Sunday, September 25, 2011

Ujian Di Bulan Syawal 2011

Lama jugak mak tak hapdet belog... kekadang bila ada idea nak menulis, tapi masa pulak tak mengizinkan.
Kalau sempat mak buat draf je kat email opis.. kalau teringat, petang sebelum balik, email balik kat personal email, kalau tak hingat, alamat citer tu just simpan jadi pekasam jelah.

Lately payah sangat nak meng-available-kan diri depan lappy. Nak stay sampai tengah malam mengcongok ini aje tak terlayan lak rasanya mata ni. 

Oh maaf yer, mak belum lagi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir & Batin buat teman-teman & pembaca blog picisan mak ni.. (macam lah ramai benor follower & silent readernye pon).

Bulan September, suppose menjadi bulan yang happy & merrier , tapi bagi mak & family, jadi sebaliknya.

Start dari 4 hari before Syawal, bank float duit 'RAYA' mak & pa'encik shahar.
Jadi TIADA lah "duit raya" preparation, dan kena pulak tangguh banyak loan & bills payment. Mujur lah mak ada duit spare sikit & pakaian anak-anak semua dah settled. Hai, nasib-nasib...

Then, diikuti pulak, lesen memandu mak tamat tempoh, hampir memasuki 4 bulan dah... huahuahua...sebbaik takde roadblock atau incident yang tak diingini. Itu pun Pa'encik Shahar yang tanya, kalau dia diam, agaknya tahun depan sajalah mak jamak renew lesen tu. Itupun kalau teringat :)

Tidak ketinggalan 23/09/2011, ujian datang lagi.. seriously mak sedih & frust, tapi mak cuba positifkan diri, mak jadikan ia iktibar untuk mak memajukan diri & family. Mak berdoa sangat-sangat agar kesilapan/kegagalan yang berlaku hari ini akan menjadikan mak KUAT & BERJAYA di masa hadapan. Cuma mak tak pasti bila.. pucuk pangkalnya, bukan mak sorang je yang kene tapi perlukan kerjesama dari semua pihak.

Banyak yang sedang berputar-putar dibenak mak sekarang ni. Pilihan yang mak ada tak banyak, hanya dua.
Tapi itupun belum mak suarakan pada Pa'encik, bila keputusan dibuat, bakal berlaku perubahan yang sedikit sebanyak akan memberi impak pada pola kehidupan mak & famili recently.

Sapa tak nak hidup senang, sihat, dikurniakan anak-anak yang sempurna & bijak pandai, yer tak? Tapi hidup di dunia ni tak akan sunyi dari dihujani ujian dari Allah, tapi mak tetap yakin, Allah itu tak akan mensia-siakan apa yang mak sedang rasai & setiap ujian itu diberikan ganjaran pahala.

Ingat-ingatkan diri sendiri, ujian ini mungkin lebih kecil berbanding orang lain yang lebih dasyat.

Biarlah kepada DIA tempat mak mengadu & merayu..

"Ya Allah berikan lah kami kemanisan dari semua ujian-ujian mu, janganlah kau pesongkan hati kami & ampunilah dosa-dosa kami"


Koleksi hadith-hadith (credit to unikversiti.blogspot)
- Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “  (Hadith riwayat Imam Tirmizi)
- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun.”  (Hadith riwayat Imam Tirmizi)
- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: “Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). ”  (Hadis riwayat Imam Bukhari)
- Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”.  (Hadith riwayat Muslim)
- “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.”  (Hadith riwayat Muslim)

Doakan kami berjaya menempuh liku-liku kehidupan ini.

"Duhai hati, janganlah mudah kau mengalah, jangan pula mudah kau patah, bersabar & bertawakallah sayang... moga di akhir jalanan, terpancar pelangi yang indah"






No comments:

Post a Comment