Wednesday, June 8, 2011

Sesi Audio

AMARAN!! BILIK INI KEBAL...
Nampak tak Papan Tanda kat photo di atas?
Hah... Bilik ni lah.. digunakan untuk menguji tahap "pendengaran" .. selain dari itu..bilik ini juga mempunyai baaaannyaakk alat permainan untuk menghilangkan konsentrasi anak makcik si yasmeen nih.. hehehe...


Hari ni makcik halfday sekali lagi, bagi memenuhi rutin temujanji Audio si Manja ku Yasmeen.


Tapi yang over excited nak pergi appointment ni adalah Si Farah & Abg Aidil.
Kejap-kejap call henpon makcik, tanya makcik dah sampai mana...
Tak sampai saploh menit diorang call lagi..

"Ummi dah sampai mana???, aaaa..ummi kat traffic light?" Farah bertanya, dan Farah jgk yang jawab... 
Padahal makcik masih lagi kat opis.. huhuhu


Mana bleh sampai awal... kene ambik yasmeen dulu kat taska..
Time sampai kat taska... makcik tengok yasmeen tengah syokk tidur... dengan 2 toncit kat kepala.. alahai comelnya anak makcik... :)


Masa angkat dia.. sikit pun tak nangis, tak macam mula-mula hantar pagi tadi.
Elok jer dia celik mata, senyum dan terus melambai 'bye-bye' kat teachernya.


Kalau bab nak balik...ko memang laju jer yer dik? Cuba ummi tinggalkan waktu pagi?? TAK SAH kalau TAK BUAT, "SOUND CHECK" (dengan mimik muka, minta belas kasihan)... elok je ummi blah, yasmeen pun diam, saje nak suruh ummi patah balik la tu... Tak dapek la sayang...Ummi WORK! Kalau tak work macam mana kite nak beli susu, pampers & nak sekolahkan abang dan kakak..


Ya Allah... senang betul nak dapat parking hari ni kat Hospital... syukur sangat. Tak perlu round-round menghabehkan minyak.. dekat plak tu dengan Pusat Rawatan Harian Hosp. Klang. Memang rezeki adik lah! :eD


Kat Kaunter pun.. masyaallah... tak perlu tunggu lama.. siap dah bayar makcik & anak-anak boleh lagi bersantai-santai tunggu lift... tak yah berebut-rebut.. eksyen tak nak naik lift, walaupun 1 pintu lift dah terbukak tapi berduyun staffs hospital masuk, sebab nakkan privacy makcik & anak-anak decide tunggu lift lagi satu.. hehehe.


Semasa menunggu turn seeing Pn.Farah (Audiologist) .. yasmeen kemain hyper bila berkenalan dengan sorang lagi patient yang sama spesis. Budak Lelaki Cina ni umur dia 8tahun, (oooo..sebaya farah la)... dia pun memakai alat bantuan di kedua-dua belah telinga. Hari ni dia ada speech therapy .. dia dah pakai alat tu almost 2 years.. mak dia kata now dia dah boleh bercakap sikit-sikit.
Hurm... tapi kesian la, dia baru detect deafness dia masa umur 7 tahun. Tapi tahap kedua2 telinga budak tu adalah "SEVERE".. maknanya dia still boleh mendengar, tapi kene kuat la..


Tak macam Yasmeen, Left = Severe, Right = Pro Found.


Memang kene banyak bersabar & berusaha dalam memastikan Yasmeen boleh mendengar. Ya Allah...semoga ummi akan terus kuat!



Nak tengok aksi Yasmeen di dalam bilik Audiometri, semasa ujian Audio dijalankan?? Sila tengok kat bawah...

bukan bawah meje or bawah kerusi yer... wakakakak

konsentret kunonnya.. :P


Cer tengok kat tangan kiri yasmeen... Alat tu akan bergetar, jika Pn.Farah tekan suis kat panel suis. Kat tangan sebelah kanan tu pulak, Blok-blok kayu..
Cara permainannya ialah...


1) Bila terasa ada getaran, yasmeen mestilah meletakkan blok kayu itu kat dalam tray beroda tu..


"Getaran" tu .. simbolik untuk "BUNYIAN".. sebabkan umur yasmeen ni belum masuk 2 tahun.. so, ini adalah medium untuk meng-introduce kan & membiasakan yasmeen terhadap 'cara' mengenal pasti bunyi.


Harap-harap next session yasmeen akan menunjukkan skill terror nya mengenal pasti bunyi & meng-discriminate kan bunyian, bak kata Pn.Farah.

So, untuk today punye performance... YASMEEN Sudah ada Improvement! Dia sangat ber-respon semasa "BUNYI" dimainkan oleh Pn.Farah.. Yasmeen seolah-olah mencari-cari di mana bunyi tu.. ummi sangat impressed lah sayang!! Tepukk tangan sejuta kali untuk yasmeen,...yeayyyy!


Balik nanti ummi upah Air Kotak, sekotak! hehe...


So, hari ni punye session adalah sangat-sangat satisfied. Semoga harapan yasmeen untuk bercakap & mendengar before masuk sekolah adalah cerah.


okey... citer pasal audio sudah beres.. makcik nak citer plak pasal 'kepandaian baru' anak makcik yasmeen ni.


Dalam seminggu ni, yasmeen ni dah pandai ambik pampers sendiri dari dalam bilik.. Bukan untuk dia pakai.. TETAPIIII.... untuk dipakaikan pada makcik & pakcik... 


hahah... gigih dia suruh makcik baring & dia selitkan pampers tu bawah punggung makcik.. haha.. tak habis macam tu jer... siap dia gelak kan makcik.
BERTUAH punye anak... kecik-kecik yasmeen dah berbakti pada ummi & abah.


Sedari kecil ni la yasmeen nak prektis pakaikan ummi pampers.. manalah tau.. kot-kot dah tua nanti ummi dot..dot..dot.. who knows kan? Nau'zubillah..


Ummi selalu berdoa, kalau lah Allah nak ambik nyawa ummi , tunggu lah anak-anak ummi semua dah mampu berdikari.. & ambikla nyawa ummi sebelum ummi menyusahkan anak-anak diwaktu tua ummi nanti.. huhuh.. (tetiba je mata berkaca-kaca).. sedihnya bila terkenangkan apabila ada anak-anak kecil yang kehilangan parents di saat mereka belum mampu berdikari.. 


Tapi bertuah lah jika sesiapa yang menjaga anak-anak yatim ni.. betapa banyaknya ganjaran pahala.. even mengusap kepala anak-anak yatim kerana Allah pun dah dapat pahala. betul tak?

Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran Baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”
Menyapu atau mengosok kepala anak yatim adalah sebagai tanda kasih sayang kepada mereka. Anak yatim ialah anak yang kematian bapanya sebelum dia baligh. Anak yatim kehilangan tempat bergantung kerana kehilangan bapa yang mencari rezeki atau pendapatan untuk menyara hidup mereka.
Disunatkan mengusap kepala anak yatim dimulai dari bahagian belakang hingga ke hadapan kepala.
Dalam hadith disebut “sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikkan satu darjat.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari) -
kredit to nasbunnuraini.wordpress.com


Omaigod... sudah terbabas dari stori asal.. hehe.. okeh la readers.. makcik nak santap... si yasmeen tu punye la fenat... dari lepas Maghrib sampai dah masuk Isyak pun tak bangun-bagun dari tidur, mula lah malam karang dia buat aksi 'smackdown' ... mangsa-mangsa selalunya si kakak & abah la.. ummi sampai kelat-kelat mata jaga dia to make sure dia tak berdebuk jatuh katil.






No comments:

Post a Comment