Tuesday, April 19, 2011

Yasmeen Warded NICU - Atypical Pneumonea

Seperti yg telah aku janjikan, meh aku nak stori pasal saat-saat aku hampir kehilangan puteri yg baru saje aku belai, aku cium, yg aku sudah mula jatuh sayang sejak saat dia dilahirkan.

Masa yasmeen disambut oleh bidan, tangisan nya tak spt abang & kakaknya, suaranya seakan-akan bunyi anak kucing yg baru lahir, haluss & nyaring bunyik nya..  aku curi-curi nak tengok... tapi nurse terus bawak dia masuk ke bilik lain utk dibuat stomach wash... aku menjadi penanti yg setia... tercari-cari wajah baby ku yasmeen.


Dekat 1 hour gak , nak tggu tu... akhirnya kami disatukan... disebabkan yasmeen prem baby...dlm hatiku , aku harapkan sgt babyku takde pape. ntahlah aku berperang dgn perasaan ku sendiri, hatiku sejak dari pertama kali mendengar tangisannya, aku dpt rasakan ada sesuatu yg tak kene pada yasmeen...Tapi aku 'menidakkan' perasaan & menganggap yasmeen adalah Normal mcm anak-anak lain. aku try menyusukan dia di dlm labor room sementara menunggu doctor utk melepaskan kami ke wad.


Kat dalam wad, yasmeen mmg baby yg baik... dia tak notty pun... nangis tidak kerap, tapi aku yg kerap kejutkan dia utk breast feed, kalau boleh aku nak dia cepat naik berat..1.88kg adalah tidak normal utk baby pada usia kandungan 36 minggu.. Tapi aku tiada darah tinggi or kencing manis... Hanya Allah saje yg tahu 'Rahsia' yg kite sendiri tak pasti.


Sebelum keluar wad, darah aku diambil utk dibuat kajian, salah satunya ialah ujian TORCH Test  tapi nak dpt result ni, kene tggu 3bln kemudian. So, doctor Gynea setkan appoint aku dgn Dr.Mariya. 


Alangkah seronoknya dapat balik kerumah... heaven bak kata org puteh.
Waktu aku bersalinkan yasmeen, kedua-dua org anak ku bersekolah, jadi aku harus berpantang sendiri. Mak tak dpt nak jaga aku lama-lama, sebab mak pun bekerja, kebetulan mak cuti 2 minggu sebelum memulakan tugas. Tengok ar mak aku ni... umo dah 52thn , tapi masih gigih bekerja...bukan mak tanak resign, tapi boss mak tak jumpa lagi pengganti yg sesuai ... harus sampai bile mak nak keje erk? bukannya apa, risau memikirkan dia drive sensorang dari PA ke SA.. dah la jauh ... oppss sowwy kelauttt plak citer ni..eheheh


Nurse KKJK, dtg dgn rutin biasa lah, check baby.... ada jaundice tak... mak ok takkk... so far yasmeen tidak menunjukkan tanda-tanda dia ada jaundice...fuhh selamat... kalau aidil & farah dulu... mmg kene ulang alik hospital la check bilurubin.


Nurse dtg setiap 2hari sekali..hari ke sepuluh, yasmeen ditimbang.. comey jer!
Alhamdulillah... berat yasmeen naik .. ke 1.98kg... jadilah... naik 10gm.
Nurse ckp , kalau berat turun dari berat sewaktu lahir, baby aku akan direfer ke hospital utk pemantauan... sebbaik yasmeen ni clever girl.. dia suka minum banyak-banyak... :))

Selama 10hari yasmeen dalam jagaan & pelukan ku... dia sangat baik... tidak meragam langsung... cuma aku perhatikan nafasnya berbunyi.. en.shahar pun noticed pasal tu, dia ada jgk suruh aku ckp dgn nurse yg dtg check aku.. tapi tak terluah dek perkataan, aku seakan tak boleh accept ada kelainan pada yasmeen.


Hari ke 14, 2hb Aug 2009, Ahad, yasmeen nampak lemah.. dan start batuk.. nafas dia start berbunyi.. seolah-olah dia dapat serangan asma. Kami tak tunggu lama terus bergegas pagi tu jgk ke Hosp.Putrajaya. 


