Happiness lies in the joy of achievement & the thrill of creative effort .. ^-^
Friday, March 4, 2016
Thursday, March 12, 2015
Wednesday, November 5, 2014
Sambutan Hari Kemerdekaan Sekolah Yasmeen
Maafkan Ummi Yasmeen!
Tapi ummi just don't want to accept it.
Sebab pada ummi Yasmeen dah pun ke bilik air pagi tadi.
Mana mungkin pkl 7:30 sekali lagi???
Tapi ummi yang paling BERSALAH
ummi abaikan keperluan mu sayang!!
Tapi Yasmeen anak yang baik.. Anak yang taat..
Yasmeen masih mahu dibelai oleh ummi.. Yasmeen lupakan kesalahan ummi pada Meen.
Apabila nampak saja body language Meen. Ummi akan make sure keperluanmu tertunai.
Monday, October 27, 2014
GIRL POWER! KAP :: 11/10/2014~3/01/2015
Dari tidak pernah kenal antara satu sama lain.. Kini seperti isi dengan kuku!
Bakal Maju Jaya!
Go Kak Intan!
Go Wan!
Go Liza go!
Learnt About GST and Impact To Manufacturing Company
Hari ini boss dah assigned umi untuk attend Seminar pasal Malaysia GST. Umi, Irene, Zahian dan Asmah berteksi dari SPM to Hilton, PJ.
Supprisingly, hanya kami sahaja yang attend this seminar and Mr. Yong said that memang dia buatkan khas untuk kami.
Dengan ada seminar macam ni.. Dapatlah umi clear info pasal GST. Wah.. Untung la staffs jika company dapat intensif dari GST ni. $$$$$... Muhahahah
Diharapkan kawan-kawan kat ofis dapat hadir untuk belajar tentang GST dan cara untuk apply di company kita. Dan Purchasing tak kurang pentingnya! Sebab segalanya bermula dari department ni.
Ok.. Seyes best la.. Dan best jugak bab makan-makan.. Every 2 hours kami disajikan makanan... Adeih.. Malam pun perut umi terasa kenyang!
Sunday, October 26, 2014
Hearing Aid Kedua Meen Hilang!!
Okay satu je nak cakap, Hearing Aid Meen hilang lagi! Selasa 21/10/2014.
Meen protes tak mahu ditinggalkan di rumah babysitter sebab cuti sekolah sempena Deepavali.
Kata pengasuh dia jumpa earmold di luar rumah bersama puting nyonyot Meen. Tapi Alat HA tak de.
Waaaa... melayang la RM3600. Ummi dah takda airmata nak nangis dah.. Ummi redha.
Pengasuh pun dah try cari merata-rata. Tapi tak nampak pun hasilnya.
Khamis 23/10/2014, ummi bawak Meen untuk Mapping CI, ummi pun ceritakan pada Pn. Dalila pasal HA Meen. Pandai Meen, dia minta brochure dari Ummi, suruh ambil dari display rack.
Dia siap survey color lagi,,, dia nak color MERAH! Fuyyyooooo!! dah ada taste anak ummi nih!
Dia nak color Merah macam kat photo tu. Siap dua tiga kali dia tunjuk pada Pn,Dalila.
Pn. Dalila bagi lagi masa 2 minggu untuk mencari, lepas tu barulah buat next process.
"Apply new HA". Mudah-mudahan application Meen berjaya. Takpelah walaupun kene add on sedikit. Janji Meen pakai semula alat hearing nya.
Oh ya, Pn, Dalila adalah successor selepas Pn. Juliana pergi sambung belajar untuk 2 tahun.
Masa mapping CI , Meen okay dan sangat cooperative. Cuma bila bunyi nyaring, Meen takda tindak balas. So, mapping masih tak cantik. Lagi 2 minggu kene datang lagi untuk tengok progress hearing Meen.
Wassalam.
Akhirnya Penantian CI @ Implan Koklea Yasmeen
Pukul 10.00 malam, Meen dah start puasa, haduiii.. part ini lah yang sangat umi lemah. Tak sanggup rasanya nak lalui lagi keadaan Meen kelaparan dan kedahagaan.
Meen adalah the one and only patient untuk surgeri pada hari tu, Doktor memang purposely tak mahu buat operation 2 patient sebab tak mahu kes seperti Zafira berulang, di mana laluan untuk memasukkan implan tu dihalangi oleh saraf muka nya. Jadi pakar terpaksa lebih berhati-hati agar tidak merosakkan & mencederakan sarafnya.
Pkl 4.00 pagi umi bangun untuk solat-sunat sunat, umi doakan agar pembedahan Meen berjaya & selamat dari sebarang masalah dan Meen mendapat manafaat dari CI ini.
Pada pukul 6.30 pagi umi bangun & bersolat, nurse pun datang menjenguk, dan minta umi mandikan
Meen. Umi bangunkan Meen, segala pekakas susu & makanan umi sorok. Umi tak mahu Meen nampak dan kemudian meminta-meminta untuk minum susu. Serius umi sedih.
