Saturday, October 1, 2011

Musim Haji Sudah Tiba

Alhamdulillah, musim haji tiba lagi.... boss makcik adalah salah seorang bakal menjadi tetamu Allah, tapi dia tak pasti lagi tarikh keberangkatannya, al-maklumlah boss makcik tu, senarai nama akhir yang dipanggil, itupun dia terpaksa merayu, yelah, hasben & bapak mertua dia dapat pergi, tup-tup nama dia tak berjaya. Lastly dapat panggilan from Tabung Haji mengatakan rayuan dia BERJAYA!

Nampak seronok benar boss makcik tau. Dulu dia pernah buat umrah bersama suami & anak-anak.. sekarang tertunailah hajat nak buat Haji pula.

Tahukah anda kelebihan mengapa kita dituntut menunaikan Haji?
Ini jawapannya, (kredit to this LINK dulu & sedikit keratan entrynya).

"Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga.... "
 
Beruntunglah mereka yang dapat menunai kewajipan yang satu ni.
Sila simpan impian untuk ke Rumah Allah. Kalau berkemampuan pergilah semasa kita masih kuat ni. Makcik ?? hentah bila la dapat seru & peluang ke sana... doakan makcik.

Memandangkan bukan selalu boss makcik dapat menunaikan rukun islam ke-5 ni, maka teringin sangat makcik KIRIM kan DOA untuk di Jabal Rahmah nanti.

Jabal Rahmah yang bererti Bukit Penuh Rahmat,

Sekiranya ada pembaca blog di sini yang akan or bakal menunaikan Haji ,
tolong doakan untuk saya boleh tak?

"Doakan semoga Noor Yasmeen diberi pendengaran yang baik & mampu bertutur seperti kanak-kanak normal lain"
"Ditambahkan keimanan saya (Noor Liza), dikurniakan kesihatan, kebahagiaan di dunia juga di akhirat"
"Semoga anak-anak ku berjaya dengan cemerlang di dalam pelajaran mereka, pekerjaan mereka,perkahwinan mereka & kehidupan mereka" 
Amin, amin ya Rabb...


SANGAT-SANGATLAH SAYA BERTERIMA KASIH PADA YANG SUDI MENDOAKANNYA, SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA BAIK ANDA. <3

No comments:

Post a Comment