Monday, May 30, 2011

Close deal

Penghujung bulan 5 telah pun hampir, ini bermakna masa utk yasmeen dgn babysitternya pun dah hampir ke penghujungnya.

Hari ni adalah closing date utk bulan Mei ni. Alhamdullilaih semua dah setel & report pun dah submit pada Lily..I'm So, happy!!  lagi pun ada hal la hari ni, aku kena balik awal.

Dalam perjalanan mengambil yasmeen.. hadoii.. terase lambat ya hamat..
Padahal jalanraya clear je, maklum la cuti sekolah dah setat.


Hampir pukul 6.00 , aku pelan-pelan masuk ke laman rumah babysitter.
Dalam kepala hotak aku ni, berkire-kire, "mcm mana aku nak mula?, mcm mana penerimaan nya? apa yang aku harus cakap supaya dia tak terasa ati?"


Dalam kereta aku tak henti2 berdoa supaya Allah memberikan aku petunjuk & keberanian. Aku bersoal jawab di dalam hati "betulkan keputusan aku ni?"
Ini melibatkan periuk nasi orang lain... 


Tapi di masa yang sama, aku perlu utamakan KEBAJIKAN anak-anak ku.


Perkara yang memberatkan/meneguhkan lagi keputusan aku adalah:


1) Mendapatkan tempat yang lebih terjamin kebesihannya...espesli jamban daa...
2) Solat mereka dipantau... (utk farah)
3) Selesa, tidak lah tidur petang dalam keadaan berpeluh-peluh... siap boleh perah baju tu haa...(komplen by farah...)
4) Yasmeen tidak lagi dibiarkan digigit semut ...sehingga berkudis-kudis kaki & tangan.
5) Perkembangan sosio & pendengaran Insyaallah akan bertambah , jika diawasi oleh pengasuh di taska & diajar teknik2 yang betul. (siap ada buku manual lagi)
6) Tiada lagi mendengar "mengadu domba" cerita pasal itu, cerita pasal ini... takde la lagi kene "sound" kalau anakku yasmeen berak kat rumah dia.. (syukur, skrg yasmeen bnyk berak dirumah berbanding di rumahnya) aku pun puas hati cuci berak anakku :))...


Syukur Alhamdulillah kerana diberi  kekuatan utk menjelaskan semuanya, mulai esok, yasmeen & farah tidak lagi ke rumah babystr nya,.. tp I still feel bad sbb "dia" seolah-olah membataskan,menyempitkan rezeki sndiri.. saje nk buat aku serba salah... tolong la fahami situasi anak-anak ku..aku tersepit diantara anak & kamu...


Sewaktu sampai di muka pintu rumahnya, dia mendukung yasmeen.
Diberitahu olehnya yasmeen dah makan, nampaknya benar la tu, sebab yasmeen sendawa semasa dukung bertukar tangan tadi.


Aku : Kak, saya nak cakap sikit...harap-harap akak tak kecik hati atau marah..
Dia : Eh, takdelah... apa dia?
Aku : (sambil memandang matanya).. saya ingat, saya nak hantar yasmeen ke taska, ini pun demi kepentingan yasmeen.. saya nak dia belajar bercakap cepat-cepat.. kat taska nanti, ada cikgu yang bole bimbing dia... pakaikan alat bantuan pendegaran tu...
Dia : alah...dia belum lagi nak bercakap...

Aku : (dalam hati)... lah...ko nak tunggu sampai bile baru anak aku nak pandai bercakap? Tolong eksplain lekassss... Masa depan yasmeen masih jauh lagi..banyak yang perlu dia pelajari dari skrg... lagi beberapa bulan dia nak masuk umur 2 tahun


Dia : ...(dgn muka sedih...sekejap toleh ke kiri...sekejap ke kanan)... Mana akak nak cari duit...akak harapkan kat nko jer...& fadzrul..
Aku : Kak, bumi Allah ni luas, rezeki tu ada kat mana-mana, InsyaAllah.. pasti ada rezeki kak..janji akak kene la rajin bertanya pada orang.. Jangan sempitkan rezeki akak mcm ni.. mesti ada org nak cari pengasuh, akak jangan risau lah.


Aku lagi : (sambil mengeluarkan note merah beberapa keping, aku titipkan pada tangannya)... kak terimalah saguhati dari saya.. jumlah memangla tak seberapa... kerana saya pun perlukan duit utk bayaran pendahuluan nursery dia. Saya harap, akak halalkan apa yang terlebih atau terkurang..terima kasih la jaga yasmeen.


Dia : (menunjukkan permberianku tadi pada anaknya..) tgk la...apa kite nak makan utk bulan ni? (sambil ditenung oleh anaknya..)


Aku plak : Abang, (panggilan utk anak dia), tolong bantu ibu, jgn harapkan ibu...abang dah besar.




Time ni aku dah terasa ati... mujur aku nak kasi duit poket.., itu dah dikira Bonus la tu... sebbaik la aku tak blah mcm tu aje... kan lagi kuang ajar namanya tu, cuba kau juga letakkan diri kau kat tempat aku... memang aku bekerja, tapi aku kerja utk menaikkan taraf hidup... utk membesarkan anak-anak, memberi mereka pelajaran, membayar hutang yang keliling tu..
setiap orang tak sama 'periuknya'...mungkin ko nampak orang tu senang, tapi ko pikir tak apa yang perlu dia lalui utk menghidupkan 3 org kat rumah tu?


atas prinsip aku..

"masa aku mula-mula dtg cara baik, so...masa nak pergi pun akan aku buat cara baik.." harap,dia tak berdendam dengan ku.

OK-lah, aku pun dah tak betah lama-lama berdiri di depan pintu tu, aku mintak izin dia pulangkan bantal & tilam yasmeen..

Dia pun berlalu ke dalam rumah, mengambil bantal & tilam yasmeen, duit pemberian ku di campak di atas meja kopi... aduh, ko marah kat aku ker?
Aku biarkan diri ku berteka-teki, aghh... nasiblah...  

Dia : akak ingatkan lepas-lepas raya ke?

Aku : Kak, lepas raya dah lambat, sekarang ni ...setiap masa sangat berharga utk yasmeen... Saya harap akak tak kisah yer? (cuba memancing pemahaman nya)


Dia : Buatlah apa yang ko rasa baik.. (mcm tak ikhlas je bunyik nye tu)


Aku : Inilah yang terbaik buat yasmeen pada masa ni (dalam hati).

Aku : Kalau akak nak jumpa yasmeen, bila-bila pun boleh jumpa, kite kan masih berjiran... kalau ada apa-apa call lah.


Akhirnya aku mengundur tanpa menoleh lagi..

Huh! sudah lepas satu masalah... aku harus pandang ke depan.

Demi kepentingan anak-anak. Thanks & gud bye yaww..!

No comments:

Post a Comment