Sunday, January 29, 2012

Masalah Lambat Bercakap?



وَكَلَّمَ ٱللَّهُ مُوسَىٰ تَڪۡلِيمً۬ا

...Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). An-nisa (164) 


Ayat ini diajar oleh sahabat ku Azah, ini mesej bergunanya buat ku & aku juga ingin kongsikan buat mereka yang di luar sana yang mempunyai masalah anak lambat bercakap, kita berusaha, berdoa & bertawakkal kepada Allah ... and Thanks Azah sebab sudi share dengan kita :)

Hi liza,
aku terbaca dlm buku rawatan dato dr haron din. Cubala k. Kene yakin yg Allah maha kuasa.

Baca surah alfatihah dan baca surah an-nisaa' ayat 164 pada madu dan sapukan madu itu di bawah lidah yasmeen.

Ayat surah an-nisaa 164
Wa kallamallahu musa taklima.


insyaaallah.

Azah

Friday, January 27, 2012

ENT @ Hospital Sungai Buloh (1st appt)

Taraaa.... well, pagi ni adalah appointment pertama kami di ENT Hosp Sg. Buloh. Memandangkan nak ke Sungai Buloh tu tak tahu macam mana keadaan jalanrayanya...maka weols keluar rumah seawal 7.45am, supaya kami sampai di ENT Clinic tepat pada masanya. 

Alhamdulillah perjalanan agak lancar, cuma masa kat KESAS je ada sedikit halangan, lori rosak di lorong paling kiri menyebabkan laluan menjadi 2 lane sahaja.

Tiba di perkarangan HSB lebih kurang pukul 8.30am, paking-paking kat sini walaupun kereta banyak, tapi still boleh la kalau nak parking dalam lot. Syukur lah, parking kami tak jauh sangat dari lobby hospital. Kat belakang Kafe jer. :)


Kaunter Pendaftaran HSB tak sebesar Kaunter Pendaftaran HTAR, patient pun tak seramai di HTAR. Sangat convenience. Baru tekan nombor, duduk dalam 2 minit , nombor pun dipanggil. Mujurlah klinik-klinik pakar kat sini senang nak cari. Klinik ENT hanya di belakang Kaunter Pendaftaran.


Masuk je dalam klinik ENT, kad appointment diletakkan dalam bakul khas.
Masa mula-mula sampai, patient tak sampai pun 20 orang, tapi dekat nak 15 minit, patient ENT bertambah-tambah sehinggakan tiada satu kerusi pun yang kosong.


Kat ENT klinik, masa menunggu memang lama. Aku dah naik jenuh menunggu, ada dalam 35 minit. Dari baca buku, mengcangkung, Yasmeen dah start buat perangai, tak mau berdiri sendiri, asyik minta didukung. Nasib baik abah ada... kalau tak, duduklah yasmeen dalam stroller. 


Akhirnya, Dr. Fadzilah memanggil nama Yasmeen. Dr. Fadzilah ni happy go lucky orangnya dan ramah. Soalan pertama dia kepada kami, adalah life & health history Yasmeen. History pregnancies sebelum ni. Dia tanya lagi,
"apakah yang puan expect from this CI?"


"Saya kalau boleh mahu Yasmeen mendengar & bercakap macam kanak-kanak yang sebaya dengan dia".- Ummi


"Puan meletakkan High Expection, jangan terkejut kalau saya katakan dia tak akan sama level language dengan rakan sebaya dia, sebab bila alat CI diaktifkan, itu umpama pendengaran sewaktu umur dia dilahirkan. Dia akan berbeza dengan rakan yang sebaya"- Dr. Fadzilah


Memang aku mahukan yang terbaik & terbagus untuk Yasmeen, tapi aku jugak boleh menerima anak ku seadanya. Jika setelah segala usaha & tawakkal & iringan doa, aku redha. Cukuplah jika Yasmeen mampu menuturkan kata sepatah-sepatah, asalkan aku dapat merasai hatinya, bila dia "Happy", bila dia "Sedih" dan bila dia "sakit"...


