Tuesday, January 3, 2012

Ingat Mati

Seumur hidup aku belum pernah merasai sakit 'angin' dalam perut.

Tapi nak dijadikan sejarah dalam hidupku. Aku telah mengoder nasi kerabu dgn en shahar pada mlm kejadian. Well, dgn tidak berlaku pembaziran, aku telah menghabiskan juadah tu setelah solat maghrib. Oh yer kejadian berlaku pada malam hari jumaat 30/11/2011. ;)

Dengan yasmeen pula membedal seketul peha ayam dgn lahapnya.

Entah setan manakah tetiba bergayut ditubir mata mengasak aku utk melelapkan mata utk seketika. Malam tu pula en shahar outstesen ke pantai timur lagi.

Maka tidurlah aku n yasmeen sehinggalah waktu en shahar nak pergi kerja. Okeylah mata dah ngantuk apa pun tak sedar... Tapi aku masih sedar yg aku belum menunaikan fardhu Isyak. Dalam pkl 12:00 aku terjaga dan terus kebilik air.. gosok gigi dan angkat wuduk. Kemudian bersolat Isyak. Memandangkan aku dah tidur tadi, maka hajat hati nak tunaikan solat taubat dan tahajud sekali. Malangnya hanya sempat melakukan solat taubat jer. Tak lama masa berdoa aku tetiba rasa mual & sakit perut teramat. Bukan nak buang air tapi rasa mencucuk yang pedih gile-gile :-\

Cepat-cepat berlari ke toilet... hah hambekkk.. nasi kerabu tak sempat hadam tersembur keluar. Aduiii... perit & pahit betol! eyeeerkkkk... 
Dan-dan tu jugak badan tetiba jadi lemah longlai, sejadah campur telekung bersatu atas lantai, tak kuasa dah aku nak kemas, terus menjatuhkan diri atas katil dengan harapan sakit menyucuk-nyucuk akan hilang segera.

Aku dah cuak, kalau sakit ni tak hilang macam mana kah nak lalui 24jam tanpa ada en. shahar? Siapa boleh drive aku ke hospital? Sakit menyucuk di ulu hati tak kunjung reda, setiap setengah jam ke sejam, rasa itu akan datang lagi, maka aku tidur-tidur ayam jer malam tu. 

Sabtu 31/12/2011.
Bila masuk waktu subuh, aku pun bangun gagahkan diri untuk ke bilik air. Hah, tup tup 'bendera merah', sekali lagi aku muntahkan nasi kerabu malam jumaat tu... dalam kepala aku dah pikir aku keracunan, ini akan makan masa lah ni.
Aku buatkan susu untuk yasmeen, baguslah yasmeen ni dalam masa aku sakit-sakitnya elok je dia, aku tidur dia pun tidur takde berdecit sikit pun.

Bila dah sakit-sakit ni nak makan pun aku jadi takut, takut makan & muntah.
Lepas tu loya-loya... aik takkan aku preknen plak kan? ini mustahil sebab aku period, tapi period aku pun semacam jugak.. tak macam bulan-bulan sebelum ni? 

Jadi waktu siang memang aku habiskan di atas katil sahaja, tidak langsung menyentuh apa-apa house chores & makan apa aje yg ada dalam fridge, itupun yang senang-senang aje, ie: coklat! Mana taknya, asal bangun je sakit menyucuk tu datang, langsung tak boleh berdiri lama... Yasmeen terpaksalah aku bagi susu sebanyak-banyaknya. Kepala dah pusing-pusing.

Pukul 3 ptg aku sms en. shahar tanya di manakah gerangan dia berada. Bunyik sms berbalas, katanya "ondaway ke genting dah".. so, aku bajet dia akan sampai umah dlm pkl 5:00-5:30ptg jika tiada aral melintang.

Pukul 5:00 aku sms lagi, kali ni sms "failed" cuba call pulak, "henfon off", WAAAAA... ini satu penganiayaan!!

Last-last pkl 7:00mlm en. shahar call, tapi aku dah merajuk, maleh nak pick up phone.. tunggu jelah dia sampai umah. 
Sampai kat rumah barulah berlari-lari bapak terkam aku & yasmeen, tapi kesian jugak kat dia, sebenarnya dia tidur untuk melepaskan kantuknya. Dia off kan handphone sebab tak mau diganggu oleh oleh clientnya.
Dia kata kalau dia teruskan jugak perjalanan, dia yang MATI nanti. 
Yelah-yelah, kita taknak dia mati dulu... kita maafkan dia!

