Saturday, July 16, 2011

Bronchiolitis Again 15 Jul 2011

Actually pagi sebelum hantar Yasmeen ke nursery dia memang dah batuk-batuk tapi takde la kuat.. batuk pun jarang-jarang dengar.

Tapi masa ummi sampai di nursery @6.55pm teacher told that yasmeen macam tak sihat, masa ummi ambik yasmeen dari dukungan teacher, muka yasmeen nampak pucat dari biasa & nafasnya pendek-pendek diikuti berombak, badan yasmeen terasa dedar.

Nampaknya memang Yasmeen diserang lelah ni, nak taknak yasmeen kene ambik Neb. 

Abah ni lambat la plak sampai ke rumah, ummi sms abah suruh balik cepat, dah la malam tu abah kene pergi ke Kemaman.

7.30pm abah sampai & terus tukar baju kerja ..tak sempat mandi pun. Kami bergegas ke HTAR, sampai di Kecemasan , nurse di Triage 1 ambik bilangan pernafasan (dia kira turun naik dada yasmeen). Time ni dada yasmeen memang laju & berlekuk-lekuk bila bernafas.

Yasmeen kami bawa ke Ruangan Asma, kat dalam , Doktor tanya sejarah yasmeen and so on. Then Doktor pun arahkan pembantunya siapkan Neb utk yasmeen. 
Hah.. part nak pakai Neb ni sangat merimaskan Yasmeen, habis bertolak-tolak, menendang-nendang & menggeleng-geleng kepala nya dia dipakaikan mask itu.
15minit berlalu & Neb pun habis. Doktor check tahap pernafasan yasmeen.
Takde nampak perubahan. So, another Neb kene ambik lagi. Actually masa ni Yasmeen dah lalok , maybe sebab penat melalak & menghempas pulas masa sesi pertama tadi.
Tapi sesi kedua ni, sama jugak, tetiba dia bersemangat kembali macam 1st session tadi. Hadoiii..penat ummi sayang... bagai nak patah pinggang menahan kekuatan mu nak oii... :)

Lama-lama dia mengalah jugak. Lastly dia duduk diam-diam sambil mata memandang minta belas. Tapi kamu memerlukan Nebuliser ni sayang, kamu kene cepat sihat.
Muka sedih sebab kene paksa pakai mask

Dalam mask Neb ada Puting... korang nampak tak? huhuhuhu

Dipangku oleh Abah... puas memujuk ni tau!


Setelah beberapa lama, Neb kedua pun sudah. Datang doktor lain checking on her. Then still the same, takde improvement.. WAAAA.. ummi dah cuak!! Ummi tak nak end up dalam Ward. Oh pleaseee... don't!!

Doktor order lagi 1 Neb for Yasmeen & plus 1 Jab of Hydrocort (betul ke ejaan ni...haha tapi bunyi tu dah ada (sejenis Steriod yang dimasukkan melalui IV).

Selesai Neb ketiga, kami pun tunggu doktor periksa yasmeen lagi. Seperti yang diorder oleh doktor, nurse datang kat katil yasmeen. Yasmeen dibalut dalam blanket supaya dia tak meronta apabila IV dibuat di tangannya nanti.
Amazing, semasa jarum ditekan & menebus kulit, yasmeen tak menjerit @ menangis pun, dia cuma terpinga-pinga menahan sakit.
Hydrocort pun selamat disuntik kedalam urat yasmeen. SELAMAT!!! 
Tapi kami masih belum pulang, doktor perlu memastikan tahap pernafasan yasmeen pulih dahulu. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30mlm ketika itu.
IV sudah siap..dan sudah selamat masuk Hydrocort.

Landing sambil berhibur, tunggu doktor datang check!

10.05mlm Doktor yang received our case tadi pun check la dada yasmeen, dia kata nampak ada perubahan pada breathing Yasmeen potensi untuk pulang adalah 70%. Sebelum doktor membenarkan Yasmeen balik, dia kene dapatkan authorization dari Bos dia untuk discharge Yasmeen dari treatment tu semua.


Doktor said that kalau ikut procedure kalau menerima 3 times Neb, selalunya diorang akan wardedkan patient. Unless, parents kene konfiden untuk pulang dan sekiranya diserang semula penyakit ,Yasmeen kene datang semula ke Hospital. Setelah berbincang dengan En.Shahar, maka kami memilih untuk pulang. Bukannya apa, ummi tak bawak barang-barang yasmeen, susu, pampers, baju, blanket,air panas.. takpelah kalau kene attack lagi , Ummi akan drive sendiri!! Itu janji ummi & tanggungjawab ummi!


Lagipun yang mengkonfeden ummi untuk balik, walaupun Abah kene kerja malam ni, tapi Abang Aidil & Kakak Farah opah dah ambik mereka petang tadi.
Jadi ummi tak lah pening kepala nak tinggalkan mereka dengan siapa kalau tengah-tengah malam kene rushing to Emergency...betoll takk?


10.30mlm, kami sampai di rumah. Balik terus tidurkan Yasmeen. Syukur nafasnya kembali stabil. Lena nampaknya.


Ummi tak diam diri, terus prepare barang-barang penting incase terpaksa ke Hospital tengah malam nanti.


Dekat pukul 12.00mlm baru panjat katil untuk tidur. Malam tu ummi tidur tak off lampu, sebab ummi nak monitor dada & pernafasan yasmeen.

16/07/2011 - 6:10am .. dah subuh, Yasmeen masih lena, ummi bangun buatkan susu untuk yasmeen. 
Sesudah solat subuh, ummi kembali baring di sebelah Yasmeen...mengantuk malam tadi masi berbaki. Maklumlah tidur-tidur ayam sejak malam tadi.


Dalam pukul 8:00 pagi Yasmeen start batuk-batuk balik. Kahak banyak tapi dia tak reti nak keluarkan.
Ummi pun bancuh ubat yang hospital bekalkan.
Bab makan ubat ni Yasmeen memang payah, habis dia luahkan semula ubat steroid tu... adeih... ubat Bricanyl terpaksa ummi tambah semula, sebab tak masuk langsung dalam perut yasmeen.


Sekarang masa ummi menulis 11:16 pagi. Yasmeen sangat aktif bermain walaupun bunyik kahak tu merimaskan pendengaran ummi. 

Yasmeen kene pandai keluarkannya nak..barulah cepat baik.



4 comments: