas ini, cepat-cepat la Yasmeen bercakap pula ya? 

Kempen "Marilah Membaca"

Buku novel ni ..masyaallah tebal nak mampuss.. pages nya dah nak 1500pgs.. tapi gua boleh habeskan dalam masa 2 hari jer.. boleh tak rasa2nya masuk Guiness World Book of Records? hehehe

Teringat zaman mude remaje... time masa sekolah dulu takde duit nak beli buku novel mahal-mahal.

Tapi atas keinginan & semangat yang kuat, gua simpan duit belanje  gua sekolah sikit-sikit , lama-lama jadi bukit..Maka dapatlah gua membeli buku-buku novel yang dah lama gua idam-idamkan.

Time tu zaman Ahadiat Akashah tengah glamer. Boleh dikatakan 2 shelves buku kat umah mak gua tu, adalah novel kepunyaan gua. 
Tapi bila dah berkahwin & berpindah dari rumah parents gua, ntah kemana buku-buku tu menghilang.

Agak-agak gua la kan, mak gua dah sedekah kat taukey "paper lama" takpun kat sepupu sepapat gua yang masih kanak-kanak bawah umur tu. :))

Bukan tu saje, gua jugak masa dolu-dolu suke sangat beli majalah REMAJA.. :)
time tu zaman feeling-feeling bagus.. dan dari Majalah Remaja lah aku tertarik dengan Novel-novel local.. memang tangkap leleh la kalau baca.. Dah la gua ni emangnya punya HATI selembut sutera, seindah pelangi.

Oh sebut pasal pelangi, ahad lepas masa balik ondaway dari Puncak Alam, weols terserempak dengan PELANGI! shanteekk nyer! :)

Ok, back to our story, lama jugak gua tinggalkan hobi membaca & membeli novels ni.. but now, hobi gua kini dishare bersama-sama dengan BOSS tempat gua bekerja. Weols saling berdiskusi pasal novel ni.. apa yang menarik, apa yang tak.. & sekarang satu opis sudah terkena Disease ni..wakakakakak
Dan Boss gua adalah pembekal novelnya! Tengkiuk bos! :D

Tapi gua tabek la dengan boss gua ni, kalau membeli novel..memang tak sah la kalau tak beli lebih dari 1 pc pada satu-satu masa.

Jadiknya.. nak tunggu dia habes baca semua novel baru dia tu, maka dia akan share la dengan kengkawan lain...muhahaha.. banyak pahala dia, sebab membaca amalan yang mulia, dengan membaca kita boleh menambah perbendaharaan kata.. itu salah satunya lah.. selain tu, kita mungkin boleh ambik iktibar dari stories tu.. betolll takkk??

Okay, sebab citer 7 Hari Mencintaimu sudah tamat ku telaah. Now time untuk aku meneroka isi cerita AD+IZ. Harapan ku, semoga aku tak boring membacanya. Sometimes, kalau novel tu tak menyengat, baru BAB 1 or BAB 2 mesti aku dah tutup buku tu.
Boss gua kata, citer ni tak berapa 'kene' dgn hati dia.. sebab bos gua tu dah nak masuk middle age. hehehe


Thursday, June 23, 2011

Hari Terakhir

"SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA BAGI ALLAH"

Today yasmeen sememangnya perlu hadir untuk appointment Occupational Therapy (Terapi Carakerja).

Macam biasalah, keluar rumah seawal pagi mengelakkan terkocoh-kocoh semasa dalam perjalanan nanti.

Inilah juga kali pertama Yasmeen guna kad OKU untuk rawatan/konsultasi terapi di sini. hehehe... gunakan kad to the fullest la kan? 3 bulan menunggu tau!
Masa masuk bilik PEADs , Cik Zurina (Snr.Terapist) dia kata Yasmeen sudah tak perlu lagi datang ke OT, sebab dia sudah pulih sepenuhnya dari masalah Gross Motor Delayed, just sekarang concentrate pada speech sahaja.

Jadi dia mencadangkan yasmeen di discharge terus dari OT, tapi sekiranya in future Pediatrician kesan something yang abnormal maka kene la continue OT. 

Memang happy giler masa dengar berita ni!!

It's a miracle kan?!  Baby yang dulu ... hanya terlentang  terbaring tak bergerak-gerak kini sudah seiring dengan rakan sebayanya.

Semoga progress positif ini akan berkekalan sehingga yasmeen dewasa nanti.
Itu doa ummi buat mu sayang.. :)

Beribu Sesalan - Jac, Ning & Shila

Beribu Sesalan - Jac, Ning & Shila
Best lagu ni.. ini salah satu lagu OST dalam Drama Annissa.. tak caya sedap?? meh try dengar! :)

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu

Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku

Wednesday, June 22, 2011

Annissa - Samarinda

Hadui.. kenapa lah aku boleh tersangkut, tertengok drama Anissa (Slot Samarinda) kat tv3 ni?

