Wednesday, July 27, 2011

Audio Assessment [25-7-2011]

Appointment untuk hari ni ialah pada pukul 9am. As usually bangun awal la, siapkan Farah ke sekolah, packing apa yang patut untuk bekalan ke clinic ENT nanti.

Pukul 8.10am barulah kami bertolak ke hospital. Jalan clear tak lah jem pun.
Walaupun kereta banyak, perjalanan still smooth.

Tapi yang tak bestnya apabila tiba di hospital, masalah mencari parking. Di sebabkan klinik ENT ni berada di Pusat Rawatan Harian, maka ummi decided to park kat parking bertingkat tu. Yelah, bangunan tu dekat sikit. Untung-untung boleh park ditempat yang teduh.


Aras G & Aras 1, untuk staff Hospital aje, untuk orang awam kene lah ke Aras 2 or terus ke Roof. Hurm... guard ni pun satu... ummi tengok sedap aje dia suruh naik ...naik...naik...atas, ish... biar benar guard ni. Dia dah survey ke parking lot kat Roof tu... ntah penuh ke, ntah dah jem ker..


Nak tak nak, maka ummi kene naik la jugak. Sesampai di bahagian Roof, alamakkkkk!! banyak nye kete... slowly ummi drive sambil mata memerhati kot-kot ada lot kosong..tapi hampeh! 2-3 kali gak ar ummi round. Masa dah semakin suntuk untuk mengambil No. Giliran. Jam dah menandakan pukul 8.50am. Adui... ini tak boleh jadi, ummi takde pilihan lain, maka ummi selitkan kete kite kat hujung lot yang terang-terang tidak berkotak.. asalkan kete lain boleh melalui jalan tu sudahlah. Setelah puas hati menilai commonsense, 
1) kete depan boleh meloloskan diri untuk keluar: OK.
2) kete belakang boleh melalui lorong ini : OK.


maka barulah ummi puas hati, then ada sebuah kancil stop & park jugak di belakang kete kite, wah... rapat plak tu, ummi risau je nanti kite plak yang tak boleh kluar nanti, ummi just bermanis muka bertanya pada brother tu.
"Abang lama ke nak parking kat sini?", "Taklah, saya tunggu kat sini jer, dah banyak kali pusing-pusing, takde kosong.." jawabnya panjang lebar.
Maka ummi pun anggukkan kepala tanda faham.

Susu Yasmeen ummi buat siap-siap, malas nak bawak beg galas, berat!
Dah la kene dukung Yasmeen... yasmeen mana nak jalan sendiri kalau pergi hospital ni, dia takut sangat orang akan harm dia.

Now, masa ambik no.giliran... ummi terus ke kaunter KHAS, kad temujanji diberikan pada staff bertugas, nombor kali ni lain la pulak.. selalunya start dari "0***", tapi kali ini start dengan Nombor 7*** . okeylah.. tunggu jelah sampai nombor dipanggil. Sudah lebih dari 15 nombor giliran lain dipanggil.... masih bersabar, tapi dalam hati bertanya-tanya, kenapa No. 7*** ni tak bergerak-gerak, padahal, kalau ikutkan tak sampai 6 orang pun jarak nombor yasmeen ni. 
Ummi dah cuak, jam sudah menunjukkan pukul 9.05am, lalu ummi ke kaunter semula bertanyakan, kenapa nombor awalan 7*** tidak berganjak? Lalu staff nurse tu tanya, "tadi tak tunjukkan Kad OKU ke?" , "ha'a..tak.." jawab ummi.
"Lain kali kene tunjukkan kad OKU, barulah kami akan tahu nak bagi nombor apa..." bilang nurse tu. Ummi angguk jelah.