Bila troli makanan untuk umi tiba, umi minta attendant untuk letakkan di katil sebelah. huhuhu...
umi tak mahu Meen teringin.
Selesai mandikan Meen, umi duduk kan Meen di katil , selimutkan Meen, mesti dia sejuk, sebab pukul 7.00 pagi dah kene mandi. Nurse minta umi pakaikan baju klinikal surgeri pada Meen.
Masa ni umi dah rasa sebak sangat, tengok muka Meen. Dia senyum aje. Umi sempat ambil video untuk diabadikan. Meen tak mengerti apa-apa, mesti dia tertanya-tanya,"kenapalah aku mesti berada di sini?" Yasmeen di sini adalah kerana umi membantu Meen menambah kualiti hidup Meen, untuk Meen mendengar & sekaligus boleh bercakap.
Pukul 7:30 pagi, nurse sudah bersedia denga katil trolley , hairnet untuk dipakaikan di kepala Meen.
Meen dibaringkan di atas katil, Umi, Meen diiring oleh doktor ENT , nurse ke OT di tingkat 2 Hospital. Abah masa ni belum sampai hospital lagi, tapi umi sempat menitipkan sms yang kami sudah bergerak ke OT. Yasmeen seperti biasa, sentiasa tak lokek dengan senyuman. Itu yang buat umi sebak... adakah umi akan dapat melihat senyuman indah Yasmeen? Waaaa....
Sampai di "Receiving Bay" OT, Nurse memindahkan Meen ke katil lain, dan disebabkan Meen adalah pesakit kanak-kanak, maka waris boleh menemani beliau sehingga di dalam bilik OT.
Umi diarahkan untuk salin baju (baju klinikal) dah macam pakar bedah pun hado... hihihi..
Setelah selesai menukar baju, umi pun masuk ke dalam jabatan OT tu, umi tercari-cari dimanakah Yasmeen? sekali umi ternampak seorang nurse pelatih sedang melayan budak. Budak tu tak lain tak bukan ialah Yasmeen. Actually dia masih cam Yasmeen masa Meen pernah dimasukkan ke wad sebelum ni. Umi tak semena-mena menitiskan airmata melihat wajah mulus Yasmeen.
Tak lama kemudian, nama Yasmeen di panggil oleh doktor yang bertugas. Yasmeen ditolak ke OT No.5. Huhuhu... Umi dah semakin cuak. Di dalam bilik tu dah tersedia pakar-pakar bius, nurse yang akan membantu. Umi meletakkan Meen di atas katil bedah, Meen start meronta untuk bangun dari situ. Dia rasa agak pelik agaknya melihat ramai sangat orang. Doktor bius meminta umi berdiri di bahagian atas kepala Meen. Umi cuba tenteramkan Meen. Dr. Bius minta umi cium dahi Meen.. Ya Allah ... betapa sedihnya, umi bakal meninggalkan mu seorang diri bertarung nyawa di dalam OT ini nanti, Ya Allah Selamatkan lah Anakku Noor Yasmeen. Dr. Bius segera menyuntik sedatif untuk menidurkan Meen, tak sampai berapa second, Meen pun pejamkan mata dan tertidur. Umi dipinta untuk menunggu di ruang menunggu yang disediakan.
Abah sudahpun tiba di hospital, kami berdua menunggu di bilik menunggu. Zikir tak putus-putus buat Meen, dan umi mohon janganlah umi terberanak semasa menunggu pembedahan Meen berjalan. Umi memang dah sarat benar ketika ini. Contracttion kecil dah menunjukkan diri dalam seminggu dua ni.
Adik-adik, kakak-kakak ipar dari Melaka datang memberikan support, dari pkl 7:30 pg ~ 1:00 ptg.
Dalam masa itu, umi keluar masuk dari bilik menunggu ke bilik air, Doktor yang duduk kat kaunter dok perasan umi asik mundar mandir, dalam Jabatan OT memang sejuk giler. Baju klinikal tu dah lah nipis, seejjukkkk makkk! Doktor muda tu baik hati berikan umi selimut panas (panas-panas keluar dari heater) muhahaa... haaa. barulah selesa! :D
Nurse praktikal tak putus-putus bagi info, dia ajelah tempat umi untuk bertanya sampailah dia dengan eksaited nya datang menyampaikan khabar yang Yasmeen dah keluar OT!
Umi tak tunggu lama terus mendapatkan Meen, umi lihat Meen sudah sedar di atas katil di ruang observation bay, Meen mengdepakan tangan minta didukung. Umi terus dukung Meen dan nurse berikan kerusi untuk umi riba Meen , jadi kami dua beranak berdakapan di dalam selimut panas sehingga la doktor bius observe yang Meen boleh balik ke wad. Dalam sejam jugak duk kat observation bay tu, sebab Meen muntah-muntah berdarah, mungkin sebab tekak dia cedera semasa tube oksigen dimasukkan.
Pukul 2.00 petang, Meen sudah berada di wad. Masih tidur, dan bila dia bangun umi cuba berikan air masak sedikit, Tapi Meen masih muntahkan air dan ada lagi kesan darah. Lebih kurang pukul 4 petang barulah Meen boleh tolerate susu. Maka berakhirlah surgeri CI Meen. Sekarang kene lah fikir rehabilitasinya pula selepas keluar dari wad.
