Friday, September 30, 2011

Eye Twitching @ Mata Bergerak-gerak

Apakah maksudnya "mata bergerak-gerak" sendiri tanpa kita mengawalnya.
Dah seminggu ni makcik mengalami keadaan sebegini & ini membuatkan makcik rimas campur skeri tau. Makcik sangat takut kalau-kalau ada masalah kesihatan atau tanda-tanda musibah akan melanda.

Nak jadikan story, tadi masa tengah membasuh muka semasa ambik wudu' tetiba mata kanan belah bawah ni bergerak-gerak lagi.. OMG!! ini nggak boleh jadi.
Kene cari pencerahan mengenai permasalahan makcik. Lalu makcik decide mengugel di internet.

Rupa-rupanya dalam bahasa scientific nya Myokymia, apa itu Myokymia?? Nama cukuplah glamer.. dah macam Jepun campur Melayu...ahahah. Okeh meh selak sini.

Tak puas cari maksudnya aje, makcik try google lagi, then terjumpa plak satu LINK ni,dia pun hadapi hal yang sama macam makcik. Cuma makcik mata belah kanan (bawah) yg bergerak, tapi dia mata belah kiri..

KATA ORANG TUA-TUA (bukan makcik yang kata) :

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

Kalau benarlah berita gembira alangkah baiknya, syukur. Tapi makcik takde lah nak percaya sangat pun. Segala yang berlaku tu mungkin hanya kebetulan sajork..  yang penting sekali, kita sebagai hamba-Nya kenalah selalu berdoa yang baik-baik.Solat jangan tinggal, barulah DIA selalu ingat pada kita. 

Tapi mungkin jugaklah, kejadian ni berlaku sebab makcik kerap stress, kurang tidur kot. Tu yang mata tak berapa nak sihat.. hape-hape pun, syukur keadaan ni tak serius.

Sekarang boleh sambung duduk depan lappy sambil tidurkan yasmeen... muahahaha!!!

No comments:

Post a Comment