Sunday, June 5, 2011

Ahad is Sunday

Hari Ahad yang memerap.. surpose aku & famili dah berada di Melaka atas sebab menghadiri Majlis Perkahwinan Sepupu belah abah.

Tapi kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.. 

Bateri kereta buat hal... memang dah lama 'dia' bagi hint-hint nak suruh tukar,
Tapi syukur jugak lah, sebab belum pernah failed hidupkan enjin masa berada diluar rumah... espeseli masa balik kerja & masa ambik anak-anak dari nursery.

So, pagi-pagi aku dah start menyelak semua cadar-cadar , sarung-sarung bantal.., bantal-bantal yasmeen utk didobi.. (bab ni aku memang cukup suka)  Tak lupa jugak, sejadah pun aku tibai.. mau kasik harum semua benda dalam umah ni..

Dalam rumah punye chores sudah setel, maka makcik pun nengok-nengok laman rumah jiran sebelah yang dah lama tak berpenghuni ni. Daun-daun kering jangan cakaplah.. humagaiii... sampai dah termasuk borderline umah makcik ni tau!


Maka makcik dengan suka suki bawak penyapu lidi + penyodok sampah, berlengang kangkung & terbongkok-bongkok menyapu daunan kering tu. PUASSS hati ku!


Takde la daun tu melekat kat pagar makcik lagi lepas ni. 
Tapi Makcik tak keseorangan yer, anak makcik si yasmeen tu pun tolong sekaki, tapi bukan guna penyapu lidi atau pongkes.. tapi dia guna SENDUK... diulangi SENDUK... haha..
apa-apa ajelah anak ku sorang ni.




Potpouri pun sudah dititis dgn perfume oil. pergh!! sekali masuk harruumm jer bau living room makcik,hehe...

Wallaweih..tv3 tayang citer AYAT-AYAT CINTA, ini kali kedua makcik tengok, dan kali kedua jugak la makcik menangis ... sedey siot! 


Makcik suka bila tang dialog  ...
"ALLAH SEDANG BERBICARA DENGAN MU FAHRI"...
Makcik rasa part yang memberi kesan adalah apabila fahri difitnah & ditahan di  penjara.. 
Kerana bagi makcik.. setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.. Dialog-dialog dalam penjara makes makcik 'wake-up' der.. tak tau macam mana nak eloborate kan..pepandai korang la... mencari yang tersurat & tersirat.

Pakcik Sahar ko, dia jeling-jeling je kat makcik bila makcik sroot...srettt.. tahan air hingus dari meleleh... Dia mana nak layan citer cintan ni, baik dia layan MAHARAJA LAWAK ..mengkekeh-kekeh dia gelak...



Okay itu kisah waktu petang makcik..



Sesudah menunaikan solat Isyak... maka kami pun menikmati dinner yang tak seberapa.. Papprik Ayam (beli upon request from Farah) & Pajeri Terung (resepi from my fwen, si makcik Jen tu)..
Ini kali kedua makcik masak pajeri... alhamdulillah menjadi... kalau tak  menjadi mesti pakcik sahar komplen.. ahahaha

Sudah kenyang??? Mesti la kenyang... rugilah kalau dah masak tapi tak kenyang.

Sebabkan makcik ni tak berduit nak melanggan Asteruk..maka makcik & pakcik layan je siaran apa yang ado... Makcik pilih TV3 jelah.. ada Konsert JOM HEBOH la ni.. artis-artis yang membuat persembahan ramai gak.. ada Mas Idayu, Black, Projek Pistol, Stacy, 6thSense ..(eh botoi ke ejaan makcik ni?) 


Bila diumumkan Stacy naik pentas, makcik ingatkan dia akan bawak lagu-lagu dia yang rancak tu, sampaikan selalu makcik terasa nak dancing-dancing jer..Bila Stacy stat nyanyi . "eh... sedap plak lagu selow stacy nih..." 

Korang nak tau dia nyanyi lagu apa sampaikan makcik terasa "sesuatu" disebabkan lirik-liriknya..


Ini lah lagunya :: KISAH DONGENG 
huhu..padahal orang lain dah lamo layan lagu ni..tapi makcik baru sekarang sempat menikmati bait-bait lirik & melodinya... hahaha.. terlepas tiket kapal terbang lah.

Silalah layan yaw... makcik suka, harap-harap korang yang membaco ni pun suka.. oklah.. makcik dah penat menaip..makcik nak survey.. forum sebelah.. nak nambahkan ilmu didado kekdahnye... adios!




Lirik Lagu Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa

Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias

Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya

Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya

Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan

Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan

Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya

Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya

Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Lirik/Lagu: Edry Abdul Halim

No comments:

Post a Comment