Salah satu kisah yang mengusik aku part :-
Dalam diam-diam suami main kayu tiga dengan kawan dia sendiri.. Best Friends plak tu! adeih.. dah takde orang lain ke yang ko boleh jadikan suami/isteri?
Emosi plak aku dibuatnya! Tau la bini sendiri tak boleh mengandung! Adakah itu alasan untuk menipu isteri sendiri?? Kawen curi-curi ... then tipu bini hidup-hidup. Bini punye la lembut pun still tak menjamin kesetiaan sang suami.
Agaknya dimana silapnya? dimana sumpah janji setia semasa bercinta dahulu?

Aku akui.. suami, isteri, anak, rezeki tu semua adalah pinjaman.. dan tidak berhak untuk kita menidakkan apa yang telah tersurat. Tapi peliss lah.. tolong lah berlaku jujur. Tolong jujur pada diri sendiri & jujur juga pada isteri.

Waaa.. aku tak tau la macam mana nak hadapi situasi kalau bende ni berlaku.

Tapi aku sangat optimistik, wanita adalah KUAT..walau secara zahirnya nampak lemah, tapi batinnya kuat... kuat untuk menempuh setiap dugaan, samada dugaan dalam hal suami even dalam hal anak-anak sekali pun.

Nota kaki:
eh, korang jangan plak belasah gua sebab entry ni erk? ini cuma pandangan gua yang baru tengok 1 episod...eheheh

Ishhh... gua tgh bersemangat nak tepek lagu "Beribu Sesalan" Blogger ni wat hal la plak.. esok-esok jelah gua tepek lagu OST citer ni ya!


Monday, June 20, 2011

Kisah Hati - Aliyah

Lagu tema untuk Drama bersiri Stanza Cinta..
sangat menguja kan... mari kasi layan lagu nih
Menambahkan pengujaan ialah sebab dalam citer Stanza Cinta ni ada Aaron!

makcik tanak citer lelebih... makcik nak layan saje lagu nih....



Assessment With PEADs (1y11mth)

Wokeh ini sekian kalinya assessment buat Noor Yasmeen, sekarang umurnya dah pun masuk 1thn 11bln.
Sudah besar kan?? Ya ..sudah nak masuk 2 tahun dah anak ummi ni.

Pukul 6 pagi... cik yasmeen dah terjaga bila terdengar ummi kecoh-kecoh kat dapur sedang memprepare barang-barang yang nak dibawa ke hospital nanti.
Bukan yasmeen je yang terjaga, rupa-rupanya kakak farah pun dah bangun.

So, ummi kerahkan kakak farah tolong mandikan adik yasmeen.
Baguss.. yasmeen suka bila kakak mandikan dia.

Maka ummi banyak masa untuk buat benda lain. 

Appointment hari ni adalah pada pukul 9.00pg. So, pukul 7.55 dah kene kluar rumah lah... bukan apa..banyak sikit masa nanti nak pusing-pusing cari parking kat hospital tu.

Sungguh pantas ummi bawak car..  pukul 8.15 dah ada kat parking lot..
dan sungguh la guard yang jaga level tu baik hati, actually ummi memang dah bernawaitu nak park near tangga A, senang & dekat sikit nak turun ke bawah & tangga tu sangat Open.
Guard tu telah memudahkan ummi & yasmeen.. THANK YOU ALLAH & thanks jugak pada pak guard tu.

Lagi satu aku phobia berada di tangga tak kira dimana-mana bangunan pun,  sebab aku takut kene stop by strangers .. dah la kami berdua beranak aje.
Macam mana nak protect diri kalau something tetiba datang depan kami. muhuhu.. giler punye imiginasi seh! ahahaha.. Bak kata orang .. "sediakan payung sebelum hujan"

Masa masuk je pintu Pusat Rawatan Harian HTAR, humang-aii.. ramainya umat!
Ummi dah risau sangat dalam hati ni, pukul berapa la baru kita dapat ambik registration Number & buat bayaran..
Baru 5 minit ummi beratur, ada sorang Hospital Attendant datang kat ummi..

"cik datang dengan suami ke?" soal dia . " Tak, saya sorang je" balas ummi.

Dia pun amik kad yasmeen dan ajak kite ke depan... agaknya dia kesian kat ummi sebab dukung yasmeen yang dah hantap tu!

Alhamdulillah... mudah urusan kita hari ni nak... Yasmeen & ummi tak perlu tunggu terlalu lama untuk dapatkan kemudahan di hospital.
Itulah untungnya & seribu rahmat yang Allah berikan untuk yasmeen & ummi.
Dengan kad OKU, yasmeen dikecualikan dari beratur lama & dikecualikan dari  membayar kos rawatan hari ni. Syukur!

Yasmeen tak betah duduk diam, ada saja aktivitinya.. dan yang paling dia suka, mencari kawan-kawan baru...asal ada kanak-kanak datang dekat kerusi dia, dan-dan tu jugak dia ajak main acah-acah! Seronok sangat yer?
Setelah timbangan & ketinggian diambil, Yasmeen kene tunggu turn untuk berjumpa pakar kanak-kanak pula.

Doktor tanya apa kebolehan yasmeen, macam biasalah... dia dah boleh itu..dah buat ini.. dah boleh cakap "Abah"..."kaka"... 
Doktor kata lagi, so far Gross Motor Delayed yang dialami Yasmeen banyak sangat improvementnya. Itu semua kuasa Allah..dan ummi tak kan jemu-jemu mohon yang terbaik untuk yasmeen, semua dari Allah.

