Masa menunggu optometrist panggil, Yasmeen buat kawan baru , namanya Ashanta (9yo), gegirl ni suka sangat main dgn Yasmeen, Sejak 1st time dia nampak Yasmeen, then masa duduk dekat sebelah Yasmeen, dia asik bagitau mama dia, "she's so cute, mama.." , she's so adorable ..." & she's so cuddly ... mama dia cakaplah , " she is a happy baby.." ,Ashanta minta izin nak dukung la, minta dudukkan yasmeen atas riba dia la... tapi yasmeen ni , malu-malu kucing, kalu jauh dia mahu...bila didekati dia malu..., dan part yang surprise ialah, mak gegirl ni lawyer... mula-mula wa ingat dia english teacher , hehe..sekali bukan. Umur dia pun dah 48yo. Kalau dia tak bagitau umur sure wa ingat dia macam early 40's jer. Nampak muda nko... Sejam lebih jugak menunggu dari Optometrist then, tunggu lagi, kemudian mata yasmeen dititiskan dengan 3 jenis eyedrops.. untuk mengembangkan saraf mata kot.. seyes pedih, tapi yasmeen cool aje. Ashanta yang dah 9 thn pun tak tahan dengan kepedihan eyedrops tu.
Optometrist kata, silau a.k.a Astigmatisma yasmeen naik lagi.. kalau silau tu overlimit , maka yasmeen kene pakai cermin mata inform cik opto.
Dari masa ambik nombor giliran sampailah kat dalam ruang klinik mata, yasmeen takmau duduk sendiri, asyik suruh wa dukung dia bawak serata memo board , konon nak membaca poster-poster kat situ, letih la nakkk oiiii.. rugi ummi tak bawak buggy yasmeen...
Okay untuk lebih pengetahuan & input, wa telah mengugel artikel dari internet, and found this one.. dah lupe nama link tu...(sorry sesangat, tapi info ini sangat membantu)
"Astigmatisma atau rabun silau ni rasanya tentu ramai yang pernah mendengarinya. Kalau dikedai pelanggan suka sangat tanya “berapa silau saya?” “ Saya ada astig ke?” “ saya rasa saya ni rabun silau la” dan macam-macam lagi la pandai betul mereka ni belum check lagi dh tahu rabun silau hehe.. Agak-agak anda adake rabun silau ni dan apakah yang dikatakan rabun silau atau ASTIGMATISMA.
Saya cuba terangkan secara ringakas k. Astigmatisma merupakan jenis masalah refraktif yang dalam kategori silinder (ada saya jelaskan sedikit pada entri jenis-jenis rabun dahulu). Ia disebabkan oleh keadaan kornea yang tidak sekata dan ini menyebabkan cahaya yang memasuki mata juga menjadi tidak sekata. Maka kuasa optikal mata turut menjadi tidak sekata iaitu tinggi pada satu paksi meridian dan rendah pada paksi meridian yang bertentangan. Pendek kata semua tak sekata la hehe..
Astigmatisma biasanya hadir sejak lahir dan merupakan faktor keturunan. Walaubagaimanapun astigmatisma ini berubah dengan peningkatan umur. Keadaan ini juga boleh disebabkan oleh tekanan pada kelopak mata yang menekan kornea tapi jaranglah berlaku. Percaya atau tidak faktor kedudukan membaca dan melihat yang tidak betul juga boleh menyebabkan terjadinya astigmatisma. Misalnya membaca buku dalam keadaan baring atau mengereng dengan lama boleh menyebabkan terjadinya rabun silau jadi berhati-hatila dengan kedudukan anda semasa membaca. Selain itu, jikalau seseorang yang suka sangat melihat dengan menyegetkan kepala (macam terteleng sedikit) sehingga menjadi habit juga tidak bagus kerana ia juga membawa anda kepada astigmatisma. Dalam kes ini terkecuali kalau mereka dalam kategori juling atau ‘duane syndrome’ sebab kategori ini keadaan otot mata mereka yang tidak normal menyebabkan terdapat sedikit ‘abnormal head tilt’ bagi mengelakkan mereka mendapat imej ‘diplopia’ atau ‘double vision..."
Begitulah serba sedikit penerangan dari seorang bijak pandai tentang mata.
So, tunggu lagi setahun untuk appointment seterusnya, harap-harap silau yasmeen tak akan increase.
No comments:
Post a Comment