Dr. Fadzilah juga mengingatkan, memasang CI ni bukan sekadar pasang & activate, tapi komitmen parents amatlah penting di saat Rehabilatasi selepas operation tu untuk mendapatkan results yang bagus & Yasmeen boleh mendengar & bercakap. Part ni aku ada sedikit goyah. Aku adalah ibu yang bekerja, aku tak mampu untuk monitor & mengajar stimulate yasmeen 12 jam di waktu siang. Aku tak kan boleh juga mengharapkan pihak nursery untuk membuatnya 100%. Aku harap aku cukup kuat untuk memberi intensif stimulation selepas waktu pejabat. Aku cuma punye 4 jam waktu malam untuk mengajar yasmeen.

Dr. Fadzilah juga menerangkan beberapa proses lagi sebelum CI ni dipasangkan pada yasmeen.

Sebelum pemasangan :-
-Yasmeen kene buat CT Scan & MRI, untuk mengenalpasti saraf yasmeen boleh berfungsi.Kalau yasmeen tak boleh tidur masa CT & MRI ni, maka Yasmeen kene buat kat HKL.
-Ujian darah yasmeen
-Imunisasi untuk mengelak terkena meningitis sebanyak 3 kali setiap 2 bulan. (RM250 x 3)
-Rekod PEADs Yasmeen termasuk MRI Brain (film)
-Buku Rekod Kesihatan Yasmeen (Buku Biru)
-Kemudian kes ni akan Dr. bentangkan dalam 'meeting' diorang untuk penilaian. 


Selepas diaktifkan:-
-Rehabilitasi / Speech , memang kene 100% straight! Ini yang akan menentukan keberhasilan CI tadi.
Dr. Fadzilah kata, dia lebih prefer kalau Yasmeen follow up Speech & Audio di HSB selepas CI diaktifkan.


Untuk kali ini, Doktor beri yasmeen ubat titis hidung (ini sebab hidung Yasmeen selalu berair waktu sejuk, ubat ni lebih untuk alahan) dan ada jugak ubat untuk minum. Huh, kene habiskan dalam masa sebulan.


Sebelum balik, untuk next appointment Doktor dah setkan date untuk Speech & Audio pada tarikh yang sama, sebab pegawai speech & audio akan buat assessment terlebih dahulu untuk melihat sejauh mana progress yasmeen sekarang ni.


Hokey, pasal ENT sudah beres, cuma kami perlu ke HTAR untuk sampaikan MEMO kepada PEADS di Klang untuk keluarkan report yasmeen, sebelum perjumpaan kami yang ke-2 nanti.


Proses mengambil ubat yasmeen, hulamakkk... 45minit aku duduk sambil layan menonton drama kat tv3. Yasmeen & En. Shahar dah kembali ke kereta, yasmeen dah tak betah duduk kat Farmasi lama-lama.



Speech, Tymp, & ENT Follow up @ HTAR


 

26/1/2012 - Khamis

Sepanjang perjalanan pulang dari hospital aku drive sambil mengalirkan airmata. Aku tak tahu tangisan itu utk apa sebenarnya.Samada takut? atau bersyukur sebab doa ku dimakbulkan? semuanya bercampur menjadi satu. Aku takut ... takut jika yasmeen mengalami kesakitan & operation itu menjadi sia-sia.... :'(
-----------------------------

1st thing kami buat apabila sampai di ENT Clinic HTAR, jumpa Pn. Farah untuk buat Tymp check up, and seperti biasa, graf tu FLAT ajer. Maknanya still ada cecair dalam telinga Yasmeen. 

Okay, memandangkan aku dah suarakan hasrat mengenai pemakaian CI pada Yasmeen, maka Pn. Farah kata dia akan dapatkan appointment date dengan ENT Clinic Hosp. Sungai Buloh dulu. Cukup efisyen date dah pun ditetapkan pada 3/Feb/2012 , 9:00am.

Selesai sesi dengan Pn. Farah, sesi Speech bersama Cik Shira pula. 
Kelas hari ini mengulang-kaji sesi lepas, bermain sambil mengajar, memperkenalkan perkataan baru. Sebelum berakhir, hari ni Yasmeen di introduce kan dengan "BUNYI BISING" yang annoying , dan "BUNYI PERLAHAN" yang sedap didengar. Bila bagi Yasmeen kayu drum tu, apalagi.. kami yang terlebih annoying mendengar ketukan yang membingitkan telinga.
Tapi dia selamba , senyum melihat kekerutan di wajah weols. :P naughty girl!


Language Yasmeen tak banyak improvement, mulut je bukak, suara tak keluar.

