Tarikh bersejarah 19hb Julai 2011, genaplah 2 tahun Yasmeen bernafas di muka bumi Allah ini.
Takde sambutan spesel pun tapi apa pun DOA ummi & semua mengiringi perjalanan hidup mu nak.
Insya-Allah ada rezeki nanti kita celebrate dengan Kakak Puteri, Kakak Irdina dan Izyan, kita buat sekali dalam satu pakej.... maklumlah.. cucu-cucu opah kali ni ramai plak yang lahir sama bulan .. senang sikit nak buat plan.
Hari Sabtu lepas, ummi tak pergi kerja sebab nak take care Yasmeen.
Tapi Yasmeen yang tengah tak berapa sihat tu ada je aktiviti nya.
Tak boleh langsung duduk diam.. panjat sana, panjat sini, lari sana, lari sini... terlentang sana, tertelangkup sini... macam dalam gambar kat bawah ni, ini time Yasmeen tengah berperangai elok ... bagi pen, bagi kertas.. maka ini lah hasilnya!
Cepatlah anakku bercakap, agaknya bertambah-tambahlah BISING rumah kita nanti. Sedangkan sekarang pun Yasmeen dah cukup banyak bunyi.. ada bahasa Perancisnya... ada bingit dengan ketawanya... dan diselang-seli jugak dengan Hilai Tangis.. bab menangis... huwaaaaaa... kemain lagi pitchnya! Kekadang boleh sampai tahap tensen ummi dibuatnya. :)
No comments:
Post a Comment