Friday, June 17, 2011

Khamis Malam Jumaat

Buang tebiat & pecah rekod!

mungkin itu perkataan yang sesuai untuk mengelaskan aktiviti ku malam semalam.(Aktiviti Khamis Malam Jumaat..waa)

Buku yang ku pinjam dari Boss dari minggu lepas pada mulanya aku pandang sekilas lalu... tanpa ada sebarang niat untuk memulakan pembacaan secepat ini, yang aku sangkakan cuma novel 'biasa-biasa' aje..rupa-rupanya 
LUAR BIASA kesannya terhadap 'penerokaan & imiginasiku'.

"PERGILAH AIRMATA"-HANNI RAMSUL.
Ini buku BOSS saya : PERGILAH AIRMATA.. tapi saya pinjam jer!

Jika dilihat dari tajuknya , nak suruh PERGILAH AIRMATA, tapi yang terjadi adalah sebaliknya.. makin laju plak AIRMATA-AIRMATA free aku tertumpah dek novel ini.

Apa yang aku nak katakan kat sini  
'SYABAS INSPECTOR SAHAB!!' 
anda berjaya membuat saya TERPUKAU & TERBAWA-BAWA dengan watak SABRINA & BADRUL...

Sampaikan En.Shahar berkali-kali berdehem memanggil nama ku, tapi aku buat donno jer.. Kenapa dia panggil???
korang rasa-rasa kenapa eh? hik hik hik....

Terasa sayanglah nak tinggalkan bacaan novel tu.. aku tak sabar nak tahu endingnya.. Huhuhu.. paling kelakar, Yasmeen turut terjaga apabila bahuku terhinjut-hinjut menahan tangis & tak sengaja mengenai tangannya.. Sudahnya, Yasmeen menemani ku membaca.

Memulakan pembacaan pada pukul 10.30mlm, apabila anak-anak sudah habis bateri (dah tido la tu). Dan terpaksa memaksa diri untuk stop pada 3.00pagi.. Kalau lah esok hari cuti..sure aku sanggup bersengkang mata untuk 3jam lagi... wahahahah,

Tapi atas komitmen pada kerjaya.. esok aku nak kene bangun pukul 6.. baju tak gosok lagi nih. ..Padanlah dengan muka aku! 

Drive OTW ke tempat keje pagi tadi terasa nak pejamkan mata jer.. sampaikan aku berniat dalam hati nak lelap sebentar kat parking lot .. wahahahak!
Tapi tak sampai 5 minit lelapkan mata dalam kereta, aku bingkas bangun, aku bertekad, Novel ini mesti dihabiskan segera!

Until this morning, masih berbaki 131 mukasurat lagi setakat pukul 10.19am dari jumlah 858 m/s kesemuanya.

Aku tegaskan di sini, kepada peminat novel-novel cinta tak rugi korang berlabur duit & masa membaca novel ini..
Lepas ni aku nak cari Novel lain pulak. :) .. TAK SABAR NAK MENANGIS LAGI nampaknya aku ni...

SINOPSIS - PERGILAH AIRMATA

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
... SABRINA


Memang aku benci.
Memang aku tidak rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
... BADRUL

Dipetik dari : http://pergilahairmata.blogspot.com

Masih tersisa kesan Mata Bengkak akibat menangis malam tadi, bukan mata je bengkak...hidung pun bengkak! kahkahkah!

tengokkk... bengkak kan??? Korang jgn plak saspek gua bergaduh laki bini

No comments:

Post a Comment