Sampai di Emergency... Ya Rabbi...ramainye umat manusia.. Time ni H1N1 tgh hangat melanda Malaysia. Aku minta en.shahar cuba tny pada petugas dikaunter , berapa lama boleh baby kami yg umo 14hari ni berjumpa dgn doktor? Aku menanti di dalam kereta dgn penuh debar.. harap-harap yasmeen dpt bertahan. En.Shahar kembali .. negtive. Petugas tu pun syorkan kami pergi ke hospital berdekatan yg lain, dalam kepala hotak weols, Hosp Serdang la yg paling dekat... 


Kami terus pecut ke Hosp Serdang.. sampai di Emergency memang ramai pesakit sdg menanti.. Aku terus ke kaunter Triage sambil dukung yasmeen..
yasmeen dah start batuk-batuk.. bunyi wheezing semakin ketara, masa kami sdg membayar pendaftaran.. petugas kaunter yg baik hati telah menegur salah seorang MA india disitu... Terus MA tu suruh kami masuk ke zon kuning.


Aku rase Zon Kuning ni adalah utk kes separa kritikal. Yasmeen diberi Neb.
X-tray dada diambil. Tapi Neb tak banyak membantu, still macam takde pape perubahan.. dari pkl 7.30pg membawak ke 2.00ptg. Dari pagi aku tak menjamah makanan, lastly, aku minta En.shahar belikan aku chocolate milk dutch lady.. itu lah bekalan aku kat dlm wad ED. 


Setelah yasmeen ditukarkan ke Wad sementara ED, Doktor muda lelaki dtg dekat pada kami, dia nasihatkan yasmeen diadmitted kerana paru-paru kanannya didapati terdapat sedikit jangkitan kuman. En.Shahar pada mulanya menolak cadangan tu, sebab kami kalau boleh taknak la bermalam di dlm hospital. Lagi pun anak-anak perlu bersekolah...En.Shahar berbincang dgn Doktor muda tu.. End up, doktor warning... ia sangat risky membiarkan yasmeen dibawa pulang...  demi kebaikan yasmeen .. aku yg masih dalam hari mengikut shj apa kata doktor... aku & yasmeen di bawa ke wad NICU.


Di sana semua utk baby yg baru lahir & dibawah umur 2bln.
Yasmeen diletak kan di Isolation Area. Kesian.. anak ku diasingkan dari baby-baby lain.. kalau sapa-sapa masuk melawat.. mesti sedih tgk... kami diletakkan di hujung tanjung.. located betul2 belakang dinding Kaunter Doktor.


Berada di dalam wad ni, aku spt terpisah dgn dunia luar... aku tak tahu siang & malam.. kene tgk jam baru tahu watu itu siang ka, malam ka... 
Malamm pertama di wad, yasmeen kene buat IV utk memudahkan Antibiotik di inject masuk ke badan. Apalagi melalak la yasmeen ku... aku tidak dibenarkan melihat.. Yang pasti, hati aku turut terluka spt mana lukanya tangan yasmeen.


Malam pertama ini jgk, aku belum mempunyai katil utk berehat, jadi aku hanya tidur di kerusi yg disediakan utk parents. Sejuk jgn cakaplah... boleh sampai ke tulang rasanya..aku minta SN Koki sehelai selimut buat pemanas badan. Syukur, kat sini tak perlu risau pasal makan, di sini mereka menyediakan makanan utk ibu2 yg stay menjaga baby.
Bagus la, aku pun tanak menyusahkan en. shahar ...dia perlu bekerja & mengurus anak-anak ke sekolah.. Di masa ni, aku & famili hanya berharap pada adik ipar ku Sharifah utk membantu menyediakan  keperluan anak-anak.


Nasib baik la Kepah (nama manja dia) .. sudi membantu...  Dia pun berpindah la ke rumah kami demi abg & kakak iparnya ni, :)

Yasmeen dipakaikan oksigen.. kesian, dia langsung tak suka tube tu..habis ditarik-tarik.. sampai melecet muka-muka nya.. tak caya tgk gamba n, merah pipi dia.






