Ummi buat keje cepat-cepat supaya kite boleh sampai kat hospital ontime.
Time nak bercuti, time tu jugaklah kerja dtg bertimbun-timbun..
Err... tak suka la bila pending job, lebih-lebih lagi kalau bab Request Quotation ni. User tu mana reti menunggu, kalau boleh hari tu request, hari tu jugak nak dapatkan harga, kalau mintak 1 brg je tak per, ini sampai 3-4 barang sekali mintak.
Oleh sebab ummi ni memang cekap.. (chewaahh... jgn marah ha..ini reality.. sila pejam mata @ biarkan diri anda terbawa-bawa dgn ferahsaanku)
Maka sebelum blah sempat ummi send request to supplier.. janji supplier dah dapat inquiry tu.. bab reply.. bila-bila korang boleh fax kat opis eh.. nanti pandai-pandailah colleagues ummi distributekan... :)
Ummi pun dah pesan dgn Ibu Sharifah, yang ummi akan ambik Yasmeen pkl 1.00 ptg nanti.
Dalam masa nak menunggu pkl 12.45pm, ummi nervous beb ... ofcos la ummi berdebar sebab ummi takut-takut kalau progress yasmeen tak seperti yang ummi & abah harapkan. Tak sanggup rasanya nak dengar ulasan yang bakal merundungkan hati ini.
Pukul 1.05 ptg, ummi sampai betul-betul depan pintu Ibu Sharifah.. yasmeen pun dah siap makan & mandi.. wangiii.. anak ummi.. ;)
First kita mesti balik ke rumah dulu, appointment tu pkl 3.00pm.. ummi pun harus mandi dulu.. melekit betul rasanya bila terdedah di bawah cahaya mentari ni.. dan ummi nak tunggu kakak farah sekali..kalau dia ada...yasmeen ada lah kawan, dan ummi takde la stress masa drive nanti.. yasmeen tu kalau takde org layan dia dalam kete...habis la ummi kene kacau.. silap-silap... yasmeen bawak car, ummi plak duduk sebelah..
Masa kecik-kecik dulu, boleh la duduk diam-diam kat carseat, but now..carseat yang tak tahan dgn yasmeen...wakakakak..
Selesai solat Zuhur, jam hampir menunjukkan pukul 2:00pm.. memang nak kene gerak ni.. Hosp. Klang tu... kalau bab parking nya memang hampeh.. kereta berderet2..siap double parking lagik.. nak cari parking pun ambik masa tau... silap-silap.. orang yang pakai wheelchair boleh sampai dulu kat pusat rawatan harian dari kami yang naik kereta ni.
Memandangkan parking kat bawah dah fenuh.. ummi decided kita naik jelah kat parking bertingkat.. ingatkan boleh la berteduh dari matahari.. last-last kene gak parked kat roof level.. waaaaaa... abihlah terkene jgk sinaran UV nampaknya.
Seperti biasa, 1st kene daftar kat kaunter bawah... ambik nombor... mujur la tak ramai plak patient hari ni.. agaknya semua orang dah mengamalkan kehidupan yang sihat kot. Syukur Alhamdilillah ;)
Disebabkan kad OKU yasmeen tak siap lagi, maka ummi have to bayar la kos rawatan.. mujurlah ummi masih mampu menyediakan wang untuk rawatan yasmeen. Macam mana kalau ada keluarga yang mempunyai anak OKU, miskin pulak tu.. tapi kad OKU tak siap-siap jugak?kasihan mereka, kan itu akan membebankan mereka?
Semasa menunggu turn kita dengan Pn. Farah, yasmeen apalagi menunjuk skill berlari ..jatuh kat lantai.. toksah kire la... 2-3 kali bedebuk jatuh. Nangis-nangis pastu buat balik.
Kali ni Pn. Farah buat assessment tanpa perlu tidur. Dia nak tengok respon yasmeen sewaktu sedar, adakah dia memberi respon pada bunyi-bunyian di sekitar dia?
Yasmeen dan ummi disuruh masuk ke bilik kedap bunyi.. kat dalam tu.. bunyi telan airliur pun boleh dengar.. hahah
Sebuah meja & sebijik kerusi utk yasmeen.. ummi duduk sebelah..
Sebelum ujian dibuat, alat pendengaran yasmeen diuji.. telinga yasmeen juga disuluh.. yelah.. kot-kot ada taik telinga, ia akan mengurangkan accurancy ujian nanti..
Tapi yasmeen ni mana boleh nampak banyak sangat permainan atas meja. Tumpuan dia hanya pada pemainan, bila Pn.Farah bunyi kan 'bunyian pelik', yasmeen buat dek ajer.. bila nampak cahaya kat BOX HITAM tu, barulah dia menoleh ke arah speaker tadi.. cess.. kantoi.. Yasmeen tak memberikan kerjasama semasa ujian tu..yasmeen dah ter-distract dgn permainan yg melambak tu.. so, dia tidak fokus pada panggilan & bunyian yang dihasilkan.
Pn. Farah nak lihat sejauh mana Hearing Aid yang yasmeen pakai itu memberi benefit pada dia.. kalau tak ada benefit.. Pn. Farah nak meletakkan Yasmeen dalam senarai penerima Koklea Implan. Tapi bukan semudah itu.. untuk menerima koklea implan ni... setiap patient tu kene sediakan sekurang-kurangnya RM80,000 utk sebuah implan.. Ummi belum ada hati nak fikirkan pasal tu.. Ibu mana yang tak mahu anaknya mendengar & bercakap seperti kanak-kanak normal lain.. Tapi ummi nak yasmeen betul-betul consistent pakai BTE ni dulu. Yelah, sebulan lepas yasmeen pakai on/off.. tak discipline langsung, ikutkan sangat perangai yasmeen yang takmo dipakaikan alat itu.
Tapi, ummi dah bertekad, start ptg ni, ummi nak yasmeen pakai selama mungkin kecuali tidur & mandi. Actually ummi gerun, bila memikirkan tengkorak yasmeen kene tebuk semata-mata nak masukkan implan tu... ngeri mak!
Kalau ikutkan opah... memang opah nak ummi usahakan yasmeen mendapatkan koklea implan tu.. waaaaa.... ummi dalam dilema la sayang...
terlalu banyak yang perlu ummi fikirkan & perlu diusahakan. Ummi harap, Allah memberikan rezeki buat mu nak.. Insya-Allah.
Untuk sementara waktu ni, Pn.Farah encourage ummi pakaikan yasmeen alat itu & buat latihan menggunakan Modul (MOLA)... harga buku tu je dah RM60/set. Dalam 1set ada 2 buah buku. Tapi sebab ummi agak berat-berat nak say "yes".. Pn.Farah bagi ummi pinjam dan pikirkan samada nak beli atau tidak.. kalau taknak.. 2minggu dari sekarang pulangkan semula masa appointment ke-2 nanti.
Progress setakat malam ni:-
1) Yasmeen menoleh apabila ummi memanggil "Adik!"
2) Yasmeen sudah mula memberi respon,mencari-cari arah apabila ummi bunyikan ketukan di belakangnya.
Adakah itu for real? atau adakah itu hanya perasaan syok sendiri ummi?
Ya Allah bantulah Noor Yasmeen dalam Mengesan, Menganalisa & Mendengar setiap bunyian indah yang telah kau ciptakan..Amin~
No comments:
Post a Comment