Friday, January 27, 2012

ENT @ Hospital Sungai Buloh (1st appt)

Taraaa.... well, pagi ni adalah appointment pertama kami di ENT Hosp Sg. Buloh. Memandangkan nak ke Sungai Buloh tu tak tahu macam mana keadaan jalanrayanya...maka weols keluar rumah seawal 7.45am, supaya kami sampai di ENT Clinic tepat pada masanya. 

Alhamdulillah perjalanan agak lancar, cuma masa kat KESAS je ada sedikit halangan, lori rosak di lorong paling kiri menyebabkan laluan menjadi 2 lane sahaja.

Tiba di perkarangan HSB lebih kurang pukul 8.30am, paking-paking kat sini walaupun kereta banyak, tapi still boleh la kalau nak parking dalam lot. Syukur lah, parking kami tak jauh sangat dari lobby hospital. Kat belakang Kafe jer. :)


Kaunter Pendaftaran HSB tak sebesar Kaunter Pendaftaran HTAR, patient pun tak seramai di HTAR. Sangat convenience. Baru tekan nombor, duduk dalam 2 minit , nombor pun dipanggil. Mujurlah klinik-klinik pakar kat sini senang nak cari. Klinik ENT hanya di belakang Kaunter Pendaftaran.


Masuk je dalam klinik ENT, kad appointment diletakkan dalam bakul khas.
Masa mula-mula sampai, patient tak sampai pun 20 orang, tapi dekat nak 15 minit, patient ENT bertambah-tambah sehinggakan tiada satu kerusi pun yang kosong.


Kat ENT klinik, masa menunggu memang lama. Aku dah naik jenuh menunggu, ada dalam 35 minit. Dari baca buku, mengcangkung, Yasmeen dah start buat perangai, tak mau berdiri sendiri, asyik minta didukung. Nasib baik abah ada... kalau tak, duduklah yasmeen dalam stroller. 


Akhirnya, Dr. Fadzilah memanggil nama Yasmeen. Dr. Fadzilah ni happy go lucky orangnya dan ramah. Soalan pertama dia kepada kami, adalah life & health history Yasmeen. History pregnancies sebelum ni. Dia tanya lagi,
"apakah yang puan expect from this CI?"


"Saya kalau boleh mahu Yasmeen mendengar & bercakap macam kanak-kanak yang sebaya dengan dia".- Ummi


"Puan meletakkan High Expection, jangan terkejut kalau saya katakan dia tak akan sama level language dengan rakan sebaya dia, sebab bila alat CI diaktifkan, itu umpama pendengaran sewaktu umur dia dilahirkan. Dia akan berbeza dengan rakan yang sebaya"- Dr. Fadzilah


Memang aku mahukan yang terbaik & terbagus untuk Yasmeen, tapi aku jugak boleh menerima anak ku seadanya. Jika setelah segala usaha & tawakkal & iringan doa, aku redha. Cukuplah jika Yasmeen mampu menuturkan kata sepatah-sepatah, asalkan aku dapat merasai hatinya, bila dia "Happy", bila dia "Sedih" dan bila dia "sakit"...


Dr. Fadzilah juga mengingatkan, memasang CI ni bukan sekadar pasang & activate, tapi komitmen parents amatlah penting di saat Rehabilatasi selepas operation tu untuk mendapatkan results yang bagus & Yasmeen boleh mendengar & bercakap. Part ni aku ada sedikit goyah. Aku adalah ibu yang bekerja, aku tak mampu untuk monitor & mengajar stimulate yasmeen 12 jam di waktu siang. Aku tak kan boleh juga mengharapkan pihak nursery untuk membuatnya 100%. Aku harap aku cukup kuat untuk memberi intensif stimulation selepas waktu pejabat. Aku cuma punye 4 jam waktu malam untuk mengajar yasmeen.

Dr. Fadzilah juga menerangkan beberapa proses lagi sebelum CI ni dipasangkan pada yasmeen.

Sebelum pemasangan :-
-Yasmeen kene buat CT Scan & MRI, untuk mengenalpasti saraf yasmeen boleh berfungsi.Kalau yasmeen tak boleh tidur masa CT & MRI ni, maka Yasmeen kene buat kat HKL.
-Ujian darah yasmeen
-Imunisasi untuk mengelak terkena meningitis sebanyak 3 kali setiap 2 bulan. (RM250 x 3)
-Rekod PEADs Yasmeen termasuk MRI Brain (film)
-Buku Rekod Kesihatan Yasmeen (Buku Biru)
-Kemudian kes ni akan Dr. bentangkan dalam 'meeting' diorang untuk penilaian. 


Selepas diaktifkan:-
-Rehabilitasi / Speech , memang kene 100% straight! Ini yang akan menentukan keberhasilan CI tadi.
Dr. Fadzilah kata, dia lebih prefer kalau Yasmeen follow up Speech & Audio di HSB selepas CI diaktifkan.


Untuk kali ini, Doktor beri yasmeen ubat titis hidung (ini sebab hidung Yasmeen selalu berair waktu sejuk, ubat ni lebih untuk alahan) dan ada jugak ubat untuk minum. Huh, kene habiskan dalam masa sebulan.


Sebelum balik, untuk next appointment Doktor dah setkan date untuk Speech & Audio pada tarikh yang sama, sebab pegawai speech & audio akan buat assessment terlebih dahulu untuk melihat sejauh mana progress yasmeen sekarang ni.


Hokey, pasal ENT sudah beres, cuma kami perlu ke HTAR untuk sampaikan MEMO kepada PEADS di Klang untuk keluarkan report yasmeen, sebelum perjumpaan kami yang ke-2 nanti.


Proses mengambil ubat yasmeen, hulamakkk... 45minit aku duduk sambil layan menonton drama kat tv3. Yasmeen & En. Shahar dah kembali ke kereta, yasmeen dah tak betah duduk kat Farmasi lama-lama.



No comments:

Post a Comment