Yasmeen suka betul kat doktor lelaki india yang muda tu... dan doktor tu pun pandai plak ambik hati yasmeen.. so gentle gitu.

Yasmeen sudah mula catch up seperti kanak-kanak sebaya dia.
Cuma sekarang concentrate pada speech.

Speech Therapy hujung bulan 6 ni.. tak sabar nak tunggu macam mana nak ajar kanak-kanak istimewa ni bercakap!

So, lagi 4 bulan yasmeen kene datang lagi.. bagus.. dah bertambah jarak sikit dari apointment yang lepas-lepas.. kalau sebelum ni setiap 3 bulan, skarang dilewatkan kepada setiap 4 bulan. :)
Pukul 9.50 kami pun selesai berurusan di klinik.
Ummi pun dah lenguh dukung, tarik...kejar... yasmeen.. sengal-sengal tangan ummi dibuatnya. naughty girl but sweet! :)

Okaylah mari kite layan video yasmeen masa tengah tunggu doktor.

Ummi kene pergi kerja lepas ni, yasmeen jangan nakal-nakal okey? nanti ummi babab adik! :))
Cuba dengar apa yang sedang dia cuba sebut??



Saturday, June 18, 2011

Aaronmania lagi

Susah nak baca chat from fans ke tu??

Aaron kenyit mata kat weols yawww... =D
Sungguh tak boleh dikawal lagi ... gua nak bagi tau uols... bahawasa-nya
Wallpaper Desktop PC ofis
Screen wallpaper henpon gua
Thumbnail Caller ID En.Sahar 
semuanya gua dah tukar to gambarajah AA .. wakakakak


Harap demam ini akan kebah & gua boleh hidup normal kembali.


hehehe... 


Tapi still love your acting Bro!! Don't stop what you did now!

Demam Aaron Mustapha Aziz (Drama Nora Elena)

OMG! satu ofis Giler Kentang sama Aaron.. Time ni gua tgh kusyuk nak dengar apa yang Aaron cakapkan. Tapi failed la.. sangkut-sangkut, sudahnya gua tak paham.. so, just baca jwpan Aaron kat chatbox tu je. :P
Masa gua update FB, gua ternampak status Twit Aaron, katanya dia akan LiveChat @TV3 online.. Apalagi kami rakan-rakan seperjuangan taknak lepaskan peluang untuk beramah mesra dengan Aaron.. setengah jam sebelum chat bermula.. chat room tu dah packed dengan "kipas-kipas" si Aaron Aziz ni!

Kawan gua dua orang tu (sue & izan) jugak tak lepaskan peluang create akaun kat chat room tu.. ahaha.. elok je diorang 'post'... hilang ntah kemana 'post' mereka tadi.. dek akibat terlalu banyak posting masuk...sampaikan PC kitorg berbunyik-bunyik macam nak meletop kekdahnya!

Pukul 3.00pm , waktu untuk Aaron On Air ... apalagi bertambah-tambahlah fans yang masuk.. sampaikan Aaron terpaksa minta peminat slowdown, sebab dia sendiri pun tak sempat nak baca semua soalan-soalan fans.

Last yang gua sempat telek... ada lebih dari 2300++ viewers yang online..
Giler sewelkan?!!! memang tak terlayan la Aaron di buatnya. 
Sesi bersama AA ni adalah selama sejam..

HAHAHA.. memang AA Fever la!! Tahun ni gua rasa Aaron boleh menang ABP!  
Good Job bro!

Friday, June 17, 2011

Khamis Malam Jumaat

Buang tebiat & pecah rekod!

mungkin itu perkataan yang sesuai untuk mengelaskan aktiviti ku malam semalam.(Aktiviti Khamis Malam Jumaat..waa)

Buku yang ku pinjam dari Boss dari minggu lepas pada mulanya aku pandang sekilas lalu... tanpa ada sebarang niat untuk memulakan pembacaan secepat ini, yang aku sangkakan cuma novel 'biasa-biasa' aje..rupa-rupanya 
LUAR BIASA kesannya terhadap 'penerokaan & imiginasiku'.

"PERGILAH AIRMATA"-HANNI RAMSUL.
Ini buku BOSS saya : PERGILAH AIRMATA.. tapi saya pinjam jer!

Jika dilihat dari tajuknya , nak suruh PERGILAH AIRMATA, tapi yang terjadi adalah sebaliknya.. makin laju plak AIRMATA-AIRMATA free aku tertumpah dek novel ini.

Apa yang aku nak katakan kat sini  
'SYABAS INSPECTOR SAHAB!!' 
anda berjaya membuat saya TERPUKAU & TERBAWA-BAWA dengan watak SABRINA & BADRUL...

Sampaikan En.Shahar berkali-kali berdehem memanggil nama ku, tapi aku buat donno jer.. Kenapa dia panggil???
korang rasa-rasa kenapa eh? hik hik hik....

Terasa sayanglah nak tinggalkan bacaan novel tu.. aku tak sabar nak tahu endingnya.. Huhuhu.. paling kelakar, Yasmeen turut terjaga apabila bahuku terhinjut-hinjut menahan tangis & tak sengaja mengenai tangannya.. Sudahnya, Yasmeen menemani ku membaca.

