Wednesday, June 8, 2011

Basikal oh Basikal

Sabtu bebaru ni..di kala matahari baru nak straight atas kepala, kete kesayangan makcik buat hal... time makcik rajin nak memasak.. bateri kete 'kong'... kenapalah kong di saat meter kerajinan makcik tengah mencanak?? Tapi mujur jugak dia kong time kat rumah..kalau dia buat hal kat luar mau makcik berguling2 meraung mintak tolong dari orang kampung.

Nak bestkan lagi stori, waktu kejadian, pakcik sahar tiada dirumah kerana gi out stesen ke Kemaman.

Yang ado kek umah , my mom & my dad.. termasuk 3org kanak-kanak ribena tu.


Psssttt... makcik rasa tuhan tu nak tunjuk or bagi lesson kat makcik kowt.. yelah.. time orang tua datang rumah, baru lah ko rajin beriya nak masak bagai.. hah..niat hati nak meriak dengan masakan kunonnya.. last2 kete kenot start. Wakakakak...


Tapi makcik tak berputus asa...tak dapat jenguk Econsave,makcik pilih kedai kat ujung simpang umah tu... jauh tak jauhla.. tapi kalau korang try jalan kaki...makcik konfiden lah korang akan mampu menghabiskan 1liter air Seratus Tambah tu.. hahahah

Lalu makcik offer anak makcik Farah Adibah.. meneman makcik ke kedai..


Mula-mula perancangannya, farah naik basikal , manakala makcik jalan kaki ....
Ish.. mana boleh macam tu..bila nak sampai kalau BERJALAN??? fikir makcik dalam hati.


So, makcik tukar plan.. 
"Farah diri kat belakang, ummi carry farah.."


Dengan keadaan seat yang rendah.. but actually basikal ni orang dewasa pun boleh naik....cuma makcik tak reti nak naikkan seat tu...


Jadi... makcik kentalkan diri bawak basikal tu... ahahaha.. humang-aiii.. bukan senang tau nak bawak basikal seat rendah!!! korang penah tengok aksi monyet bawak basikal sarkas?? Hah! lebih kureng macam tulah!! Dengan Farah berdiri di belakang makcik..siap dia bersandar...maka lebih la bebanan yang terpaksa makcik carry..peluh jangan cakap la.. tak payah gi gym naik rider tu... makcik berbasikal pun dah cukup bermandikan peluh.


Naik lenguh mengayuh...terkangkang-kangkang, time lalu depan rumah jiran... makcik buat2 pandang steret , dont toleh-toleh! Sebab ia akan mengaibkan makcik.. (walaupun makcik nampak 2-3 orang laki jiran umah makcik sedang memandang-mandang)


Time balik dari kedai... farah sound makcik.. dia suruh makcik jalan kaki jelah.
Hamboiii bertuah punye anak... AAhhh... tak kire, makcik nak bawak jugak basikal tu... biarlah orang sekeliling memandang sinis ke, sarkastik ker.. i dun care! Janji cepat sampai rumah.. ahahah
lebih kurang mcm ni la rupa basikal yg aidil...


Okeh...sekian terima kasih kerana membaca lawak yang tak seberapa lawak ni.


Oh yer... akhirnya Beteri kete makcik bertukar jua... terbang RM200 .. so, tiada lah boleh makcik berjimba, berjoli, bershopping dalam bulan ni..
Tapi nak share jugak la, setelah ditukar bateri kete ni..prestasi enjin seperti superb la... (apa relevennya bateri dgn kelancaran enjin erk??) sapa-sapa yang pandai pasal enjin sila beri penjelasan... hehe


Baidewei, semoga makcik dikurniakan rezeki lain, Insyaallah.


Sehingga berjumpa di lain entry!! muaahhh uols ~



No comments:

Post a Comment