Then, selesai speech , nombor kami pun tertera di skrin, so, masa untuk berjumpa doktor. Masuk je kat dalam bilik doktor, Yasmeen sudah menjelajah & menge-test machine yang ado kek dalam tu.. haha.. bila machine tu berbunyi, kelam kabut dia lari :P.

Doktor Roslinda tanya perkembangan bahasa Yasmeen, seperti yang aku cakap awal-awal tadi, tak banyak improvement. Doktor check telinga, dia kata yasmeen masih ada cecair di dalam telinga nya. Dia cakap, kalau diikutkan kene keluarkan. Dia kata lagi, Yasmeen memang kurang mendapat benefit dari pemakaian H.A , sejak 7,8 bulan pakai, Yasmeen cuma ada minimal improvement. So, dia kata Yasmeen adalah Candidate for CI. Dia tanya lagi samada dah ada buat CT Scan & MRI untuk Yasmeen. Aku cakap belum lagi.
So, terus dia call Doktor di Sungai Buloh untuk refer kes yasmeen.

Doktor di Sungai Buloh, terus minta aku & Yasmeen untuk datang ke HSB pada keesokkan hari. Dia nak interview kami, samada Yasmeen sesuaikah untuk CI. Mereka juga plan untuk buat semua CT Scan & MRI di HSB sahaja. Macam so sudden jer kan? Jumpa Doktor, then terus doktor di HSB ambil perhatian kes yasmeen dan terus set appointment. Masa tu aku dah takde masa nak pikir nak tolak ke, nak set date lain ke... aku just follow apa jua yang doktor advise kan. Aku terus text En.Shahar supaya dia boleh cuti esok & temankan kami ke HSB.

Apa-apa pun aku berterima kasih kepada Pn. Farah , Cik Shira & Dr. Roslinda atas segala jasabaik & usahasama selama Yasmeen dalam pemerhatian diorang. Tapi kami still akan terus buat follow up di HTAR. :)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, January 24, 2012

24/01/2012 , 11:40pm i-City, Shah Alam, Parking Belakang Gerai Durian!

Cisssss... Kononnya nak menapak dan menjelajah i-City... Last last makcik menjadi penunggu 'dua anak dara yang sedang sleeping ala-ala beauty' kat dlm kereta ni. Adik-adik ipar yg lain sedang syok menikmati pemandangan nan indah lampu-lampu kat sinun. En.Shahar pulak terpaksa menjadi bidan terjun menghantar shani & wife nya (gua punye beras) ke emergency unit HTAR, masalah semput.

Si Farah & Yasmeen ni helok la plak nak tido masa orang nak berjalan. Dahlah ini first time gua nak merasa pegi i-city... Dengan melayan jem yg mengambil masa 50 minit sesudah susur dari seksyen 15 tu. Itu belum lg kete yg mcm ulat taik beratur nak cari parking. Phewwww... Kalau ikutkan hati yg hot ni.mau je tukar tujuan asal kepada "makan durian sampai lebam" kat seksyen 7 tu.


Ps: ini adalah "terkujat" punye plan sebab adik adik en.shahar bercuti ke sini sambil menghadiri kenduri naik buai anak buah kami Nur Zara Alisya bt Syafar.psssttt... Nama tu gua ada sumbangkan idea kat parents si baby..hihihi. Sedapkan??? Maksud namanya ialah

"Cahaya Puteri yg Dilindungi"


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, January 6, 2012

Hypertension

Hari ini merupakan

hari Jumaat pertama dlm thn 2012. Alhamdulillah aku masih boleh menghirup udara di mukabumi ini. Walaupun telah beberapa hari aku pulih dari sakit-sakit hari tu, aku still berjaga-jaga. Walaupun sakit kepala & belakang tengkuk sudah beransur hilang aku masih tak puas hati, lalu pkl 11:00 aku cabut pergi ke inhouse clinic untuk mendapatkan kepastian.

Bila doktor tanya 'kenapa?' aku terus ceritakan apa perasaan aku pada tubuh badan aku. And I was in shocked .... tak sangka blood pressure aku naik ke 150/90!!

Aku dah agak dah jugak sejak aku rasa semacam kelmarin. Tu lah gunanya baca emel n internet bnyk2. So aku dah boleh predict awal awal penyakit yang sedang kita lalui. Doktor kasi ubat Ponstan untuk hilangkan sakit belakang tengkuk tu. Alhamdulillah sebiji tu aku boleh bertahan sampai saat aku menulis entry ini. Ya Allah sihatkan lah tubuh badan ku ini.Amin.