Meen dipantau selama 3 hari di wad. Sabtu barulah boleh discaj dari hospital setelah balutan dibuka & luka diperiksa. 2 minggu kemudian akan datang semula ke ENT klinik untuk membuka benang.
Manakala sebulan kemudian , yakni pada 4/4/2013 - CI meen akan di switch on.
Haaah.. penat umi cuba mengingatkan kronologi ini. Ini sajalah memori yang dapat umi share sepanjang perjalanan mendapatkan Implant Koklea untuk Yasmeen. Umi sudah mencuba memberikan yang terbaik untuk mu sayang. Tetapi, sekiranya Allah mengizinkan mu bertutur, maka bertuturlah kamu sayang. Tetapi jika sekiranya tidak diizinkan Nya, maka terimalah dengan penuh redha, Semua ini ada hikmahnya bagi yang mahu berfikir.
Oh ya! Mujur selepas Meen discaj dari hospital pada hari SABTU, AHAD (11/3/2013) pula umi kene hadirkan diri ke Post/Antenatal Dept untuk process ECV , iaitu urutan untuk membetulkan posisi kepala baby.
Umi datang seawal pagi siap sekali berpuasa. Supaya if need emergency caesar, umi dah ready.
Dan seperti yang umi jangka, ECV umi failed, dan specialist kata baby dah engaged.
Umi diletakkan dalam high-risk bay, maksudnya anytime je kalau contraction umi every 15minutes maka Emergency Operation diperlukan. OMG, lapar jangan cakaplah.
Umi siap cakap dengan Doktor Mel (seorang Mualaf) , "boleh tak operate aje?, saya dah lapar lah"... hahah...dia sengih kat umi.Dr. Mel ni jugaklah yang buat ECV umi. OT Room dah ditempah oleh doktor Mel. Contraction dah semakin kerap, umi inform nurse yang menjaga, dia pun buat check up.
Umi disiap-sediakan, catheter sudah siap dipasang. Pukul 7.00 malam umi ditolak ke OT.
Di dalam bilik OT NO.8 , hahaha.. (ingat lagi tu).. umi dibersihkan utk dibius separuh badan. Doktor Mel jugaklah yang akan membedah umi. Semasa umi didalam OT, semua staff OT sedang menunaikan solat Maghrib. Pengalaman PERTAMA bersalin secara pembedahan anak no.4.
Masa suntik bius ditulang belakang, memang terkejut-kejut dbuatnya. Umi dibaringkan setelah 3 kali suntikkan. Doktor cakap, kalau dah terasa kaki seperti kebas-kebas , bagitau dia. Beberapa minit kemudian umi pun bagitau doktor yang umi dah start rasa kebas. Doktor pun menguji samada bius sudah berkesan atau tidak, yang umi dapat rasakan ialah, pisau seakan-akan dilayang-layangkan di atas perut umi. Sungguh ajaib, tak terasa apa-apa pun. Allahuakbar! Doktor bius berada dekat dengan umi, Dr. Mel dibantu oleh seorang lagi doktor perempuan muda dan dua orang nurse. Walaupun blower pemanas dah diletakkan didalam selimut umi, umi still rasa sejuk melampau. Mata umi pulak asyik melihat jam dinding, menghitung waktu, bakkata doktor kalau semuanya OK, 30 minit aje untuk keluarkan baby & siap jahit.
Sepanjang dalam OT , umi berbual-bual dengan doktor dan nurse, siap tanya nurse suntik ubat apa? selepas nurse inject ubat di IV line tu, tetiba umi rasa mata berpinar & percakapan umi jadi tak jelas.
Umi inform doktor bius yang umi rasa tak selesa. Terus dia beri oksigen mask pada umi, kemudian barulah umi dapat melihat dengan baik semula. Start dari itu, oksigen mask tak lekang dari muka.
Tapi umi dapat rasa, doktor bius cuak sekejap, sebab tekanan darah umi okay, tapi kenapa umi nak pitam? Itulah untungnya bius separuh badan, kita dapat komunikasi dengan doktor apa yang kita rasa.
Tepat pukul 8.20 malam, Puteri ke-3 ku dilahirkan. Syukur Alhamdulilah! Kecil aje orangnya. 2.28kg. Baby ditunjukkan kepada umi dan kemudian dibawa pergi untuk dibersihkan. Baby akan dihantar ke wad setelah siap semua penilaian. Okay, cut it short, umi kene tahan kat wad selama 3 hari. Magik tak??? Sabtu Meen discaj from Wad ENT, Ahad pulak umi masuk OT untuk bersalin anak ke4. Itu semua aturan Allah untuk umi, agaknya kalau umi bersalin lagi awal seperti anak-abak lain, tentu umi tak dapat temankan meen operation. Thank You ALLAH sebab izinkan umi berada di sisi Meen saat Meen perlukan umi. :)
Saturday, June 28, 2014
Buah hati saya sudah bersekolah
Assalam..
