Friday, September 9, 2011

Demam Masuk Hari Ke-3

Setelah berpenat lelah

Nak mamam ubat sangat rupanya
Ini sudah tidak boleh jadi, pukul 6.00am, demam yasmeen menjadi balik.
Ini sudah menjangkau hari ke-3, lepas makan ubat Okay, elok nak masuk jam ke-6, panas badan naik semula.

Ummi cakap dengan abah, "Jom bawak yasmeen pergi hospital..."

Selepas menyiapkan keperluan kakak farah untuk kesekolah, ummi & abah drive terus ke emergency unit HTAR, dalam minggu ni, ini kali ke-2 kita berkunjung ke ke sini. 

Masa ujian di bilik saringan , suhu badan yasmeen menunjukkan 39.3darjah celcius. Ini demam panas ni...

Mujur takde 'fit' ,..risau jugak, sebab sebelum hari ini.. yasmeen pernah menggeletar dan tidak boleh berdiri betul, ummi dah gabra ... ummi panggil abah, terus bagi ubat demam, dan tuam badan, kepala dia dengan air sejuk.

Di dalam bilik FEVER ROOM, darah yasmeen diambil untuk buat blood count..

Masa pembantu doktor cari urat darah tu, okay lagi...tapi bila start dia tusuk IV tu.. hmmm... itu agak scary sebab darah tak keluar.. maknya URAT TAK DIJUMPAI... yasmeen dah melalak, air mata berjurai-jurai dibibir mata.. sayu beb tengok dia pandang mata kita mintak simpati..:'(


Lastly MA tu give up & serahkan pada Doktor sendiri yang ambik darah tu.


Nasib lah baik, doktor ni buat sekali je, terus darah keluar dan dengan cepat menyelesaikan nya.
tanak minum susu, jadi adik minum je soyabean tu


Tak cukup dengan tu, yasmeen jugak kene masuk ubat bontot (insert).. huuuuhuuu.. ngeri.. abah je yang temankan yasmeen masa buat precedure tu.


Masa dalam kete, abah citer "pembantu tadi tu, dia tanya abang...kat mana tut dia..?" hurm... kelakar la tu.. yelah MA tu lelaki, baru kot dalam bidang ni, ataupun dia tak pernah attend baby.


Doktor tak tahan yasmeen dalam wad sebab platlet yasmeen 166, cuma ada sedikit infection. Doktor bekalkan antibiotik untuk diminum selama 5 hari.


Balik dari Hospital, yasmeen tidur dari pkl 11.00am~4.00pm.. lama betul, dia bangun sekejap-sekejap untuk susu then dia sambung tidur balik.

Tapi alhamdulillah, start dari masuk ubat insert tu sampai la pukul 9.45mlm, yasmeen tak demam, dedar pun tidak, menyusu dah normal kembali. Sekali bagi terus habis.





No comments:

Post a Comment