Wednesday, June 22, 2011

Annissa - Samarinda

Hadui.. kenapa lah aku boleh tersangkut, tertengok drama Anissa (Slot Samarinda) kat tv3 ni?

Salah satu kisah yang mengusik aku part :-
Dalam diam-diam suami main kayu tiga dengan kawan dia sendiri.. Best Friends plak tu! adeih.. dah takde orang lain ke yang ko boleh jadikan suami/isteri?
Emosi plak aku dibuatnya! Tau la bini sendiri tak boleh mengandung! Adakah itu alasan untuk menipu isteri sendiri?? Kawen curi-curi ... then tipu bini hidup-hidup. Bini punye la lembut pun still tak menjamin kesetiaan sang suami.
Agaknya dimana silapnya? dimana sumpah janji setia semasa bercinta dahulu?

Aku akui.. suami, isteri, anak, rezeki tu semua adalah pinjaman.. dan tidak berhak untuk kita menidakkan apa yang telah tersurat. Tapi peliss lah.. tolong lah berlaku jujur. Tolong jujur pada diri sendiri & jujur juga pada isteri.

Waaa.. aku tak tau la macam mana nak hadapi situasi kalau bende ni berlaku.

Tapi aku sangat optimistik, wanita adalah KUAT..walau secara zahirnya nampak lemah, tapi batinnya kuat... kuat untuk menempuh setiap dugaan, samada dugaan dalam hal suami even dalam hal anak-anak sekali pun.

Nota kaki:
eh, korang jangan plak belasah gua sebab entry ni erk? ini cuma pandangan gua yang baru tengok 1 episod...eheheh

Ishhh... gua tgh bersemangat nak tepek lagu "Beribu Sesalan" Blogger ni wat hal la plak.. esok-esok jelah gua tepek lagu OST citer ni ya!


No comments:

Post a Comment