Ehem..ehem.. Saje je nak bagitau.
Yasmeen dah start Pra sekolah (5thn).
Hehehe...
2 minggu sudah cukup untuk dia sesuaikan diri di sekolah barunya.
:)
Saturday, May 3, 2014
Buka Centre Untuk Anak Berkeperluan Khas Pendengaran
Subhanallah.. Sejak Yasmeen memakai CI hubungan umi dgn orang sekeliling bertambah erat. Umi dapat mengenali ramai ibu-ibu hebat, ada yang di antaranya sangat berjaya dalam melatih anak CI dan HA bertutur dan bersekolah di aliran perdana.
Masih ingat lagi di entry yang terdahulu semasa umi mencari info mengenai CI. Kini ibu Afiq Danial telah menjadi salah sorang sahabat umi.
Kami pernah bertemu di seminar penempatan persekolahan anak2 berkeperluan khas di HTAR Januari lalu.
Itu semua bermula dari FB. FB telah menemukan umi dgn kawan-kawan yang senasib Yasmeen. Seminar ini berperanan untuk memberi informasi bagi ibubapa yang ingin menempatkan anak di sekolah biasa. Namun masih ada sekolah yang tidak mahu menerima anak CI di sekolah mereka atas alasan kekurangan guru & tiada kemahiran AVT.
Jadi, kemanakah sepatutnya ibubapa ini nak menghantar anak istimewa mereka?
Begitulah yang sedang umi hadapi sekarang. Umi pernah bertanya kepada pihak sekolah ... Mereka menggalakkan umi menghantar yasmeen ke sekolah khas. Kerana bagi mereka, sekolah itu lebih proper dalam mengendalikan anak OKU.
Hmm... Hancur luluh hati umi. Mujurlah Cikgu Zaida, guru tabika Yasmeen sudi menerima anak syurga ini untuk sama-sama belajar di Tabika Kemas seliaan JKM.
Dapatlah Yasmeen bersosial dan menambahkan keyakinan diri untuk berada dikalangan orang normal.
Harap Yasmeen dapat dikekalkan sehingga habis tadika 6 tahun di situ.
Okay, berbalik kepada tajuk kita tadi.
Kebetulan Kak Rozi (parent yang ada anak istimewa) yang umi kenal semasa hadiri bengkel di rumah En Syahrul ahli patologis bahasa freelance.
Idea ni datangnya dari kak rozi sendiri setelah dicadangkan oleh seorang pengasas PDK Kiu di Cheras. Even sekarang pun kak rozi menghantar anaknya Ifran ke Kiu Cheras.
Memang nampak sangat developement bahasanya. Sembilan bulan berada di sekolah kiu .. Irfan dah pandai membaca.
Okeh.. Ini sangat mengujakan.
Kalau tengok irfan membaca ABC .. 123... Memang tepuk tanganlah. Superb!
Umi teringin melihat yasmeen macam irfan.
Jadi untuk melihat yasmeen seperti irfan. Kak rozi sekali lagi mengutarakan rancangannya untuk membuka sebuah lagi sekolah Kiu di Shah Alam. Bukan itu saja.. Pihak JKM sendiri mengalu-alukan kewujudan centre ini.
Setelah memikirkan masa depan yasmeen dan birokrasi yang berlaku dalam sekolah aliran perdana membuatkan umi kuat untuk menjadi partner kak rozi. Untuk berada di aliran perdana, anak-anak ini kena ada asas membaca dan bertutur.
Sekarang masa untuk umi mengumpul nama-nama ibubapa yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar dan student CI dan HA.
So far dah ada beberapa kawan-kawan yang beri feedback positif dengan projek ini.
"Ya Allah kau permudahkan lah urusan kami ini..."
Perbicangan lanjut akan dibuat lagi 2 minggu dari sekarang.
Tunggu khabar berita dari kami.. Dan jangan lupa doakan kejayaan kami ya?.
:)
Kembali lagi
Nantikan kemunculan Kami semula.
Banyak yg ingin dikongsikan.
Moga ada sedikit ruang dan kesempatan.
Yasmeen kini dah semakin meningkat usianya. Pada saat ummi menulis.. Yasmeen sudah pun tadika 5 bulan di Tabika Kemas TBN.
Nanti ummi nak kene selongkar balik semua story dari semasa Yasmeen sebelum CI hinggalah sekarang.
Wahhh. Mau berhari-hari ummi kene mengarang ni. Tak kisahlah janji ummi dpt abadikan kisah yasmeen, kisah perjuangan keluarga dlm memastikan yasmeen mampu berdikari kelak.
