Hahaha.. kejadian ini sebenarnya berlaku sebelum waktu masuk kerja lagi, iaitu lebih kurang pukul 7.40pagi.. tapi kesan kelakar nya still menjalar & menguasai mental aku..
Kejadian bermula, apabila me & kak Izan ondaway to kantin untuk sarapan la.. kami berdua ni memang susah nak skip breakfast, masa melalui belakang dapur kantin tu, telinga aku terdengar-dengar suara anak kucing meminta tolong!
"Tolong!tolong!tolong", jerit anak kucing tu gamaknya!
Aku pun jenguk la kat dalam longkang tu, SAH! memang ada anak kucing kat dalam longkang yang dalam tu. So, aku pun inform la worker kat kantin & minta tolong mamat ni angkat anak kucing.
So, kami pun makan la dengan happy-happynya..
Hampir pukul 8.00 pagi kami kene masuk ofis semula. Time heading ke belakang kantin, sekali lagi aku terdengar anak kucing tu meminta tolong!
Adeih, apa la mamat kantin ni, takde sivik langsung.. ko tolong la kami ni, takkan kami nak kene turun longkang yang dalam & berkain baju kurung plak?
Disebabkan takde sapa yang bole diminta pertolongan, kak izan pun rela hati turun ke dalam longkang.. (wa salute la lu beb! dgn baju kurung kak izan bleh turun & takde perasaan malu or jijik pun).
Lalu kak izan pun pass anak kucing tu kat tangan aku, dan aku pun pass anak kucing tu kak Mama kucing tu.. berlari-lari anak la anak-anak kucing tu bila nampak mamanya & adik kandungnya.. :)
Masa nak naik.. tiba-tiba kak izan bole buat aksi plak... selipar jepun nye terkelepet menyebabkan kak izan tak mampu mengimbangi badan lalu tersungkur ke jalan Tar..(bukan Jln Tengku Abd Rahman yer) wakakakakak!!
Hadui, nak gelak... kesian, sebab dia tengah sakit-sakit & ditambah plak dengan kemaluan yang teramat, maklumlah operator kontrak sedang memerhati kearah kami ketika misi menyelamatkan kitty tu.. akakakak!!
Balik ke opis aku ubati kak izan dengan gamat!
Kak Izan, takpe la.. nanti kite rehat seminggu tak makan kat kantin yer?! ahahahah
adeih!adeih! sampai saat menulis ni pun aku masih tergelak-gelak!! comey aje kak izan cover malu tadi.. :)) ahaks!!
No comments:
Post a Comment