Monday, April 30, 2012

Aidil perserta "Amal Islami bagi Daerah Petaling"













 29hb April 2012, telah melakarkan sejarah buat anak sulung ku Aidil, at first bila Aidil bagitau aku seminggu lepas yang dia sedang berlatih untuk pertandingan Marhaban, aku ambik endah tak endah jer, sebab kekadang Aidil ni 'sembang' jer lebih. Tapi apabila dia setiap hari pagi & petang mengalunkan bait-bait marbahan tu, buat aku yakin dia memang cakap 'berisi'.

Raptai merangkap latihan saat-saat akhir dilakukan di sekolah Sabtu kelmarin & aku yang menghantar & menjemput Aidil ke sesi raptai itu. 

Sesudah usai solat Subuh, aku menyiapkan si kecil Yasmeen, demi melihat abang bertanding, dia pun tak mahu ketinggalan,dia bangun awal, seolah-olah ingin memberi support :D.

Pukul 7 pagi kami sekeluarga meninggalkan rumah dan mesti sampai di sekolah, di mana semua pelajar yang mengambil bahagian berkumpul kemudian ustaz akan mengiringi mereka ke Masjid Al-Munawwarah Sek. 27.

Pertandingan Kemahiran Amal Islami 2012, Daerah Petaling kali ini dibuat di dalam Masjid Al-Munawwarah, program ni diperkenalkan oleh JAIS. Tujuan nya untuk memupuk amalan-amalan Islamik dalam kehidupan seharian pelajar-pelajar, berikut adalah objektif program ni , atau shortform nya "KAMIL" yang sempat aku google di internet;

OBJEKTIF
 2.1      Merealisasikan perancangan kokurikulum di peringkat Bahagian Pendidikan Islam JAIS.
2.2      Melahirkan murid-murid yang berketerampilan dan berakhlak mulia.
2.3      Mencungkil bakat dan memupuk semangat persaingan untuk mempertingkatkan diri.
                2.4      Melatih dan memupuk semangat kepimpinan.
2.5      Membudayakan ilmu kepada setiap individu.
2.6      Mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru-guru dan  murid-murid.


 
Selepas men-dropkan Aidil di sekolah, kami melanjutkan perjalan mencari sarapan. Sekarang ni Yasmeen susah benar nak jamah makanan lama-lama, setakat 2-3 suap, lepas tu mata dia startlah mencari kaunter pembayaran, sebab dia tahu kat kaunter ada banyakkkkkkk balang gula-gula.. bijak!bijak!

Meronta-ronta bila tak dapat gula-gula yang diidam-idamkan.. lastly sebab mengganggu sesi sarapan, maka abah ambik gula-gula "hacks" untuk Yasmeen.. hahaha ingat boleh menipu budak kecik yang bijak itu?! nehiii! dia lagi pandai... dia bukak then dia bungkus balik... :)) hehehe

Terpaksalah sekali lagi abah ke kaunter ambik gula-gula lain. Kalau makan sebiji je okeylah, ini tidaakkkk, dia mahu lagi & lagi... mana boleh tahan.
Maka aku pun lajukan suapan & cepat-cepat bawak Yasmeen masuk ke dalam kerete untuk mententeramkan dia. Dia bukan jenis mudah dipujuk (sama macam mak dia jugak) keras hati. Aku buat dek jelah, lama-lama dia diam lah nanti. Dia memang diam, tapi diam setelah abah balik sambil bawak lagi 2 biji gula-gula, hah ... memang diam sangatttt :p

Pukul 9 pagi, kami sampai ke perkarangan masjid, murid-murid yang ambil bahagian dah start berkumpul di tempat masing-masing. Aku tercari-cari di manakah gerangan anak teruna ku yang sorang tu. Aku call henpon Aidil, dia ada di bahagian atas, untuk pertandingan Rawi & Marhaban diorang buat kat dewan Muslimah level 1. Masa kami sampai, ustaz sedang beri briefing & mungkin nasihat untuk memantopkan persembahan :)

Aku turun sekejap, sebab nak tengok Kalam Jamae yang disampaikan oleh Pelajar KAFAi As-Sakinah, seronok tengok anak-anak muda macam diorg fasih bercerita dalam Bahasa Arab.:) , tak lama kemudian.. abah sms suruh naik ke tingkat atas, Aidil dah nak mulakan persembahan.

Masa menjejakkan kaki ke ruang itu, aku melihat Ustaz sedang memberikan kata-kata nasihat & semangat buat anak didiknya. Aidil melangkah dengan penuh yakin bersama-sama rakan-rakan ke ruangan hadapan para hakim & penonton dari sekolah Kafa daerah petaling.

Sebak & terharu hati aku bila menghayati alunan Marbahan & melihat setiap   gerak bibir Aidil. Dalam hati aku, aku menginsafi diri & mula melihat segala kebaikan selepas 'penghijrahan' kami ke Puchong... Alhamdulillah, Allah telah permudahkan & mengkabulkan doa-doa ku. 

Kami menunggu Aidil sehingga selesai semuanya, sebelum Solat Zohor, telah diadakan majlis penyampaikan hadiah. Dan ternyata benar kata Kak Sue, Sekolah KAFAi As-Sakinah antara sekolah yang selalui menjuarai pertandingan antara sekolah & daerah & wakil negeri.

Sekolah KIAS, telah mendapat Johan untuk 5 kategori,salah satunya ialah Rawi & Marhaban (L) & Nasyid (L), Naib Johan untuk Kalam Jamae, dan No.3 untuk Nasyid Perempuan, jadi setelah dikira dari jumlah pencapaian , KIAS diumumkan sebagai JUARA Kamil (Zon 2) utk Sesi 2012, next week 6/Mei/12, Aidil & the gang akan bertanding lagi sebagai wakil sekolah pula yang akan di adakan di SR Seksyen 16. 

So, sebagai memberi support buat Aidil, kami akan sekali lagi menghadirinya! Kali ini mungkin dengan ATOK & OPAH sekali :))

Ummi bangga dengan Aidil, so keep it up baby!


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Post a Comment