Sunday, July 15, 2012
2nd MRI & CT Scan (HKL)
Setelah gagal menjalani imbasan di HSB, maka Dr. Fadzilah telah berusaha meng-setkan appointment dengan Hosp KL pula. 21/6/2012, 2:00ptg , kami ke HKL di sana kami ke ENT kemudian barulah kami dirujuk ke Anaest clinic. Semasa di Anaest clinic ada doktor yang interview sejarah kesihatan Yasmeen, dan pada masa yang sama pula, Yasmeen sedang tak berapa sihat, selsema sikit. So, doktor inform masa hari nak buat scanning, Yasmeen perlulah dipastikan SIHAT. Kalau tak sihat, selsema sikit pun tak boleh buat MRI tu. Setelah setengah jam duduk di dalam bilik doktor, baru doktor & staff nurse realized yang kes kanak-kanak, surpose handle by PAEDs Anaest Clinic, Ya Allah... dah terpaksa re-schedule appointment lain pulak.. 25/7/2012. Memandangkan waktu tu dah pukul 4, doktor Anaest Pakar Kanak takde kat klinik. Takpe-takpe, aku positif, mana ada kejayaan tanpa ada sedikit ujian... So, aku terima ini semua dengan hati terbuka. Aku minta En. Shahar supaya mengambil unpaid leave sehari lagi untuk temankan kami ke HKL nanti,
HKL bukanlah macam hospital-hospital besar lain, tempat parking limited kene pusing 4,5 kali itupun kalau bernasib baik, kene harung kesesakkan jalan yang panjang, clinic-clinic pakar berasing-asing mengikut institusi berkaitan.
25/7/2012, 10:30pg, kami tiba di Institusi Pediatrik HKL, mengunggu dihadapan BILIK No.3, di sini Dr. Pakar Bius akan menilai Yasmeen. hampir pkl 11:30 baru lah kami dapat berjumpa dgn Doktor.
Perjumpaan yang tak lah begitu lama, just nak tanya sejarah kesihatan, berat badan, mujurlah Dr. bius tu kawan kepada Dr. Fadzilah, so sedikit sebanyak Dr. Fadzilah dah brief pasal Yasmeen kot. Heehee..
Plan doktor bius, untuk 2/7/2012 , CT under sedative oral, dan 3/7/2012 MRI under G.A (General Anaestetic). Sebelum kami meninggalkan ruang klinik pakar tu, nurse telah menyerahkan 1 set Surat Bius, surat arahan kemasukan wad & Surat Consent untuk CT & MRI. Okey semua nampak macam dah selesai, so kami pun heading to Puncak Alam untuk mengambil Aidil & Farah. Elok je sampai kat Sungai Buloh, dapat call from nurse yang serahkan surat tadi, dia kata doktor ENT minta semula surat consent untuk dirujuk sebelum Yasmeen dimasukkan ke wad.
Alamakkkkk! punye lah jauh, dah la penat melayan jem kat KL tadi pun tak habis lagi, kene la turning back balik? Weols ingat nak guna poslaju jer, tapi nurse tu tak kasi, sebab ini melibatkan surat perubatan, dia takut hilang. Setelah berdiskas dengan En.Shahar, selepas mengambil budak berdua tu, kami patah semula ke HKL. Sekali lagi kami diuji, tapi aku tetap mempositifkan nya, mungkin ada hikmahnya yang kami belum nampak.
1/7/2012 , 10:00 pagi, Ahad keadaan di hospital memang lengang sebab klinik-klinik pakar tak beroperasi..muhuhuh. Kami terus menuju ke Institud Pediatrik dimana klinik pakar & wad di dalam bagunan yang sama.
Aku actually tak tahu nak masuk wad mana, sebab dalam surat tu tak dinyatakan wad sebenar. Lalu aku pun bertanya lah kepada salah sorang nurse, macam mana saya nak tahu wad mana yang perlu kami masuk?.
Dia suggestkan masuk ke Wad KK6 & tanya staff nurse yang bertugas.
Aku pun masuk la ke Wad KK6, wad ni tak sesak macam kat wad kanak-kanak HTAR, ada banyak jugak katil kosong. Disebabkan surat masuk wad tak dinyatakan wad dan klinik ENT takde pada hari Ahad, so, wad KK6 sudi menerima kes kami. Selepas makan tengah hari, barulah kami mendaftar masuk "hotel".
Semasa di kaunter jururawat KK6, nurse menerangkan serba sedikit peraturan wad & kawasan sekitarnya.
Kemudian kami dinilai pula oleh Dr. Siswazah , iaitu Dr. Muhaimin dan kemudian ditempatkan ke sebuah katil bernombor 12. Okey, kat sini memang takde ekon, (aku suke, sebab tak lah memalam nanti aku freeze macam ikan sejukbeku) huhuhu... Katil sebelah kiri kitorang kosong, depan ada sorang, hujung ada sorang. belah kanan ada dalam 4 orang, yang sorang tu dah ready nak berangkat pulang. :) Dah sihat ler tu.
Okay, seperti yang telah dipesan oleh petugas dari Radiologi, aku kene inform nurse untuk call bahagian x-ray jika aku & yasmeen telah warded. Hari Ahad di wad KK6 berlalu dengan lancar, Yasmeen bijak, masa aku pergi solat, dia tak kisah ditinggalkan bersendirian bermain dengan rakan-rakan wad. Pandai bersosial. Tapi aku still minta ibu yang ada kat sana untuk tengok-tengokkan dia. Sekembali aku ke katil, ku lihat lantai wad banjir..... rupanya-rupanya kerja yasmeen, dia buka pili sinki sehingga air penuh & tak reti nak tutup semual pili tersebut... huhuhu... marah lah makcik cleaner nak oiii...
