Thursday, July 7, 2011

Sesi Audio [7-7-2011]

Hari ni appointment Audio pada pukul 3 ptg. Nampak happy benor Yasmeen bila kita menuju ke Klinik ENT, dia menarik tangan ummi laju ke bahagian menunggu. Di bahagian menunggu yasmeen mula la tunjuk skill kehulu kehilir ketuk pintu sana, ketuk pintu sini, tapi dia bertambah hyper bila ternampak kelibat Pn. Farah (Audiologist), semakin galak dia buat aksi bergayut di pemegang.

Hari Pn.Farah ada student, jadi Yasmeen dinilai oleh Cik Student, alamak sudah lupa la nama adik ni.. hihihi sorry la ye, memori kurang.

Sesi dimulakan dengan menguji alat bantuan yasmeen samada berfungsi dengan baik atau tidak. Next ujian cairan dibelakang telinga pula diuji,tapi disebabkan yasmeen selsema, maka kualiti pendengaran tidaklah sebaik sewaktu dia sihat.


Pn.Farah kata, waktu pemakaian HA ni kene dipertingkatkan dari 6 jam sehari.
Sebab pihak Audio nak tahu benefits yang yasmeen perolehi dari pemakaian HA. Jika ada potensi, maka next plan adalah membuat C.I.


Selepas sesi ujian alat bantu dengar tu, we moved to Bilik KEBAL ..bilik Audio Pediatrik :). Oh yer.. lupa nak kasi tau, masa tengah checking alat tu, Yasmeen ternampak la satu bende alah, Sesame Street punye patung tu.. ntah apa ke nama wataknya... Ya Allah, dia punye suka dengan patung tu sampai nak masuk bilik Audio pun dia bawak sekali. Kalau bermain tu tak macam kanak-kanak perempuan, lasakk... huhuhu. 


Test kali ni lebih kurang macam sesi yang lalu, blok & tray diletakkan didepan yasmeen, tapi yasmeen ni mana nak tunggu "bunyi" , dia yang terlebih pandai masukkan blok-blok tu dalam tray tanpa terlebih dahulu bunyi dimainkan.


Last-last kene buat test lain, bunyi dimainkan dengan frekuensi yang berlainan untuk mengesan respon yasmeen. Test kali ni memang sangat ummi puas hati sebab setiap kali bunyi dimainkan Yasmeen pasti menoleh kearah speaker.
Syukur Alhamdulillah.Walaupun sebenarnya Yasmeen ada drop sikit sebab masalah flu tadi. 25hb ni ada lagi sesi bersama Pn.Farah, harap-harap time tu yasmeen tak kene selsema la.


Setakat hari ni, apa yang ummi nampak & dengar vocab Yasmeen :-
1) abah (ini memang konsisten setiap kali dia panggil abah dia)
2) kaka... (ini plak dia sebut bila borak dengan ummi & kakak farah)
3) papa... (masa main-main)
4) mamamma... (masa main-main)
5) opaa... (randomly)
6) Ibaa... (masa bercakap dengan abah dia 7/7/11 9:29pm)


yang lain-lain tu bahasa perancis yasmeen sendiri.

Nampaknya task terbaru ummi sekarang ni memastikan celik je mata Yasmeen, HA kene sumbat kat telinga tu. Then sekarang ummi sparekan masa about 15min setiap malam untuk main berkaitan dengan bunyi & persekitaran.  


Tadi ummi pun ada sikit syok, bila yasmeen sudah menunjukkan skill meniru/mengulang sebutan yang ummi sebut.


Masa tengah menaip ni, ummi pusing kat Yasmeen then ummi sebut "papa.." then dia pun follow .. "papa-papa"... 2-3 kali ummi cuba, hurm... impressive, walaupun untuk sekali ini. Harap esok-esok yasmeen ada meniru lagi sebutan ummi yah?!


Sometimes tak dinafikan ummi rasa stress.. sebab ummi tak tahu nak mulakan dengan apa, kalau boleh ummi nak yasmeen tahu semua benda. Duhai hatiku bersabarlah. Semoga berkat usaha,doa & tawakal ummi akan terbalas akhirnya.


Okaylah.. my Yasmeen tengah nak main-main nih..dia sedang pretending jadi  make up artis. Sasarannya muka ummi & abah, dia kerjakan dengan blusher.
Habih blusher ummi berderai dek kerja tangan dia tu.. :))
Ini video masa nak tunggu Pn.Farah set appointment yang lain. Tak lalu diam dia.. setiap pintu dia nak terjah.

No comments:

Post a Comment