26/1/2012 - Khamis
Sepanjang perjalanan pulang dari hospital aku drive sambil mengalirkan airmata. Aku tak tahu tangisan itu utk apa sebenarnya.Samada takut? atau bersyukur sebab doa ku dimakbulkan? semuanya bercampur menjadi satu. Aku takut ... takut jika yasmeen mengalami kesakitan & operation itu menjadi sia-sia.... :'(
-----------------------------
1st thing kami buat apabila sampai di ENT Clinic HTAR, jumpa Pn. Farah untuk buat Tymp check up, and seperti biasa, graf tu FLAT ajer. Maknanya still ada cecair dalam telinga Yasmeen.
Okay, memandangkan aku dah suarakan hasrat mengenai pemakaian CI pada Yasmeen, maka Pn. Farah kata dia akan dapatkan appointment date dengan ENT Clinic Hosp. Sungai Buloh dulu. Cukup efisyen date dah pun ditetapkan pada 3/Feb/2012 , 9:00am.
Selesai sesi dengan Pn. Farah, sesi Speech bersama Cik Shira pula.
Kelas hari ini mengulang-kaji sesi lepas, bermain sambil mengajar, memperkenalkan perkataan baru. Sebelum berakhir, hari ni Yasmeen di introduce kan dengan "BUNYI BISING" yang annoying , dan "BUNYI PERLAHAN" yang sedap didengar. Bila bagi Yasmeen kayu drum tu, apalagi.. kami yang terlebih annoying mendengar ketukan yang membingitkan telinga.
Tapi dia selamba , senyum melihat kekerutan di wajah weols. :P naughty girl!
Language Yasmeen tak banyak improvement, mulut je bukak, suara tak keluar.
Then, selesai speech , nombor kami pun tertera di skrin, so, masa untuk berjumpa doktor. Masuk je kat dalam bilik doktor, Yasmeen sudah menjelajah & menge-test machine yang ado kek dalam tu.. haha.. bila machine tu berbunyi, kelam kabut dia lari :P.
Doktor Roslinda tanya perkembangan bahasa Yasmeen, seperti yang aku cakap awal-awal tadi, tak banyak improvement. Doktor check telinga, dia kata yasmeen masih ada cecair di dalam telinga nya. Dia cakap, kalau diikutkan kene keluarkan. Dia kata lagi, Yasmeen memang kurang mendapat benefit dari pemakaian H.A , sejak 7,8 bulan pakai, Yasmeen cuma ada minimal improvement. So, dia kata Yasmeen adalah Candidate for CI. Dia tanya lagi samada dah ada buat CT Scan & MRI untuk Yasmeen. Aku cakap belum lagi.
So, terus dia call Doktor di Sungai Buloh untuk refer kes yasmeen.
Doktor di Sungai Buloh, terus minta aku & Yasmeen untuk datang ke HSB pada keesokkan hari. Dia nak interview kami, samada Yasmeen sesuaikah untuk CI. Mereka juga plan untuk buat semua CT Scan & MRI di HSB sahaja. Macam so sudden jer kan? Jumpa Doktor, then terus doktor di HSB ambil perhatian kes yasmeen dan terus set appointment. Masa tu aku dah takde masa nak pikir nak tolak ke, nak set date lain ke... aku just follow apa jua yang doktor advise kan. Aku terus text En.Shahar supaya dia boleh cuti esok & temankan kami ke HSB.
Apa-apa pun aku berterima kasih kepada Pn. Farah , Cik Shira & Dr. Roslinda atas segala jasabaik & usahasama selama Yasmeen dalam pemerhatian diorang. Tapi kami still akan terus buat follow up di HTAR. :)
Published with Blogger-droid v2.0.2
No comments:
Post a Comment