Tidur di wad tak selena tidur di rumah sendiri, sekejap-sekejap aku terjaga bila nurse buat round check suhu & pulse. Yasmeen tido nyenyak macam takde apa hal. Keesokkannya, kecoh sekejap, sebab Wad ENT mencari patient... huhuhu... rupa-rupanya di Wad KK6.. itulah Yasmeen!
Tapi kalau ikut logiknya, aku prefer yasmeen di PEADs wad, sebab kat sini doktor pakar kanak-kanak so diorg lebih tahu pasal kanak-kanak. Kat sini doktor ramai yang buat round, dari Housemen sampailah ke Pakar. Ada situasi yang comel ialah bila morning round, doktor Helisa (Dr.Siswazah) nak pegang Yasmeen untuk memeriksa nadinya, Yasmeen refused, Yasmeen tak mahu disentuh oleh Dr. Helisa, but...yang funny tu, yasmeen pula yang menyentuh & menilik-nilik jari jemari doktor. Hahaha...agaknya dia ingat itu Mak Teh dia kot, sebab doktor tu chuby macam Mak Teh dia. :)
Kami diberitahu oleh nurse untuk bersedia kerana dalam pukul 9:30pg, akan berangkat ke Pusat Pengimejan yang berada beberapa ratus meter dari wad kami. Kami diiring oleh Dr. Muhaimin yang membawa tangki oksigen & SN Suhaida ke CT Scan. Ubat sedatif semua dah ready, now tunggu van hospital pick up kami & bawak kami ke sana.
Untuk buat CT cuma ada 2 orang patient je, Yasmeen & sorang lagi budak perempuan. Sebabkan kes Yasmeen ni spesel sikit, so, staff CT minta Yasmeen get ready dulu, makan ubat tidur. Bukan senang nak bagi dia makan ubat tu, lebih banyak yang keluar dari yang masuk. Bila dah habis makan ubat, aku pun menepuk yasmeen manalah tau kot-kot dia nak tidur, dekat setengah jam. Tapi ....bukan senang, asal ada je org lalu mata dia terbeliak balik. last-last diorang suruh tidurkan yasmeen didalam bilik pemulihan, tutup semua lampu & tirai.
Aku pun naik sekatil dengan Yasmeen. Dalam 15minit aku mengulit dia, dia pun tertidur. Aku inform SN Suhaida. Memandangkan masih ada patient di dalam suite itu, maka kene menunggu dulu. Tak lama kemudian, nama yasmeen pun dipanggil masuk, staff radiologi pun minta aku baringkan yasmeen di atas pelantar, pada masa yang sama , dia minta aku menunggu didalam bilik CT bersama-sama Yasmeen. Dia bertanya samada aku pregnant @ tak? Tak tahu lah, sebab period aku dah lewat sehari. So, aku cakap la aku tunggu kat luar jelah. Jadi dia minta aku pakai baju keselamatan & berada jauh dari mesin CT itu.
Syukur Alhamdulillah, cuma 15minit aje yang diperlukan untuk CT Scan ni. Aku dukung Yasmeen untuk pulang semula ke wad KK6. Anak ummi ni dah hantap la... lenguh bahu mendukung dia. :)
Ujian untuk hari Isnin dah lepas... esok MRI pula, tapi ini lagi haru....
Thursday, July 5, 2012
MRI & CT Scan (1st) @ HSB
Mak dah kembali kelapangan memblogeh!
Sebenarnya HATI ini ada je nak hapdet kat kat blog yg kucintaik ni, tapi disebabkan kengkangan waktu, maka niat menulis terpaksa dipendamkan saje. Alhamdulillah, hari ni mak ada masa nak menulis, itupun sebab Abah si Yasmeen ada kat rumah sedang melayan anak-anak, jadi mak ada masa untuk blog mak yang dah bersawang ni.
Okey, sambung kembali kes selepas kehilangan Hearing Aid Yasmeen belah kanan tu, mungkin dah rezeki Yasmeen, Pn. Azyani di HSB call mak mengatakan dia dah booked untuk Yasmeen 1 loan H.A tapi mak kene bayar deposit RM200. Nanti bila pulangkan alat tu mak dapatlah balik RM200, aci tak?? :)
Syukur Alhamdulillah, telinga kanan Yasmeen boleh mendengar bunyi kembali. Actually masa dapat H.A loan ni, Yasmeen perlu diwardedkan untuk prosedur MRI (Brain & IAM) & CT Scan (Patreus bone).
Maka mak dah siap-siapkan segala-galanya untuk bermalam di "HOTEL Hosp. Sg. Buloh".
Untuk prosedur ni Yasmeen perlu dipuasakan, ini kerana masa rekod lampau di HTAR Yasmeen tak success dgn bagi ubat secara oral, dia kene secara IV tu sedatif untuk menidurkan selama menjalani x-ray / scanning.
