Saturday, May 3, 2014

Buka Centre Untuk Anak Berkeperluan Khas Pendengaran

Subhanallah.. Sejak Yasmeen memakai CI hubungan umi dgn orang sekeliling bertambah erat. Umi dapat mengenali ramai ibu-ibu hebat, ada yang di antaranya sangat berjaya dalam melatih anak CI dan HA bertutur dan bersekolah di aliran perdana.

Masih ingat lagi di entry yang terdahulu semasa umi mencari info mengenai CI. Kini ibu Afiq Danial telah menjadi salah sorang sahabat umi.

Kami pernah bertemu di seminar penempatan persekolahan anak2 berkeperluan khas di HTAR Januari lalu.
Itu semua bermula dari FB. FB telah menemukan umi dgn kawan-kawan yang senasib Yasmeen. Seminar ini berperanan untuk memberi informasi bagi ibubapa yang ingin menempatkan anak di sekolah biasa. Namun masih ada sekolah yang tidak mahu menerima anak CI di sekolah mereka atas alasan kekurangan guru & tiada kemahiran AVT.

Jadi, kemanakah sepatutnya ibubapa ini nak menghantar anak istimewa mereka?

Begitulah yang sedang umi hadapi sekarang. Umi pernah bertanya kepada pihak sekolah ... Mereka menggalakkan umi menghantar yasmeen ke sekolah khas. Kerana bagi mereka, sekolah itu lebih proper dalam mengendalikan anak OKU.

Hmm... Hancur luluh hati umi. Mujurlah Cikgu Zaida, guru tabika Yasmeen sudi menerima anak syurga ini untuk sama-sama belajar di Tabika Kemas seliaan JKM.
Dapatlah Yasmeen bersosial dan menambahkan keyakinan diri untuk berada dikalangan orang normal.

Harap Yasmeen dapat dikekalkan sehingga habis tadika 6 tahun di situ.

Okay, berbalik kepada tajuk kita tadi.
Kebetulan Kak Rozi (parent yang ada anak istimewa) yang umi kenal semasa hadiri bengkel di rumah En Syahrul ahli patologis bahasa freelance.

Idea ni datangnya dari kak rozi sendiri setelah dicadangkan oleh seorang pengasas PDK Kiu di Cheras. Even sekarang pun kak rozi menghantar anaknya Ifran ke Kiu Cheras.

Memang nampak sangat developement bahasanya. Sembilan bulan berada di sekolah kiu .. Irfan dah pandai membaca.
Okeh.. Ini sangat mengujakan.
Kalau tengok irfan membaca ABC .. 123... Memang tepuk tanganlah. Superb!
Umi teringin melihat yasmeen macam irfan.

Jadi untuk melihat yasmeen seperti irfan. Kak rozi sekali lagi mengutarakan rancangannya untuk membuka sebuah lagi sekolah Kiu di Shah Alam. Bukan itu saja.. Pihak JKM sendiri mengalu-alukan kewujudan centre ini.
Setelah memikirkan masa depan yasmeen dan birokrasi yang berlaku dalam sekolah aliran perdana membuatkan umi kuat untuk menjadi partner kak rozi. Untuk berada di aliran perdana, anak-anak ini kena ada asas membaca dan bertutur.

Sekarang masa untuk umi mengumpul nama-nama ibubapa yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar dan student CI dan HA.

So far dah ada beberapa kawan-kawan yang beri feedback positif dengan projek ini.

"Ya Allah kau permudahkan lah urusan kami ini..."

Perbicangan lanjut akan dibuat lagi 2 minggu dari sekarang.

Tunggu khabar berita dari kami.. Dan jangan lupa doakan kejayaan kami ya?.

:)



No comments:

Post a Comment