Wednesday, July 6, 2011

Speech Therapy 1

Berdebar okeh! Today adalah 1st time Yasmeen kene attend sesi dgn Speech Therapist. Pukul 8.50am, makcik & yasmeen dah merayap atas highway KESAS semata-mata tak mau lewat nanti, maklumlah Jalanraya ni bukan boleh diagak-agak.

Wallaweh... ini yang makcik tak suke ni, PARKING Lot yang sedia ada kat HTAR ni dah banyak yang kene block sebab ada construction work menaik taraf parking.

Esok pun still kene mengharungi situasi yang sama lagi. Adeih... tobat rasanya.

Macam biasalah, makcik mesti aim parking yang paling hampir dengan Tangga A. Heee... maka makcik pun dabel parking, tapi tak halang kete orang lain yang nak keluar paking or masuk parking tau! Makcik pemandu berhemah  :)

Pukul 10.00 pagi , Cik Shahira ...itu lah terapist yang handle case Yasmeen.
Sesi suai-kenal pun dijalankan. Yasmeen ni kalau dengan orang yang baru sekali dia nampak, alamatnya memang tak dengar la suara dia & dia pun kurang nak beri perhatian, asyik nak melekat dengan kita aje.

Untuk mengenalpasti tahap pertuturan Yasmeen, banyak soalan & ujian yang perlu dijalani. Mengikut pemerhatian Cik Shahira berpandukan pada jawapan & carta, Tahap Speech Yasmeen adalah seperti bayi berumur 1 bulan.

Memang bukan kerja mudah, banyak masa, tenaga & ilmu perlu diberikan semasa men-develope speech yasmeen nanti.

Yasmeen perlu diperkenalkan dengan macam-macam bunyi, kemudian mengenal pertuturan & memorize sekali. 1st sekali kene pastikan Yasmeen
SUKA pakai Hearing Aid. To make sure dia tak reject HA ni. 

Tapi macam mana nak konsisten, yasmeen tak tahu apa itu HA then dia ikut suka dia aja nak buka or pakai. 
Cik Shahira cadangkan buat 'token' untuk setiap kali dia berjaya menghabiskan sesi pemakaian HA. Nampaknya ummi kene beli banyak sticker & note book comel.
Sekarang ummi kene start mengumpul Video & Diari Yasmeen. Sebab bahan-bahan ni adalah bahan rujukan & supporting evidence untuk permohonan dana bagi menjalani operation Koklea in future.

Dalam diari tu, ummi kene catitkan setiap perkataan baru & aktiviti bahasa yasmeen. 

Makcik harap , segala usaha kami akan membuahkan hasil. Makcik berdoa sangat-sangat Yasmeen boleh bercakap.. takpe la makcik kene berkoban masa & tenaga sampai umur dia nak masuk sekolah. Yang penting Yasmeen pun jangan mudah mengalah.

As for now, Yasmeen average 6 hours je dia pakai HA ni. Cepatlah anak ummi paham kegunaan HA ni... ini semua demi sebuah pertuturan & pendengaran mu sayang! 


Makcik terpikir, macam mana la agaknya parents yang tak mampu untuk menghadiri terapi-terapi sebegini & mereka jugak tak tahu bagaimana untuk mengajar anak mereka bertindakbalas dengan bunyi-bunyian.
Alangkah sayangnya, anak yang sepatutnya ada potensi untuk hidup normal seperti orang lain tapi tidak dapat berbuat demikian.


Makcik jugak still kena banyak belajar, at the same time banyak jugak search info dari internet. Kecut perut jugak bila baca pasal koklea implan ni, accessories nya pun dah melibatkan ratusan ringgit, contohnya Microphone tu, kene selalu tukar setiap 2-3 bulan, sekali tukar RM150/++ ..huuuu... buat time tu makcik dah tak bekerja, macam mana nak providekan alat ganti nya?


Tersentuh hati bila makcik terbaca blog pasal Mama Afiq Danial ,dimana anaknya sudah berjaya memiliki implan ini, tapi still ada jugak manusia yang tak OPEN-minded suka menghina & menyisihkan anak-anak istimewa ini. Sepatutnya orang-orang tu cubalah letakkan diri di tempat ibu bapa ni, selami perasaan diorang, rasai kepayahan & kesusahan diorang.

Ingatlah mereka tak minta dilahirkan kedunia dengan kekurangan ini, tapi disebalik kekurangan ini Allah kurniakan juga keistimewaan. Sama-samalah kita renungkan.

No comments:

Post a Comment