Ahad 1/1/2012.
Pada ketika itu, aku tak sedarpun dah masuk tahun baru, lantaklah! Ianya sekadar tarikh yg pastinya aku akan terus memperjuangkan AZAM yang selama ni masih belum fully tercapai.

Sakit-sakit yang ku deritai tu sudah beransur reda, walaupun belum benar-benar pulih. Kadang-kala sakit menyucuk tu datang tapi masih boleh dikawal.
Emak pula call minta kami datang ambil aidil & farah dirumah makcik di Puchong. Terpaksa jualah aku gagahi. Selepas ambil anak-anak, plan seterusnya ke Tesco mencari susu Yasmeen. Aku tak betah berlama-lama berdiri & lama-lama di sana, anak-anak aku biarkan en.shahar melayan sambil menunggu mereka puas bermain. Aku ambik kunci kereta & tersandar lesu.

Siang berganti malam, kepala still ting tong. Makan pun ala kadar jer, tak lalu nak makan rasanya.
Isnin 2/1/2012.
Celik jer mata, aku teringatkan buku-buku sekolah anak yang masih belum dibalut, lencana sekolah belum ditampal. Bertatih-tatihlah aku ke bilik belakang. Akhirnya selamat setel segala mak nenek tu. Kepala masih berat, maka niat nak gosok baju pun terbantut. Hari lain jelah mak korang ni akan gosok.

Seharian di rumah, nothing much yang aku buat! aku buat tidur... baring... tidur.. baring! Segalanya disiapkan oleh en.shahar. aku jadi permaisuri atas peraduan jelah.

Cuma, bila tiba waktu malam, aku rasa kesian pulak dengan makhluk-makhluk paling seksi dalam rumah ni, kepala yang masih berat ni aku tak hiraukan, aku minta en.shahar belikan bayam , sebab aku tahu Aidil suka makan bayam, so aku nak masak untuk anak-anak & kari ikan untuk suami.

Pukul 9:00 mlm baru lah kami soruuu... burrppp! Alhamdulillah aku masih kuat untuk berkhidmat pada keluargaku.

Selasa 3/1/2012.
Maha Suci Allah, celik mata aku masih terasa okay lagi. Bila dah siap-siap tinggal nak sarung tudung kepala, tetiba aku jadi lemah selemahnya. Aku baring sebentar di sebelah yasmeen, tapi aku sempat kunci jam 6:46am , incase la tetiba aku tertidur. Jadilah dpt baring 5 minit jer. Bangun terus aku kuatkan semangat ke cermin hias dan terus memakai tudung. Enjin kereta ku panaskan dulu, beg-beg dimasukkan ke dalam kereta, akhir sekali barulah masukkan yasmeen ke seat hadapan. Nyenyak sungguh dia tidur. :)

Tangan terasa goyah tatkala memulas stereng, tapi demi sesuap nasi aku gagahkan jugak drive. Tekak rasa mual, kepala terasa sengal & bahu sengal...

Sampai kat opis terus aku bukak surau & tidur terdampar.. niat nanti dalam pukul 9:00am aku harus ke klinik.

Waktu  silih berganti, tanda-tanda nak ke klinik tak jugak ada. Aku bertawakal pada Allah, harap-harap sakit aku ni tak serius. Tapi dalam kepala otak aku dah terbayang yang bukan-bukan... Aku tahu Mati itu pasti, Hidup Itu InshaAllah, tapi kalau diizinkan Allah, biarlah aku mati selepas Yasmeen boleh berdikari & selamat menjalani koklea implan nya. :'(

Alhamdulillah dari Zohor ke Asar, Asar ke Maghrib, Maghrib ke Isyak, Allah masih membenarkan aku bernafas dimuka buminya. Apa yang aku google tadi, setiap 21minit Malaikat Maut mengunjungi kita. Bersediakan kita? Ya Allah, panjangkanlah umurku dalam mentaati Mu & mentaati Rasul Mu. Amin.
-------------------------------------------------------------------------------------------

"Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)
 Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.

Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?"
 
(sumber dari Aniazone.blogspot.com)

Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Post a Comment