Aku bajet STRESS adalah sebabnya. Aku terlalu memikirkan banyak benda sehingga semua aku nak selesaikan serentakkkk. Oh hai... minggu depan mengadap doktor lagi utk monitor bacaan "bp". Wish me luck.... okeh?! ;)

Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, January 3, 2012

Ingat Mati

Seumur hidup aku belum pernah merasai sakit 'angin' dalam perut.

Tapi nak dijadikan sejarah dalam hidupku. Aku telah mengoder nasi kerabu dgn en shahar pada mlm kejadian. Well, dgn tidak berlaku pembaziran, aku telah menghabiskan juadah tu setelah solat maghrib. Oh yer kejadian berlaku pada malam hari jumaat 30/11/2011. ;)

Dengan yasmeen pula membedal seketul peha ayam dgn lahapnya.

Entah setan manakah tetiba bergayut ditubir mata mengasak aku utk melelapkan mata utk seketika. Malam tu pula en shahar outstesen ke pantai timur lagi.

Maka tidurlah aku n yasmeen sehinggalah waktu en shahar nak pergi kerja. Okeylah mata dah ngantuk apa pun tak sedar... Tapi aku masih sedar yg aku belum menunaikan fardhu Isyak. Dalam pkl 12:00 aku terjaga dan terus kebilik air.. gosok gigi dan angkat wuduk. Kemudian bersolat Isyak. Memandangkan aku dah tidur tadi, maka hajat hati nak tunaikan solat taubat dan tahajud sekali. Malangnya hanya sempat melakukan solat taubat jer. Tak lama masa berdoa aku tetiba rasa mual & sakit perut teramat. Bukan nak buang air tapi rasa mencucuk yang pedih gile-gile :-\

Cepat-cepat berlari ke toilet... hah hambekkk.. nasi kerabu tak sempat hadam tersembur keluar. Aduiii... perit & pahit betol! eyeeerkkkk... 
Dan-dan tu jugak badan tetiba jadi lemah longlai, sejadah campur telekung bersatu atas lantai, tak kuasa dah aku nak kemas, terus menjatuhkan diri atas katil dengan harapan sakit menyucuk-nyucuk akan hilang segera.

Aku dah cuak, kalau sakit ni tak hilang macam mana kah nak lalui 24jam tanpa ada en. shahar? Siapa boleh drive aku ke hospital? Sakit menyucuk di ulu hati tak kunjung reda, setiap setengah jam ke sejam, rasa itu akan datang lagi, maka aku tidur-tidur ayam jer malam tu. 

Sabtu 31/12/2011.
Bila masuk waktu subuh, aku pun bangun gagahkan diri untuk ke bilik air. Hah, tup tup 'bendera merah', sekali lagi aku muntahkan nasi kerabu malam jumaat tu... dalam kepala aku dah pikir aku keracunan, ini akan makan masa lah ni.
Aku buatkan susu untuk yasmeen, baguslah yasmeen ni dalam masa aku sakit-sakitnya elok je dia, aku tidur dia pun tidur takde berdecit sikit pun.

Bila dah sakit-sakit ni nak makan pun aku jadi takut, takut makan & muntah.
Lepas tu loya-loya... aik takkan aku preknen plak kan? ini mustahil sebab aku period, tapi period aku pun semacam jugak.. tak macam bulan-bulan sebelum ni? 

Jadi waktu siang memang aku habiskan di atas katil sahaja, tidak langsung menyentuh apa-apa house chores & makan apa aje yg ada dalam fridge, itupun yang senang-senang aje, ie: coklat! Mana taknya, asal bangun je sakit menyucuk tu datang, langsung tak boleh berdiri lama... Yasmeen terpaksalah aku bagi susu sebanyak-banyaknya. Kepala dah pusing-pusing.

Pukul 3 ptg aku sms en. shahar tanya di manakah gerangan dia berada. Bunyik sms berbalas, katanya "ondaway ke genting dah".. so, aku bajet dia akan sampai umah dlm pkl 5:00-5:30ptg jika tiada aral melintang.

Pukul 5:00 aku sms lagi, kali ni sms "failed" cuba call pulak, "henfon off", WAAAAA... ini satu penganiayaan!!