Hari berganti hari.. dari Open babyCot, Doktor suruh yasmeen diletakkan ke dlam incubator.. sbb nak kurangkan posibility jangkitan dari patient lain.
Saat dia dimasukkan ke dlm incubator adalah saat paling hiba aku rasakan.. aku tak daya berpisah dgn dia mcm tu.. kalau sebelum ni, aku boleh mengangkat dia utk BF , boleh belai dia...bila dia menangis.. boleh tepuk2 dia apabila batuk... tp bila di dalam cube tu... semuanya terbatas.. aku menangis.. aku call kak sue.. aku kongsikan kesedihan ku dgnnya.. sebakkk sangat.

yasmeen dibogelkan, tinggal pampers jer.. susu diberi melalui Rest Tube.. owh... part yg ni aku sungguh tak suka.. masa nak masuk kan tube tu.. macam nak tercekik rupa yasmeen.. 
Aku dah tak boleh menyusukan secara direct.. lalu aku pesan pada en.shahar, tolong bawakkan pump.. aku nak pump susu buat yasmeen.
Masa ni aku stress.. susu pun takmo keluar mcm biasa.. Doktor pesan, jgn stress.. baby perlukan susu ibu utk membina antibody. Aku kawal perasaan ku, aku masuk ke bilik Ibu ... disana aku tenangkan diri utk memulakan proses mengepam susu. Aduh...sikit sgt .. dapat 2oz jer??? Buat pertama kali aku minta nurse tolong feed dia dgn FM..kerana aku perlukan tidur & rehat sedikit. Nanti bila susu aku dah penuh, aku supply sendiri pada yasmeen. Malam ni ummi tak temankan yasmeen kat sebelah.. ummi nak baring sekejap..
Ummi pesan kat nurse, kalau yasmeen nangis tolong kejutkan ummi.
Pagi-pagi adam, aku bangun utk meninjau yasmeen.. Ya Allah.. anak ku diterapkan.. rupa2nya mlm tadi dia mengamuk dlm incubator , mcm nak tumbang incubator tu dia kerjakan.Dan sejak dari itu.. selsema yasmeen semakin galak. kesan dari menangis tu kot... kesian yasmeen, sejak itu aku tekad aku takkan tinggalkan yasmeen.



Hari Ke-3 yasmeen masih still sama, tahap respitory dia tak cantik , kata Doktor Nor. Dia perlukan pengawasan lebih.. lalu yasmeen ditransfer ke bilik yg lebih proper.. kat sana ada pengawasan 24jam dari nurse.. extra care la kekdahnya. Dalam bilik tu yasmeen tidak keseorangan, member sebelah tu pun prematured baby, kes dia pun sama mcm yasmeen.. pneumonia... tapi member sebelah tu lagi kritikal.. langsung tak pernah buka mata.. dia seolah-olah koma.
Dalam bilik ni yasmeen beberapakali kene suction... masa suction ni ibu kene keluar. Dari cermin kaca itu aku lihat hidung yasmeen berdarah.. yasmeen menangis minta simpati.. apakan daya ummi nak.. bagaimana harus ummi bantu meringankan kesakitan mu? Ummi berdoa agar yasmeen cepat sembuh dan tak perlu lalui proses ini lagi.. huhuhu :'(


Dalam masa beberapa hari IV yasmeen bnyk kali bertukar, mana taknya baby ni KUAT, habis bengkok2 IV line tu dibuatnya.. ada satu malam tu.. yasmeen tendang kuat sangat, masa nurse nk inject Antibiotik.. nurse tgk kaki yasmeen berdarah... ooohh... notty yer?!
Bila petang balik kerja En.Shahar pasti akan dtg melawat... ada satu hari, tayar motor en.shahar pancit kat hiway .. hampir2 dia terjatuh diatas jln raya. Nasib baik dia teror mengawal handle motor.. kalau tak.. tambah lah lagi kesedihan aku..


Pernah satu malam tu, aku pesan mcm biasa lah pada nurse, aku nak tido sekejap kat bilik ibu... dlm pkl 3pg aku dikejutkan nurse, yasmeen menangis.. berlari tak cukup tanah dibuatnya.. dlm mamai2 tu aku hampir2 terlanggar pintu wad.. sebbaik la takde pape.. agaknya mau aku plak yg duduk ICU...akakakak..


