dari ambik farah & yasmeen, farah mengadu , acik (babysitterku) marah farah berak... sebab farah tak reti nak jirus jamban manual dia.. adoiii... anak ku yang kecut perut tu sampai terberak dalam seluar sebab takut nak berak kali ke-2 kat jamban 'dia'..
Then masa aku dukung yasmeen nak bawak balik, bau busuk plak menerpa hidung, Ya Salam... anak aku tidur dalam keadaan bertaik di bontotnya.
Waaa... apakah??? Apa salah aku & anak-anak aku, sampai macam tu sekali ko layan anak-anakku, Bayaran bulan ni aku bayar FULL siap aku HALALkan duit yg ko pinjam tempoh hari.. (err...ini dikira mengungkit ke? ;P)
Sedihlah.. dulu aku hantar anak-anakku dgn niat nak bantu ko sebab ko adalah Ibu Tunggal yg memerlukan pembelaan, tapi ko pijak kepala aku.. maklum la, aku ni jenis mudah kasihankan orang, ko ambik kesempatan pulak. Apa kess???
Dah la malam tadi bagai nak rak aku mencari Puting Nyonyot yasmeen, rupa-rupanya tinggal kat umah ko. Ko lupa nak masukkan dlm beg yasmeen.
Udoh aku kene selongkar ceruk bilik cari puting altenatif... (dah la puting tu yasmeen tak gemor..aih) tapi sebabkan yasmeen lalok punye pasal nak taknak dia isap la jgk.. kejap-kejap puting tu tercabut dari mulot.
--------
3/4/2011 , 7:02am
Aku pun angkat la yasmeen & serahkan padanya, sekali dia bersuara,
BabySitter: Semalam puting yasmeen tinggal ..., siang akak tak kasi dia isap puting, akak letak VICKS kat puting tu..., bila dia rasa pedas, terus dia tak nak isap...
Aku : (dalam hati) what the fak?? kenapa mesti vicks yg ko letak kat puting anak aku?????!! ko dah hilang akalkah??? Nak poisoning anak aku kah? Kenapa akak letak vicks???Jangan la letak vicks..... (time ni aku dah tak boleh nak carry on conversation dgn dia.. tetiba aku rasa mcm ........ ehh.. korang paham-paham jelah.
Dalam masa aku bekerja, aku masih terngiang-ngiang ayat dia.. secara spontaneous & jujur nya dia ..mengaku meletakkan vicks tu.. mcm tak bersalah.. :( , aku jadi risau plak, babysitter aku ni memandai-mandai buat keputusan utk anak aku... Hello, ko ingat... aku akan berterima kasih sebab ko cuba menghentikan tabiat nyoyot puting tu... kalau ko tak letak vicks, mungkin aku akan BERTERIMA KASIH YA AMAT... taaapppiii bila terbayangkan VICKS.. terus aku CHOP ko "bakal murderer" ... waaaaa... tolong la consult aku bila ko tak pasti... apa gunanya aku supply HENPON dlm beg anak aku, kalau ko tak reti-reti nak guna???
7:00pm
Balik ambik 2 org princess tu, kakak tu still mention , hari ni dia tak kasi yasmeen isap puting nyonyot.. well, aku smiles je lah.. Aku berharap sangat dia tak gunakan kaedah tgh hari semalam...
Sebelum berlalu pergi, sempat lagi Babysitter ku komplain pasal yasmeen. Katanya yasmeen skrg tak mahu tidur tgh hari, dah pukul 5ptg baru la nak tido.
Dah la dia punya speaker tu kuat, mcm nak kasi semua jiran-jiran dgr plak... tapi yang pasti, parents anak yg dia jaga tu dengar & sorang mamat bujang yg dok depan umah dia pun dengar.. siap mamat tu memandang 'akhak' ni.. waaahh... hebat sangat kah bila ko boleh sound direct kat aku mcm tu??
Anak aku tu dah besar, skrg adalah masa utk dia belajar.. cara dia belajar adalah dgn bermain..dah kalau ko suruh dia asyik tido, bila dia nak belajar??? Jangan nak samakan anak aku dgn anak ko masa kecik-kecik dulu. DOWH!!
Aku tak diam, aku balas balik...
"Dah betul la tu..siang kene jaga, malam barulah tidur... "
Macam tak paham-paham .. dah tua-tua pun takkan nak aku ajar jgk.
Dalam kereta, Farah mengadu..
Farah : Ummi, farah berak lagi la... Acik ckp, kalau Farah berak lagi esok tak payah datang dah...
Aku : (dalam ati) Apa kene org tua ni??...apa maksud dia?? Betul ke acik ckp macam tu?
Farah : Ha'a... baguslah kan, tak payah datang umah dia lagi kan??
Ewah-ewah.. pandai plak minah ni buat decision.
Farah : Farah call ummi pkl 6, 2 kali...tapi ummi tak jawab.. farah nak suruh ummi balik awal, farah tak tahan nak berak... (kesiannya anak aku..;'[ )
Sampai kat rumah aku terus sms en.shahar & my friends... Memang weols have to do something. Kesian anak aku, kang sembelit plak.. bertambah plak penyakit lain.. cesss..
Macam mana aku nak hantar mereka esok ni? Hati aku dah tak syok ... aku terbayangkan farah ...dia tak banyak hal kalau di rumah orang.. tapi kalau kat rumah sendiri ...humag aiii... dia yg terror.
Actually, aku pun masa 1st hantar mereka ke rumah akhak tu, aku pun tak set nak hantar utk selama-lamanya... skrg, yasmeen dah boleh berjalan, duduk & baring sendiri.. boleh la kami try hantar ke taska. Lagi pun yasmeen perlu memakai alat bantuan pendengaran atleast 3 hours sehari.. Tapi aku tak harapkan Akhak tu boleh bantu yasmeen memakai alat itu. Masa belum dpt Aid tu lagi... akhak tu pernah menolak bila aku utarakan pasal pakai Hearing Aid tu. ... Kata tak reti la.. itu la.. ini la.. Ofcos la aku akan ajar.. takkan aku nak biarkan ko sumbat sesuka ati.. adoiyaiii... Anak aku perlu belajar bercakap dari sekarang.. kalau lagi lambat dia belajar, maka punah la harapan aku nak dgr 1st word dari yasmeen...espeseli perkataan "UMMI"...
YA ALLAH , LINDUNGILAH ANAK-ANAKKU SELAMA MEREKA JAUH DARI PENGAWASAN KU, SESUNGGUHNYA TIADA PERLINDUNGAN SEBAIK PERLINDUNGAN MU~AMINps : 2 hari ni aku sentap betul dgn babysitter aku.. aku harap dia sedar apa yang dia buat tu sedikit sebanyak menggugat kepercayaan aku kepadanya.
ya Allah liza.. siannye aku bca ksh ank2 ko.. tabahkn ati yeee..
ReplyDeleteThanks EimMar... Insya-Allah I will,doakan saya ye? :)
ReplyDelete