Tuesday, May 31, 2011

Jenaka

hahah.. meh wa nak share citer lawak anak-anak zaman sekarang.

Scene ke-1

Lokasi : Rumah Opah
Pelakon : Opah sebagai Opah, Farah Sebagai Farah.
Kisah ni di cerita semula oleh opah (my mom) kat aku masa hujung minggu lepas.

Opah : Farah, ummi tu garang tak? 
Farah : Ummi garangggg.. humm...
Opah : Abah garang tak?
Farah : Abah garang bawah ummi satu tingkat...


ahahah... maksudnya abah dia garang sikit dari ummi la tu! Kalau ummi tak garang nanti semua benda tak jadi kerja.


-----------------------------------------------------

Scene ke-2


Lokasi : Rumah ku Syurga ku @ Living Room
Pelakon : Abah sebagai Abah , Yasmeen sebagai Yasmeen.


Hujung minggu, pagi... sesudah kami selesai bersarapan..


Yasmeen : <sedang bermain-main dgn mangkuk berisi kuah lontong yang memang disediakan khas utk dirinya... dalam ertikata lain, yasmeen suka makan lontong & suka bermain-main dgn lontong itu>

Tak semena-mena, mangguk tu pun terbalik...by the time abah yang berada di sofa memandang yasmeen, yasmeen pun pandang abah... abah jengkil mata kat yasmeen... yasmeen pun berlari-lari anak menghilangkan diri ke dapur..

ummi tiada di tempat kejadian, kerana sedang menyidai kain di dapur..


Tetiba, abah panggil ummi masuk ke dalam.. disuruh tengok apa si kecik tu buat.


Pada masa mata tertangkap kelibat yasmeen...berderai gelak kami... lawak sungguh la anak ku ini.


Yasmeen bawak penyapu, dipikulnya atas bahu dari dapur, semata-mata nak tolong bersihkan kuah lontong yang ditumpahkan oleh nya sebentar tadi.

Comei benar kelakuan mu nak... rajin...& sangat memahami hati abah & ummi.
Sejuk perut ini mengandung & melahirkan mu..



 





2 comments:

  1. trust me..kanak2 istimewa mmg rajin..

    ReplyDelete
  2. tulah, bukan rajin mengemas, menyepah pun kasi kat dia..ekekek

    Skrg ni dia ada habbit baru... dia dah pandai beat org... kalau kehendak dia tak dipenuhi, dia akan genggam penumbuk cinonet dia tu then buat mcm org numbuk sambal...haha..comel je memek muka dia masa menumbuk tu..

    ReplyDelete