Beberapa hari yasmeen dlm bilik kaca tu.. member sebelah still tak berubah, X-ray dia setiap hari diambil.. last2 dia positif H1N1... Ya Allah kesiannya baby lelaki tu... parents dia lebih la lagi .. aku & yasmeen dikeluarkan dari bilik tu.. skrg bilik tu dikuarantin..no body can enter except doc & nurses. ceh... skipping london kau.. :D
Baby boy tu.. bnyk kali mencetuskan kegawatan.. tetiba je respitory dia bleh drop.. kalau dah drop alamat bisingla buzzer machine tu.. aku sudah 3kali melihat doktor berhempas pulas cuba menstabilkan dia..ada sekali tu Susu memenuhi paru-parunya menyebabkan dia lemas.


Aku lagi la cemas... So, Yasmeen mcm mana?? tidakkah dia akan terjangkit setelah berhari2 duduk dlm bilik yg sama... aku pasrah & terus berdoa agar yasmeen dihindari dari segala penyakit merbahaya.


Akhirnya aku dgr2 citer dari roommate hari ke 12. baby lelaki yg positif H1N1 menemui Penciptanya..Innalillahiwa inna ilaihirojiun.. Akhirnya dia menjadi bidadari syurga Allah.. Beruntunglah baby itu... tempatnya sudah pasti disana.

Alhamdulillah.. yasmeen semakin baik.. tahap respitori dia konsisten lebih dari 96%.. kali ni yasmeen dipindahkan pula ka recovery room.. oh..peluang utk discaj adalah lebih cerah... aku suke!aku suke! :D


Hari ke-9.. tamatlah sesi rawatan yasmeen di Hosp Serdang. Aku sangat2 berterima kasih pada semua doktor & staff yg tak jemu-jemu menjaga & merawat yasmeen.


Yasmeen dibekalkan dgn antibiotik & ubat Tamilflu. So,aku akan pastikan dia consume mengikut masa & habiskan ubat tu. Kali ni En.Shahar tak dpt jemput kami, my mom amik weols slps balik dari kerja.. thanks MAK!


Hadui... dugaan yasmeen tak sampai disitu sahaja... tapi aku dah lenguh menaip... so, utk mengetahui cerita lanjut.. ikuti coretan ku yg sseterusnya..
now aku nak sidai baju la.. kang bising plak en.shahar... Farah dah start asking,
"Ummi ni asik guna komputer jer... ummi buat keje ker?" hahha..kantoi..
sebagai halwa mata... aku kongsikan kenangan aku & yasmeen di dlm wad NICU.
sedih .. sob sob..

bilik ibu.. kat sini la ibu2 tidor

allergic dgn tape

Time ni dah sihat sikit

Dah bole senyum

IV yang ntah berapa kali dibuat

IV lagi besar dari tgn saya...

rehat skjp


lena nya yasmeen

ummi & yasmeen

IV terakhir sebelum pulang... harap sgt IV ni tak bengkok..

Tunggu masa Opah dtg amik kami

tongkat dagu tuu.. ko ader??

dah siappp...mana opah ni??

yasmeen tak sabar nak balik rumah










6 comments:

  1. SEDIHNYER....ishhh akk mmg xbleh tgk budak2 dgn wayar2 kt muke/tgn/kaki,sebak rasenyer.smoga tuhan memberikan semangat kau yg kuat ni kt ibu2 yg lain jugak;)go liza,go liza!!!

    ReplyDelete
  2. THANKS KAK IZRA diatas support mu itew... :)) insyaallah.. selagi nyawa dikandung badan...akan terus bersemangat demi yasmeen.

    ReplyDelete
  3. Kesabaranmu sekeluarga pasti ada hikmahnya...Puteri Yasmeen sayang moga dirimu sentiasa di bawaha rahmatnya...

    ReplyDelete
  4. well done di atas segala yg tlh kau lakukan! :)

    Zai Keflee

    ReplyDelete
  5. banyakkan bersabar..dan anggaplah dugaag dariNya..saya tertarik baca blog puan...

    ReplyDelete
  6. Insyaallah & Terima Kasih kerana sudi singgah .. :)

    ReplyDelete