Tuesday, June 28, 2011

RED VELVET & MARSHMALLOW CAKE

Well,selamat datang menjenguk makcik lagi diblog yang serba tak seberapa nih.

Hurm..okay today lunch, makcik dgn geng-geng kongsi-cerah makcik telah memilih restoran D'Nar sebagai port untuk melantak. Tapi ada rahsia disebalik pemilihan port ni, cuba teka...kenapa?

Hehe... 
Sila la buat pilihan jawapan di bawah :-
a) kerana masakan Ala Thai nya kah?
b) adakah kerana kawan-kawan ku sekarang dah gumuks, maka mereka memilih untuk makan diluar dimana memerlukan mereka berjalan kaki sejauh 100meter berpagar kah?
c) kerana Klon Gambit makan disitu kah?
d) atau semua diatas ..muhuhuhu

ya ya..sapa dapat jawab, nanti makcik belanja goreng pisang sengget.

Makcik telah mengodar Nasi putih 1, Tomyam Ayam Kongsi dengan Raihani, Telor Dadar Comey.. dan minum 1 gelas air Teh O'Ais dikongsi 3 orang! 3 orang tu ialah , makcik sendiri, kak sue & kak izan..ahaha sewelkan?? yelah, actually makcik memang kurang la minum manis-manis, dari membazir tak habes, better share.. bak kata orang muda-muda "sharing is caring maa.."

And the best part is.. kengkawan makcik dapat melihat & melepaskan kempunan memandang wajah Klon Gambit! hehe.. Jadilah...tak dapat tengok the Real Gambit, dapat tengok Klon Gambit pun okaylah.

Untuk sesi makan tengah hari sudah! Then untuk sesi minum petang pulak BOSS makcik & the gang telah menyeseponsorkan 2 bijik kek taw!
one is RED VELVET no STRAWBERRY & another one is The MARSHMALLOW cake.


Pergh, santak giler our stomach la.. makcik mengambil masa jugak la untuk menghabiskan 2 ketul kek tu. Adeih... 
Yang Kiri tu namanya RED VELVET Tanpa Stoberi , and kanan tu pulak The Marshmallow cake ...yum..yum..yum..

Ini bahagian makcik.. korang jangan kecur airliur udahlah. :)
So, lepas ni makcik kene bersenamlah..& gosok gigi..!

Oh ya, sebelum tu.. makcik nak share jugak kisah petang tadi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari ofis.

Masa makcik sampai selekoh pejabat makcik, makcik terserempak dengan seorang uncle India yang dah tua.. agak-agak makcik dalam umur 50-an gitew.
Dia sedang menunggang basikal dia, apa yang makcik perhatikan tayar belakang dia sudah bengkok,kesian sangat .. dalam kepala makcik dok memikir
macam manalah dia nak bawak basikal macam tu, sure tak selesa untuk dibawa.. Dulu basikal dia tak lah macam tu, mebi baru-baru ni dia dilanggarkah?


Makcik selalu nampak dia kat area ofis makcik..kadang-kadang makcik tengok 
dia sedang menunggu untuk melintas rondobot.

Makcik hanya mampu memandang & berdoa agar uncle tu selamat sampai ke rumahnya. 
Makcik ni tak sampai hati kalau tengok orang yang menunggang basikal or motor espeseli kalau ada kanak-kanak yang membonceng sekali.

Teringat zaman kanak-kanak makcik, dimana abah, mak & kami berjalan kaki, menggunakan bas awam, dari basikal kepada motor vespa hijau,dari vespa hijau kepada motor suzuki itam, dari motor kami mula mempunyai kereta sekenhen,bukan sekali dua tau..banyak kali jugakla tukar-tukar kete sekenhen ni.. apa yang makcik ingat, Honda, Datsun, Dahaitsu, Proton saga. ohh.. banyaknya kenangan.. kenangan kereta rosak semasa abah bawak kami jalan-jalan hujung minggu , lastly kene naik bas plak balik ke rumah hehe.. 

Ya, semua itu mendewasa kan makcik.. dan makcik akan mudah jatuh simpati pada golongan-golongan ini.
Makcik rasa bersyukur sangat dengan apa yang kami ada sekarang ni, sesusah-susah kami, tapi ada lagi orang lain yang jauh lebih susah bila memandang orang lain hanya mampu berbasikal & bermotor.. 
Makcik doakan satu hari nanti mereka jugak akan dapat memiliki kenderaan mengikut kemampuan dorang.
Takpe la sekadar kancil atau viva pun.. janji ia mampu melindungi dari hujan & panas & boleh bawak anak-anak dorang berjalan-jalan. :)


Okaylah cukup sampai sini dulu, hurm... makcik terpikir, mesti Rahim Ahmad gelakkan makcik kalau dia baca entry ni, sebab dia kata, dia malu nak promot Blog makcik ni kat kawan-kawan dia..Maklumlah blog makcik takde unsur-unsur 18SX hahaha!! Pooooraaaah la nko rahim oiii... ! :p




4 comments:

  1. Kakaka..glemer akhak...bile la blog akhak nak activate ye...wondering thr moment i type the merapu story..hish

    ReplyDelete
  2. ahaha.. bila lagi nak IKLAN kan member sndiri.. time ni la sesuai...ahahahah

    ReplyDelete
  3. sedopnyooooooooooo....

    ReplyDelete
  4. Ha'a memang sedap.. espeseli tang topping utk red velvet tu... kecur airliur membayangkan nya! :D

    ReplyDelete