Memulakan pembacaan pada pukul 10.30mlm, apabila anak-anak sudah habis bateri (dah tido la tu). Dan terpaksa memaksa diri untuk stop pada 3.00pagi.. Kalau lah esok hari cuti..sure aku sanggup bersengkang mata untuk 3jam lagi... wahahahah,

Tapi atas komitmen pada kerjaya.. esok aku nak kene bangun pukul 6.. baju tak gosok lagi nih. ..Padanlah dengan muka aku! 

Drive OTW ke tempat keje pagi tadi terasa nak pejamkan mata jer.. sampaikan aku berniat dalam hati nak lelap sebentar kat parking lot .. wahahahak!
Tapi tak sampai 5 minit lelapkan mata dalam kereta, aku bingkas bangun, aku bertekad, Novel ini mesti dihabiskan segera!

Until this morning, masih berbaki 131 mukasurat lagi setakat pukul 10.19am dari jumlah 858 m/s kesemuanya.

Aku tegaskan di sini, kepada peminat novel-novel cinta tak rugi korang berlabur duit & masa membaca novel ini..
Lepas ni aku nak cari Novel lain pulak. :) .. TAK SABAR NAK MENANGIS LAGI nampaknya aku ni...

SINOPSIS - PERGILAH AIRMATA

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
... SABRINA


Memang aku benci.
Memang aku tidak rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
... BADRUL

Dipetik dari : http://pergilahairmata.blogspot.com

Masih tersisa kesan Mata Bengkak akibat menangis malam tadi, bukan mata je bengkak...hidung pun bengkak! kahkahkah!

tengokkk... bengkak kan??? Korang jgn plak saspek gua bergaduh laki bini

Tuesday, June 14, 2011

Kad OKU Purple Yasmeen

Akhirnya... penantian selama ini berhasil jugak setelah hampir 3 bulan tunggu punya tunggu..punya tunggu..

Tengah hari tadi, En.Shahar called, katanya orang dari JKM Klang tipon , "kad yasmeen sudah siap, boleh la datang ambik" katanya.

Maka makcik sekeluarga mengucapkan syukur la.. Yasmeen sudah selamat didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat, so makcik harap sangat masa depan yasmeen akan cerah. 

Kad yang sudah siap.. kaler purple.. khas utk PENDENGARAN.
kalau nak tahu apa kelebihan kad OKU ni.. sila klik SINI

Kepada mana-mana parents yang mempunyai anak istimewa ni, jangan la malu-malu, jangan segan-segan.Sila daftar anak anda, mereka berhak menikmati hidup seperti orang normal lain. Anak anda juga akan menerima kelebihan & keistimewaan dari kad ini.

Tak semua orang 'Terpilih' untuk mempunyai anak istimewa ini...
Kerana Allah tidak menguji lebih dari kemampuan hamba-hambaNya.

Itulah 'kata-kata' semangat yang akan sentiasa aku bisikkan buat diriku satu ketika dahulu...and now aku SUDAH REDHA.. :) Itu membuatkan hidup aku lebih happy...  Tidak sesekali menyalahkan takdir, kerana aku sangat YAKIN, Allah ada perancanganNya buat kami sekeluarga.

Dulu aku sangat paranoid, kalau orang-orang tahu apa kekurangan yasmeen, but now, I am open... tiada apa yang perlu dimalukan, malah bertuah kerana memiliki anak Istimewa ini. Anak sebegini banyak menduga , mengajar & memberikan kita ilmu & ofcoz pahala.. setiap sesuatu kalau ikhlas, forsure ada habuannya.

Oh yer.. meh share cara-cara nak apply Kad OKU ni.. klik SINI.
Jika anda mengesan sebarang abnormality pada anak anda.. cepat-cepat la rujuk kepada Doktor. 


INGAT, ANAK ADALAH AMANAH UNTUK KITA!




“Aku meminta kepada tuhan setangkai bunga segar, diberiNya kaktus berduri. Aku minta kupu2, diberiNya ulat bulu. Aku sedih dan kecewa… Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat bulu itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik! Itulah jalan Tuhan. Indah pada masanya. Dia tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi memberi apa yang kita perlukan. Kadangkala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi di atas sana, Dia sedang mengatur yang terbaik dalam hidup kita..”

Hebatkan?! Itu semua adalah RAHSIA-Nya , terpulang pada kita mencari apakah hikmahnya yang tersembunyi :)
So, bersyukurlah dengan apa yang anda ada pada hari ni.



Kuiz sebelum Tido

Malam kelmarin, masa time nak masuk tido... luar biasalah...selalunya
pantang letak kepala ... makcik.. akan terus tido ..x kire la... yasmeen masih terjaga ke, farah tengah dera yasmeen ke..Elok makcik nak menidurkan anak-anak, en. shahar buat Kuiz la plak.. bergurau senda dgn aidil & farah...

Soalannya berbunyik,

En.Shahar : Apakah yang kecik dari gajah?? dia sebijik macam gajah...
Farah & Aidil : ????
Aku : Alah.... ANAK GAJAH!!! huhuhu ...senang sangat!

