Cuti yang tinggal tak seberapa... demi utk yasmeen..baru 1/2 thn dah tinggal 8hari ajer... ko ader?? hihihi |
Dari Terapi Fisio, Terapi Pemulihan Cara Kerja, Rehabilitasi dekat Klinik JK, Klinik Kanak-Kanak, Klinik Mata, Klinik ENT... semuanya belum pernah missed lagi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Gross Motor Delay Yasmeen, 29/4/2010 PAEDS telah membuat temujanji untuk MRI BRAIN, nurse dari Klinik Kanak-Kanak called En.Shahar 1 minggu awal.So, aku & en.shahar cuti la hari tu, seawal 8.00pg kami dah mendaftar di pusat rawatan harian HTAR, actually nurse tak advice pun pkl berapa MRI Brain tu, tapi memandangkan aku takut lambat, kami pun just try our luck je.
Setelah kami dapat No.Giliran kami pun masuk ke Paeds, Staff bahagian registration pun search yasmeen punye medical reportcard. Berat & tinggi yasmeen diambil & diukur. Kemudian kami diminta membawa dia ke ruang belakang untuk dibuat IV line utk yasmeen. Ini adalah kerana, mereka akan memasukan Dye (Contrast Material), jika gambaran scan tidak jelas.
Masa kat wad dulu, bila doktor explain yang Yasmeen perlukan Dye ni jika scan tidak jelas, aku & mak memang tak setuju, sebab aku tanya lah doktor apa kesan dari Dye ini... Dia kata bagi yang mempunyai masalah buah pinggang ia memang tidak elok la diambil, tapi katanya memandangkan buah pinggang yasmeen okay, dia suggest, kena ambil. Satu lagi kesan Contrast ini, dia boleh menyebabkan baby sesak nafas.. (gulpppp... risau beb)
Masa IV dibuat, Yasmeen hanya ditemani oleh doktor & nurse yg bertugas aje.
Abah & ummi kene stayed kat luar bilik.
Menjerit-jerit yasmeen kat dalam tu.. lebih kurang 15minit kemudian, IV dah siap di bahagian kaki yasmeen.
Kami dibekalkan dgn Ubat tidur, ubat tidur ni kene makan masa perut kosong.
Bila jam dah menunjukkan 9.00pagi, nurse minta kami beri yasmeen ubat tidur tu, dari klinik Peads ke Suite MRI tu memang jauh.. sebab MRI tu kat bagunan lama HTAR, kene la menolak stroller ke sana, dalam masa menolak tu yasmeen pun tidur-tidur ayam.
Kat dalam ruang menunggu tu, rupa-rupanya ada 2 org lagi patient.
So, kene lah menunggu... nak buat MRI ni pun ambil masa rupanya. Kalau patient dah ada kat dalam terowong tu hah, jangan la korang nak gatal-gatal nak bergerak.. sebab kalau ko bergerak, maka kenelah doktor buat sekali lagi.
Ada satu adik ni.. aku borak-borak dgn dia, aku tanya kenapa dia perlukan MRI.
Dijawab, dia nak scan tulang dia... tapi dia tak citer la details, apa pasal dgn tulang dia. Aku pun hormat la privacy dia.
So, it's adik tu punya turn, dia pun masuk , manakala suami dia tunggu diluar. Masa setengah jam kemudian dia keluar dari Suite MRI tu dgn berpeluh-peluh & shaking ... dia terus dapatkan suami dia.. suami dia tenangkan dia.
Aku pun tanya, "dah habis ke dik?"
Dia pun jawab, " belum lagi, tetiba saya rasa berdebar-debar & tak sedap, saya minta doktor berhenti sekejap".
Assistant kat sana nak dulukan yasmeen, tapi tetiba la plak yasmeen boleh berjaga dari tidur. Aduh.. macam mana nak buat kalau yasmeen berjaga. Mau dia tak duduk diam dalam tunnel tu nanti.
Nak tak nak, assistant tu terpaksa call doktor kat paeds yg buat IV yasmeen tadi.Tak lama kemudian, doktor pun sampai. Yasmeen tak boleh dah makan ubat tidur, now dia kene inject ubat tidur pulak. Dos yang lebih tinggi.
Yasmeen diletakkan elok-elok atas katil, doktor pun buat kerja dia.
Aku tanya , "berapa lama ubat tidur ni akan berkesan?"
Doktor, " dalam 8 saat..."
Ha'a..elok je aku kira 8... terus yasmeen terlelap, aku angkat dia masuk ke dalam bilik MRI, letakkan dia atas conveyor, pembantu MRI ikat kepala yasmeen tapi sebelum tu yasmeen dipakaikan topi. Dia dibalut dgn blanket kemudian diikat supaya tak terjatuh dari conveyor tu.
Aku tidak dibenarkan berada di dalam, terpaksa la tunggu di luar.
Masa ni doa & zikir-zikir ajelah jadi peneman. Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku.
Lebih kurang MRI scanner kat HTAR... besar gedabak. |
'Mereka minta masuk kan contrast... " reply doktor tu.
Waaaa... inilah part yang paling kalau boleh aku nak elakkan. Aku & En.Shahar bertawakal aje time ni.. tak tahu apa nak cakap, aku harap doktor tahu apa yang THE BEST utk yasmeen. Aku tak mahu yasmeen sesak nafas... :'((
Sejam kemudian, pintu bilik itu dibuka, Assistant minta aku ambil yasmeen.
Dia masih lena masa ditolak keluar dari MRI Suite tu. Aku pun dah standby dgn stroller , elok je aku angkat dia nak letak kat stroller, dia pun bangun buka mata... Alhamdulillah... anak ku selamat menjalani prosedur MRI ni.
Aku tanya Doktor, " Doktor, mcm mana ? ada apa-apa abnormality?"
Doktor said, "hurm... okay, masa kami buat scan, we found that ada sedikit abnormal, you know what we called "Leukodistrophy", better nanti you consult dgn Peads, they will tell you more"..
Masa ni, aku terasa takut sangat, apa lah agaknya Leuko ni... aku sms text to kak sue, minta dia search from webs anything pasal "leuko"... huhuhu
Kami diarahkan ke Klinik PAEDS sebelum pulang. Yasmeen perlu dinilai tahap kesihatannya sebelum di discaj keluar. Mereka nak make sure yasmeen benar-benar telah sedar dari kesan ubat tidur tadi.
Yasmeen memang dah 100% sedar, apa taknya, dia boleh gelak & menggoyangkan kaki tak hingat... ahahah
Dekat nak pkl 2ptg barulah segalanya berakhir & new appointment dgn PAeDS pun dah dibuat. Lagi 3 bln kene follow up MRI report.
Apa pun aku tak akan mengalah...Yasmeen is Priority.. Aku BERSYUKUR Allah Pinjamkan Aku NOOR YASMEEN... dan jika DIA ingin menjemputnya aku sudah bersedia saat itu.. kerana aku tahu Yasmeen pasti akan BAHAGIA di Syurga-MU.
No comments:
Post a Comment