Thursday, April 26, 2012

Medical Report


Assalamualaikum Ya Sahabat..

Meh aku nak share story dgn nkorang. Sejujurnya kan.. Kan.. Kan.. Dua tiga minggu lepas aku ada merasakan sedikit kelainan pada tubuh badan ku. Aku mudah berdebar debar waktu pagi dan malam tanpa sebab. Aku rasa mcm aku dah nak meninggalkan dunia yg fana ini. Aku takut aku menghidap darah tinggi dan diabetes. Aku mcm merasakan maut sdg mengejar. Tapi actually malaikat maut mmg usha kite 27minit sekali. Cuba google, mesti korang akan jumpe.

So bila dah berkeadaan mcm tu. Aku pun dgn langkah konfiden menuju inhouse clinic yg disediakan oleh pihak kompeni. Bila duduk je kat bilik doktor. Dia pun ambik tekanan darah. Perghhhh... Sekali it shows 145/90. Giler badakkkkkk! Saspen beb... Esoknya aku masih lagi berkeadaan sebegitu... Lalu aku minta izin bos utk buat test darah tinggi kat panel luar premis. Dan aku pun menuju ke Klinik Famili, klinik yg biasa aku lawati semasa mengandungkan ketiga-tiga cinta hati ku... Dalam debaran menunggu nama ku dipanggil. Aku banyakkan berselawat dan istigfar. Doktor Azizah bertanya permasalahan yg aku alami. so aku pun citer la bla...bla...bla. BP aku pun diperiksa.. 120/80 : wow!!!! ini adalah tekanan normal aku weih! doktor kata aku ada sedikit fever 36.5 , doktor tanya samada aku pernah buat thyroid test? huhu... memang tak pernah kot.

Doktor cadangkan buat test tu... tapi bukan pada masa tu. Dia suruh buat apabila aku sihat dari demam. Jadi aku pun decide utk kembali ke klinik 2,3 hari kemudian.

Jumaat 20/4/12... pkl 8:45 aku sudah terpacak di klinik. Sebab kawan2 yg pernah ada pengalaman ambik darah syorkan dtg waktu pagi, kerana ia lebih accurate. Memandangkan aku pun dah puasa mkn minum mlm tu. Jadi aku boleh la buat full blood check up. Especially bab kolesterol dan glucose. Setelah berbincang dgn doktor maka darah aku pun diambil. Rasa sakit?? ntah, tak sakit la sgt. Sakit lagi, menahan resa masa nak bersalin dulu.

Tapi selepas ambil darah barulah aku merasakan sakit di tempat yang dicucuk tu... huhuhu

Setiap hari aku menghitung waktu, report ni bukan lama sangat 2,3 hari siaplah report tu. Sambil-sambil aku menunggu waktu itu, aku panjatkan doa agar tiada apa-apa yang tidak normal. Dalam masa itu juga aku diuji, Yasmeen dijangkiti demam chicken pox, patutlah Ahad lepas dia demam & dedar, rupa-rupanya virus chicken pox sedang berperang dalam body dia. Isnin baru bintik-bintik merah menjelmakan diri.
 Maka terpaksalah aku bercuti 2 hari & mintak mak pula sambung cuti untuk next 2 days lagi.

26/4/12 Khamis, hari ini aku berkerja, masa di office member-member kamceng excited mintak aku call klinik untuk mengetahui result darah dah keluar ke belum.

Aku pun call klinik, dan pembantu klinik mengatakan Result aku sudah ada, then aku tanya lagi,
"Ada apa-apa star remark ke kat report?" , "err.. takde" jawabnya.

So, aku pun ajak Kak Aniza untuk sama-sama ke klinik. Oh yer, memandangkan test darah aku bayar with my own money, maka ini boleh digunakan utk incometax deduction, jadi aku pinta nurse printkan resit.
Bukan murah tau... Thyroid Test RM80, Full Blood Check up RM100. So, korang kire lah sendiri. hehehe..

Then nama aku dipanggil, aku pun masuk bilik consultation. Doktor pun bukalah file medical report tu, So, dia pun terangkan satu-persatu number bacaan yang terdapat dalam kertas 4 mukasurat tu.

Setiap satu porfile yang doktor baca, aku mengucapkan syukur sehinggalah urine profile terakhir diterangkan.
Secara kasarnya, kesihatan aku amatlah memuaskan.

TIROID, DIABETES & KOLESTEROL - semua dalam range yang telah digazetkan dan TERKAWAL + NORMAL

Result Thyroid Function:
T3 : 3.9 (3.5 - 6.5)
T4 : 15.6 (11.5 - 22.7)
TSH : 1.70 (0.35 - 5.50)

Coronary Risk Profile
Total Cholesterol : 4.0 (<5.2)
HDL Cholesterol : 1.60 (>0.91) kolesterol baik
LDL Cholesterol : 2.07 (<2.58) kolesterol jahat
Triglycerides : 0.72 (<1.70) kolesterol yang berada berdekatan jantung

DIABETES Screening
Glucose : 4.8

Aku juga bebas dari masalah penyakit sendi (Rheumatoid Arthiritis), syukur ...syukur sangat.
Buah pinggang juga bebas batu karang. Hati aku juga clean, Sel Kanser juga terkawal 1.9 (0-5.0).

Jadi aku hanya perlu memaintainkan pemakanan sihat & senaman (hari-hari senaman, turun naik tangga umah).huhuhuh...

Jadi kat sini, aku nak nasihatkan kawan-kawan, mana yang belum pernah buat Medical Check up, buatlah.
Maklumlah bila umur dah masuk three series ni, penyakit senang datang menjenguk.

Syukur Alhamdulillah di atas nikmat kesihatan yang Allah kurniakan, ini membuatkan aku bertekad lebih lagi untuk menjaga kesihatan.

"Jaga-jaga... ada yang memerhati..." :)


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Post a Comment