En.Shahar : Apakah bendanya, masa kecik-kecik dia hitam, sudah besar dia putih?
Farah : Micheal Jackson!!!!! (huhuhu...bijak jgk anak aku ni...otak geliga..bangga sat)
 
En.Shahar : Salah... UMMI!! HAHAHAHAHA....

Time ni aku pun sama tergelakkk.. bukan sebab happy kene kutuk.. tapi seronok tengok kanak-kanak ribena ni!!

Hah gelak-gelakkk lah puas-puas kat atas katil tu, tak ketinggalan la si kecik yasmeen..terbahak-bahak dia melihat aksi abah & the gang gelakkan ummi.

kurang assammm.... ni mesti dia tengok album2 time sekolah makcik.

Takper.. tau la Pakcik Sahar tu ensem masa mude-mude dulu.. kalau tak.. tak la makcik angau! huhuhu...
But THANKS jugak kat pakcik... sebab puji makcik dah "PUTIH".. nampaknya walaupun makcik tak menggunakan product kecantikan yang maha the mahal , just guna Safi Rania Gold..makcik putih la jugak.. sangat berbeza dari masa zaman remaja...wakakakakakah!

Saturday, June 11, 2011

Quote of the day

"Jangan berputus asa kerana org2 yg terpilih  utk menerima ujian ni sebenarnya terlalu dekat dengan Allah dan Allah amat menyukai pujuk rayu kita padaNya."

Saya suka ayat ini.... SANGAT mem-MOTIVATING-kan jiwa saya.

Wednesday, June 8, 2011

Bunga Melur

Lagu yang suatu masa dulu aku dedikasi khas untuk anakku NOOR YASMEEN, time tu aku DOWN sangat bila diberitahu oleh pakar bilamana Yasmeen di sah kan mempunyai Leukodystropy di dalam otaknya..

Maksud nama YASMEEN = Bunga MELUR, 

Noor Yasmeen Shahar, D.O.B: 19-07-2009

memang sajak sangat dengan yasmeen... putih suci , indah nya ciptaan tuhan yang satu ini. Bertuah diberi peluang melahirkan, membelai, memanjakan, mendidik & membesarkan Insan Istimewa ini.

Buat Aidil & Farah, terima kasih anak-anak, kerana tidak cemburu apabila ummi & abah terpaksa "melebihkan" adinda mu yang sorang ini. :)
Ummi tetap sayang anak-anak ummi.. tiada bezanya... Ummi tetap akan sentiasa menjadi ummi kalian...no matter what!

Lirik Bunga Melur

Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai

Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu

Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa

Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja



Basikal oh Basikal

Sabtu bebaru ni..di kala matahari baru nak straight atas kepala, kete kesayangan makcik buat hal... time makcik rajin nak memasak.. bateri kete 'kong'... kenapalah kong di saat meter kerajinan makcik tengah mencanak?? Tapi mujur jugak dia kong time kat rumah..kalau dia buat hal kat luar mau makcik berguling2 meraung mintak tolong dari orang kampung.

Nak bestkan lagi stori, waktu kejadian, pakcik sahar tiada dirumah kerana gi out stesen ke Kemaman.

Yang ado kek umah , my mom & my dad.. termasuk 3org kanak-kanak ribena tu.


Psssttt... makcik rasa tuhan tu nak tunjuk or bagi lesson kat makcik kowt.. yelah.. time orang tua datang rumah, baru lah ko rajin beriya nak masak bagai.. hah..niat hati nak meriak dengan masakan kunonnya.. last2 kete kenot start. Wakakakak...


Tapi makcik tak berputus asa...tak dapat jenguk Econsave,makcik pilih kedai kat ujung simpang umah tu... jauh tak jauhla.. tapi kalau korang try jalan kaki...makcik konfiden lah korang akan mampu menghabiskan 1liter air Seratus Tambah tu.. hahahah

Lalu makcik offer anak makcik Farah Adibah.. meneman makcik ke kedai..


Mula-mula perancangannya, farah naik basikal , manakala makcik jalan kaki ....
Ish.. mana boleh macam tu..bila nak sampai kalau BERJALAN??? fikir makcik dalam hati.


So, makcik tukar plan.. 
"Farah diri kat belakang, ummi carry farah.."


Dengan keadaan seat yang rendah.. but actually basikal ni orang dewasa pun boleh naik....cuma makcik tak reti nak naikkan seat tu...


Jadi... makcik kentalkan diri bawak basikal tu... ahahaha.. humang-aiii.. bukan senang tau nak bawak basikal seat rendah!!! korang penah tengok aksi monyet bawak basikal sarkas?? Hah! lebih kureng macam tulah!! Dengan Farah berdiri di belakang makcik..siap dia bersandar...maka lebih la bebanan yang terpaksa makcik carry..peluh jangan cakap la.. tak payah gi gym naik rider tu... makcik berbasikal pun dah cukup bermandikan peluh.


