Thursday, June 23, 2011

Hari Terakhir

"SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA BAGI ALLAH"

Today yasmeen sememangnya perlu hadir untuk appointment Occupational Therapy (Terapi Carakerja).

Macam biasalah, keluar rumah seawal pagi mengelakkan terkocoh-kocoh semasa dalam perjalanan nanti.

Inilah juga kali pertama Yasmeen guna kad OKU untuk rawatan/konsultasi terapi di sini. hehehe... gunakan kad to the fullest la kan? 3 bulan menunggu tau!
Masa masuk bilik PEADs , Cik Zurina (Snr.Terapist) dia kata Yasmeen sudah tak perlu lagi datang ke OT, sebab dia sudah pulih sepenuhnya dari masalah Gross Motor Delayed, just sekarang concentrate pada speech sahaja.

Jadi dia mencadangkan yasmeen di discharge terus dari OT, tapi sekiranya in future Pediatrician kesan something yang abnormal maka kene la continue OT. 

Memang happy giler masa dengar berita ni!!

It's a miracle kan?!  Baby yang dulu ... hanya terlentang  terbaring tak bergerak-gerak kini sudah seiring dengan rakan sebayanya.

Semoga progress positif ini akan berkekalan sehingga yasmeen dewasa nanti.
Itu doa ummi buat mu sayang.. :)

No comments:

Post a Comment