Tuesday, June 14, 2011

Kad OKU Purple Yasmeen

Akhirnya... penantian selama ini berhasil jugak setelah hampir 3 bulan tunggu punya tunggu..punya tunggu..

Tengah hari tadi, En.Shahar called, katanya orang dari JKM Klang tipon , "kad yasmeen sudah siap, boleh la datang ambik" katanya.

Maka makcik sekeluarga mengucapkan syukur la.. Yasmeen sudah selamat didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat, so makcik harap sangat masa depan yasmeen akan cerah. 

Kad yang sudah siap.. kaler purple.. khas utk PENDENGARAN.
kalau nak tahu apa kelebihan kad OKU ni.. sila klik SINI

Kepada mana-mana parents yang mempunyai anak istimewa ni, jangan la malu-malu, jangan segan-segan.Sila daftar anak anda, mereka berhak menikmati hidup seperti orang normal lain. Anak anda juga akan menerima kelebihan & keistimewaan dari kad ini.

Tak semua orang 'Terpilih' untuk mempunyai anak istimewa ini...
Kerana Allah tidak menguji lebih dari kemampuan hamba-hambaNya.

Itulah 'kata-kata' semangat yang akan sentiasa aku bisikkan buat diriku satu ketika dahulu...and now aku SUDAH REDHA.. :) Itu membuatkan hidup aku lebih happy...  Tidak sesekali menyalahkan takdir, kerana aku sangat YAKIN, Allah ada perancanganNya buat kami sekeluarga.

Dulu aku sangat paranoid, kalau orang-orang tahu apa kekurangan yasmeen, but now, I am open... tiada apa yang perlu dimalukan, malah bertuah kerana memiliki anak Istimewa ini. Anak sebegini banyak menduga , mengajar & memberikan kita ilmu & ofcoz pahala.. setiap sesuatu kalau ikhlas, forsure ada habuannya.

Oh yer.. meh share cara-cara nak apply Kad OKU ni.. klik SINI.
Jika anda mengesan sebarang abnormality pada anak anda.. cepat-cepat la rujuk kepada Doktor. 


INGAT, ANAK ADALAH AMANAH UNTUK KITA!




“Aku meminta kepada tuhan setangkai bunga segar, diberiNya kaktus berduri. Aku minta kupu2, diberiNya ulat bulu. Aku sedih dan kecewa… Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat bulu itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik! Itulah jalan Tuhan. Indah pada masanya. Dia tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi memberi apa yang kita perlukan. Kadangkala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi di atas sana, Dia sedang mengatur yang terbaik dalam hidup kita..”

Hebatkan?! Itu semua adalah RAHSIA-Nya , terpulang pada kita mencari apakah hikmahnya yang tersembunyi :)
So, bersyukurlah dengan apa yang anda ada pada hari ni.



No comments:

Post a Comment