Naik lenguh mengayuh...terkangkang-kangkang, time lalu depan rumah jiran... makcik buat2 pandang steret , dont toleh-toleh! Sebab ia akan mengaibkan makcik.. (walaupun makcik nampak 2-3 orang laki jiran umah makcik sedang memandang-mandang)


Time balik dari kedai... farah sound makcik.. dia suruh makcik jalan kaki jelah.
Hamboiii bertuah punye anak... AAhhh... tak kire, makcik nak bawak jugak basikal tu... biarlah orang sekeliling memandang sinis ke, sarkastik ker.. i dun care! Janji cepat sampai rumah.. ahahah
lebih kurang mcm ni la rupa basikal yg aidil...


Okeh...sekian terima kasih kerana membaca lawak yang tak seberapa lawak ni.


Oh yer... akhirnya Beteri kete makcik bertukar jua... terbang RM200 .. so, tiada lah boleh makcik berjimba, berjoli, bershopping dalam bulan ni..
Tapi nak share jugak la, setelah ditukar bateri kete ni..prestasi enjin seperti superb la... (apa relevennya bateri dgn kelancaran enjin erk??) sapa-sapa yang pandai pasal enjin sila beri penjelasan... hehe


Baidewei, semoga makcik dikurniakan rezeki lain, Insyaallah.


Sehingga berjumpa di lain entry!! muaahhh uols ~



Sesi Audio

AMARAN!! BILIK INI KEBAL...
Nampak tak Papan Tanda kat photo di atas?
Hah... Bilik ni lah.. digunakan untuk menguji tahap "pendengaran" .. selain dari itu..bilik ini juga mempunyai baaaannyaakk alat permainan untuk menghilangkan konsentrasi anak makcik si yasmeen nih.. hehehe...


Hari ni makcik halfday sekali lagi, bagi memenuhi rutin temujanji Audio si Manja ku Yasmeen.


Tapi yang over excited nak pergi appointment ni adalah Si Farah & Abg Aidil.
Kejap-kejap call henpon makcik, tanya makcik dah sampai mana...
Tak sampai saploh menit diorang call lagi..

"Ummi dah sampai mana???, aaaa..ummi kat traffic light?" Farah bertanya, dan Farah jgk yang jawab... 
Padahal makcik masih lagi kat opis.. huhuhu


Mana bleh sampai awal... kene ambik yasmeen dulu kat taska..
Time sampai kat taska... makcik tengok yasmeen tengah syokk tidur... dengan 2 toncit kat kepala.. alahai comelnya anak makcik... :)


Masa angkat dia.. sikit pun tak nangis, tak macam mula-mula hantar pagi tadi.
Elok jer dia celik mata, senyum dan terus melambai 'bye-bye' kat teachernya.


Kalau bab nak balik...ko memang laju jer yer dik? Cuba ummi tinggalkan waktu pagi?? TAK SAH kalau TAK BUAT, "SOUND CHECK" (dengan mimik muka, minta belas kasihan)... elok je ummi blah, yasmeen pun diam, saje nak suruh ummi patah balik la tu... Tak dapek la sayang...Ummi WORK! Kalau tak work macam mana kite nak beli susu, pampers & nak sekolahkan abang dan kakak..


Ya Allah... senang betul nak dapat parking hari ni kat Hospital... syukur sangat. Tak perlu round-round menghabehkan minyak.. dekat plak tu dengan Pusat Rawatan Harian Hosp. Klang. Memang rezeki adik lah! :eD


Kat Kaunter pun.. masyaallah... tak perlu tunggu lama.. siap dah bayar makcik & anak-anak boleh lagi bersantai-santai tunggu lift... tak yah berebut-rebut.. eksyen tak nak naik lift, walaupun 1 pintu lift dah terbukak tapi berduyun staffs hospital masuk, sebab nakkan privacy makcik & anak-anak decide tunggu lift lagi satu.. hehehe.


Semasa menunggu turn seeing Pn.Farah (Audiologist) .. yasmeen kemain hyper bila berkenalan dengan sorang lagi patient yang sama spesis. Budak Lelaki Cina ni umur dia 8tahun, (oooo..sebaya farah la)... dia pun memakai alat bantuan di kedua-dua belah telinga. Hari ni dia ada speech therapy .. dia dah pakai alat tu almost 2 years.. mak dia kata now dia dah boleh bercakap sikit-sikit.
Hurm... tapi kesian la, dia baru detect deafness dia masa umur 7 tahun. Tapi tahap kedua2 telinga budak tu adalah "SEVERE".. maknanya dia still boleh mendengar, tapi kene kuat la..


Tak macam Yasmeen, Left = Severe, Right = Pro Found.


Memang kene banyak bersabar & berusaha dalam memastikan Yasmeen boleh mendengar. Ya Allah...semoga ummi akan terus kuat!



Nak tengok aksi Yasmeen di dalam bilik Audiometri, semasa ujian Audio dijalankan?? Sila tengok kat bawah...

bukan bawah meje or bawah kerusi yer... wakakakak

konsentret kunonnya.. :P


Cer tengok kat tangan kiri yasmeen... Alat tu akan bergetar, jika Pn.Farah tekan suis kat panel suis. Kat tangan sebelah kanan tu pulak, Blok-blok kayu..
Cara permainannya ialah...