Dalam kepala jemala ummi berkata:-
Lah, bukankah..kalau dah namanya kaunter KHAS itu memang dikhaskan untuk orang-orang yang dah memang 'special' ker? takkan nak kene tunjuk jugak kad OKU, so apa ke jadahnya kad temujanji yasmeen di CHOP dengan Chop OKU. issshhh... tak faham la.. bukan ke, kad OKU tu perlu ditunjukkan semasa nak buat bayaran pendaftaran je? Inilah namanya sudah terang lagi bersuluh, still nak ON PAPER punye evidence ka?? Tahulah ummi lepas ni, tunjukkan apa saja yang ada agar mereka nampak JELASSSS..


Tunggu punya tunggu sampai yasmeen pun dah naik rimas, kejap mintak dukung, kejap minta lepaskan dia nak main..kejap kang dia berlari ke arah poster .. haih...letih mengejarnya.


9.40am, urusan pendaftaran pun berlalu, terus ummi pikul yasmeen ...kebetulan lif pun muncul tanpa menunggu lama. Keluar je dari lif.. ummi & yasmeen terkedek-kedek berlari-lari kecil ...maklumlah dah lambat!
Di kaunter ENT, ummi letakkan kad yasmeen & ummi bagitau staff tu ummi akan terus ke belakang di tempat biasa.


Di tempat menunggu, ada beberapa kanak-kanak yang tengah tunggu giliran jugak.. Yasmeen ni keletah & ramah lah... ada aje teman yang boleh diajak senyum-senyum, main-main...
Dia suka sangat main dengan tongsampah klinik ni...adeih, payah betul nak suruh dia jangan sentuh!.. tak boleh tidak.. 


Giliran yasmeen akhirnya tiba jugak, setelah dia berhempas pulas berlari kesana sini , penat mengejarnya.


Semasa Practical Audiologist check telinga, yasmeen baguslah.. sangat co-operate elok je dia suakan telinga dia untuk disumbatkan apa jua pekakas asas audio.

Disebabkan Yasmeen selalu flu.. maka Pn. Farah suggestkan Yasmeen buat appoinment dengan MO untuk check 'telinga tengah' takut-takut terdapat infection.


Ummi okay.. elok jugak kita pastikan tahap kesihatan telinga yasmeen ni.
Gedebak gedebuk..Yasmeen kene jalani beberapa test & procedure.. 


Improvement?! hentah!! Tapi yang pasti dia maintain macam sesi-sesi yang lepas. Tak nak terlalu memaksa, takut dia akan bosan dan terus menggelak.
Sesi pun ditamatkan. 


Alhamdulillah, masa sampau kat parking lot, kete masih berkeadaan baik.. tiada halangan walaupun ada kete lain ada jugak yang parked di belakang, asalkan dia beri ruang untuk ummi reverse sedikit pun sudah cukup okey.


Wahh... jam sudah 11.30am, perut ummi sudah keroncong.. laparrr... tangan dah sengal-sengal! Mata jugak dah semakin layu bila dipanah mentari yang semakin terik membahang.

Sesampai dirumah ummi terasa letih & lapar.. dengan selambanya ummi rebus je maggie mee.. buat alas perut, Yasmeen pulak dah lama terbuai dalam lenanya.. sejak depan trafic light hospital dah terlelap...sampailah diangkat masuk ke rumah. Lena...full stop!

Terus-terang ummi benar-benar sudah kehilangan mood, ummi penat, ummi lapar, ummi mengantuk.. dan macam-macam lagi.


Otak menyuruh ummi go to work, tapi hati asked to STAY... wehh! mana mau ikut ni?? bila memikirkan perut belum berisi walau seurat mee maggie, hati yang semakin layu, moral saya sangat down time tu, well kata putus dibuat! I'll take a Leave !


Maka hari itu, ummi telah berjaya mencutikan diri sendiri untuk sehari.
Yeay! tepuk tangan sendiri!!

Hati ni dah jadi terlalu rapuh agaknya.. dah tak kentalkah? kenapa tak macam awal-awal tahun dulu? dimana hilangnya semangat ku? weeeiii..aku stress ke?!


Bila fikirnya keje yang tak pernah habis, lebih lah buat ummi tensi! Why?!!!


Dah la! Esok jelah buat keje.







No comments:

Post a Comment