Hari pertama TAK OKEY jugak, next day buat lagi, sampai la ko bosan. Dah sampai tahap rasa give up & nak beli je yang lain, kalau repair ntah berapa plak kosnya.
Tahun ni dia buat hal lagi, elok 2 hari kami berpuasa motor peti sejuk tu buat perangai. Sekali lagi breakdown, selepas en.shahar cuba menukar suhu selector dalam peti tu. Tak lama kemudian terus jadi bengong peti tu. Maka kami ulangi tips yang diberikan oleh Syali.
Sampai la puasa yang ke-16 barulah motor peti sejuk hokey! Adeih... bikin orang cuak jer. Bayangkan la, betapa susahnya kami nak simpan lauk, jadi kami pun kalau membeli juadah berbuka cukup-cukup untuk makan malam tu aje. Untuk bersahur , kami akan masak lain, alah...masak sesimple-simplenya.
Dah seminggu ni makcik buat Roti Benjo untuk anak-anak.. senang, bangun pkl 5.00am pun tak kisah & tak perlu terkocoh-kocoh. Buat Air & makann....
Nasib baik Aidil & Farah jenis suka roti benjo. Senang keje ummi. hehehe :)
Hentah bile la ummi nak merasa beli PETI SEJUK yang BESAR gedabak LAGI MODERN ni, sekali tengok macam almari baju plak.. hehehe |
No comments:
Post a Comment