1) Bila terasa ada getaran, yasmeen mestilah meletakkan blok kayu itu kat dalam tray beroda tu..


"Getaran" tu .. simbolik untuk "BUNYIAN".. sebabkan umur yasmeen ni belum masuk 2 tahun.. so, ini adalah medium untuk meng-introduce kan & membiasakan yasmeen terhadap 'cara' mengenal pasti bunyi.


Harap-harap next session yasmeen akan menunjukkan skill terror nya mengenal pasti bunyi & meng-discriminate kan bunyian, bak kata Pn.Farah.

So, untuk today punye performance... YASMEEN Sudah ada Improvement! Dia sangat ber-respon semasa "BUNYI" dimainkan oleh Pn.Farah.. Yasmeen seolah-olah mencari-cari di mana bunyi tu.. ummi sangat impressed lah sayang!! Tepukk tangan sejuta kali untuk yasmeen,...yeayyyy!


Balik nanti ummi upah Air Kotak, sekotak! hehe...


So, hari ni punye session adalah sangat-sangat satisfied. Semoga harapan yasmeen untuk bercakap & mendengar before masuk sekolah adalah cerah.


okey... citer pasal audio sudah beres.. makcik nak citer plak pasal 'kepandaian baru' anak makcik yasmeen ni.


Dalam seminggu ni, yasmeen ni dah pandai ambik pampers sendiri dari dalam bilik.. Bukan untuk dia pakai.. TETAPIIII.... untuk dipakaikan pada makcik & pakcik... 


hahah... gigih dia suruh makcik baring & dia selitkan pampers tu bawah punggung makcik.. haha.. tak habis macam tu jer... siap dia gelak kan makcik.
BERTUAH punye anak... kecik-kecik yasmeen dah berbakti pada ummi & abah.


Sedari kecil ni la yasmeen nak prektis pakaikan ummi pampers.. manalah tau.. kot-kot dah tua nanti ummi dot..dot..dot.. who knows kan? Nau'zubillah..


Ummi selalu berdoa, kalau lah Allah nak ambik nyawa ummi , tunggu lah anak-anak ummi semua dah mampu berdikari.. & ambikla nyawa ummi sebelum ummi menyusahkan anak-anak diwaktu tua ummi nanti.. huhuh.. (tetiba je mata berkaca-kaca).. sedihnya bila terkenangkan apabila ada anak-anak kecil yang kehilangan parents di saat mereka belum mampu berdikari.. 


Tapi bertuah lah jika sesiapa yang menjaga anak-anak yatim ni.. betapa banyaknya ganjaran pahala.. even mengusap kepala anak-anak yatim kerana Allah pun dah dapat pahala. betul tak?

Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran Baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”
Menyapu atau mengosok kepala anak yatim adalah sebagai tanda kasih sayang kepada mereka. Anak yatim ialah anak yang kematian bapanya sebelum dia baligh. Anak yatim kehilangan tempat bergantung kerana kehilangan bapa yang mencari rezeki atau pendapatan untuk menyara hidup mereka.
Disunatkan mengusap kepala anak yatim dimulai dari bahagian belakang hingga ke hadapan kepala.
Dalam hadith disebut “sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikkan satu darjat.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari) -
kredit to nasbunnuraini.wordpress.com


Omaigod... sudah terbabas dari stori asal.. hehe.. okeh la readers.. makcik nak santap... si yasmeen tu punye la fenat... dari lepas Maghrib sampai dah masuk Isyak pun tak bangun-bagun dari tidur, mula lah malam karang dia buat aksi 'smackdown' ... mangsa-mangsa selalunya si kakak & abah la.. ummi sampai kelat-kelat mata jaga dia to make sure dia tak berdebuk jatuh katil.






Sunday, June 5, 2011

Livin' In A Prayer

Selingan...
Tadi kan makcik citer pasal artis Projek Pistol yang perform kat JOM HEBOH.. haaa... makcik nak bagitau dia nyanyi lagu ni lah...lagu dari Bon Jovi.. apa ke nama tajuknya... aaaa.... Livin' In A Prayer??? hah sebut pasal Prayer-prayer ni korang dah solat ka?? okeh...makcik nak sambung berforem... babai uols.

Hah, layan la erk.... lirik dengan video klip ada makcik sertakan.
 ----------------------------------------------------------------------------------

Tommy used to work on the docks
Union's been on strike, he's down on his luck
It's tough, so tough

Gina works the diner all day
Working for her man, she brings home her pay
For love, mmm, for love

She says we've got to hold on to what we've got
It doesn't make a difference if we make it or not
We got each other and that's a lot
For love we'll give it a shot!

Oh, we're half way there
Oh oh, livin' on a prayer
Take my hand, we'll make it I swear
Oh oh, livin' on a prayer

Tommy's got his six string in hock
Now he's holding in what he used to make it talk
So tough, mmm, it's tough

Gina dreams of running away
When she cries in the night, Tommy whispers
"Baby it's okay, someday"

We gotta hold on to what we've got
It doesn't make a difference if we make it or not
We got each other and that's a lot
For love we'll give it a shot!

Oh, we're half way there
Oh oh, livin' on a prayer
Take my hand, we'll make it I swear
Oh oh, livin' on a prayer
Livin' on a prayer!