Semasa di wad, Yasmeen memang baik, tak banyak kerenah, yelah dia bukannya sakit , yer tak? Dia cuma bermalam di wad agar doktor boleh pantau kesihatan dia, yang penting dia jangan demam, batuk & selsema, kerana itu akan membahayakan dia semasa scan dijalankan. Even nak minum air masak sebelum scan pun tak boleh dah, doktor takut dia lemas (paru-paru dimasuki air).
Appointment kali ini Dr. Fadzilah telah bersusah payah usahakan 11/Jun/2012 masuk wad, dan 12/Jun/2012 CT & MRI akan dijalankan, ini betul-betul urgent case, dimana kes Yasmeen akan dipresent pada Julai ni.
Pukul 11:30am, inchanrge di Radiologi call wad minta Yasmeen dibawa turun ke suite. Jadi kelam kabut la staffnurse mengejar mencari doktor pengiring Yasmeen.
Yang kesiannya, sebelum Yasmeen dibawa turun ke bahagian X-ray & radiologi HSB, Yasmeen merengek nak minum susu.. bila mak bagi puting, dia refused, dia nak susu jugak... puas dia menunjukkan isyarat tangannya... kesiaaaannn sangattttt!! :'(, tapi sebabkan dia akan di scan, risiko lemas adalah tinggi kalau dia minum susu. Jadi mak terpaksa cekalkan hati & berhati kering melihat Yasmeen kelaparan & kehausan.
Sampai di kaunter, Yasmeen didaftarkan, setelah dapat green light dari staff MRI, maka doktor yang mengiringi Yasmeen pun menyuntik MEDA , masa 1st jab tu aku dah tak boleh tahan tengok Yasmeen, menitis jua airmata walaupun aku dah cuba sembunyikannya. Tunggu beberapa ketika, Yasmeen tak nampak tanda-tanda nak tidur, jadi sekali lagi MEDA disuntik. Setelah beberapa ketika masih jugak tak tidur walaupun dia dah nampak lalok. Dah dekat 45minit Yasmeen masih tak tidur walaupun dah diasingkan dari orang sekeliling, gelapkan lampu, still dia bercakap-cakap macam orang lalok.
Tak boleh jadi, maka doktor plan tambah Ketamin, dengan harapan Yasmeen akan sedated, huhuhu...
Tapi siapa boleh jangka kekuatan Yasmeen ni, kali ke dua Ketamin di suntik lagi, still tak jalan.
Doktor di MRI suruh je masuk ke dalam MRI Suite & suntik Morphine pula, setelah segalanya disetting , Yasmeen pun dah diletak kemas ke atas conveyor tu, Morphine pun di suntik. Okey, kali ni dia nampak la pejam mata. Kaki pun dah diam tak bergerak. Mak teman kan Yasmeen di dalam bilik tu, sambil mendengar radio melalui earphone yang disediakan, maklumlah, semasa mesin ni beroperasi, bunyinya MasyaAllah punyelah bising....bising sangat, sampaikan kalau nak bercakap pun tak boleh dengar suara sendiri.
Walaupun dah pakai earphone still mengganggu pendengaran.
Lebih kurang 15minit , tiba-tiba kepala Yasmeen mendongak-dongak.. Hati aku dah gabra, Yasmeen sesak nafas ker?? WAAAA.. aku cuakk! Tiba-tiba pintu bilik dibuka, doktor masuk, katanya Yasmeen tak tidur.
Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni, dah banyak dadah yang masuk, still tak tidur??
So, doktor kata ini last, lepas Morphine yang ni, kalau tak tidur jugak kenalah cancel kan prosedur kali ni.
Yasmeen dimasukkan semula ke dalam ruang mesin tu. Aku pun menunggu lagi. Selepas seketika Yasmeen buat lagi kepala mendongak-dongak sambil tangan nya dah terkapai-kapai diudara sambil bercakap-cakap dalam bahasa khas nya.. :) Yasmeen...Yasmeen.. kantoi lagi!
Doktor Radiologi kata cancel, sebab dah ada patient lain sedang menunggu di luar, so 2 jam tu berlalu tanpa ada apa-apa hasil pun... penat & lalok je yang dapat.
Doktor PAEDs yang mengiringi kami pun naik hairan bin ajaib, ini 1st time dia lihat budak kecik yang tak sedated walaupun dah 3 jenis drug masuk. Tapi yang lawaknya... sampai je di wad, Yasmeen terus tidur dengan nyenyak, langsung dia lupa nak minum susu kot. Ini tak boleh jadi, dia tidur lena sangat, tapi perut nya kosong itu perlu diisi. Aku kejutkan jugak Yasmeen. Pukul 4 ptg barulah susu pertama masuk ke perut Yasmeen. Alhamdulillah dia tidak muntah.
Dah pukul 6:30 ptg aku pun mendiscaj kan diri kami. Ya Allah, masa drive kereta dari Sg Buloh ke Subang mata aku rasa macam dah nak terpejam jer. Dah la jalan jem bagai nak rak. Aku berdoa moga-moga selamat sampai ke Puchong. Penat sangat rasanya. Elok sampai di rumah azan Maghrib pun berkumandang.