We gotta hold on ready or not
You live for the fight when it's all that you've got

Whoa, we're half way there
Whoa oh, livin' on a prayer
Take my hand and we'll make it I swear
Whoa oh, livin' on a prayer

Whoa, we're half way there
Whoa oh, livin' on a prayer
Take my hand and we'll make it I swear
Whoa oh, livin' on a prayer

Whoa, we're half way there
Whoa oh, livin' on a prayer
Take my hand and we'll make it I swear
Whoa oh, livin' on a prayer

Ahad is Sunday

Hari Ahad yang memerap.. surpose aku & famili dah berada di Melaka atas sebab menghadiri Majlis Perkahwinan Sepupu belah abah.

Tapi kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.. 

Bateri kereta buat hal... memang dah lama 'dia' bagi hint-hint nak suruh tukar,
Tapi syukur jugak lah, sebab belum pernah failed hidupkan enjin masa berada diluar rumah... espeseli masa balik kerja & masa ambik anak-anak dari nursery.

So, pagi-pagi aku dah start menyelak semua cadar-cadar , sarung-sarung bantal.., bantal-bantal yasmeen utk didobi.. (bab ni aku memang cukup suka)  Tak lupa jugak, sejadah pun aku tibai.. mau kasik harum semua benda dalam umah ni..

Dalam rumah punye chores sudah setel, maka makcik pun nengok-nengok laman rumah jiran sebelah yang dah lama tak berpenghuni ni. Daun-daun kering jangan cakaplah.. humagaiii... sampai dah termasuk borderline umah makcik ni tau!


Maka makcik dengan suka suki bawak penyapu lidi + penyodok sampah, berlengang kangkung & terbongkok-bongkok menyapu daunan kering tu. PUASSS hati ku!


Takde la daun tu melekat kat pagar makcik lagi lepas ni. 
Tapi Makcik tak keseorangan yer, anak makcik si yasmeen tu pun tolong sekaki, tapi bukan guna penyapu lidi atau pongkes.. tapi dia guna SENDUK... diulangi SENDUK... haha..
apa-apa ajelah anak ku sorang ni.




Potpouri pun sudah dititis dgn perfume oil. pergh!! sekali masuk harruumm jer bau living room makcik,hehe...

Wallaweih..tv3 tayang citer AYAT-AYAT CINTA, ini kali kedua makcik tengok, dan kali kedua jugak la makcik menangis ... sedey siot! 


Makcik suka bila tang dialog  ...
"ALLAH SEDANG BERBICARA DENGAN MU FAHRI"...
Makcik rasa part yang memberi kesan adalah apabila fahri difitnah & ditahan di  penjara.. 
Kerana bagi makcik.. setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.. Dialog-dialog dalam penjara makes makcik 'wake-up' der.. tak tau macam mana nak eloborate kan..pepandai korang la... mencari yang tersurat & tersirat.

Pakcik Sahar ko, dia jeling-jeling je kat makcik bila makcik sroot...srettt.. tahan air hingus dari meleleh... Dia mana nak layan citer cintan ni, baik dia layan MAHARAJA LAWAK ..mengkekeh-kekeh dia gelak...



Okay itu kisah waktu petang makcik..



Sesudah menunaikan solat Isyak... maka kami pun menikmati dinner yang tak seberapa.. Papprik Ayam (beli upon request from Farah) & Pajeri Terung (resepi from my fwen, si makcik Jen tu)..
Ini kali kedua makcik masak pajeri... alhamdulillah menjadi... kalau tak  menjadi mesti pakcik sahar komplen.. ahahaha

Sudah kenyang??? Mesti la kenyang... rugilah kalau dah masak tapi tak kenyang.

Sebabkan makcik ni tak berduit nak melanggan Asteruk..maka makcik & pakcik layan je siaran apa yang ado... Makcik pilih TV3 jelah.. ada Konsert JOM HEBOH la ni.. artis-artis yang membuat persembahan ramai gak.. ada Mas Idayu, Black, Projek Pistol, Stacy, 6thSense ..(eh botoi ke ejaan makcik ni?) 


Bila diumumkan Stacy naik pentas, makcik ingatkan dia akan bawak lagu-lagu dia yang rancak tu, sampaikan selalu makcik terasa nak dancing-dancing jer..Bila Stacy stat nyanyi . "eh... sedap plak lagu selow stacy nih..." 

Korang nak tau dia nyanyi lagu apa sampaikan makcik terasa "sesuatu" disebabkan lirik-liriknya..


Ini lah lagunya :: KISAH DONGENG 
huhu..padahal orang lain dah lamo layan lagu ni..tapi makcik baru sekarang sempat menikmati bait-bait lirik & melodinya... hahaha.. terlepas tiket kapal terbang lah.

Silalah layan yaw... makcik suka, harap-harap korang yang membaco ni pun suka.. oklah.. makcik dah penat menaip..makcik nak survey.. forum sebelah.. nak nambahkan ilmu didado kekdahnye... adios!




Lirik Lagu Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa

Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias

Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya

Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya

Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan

Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan

Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya

Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya

Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Lirik/Lagu: Edry Abdul Halim