Lepas solat Isyak terus aku tidur... dan tidur.. dan tidur... pkl 5am baru aku bangun esoknya!
Okey, akan ada sambungan selepas kegagalan MRI & CT Scan, nantikan titipan ku! cha chin chaw! bye!
Saturday, June 2, 2012
Hearing Aid Yasmeen Hilang
Pada 8hb Mei 2012 yg lepas, hari itu adalah hari appointment dengan Terapi Carakerja, sebelum masuk kereta pagi tu ummi dah make sure yang Yasmeen pakai hearing aid tu. Maka selepas hantar Aidil & Farah ke sekolah ummi pun teruskan perjalanan ke hospital. Di sebabkan ummi & Yasmeen sampai ke klinik OT tu awal dalam pukul 8.00am, maka cik terapis terus mencari kad Yasmeen dan kami dipanggil masuk ke bilik PEAD1.
Actually masa masuk tu, Cik Terapi ada bertanya, "dia pakai dua belah ke?" sambil memegang telinga Yasmeen. Ummi dengan confident nya menjawab "ha'a... dia pakai dua-dua belah", tanpa ada perasaan nak tengok sendiri.
Sesi soaljawab & assessment pun dijalankan, kami habis awal, dalam kepala ummi lepas pergi hospital ummi nak ke Klinik Kesihatan Seksyen 19, untuk buat rawatan pergigian. Di sebabkan parking yang limited kat Klinik Kesihatan tu maka ummi decided to parked aje dalam kawasan Dewan MBSA Sek 19. Dalam perjalanan dari hospital ke K.K Yasmeen start tidur, so untuk ke Klinik kene la menyeberang jalanraya.
Terliuk-liuk kepala Yasmeen di bahu ummi, kejap ke kiri, kejap ke kanan. Tapi sebabkan niat nak ke Klinik Gigi dah lama diplan, ummi kuatkan semangat dukung Yasmeen ke tingkat 1 klinik tu, last-last, nurse kat kaunter cakap , klinik untuk outpatient dewasa, setiap hari khamis jer. huwaaaa.... letih makcik!!!
Kene lagi dukung Yasmeen yang tengah tidur dalam panas-panas tu menyeberang sekali lagi jalanraya tu. Bermandi peluh dibuatnya.
Memandangkan kami dah takde apa-apa urusan lagi, ummi ingat nak masuk ofis awal, jadi ummi pun hantarlah Yasmeen ke rumah babysitter. Sampai di rumah babysitter Yasmeen dah terjaga, selepas kiss dia banyak-banyak ummi tinggalkan Yasmeen.
Sedang ummi buat kerja, tetiba dapat sms from babysitter , terkejut beruk ummi bila dia tanya "mana alat belah kanan Yasmeen?" huwaaa... time tu ummi dah cuak! Ummi minta dia check dulu kat kawasan rumah dia. Then ummi pulak pikir-pikir & ulang tayang balik dari first time sampai hospital - ke kereta - klinik - rumah babysitter.
Kakak babysitter tu sms lagi, konfem tak jumpa. Ummi terus call kedai hearing aid yang selalu kami pergi untuk servis alat tu, ummi cuba tanya-tanyakan harga terbaru untuk model yang sama yang Yasmeen sedang gunakan sekarang. Okey ummi dah pening, hilang mood, hilang selera nak makan lunch... hilang segala-galanya, tapi ummi positif, ummi percaya, setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Ummi redha. Allah sedang menguji kita nak.
Ummi jugak terus hubungi Puan Farah, Audiologist yang handle kes Yasmeen di HTAR, sebab keesokannya kami ada appointment dengan nya, so, esok discuss lebih lanjut lagi macam mana nak buat. 16hb Mei nak kene pergi ke ENT Sungai Buloh pulak.. :'( Harap-harap ada berita baik untuk Yasmeen especially.
Dalam firasat ummi kuat mengatakan maybe alat itu jatuh semasa melintas jalanraya , sebab masa tulah kepala Yasmeen terliuk-liuk kekiri kekanan, arghhh... takmo dah pikirkan... sakit kepala ni bila dipaksa-paksa mengingatkannya & lebih takut lagi bila memikirkan H.A itu dilenyek oleh tayar kenderaan yang lalu lalang.
Monday, April 30, 2012
Aidil perserta "Amal Islami bagi Daerah Petaling"










Pukul 9 pagi, kami sampai ke perkarangan masjid, murid-murid yang ambil bahagian dah start berkumpul di tempat masing-masing. Aku tercari-cari di manakah gerangan anak teruna ku yang sorang tu. Aku call henpon Aidil, dia ada di bahagian atas, untuk pertandingan Rawi & Marhaban diorang buat kat dewan Muslimah level 1. Masa kami sampai, ustaz sedang beri briefing & mungkin nasihat untuk memantopkan persembahan :)
Published with Blogger-droid v2.0.2