Last-last pkl 7:00mlm en. shahar call, tapi aku dah merajuk, maleh nak pick up phone.. tunggu jelah dia sampai umah. 
Sampai kat rumah barulah berlari-lari bapak terkam aku & yasmeen, tapi kesian jugak kat dia, sebenarnya dia tidur untuk melepaskan kantuknya. Dia off kan handphone sebab tak mau diganggu oleh oleh clientnya.
Dia kata kalau dia teruskan jugak perjalanan, dia yang MATI nanti. 
Yelah-yelah, kita taknak dia mati dulu... kita maafkan dia!

Ahad 1/1/2012.
Pada ketika itu, aku tak sedarpun dah masuk tahun baru, lantaklah! Ianya sekadar tarikh yg pastinya aku akan terus memperjuangkan AZAM yang selama ni masih belum fully tercapai.

Sakit-sakit yang ku deritai tu sudah beransur reda, walaupun belum benar-benar pulih. Kadang-kala sakit menyucuk tu datang tapi masih boleh dikawal.
Emak pula call minta kami datang ambil aidil & farah dirumah makcik di Puchong. Terpaksa jualah aku gagahi. Selepas ambil anak-anak, plan seterusnya ke Tesco mencari susu Yasmeen. Aku tak betah berlama-lama berdiri & lama-lama di sana, anak-anak aku biarkan en.shahar melayan sambil menunggu mereka puas bermain. Aku ambik kunci kereta & tersandar lesu.

Siang berganti malam, kepala still ting tong. Makan pun ala kadar jer, tak lalu nak makan rasanya.
Isnin 2/1/2012.
Celik jer mata, aku teringatkan buku-buku sekolah anak yang masih belum dibalut, lencana sekolah belum ditampal. Bertatih-tatihlah aku ke bilik belakang. Akhirnya selamat setel segala mak nenek tu. Kepala masih berat, maka niat nak gosok baju pun terbantut. Hari lain jelah mak korang ni akan gosok.

Seharian di rumah, nothing much yang aku buat! aku buat tidur... baring... tidur.. baring! Segalanya disiapkan oleh en.shahar. aku jadi permaisuri atas peraduan jelah.

Cuma, bila tiba waktu malam, aku rasa kesian pulak dengan makhluk-makhluk paling seksi dalam rumah ni, kepala yang masih berat ni aku tak hiraukan, aku minta en.shahar belikan bayam , sebab aku tahu Aidil suka makan bayam, so aku nak masak untuk anak-anak & kari ikan untuk suami.

Pukul 9:00 mlm baru lah kami soruuu... burrppp! Alhamdulillah aku masih kuat untuk berkhidmat pada keluargaku.

Selasa 3/1/2012.
Maha Suci Allah, celik mata aku masih terasa okay lagi. Bila dah siap-siap tinggal nak sarung tudung kepala, tetiba aku jadi lemah selemahnya. Aku baring sebentar di sebelah yasmeen, tapi aku sempat kunci jam 6:46am , incase la tetiba aku tertidur. Jadilah dpt baring 5 minit jer. Bangun terus aku kuatkan semangat ke cermin hias dan terus memakai tudung. Enjin kereta ku panaskan dulu, beg-beg dimasukkan ke dalam kereta, akhir sekali barulah masukkan yasmeen ke seat hadapan. Nyenyak sungguh dia tidur. :)

Tangan terasa goyah tatkala memulas stereng, tapi demi sesuap nasi aku gagahkan jugak drive. Tekak rasa mual, kepala terasa sengal & bahu sengal...

Sampai kat opis terus aku bukak surau & tidur terdampar.. niat nanti dalam pukul 9:00am aku harus ke klinik.

Waktu  silih berganti, tanda-tanda nak ke klinik tak jugak ada. Aku bertawakal pada Allah, harap-harap sakit aku ni tak serius. Tapi dalam kepala otak aku dah terbayang yang bukan-bukan... Aku tahu Mati itu pasti, Hidup Itu InshaAllah, tapi kalau diizinkan Allah, biarlah aku mati selepas Yasmeen boleh berdikari & selamat menjalani koklea implan nya. :'(

Alhamdulillah dari Zohor ke Asar, Asar ke Maghrib, Maghrib ke Isyak, Allah masih membenarkan aku bernafas dimuka buminya. Apa yang aku google tadi, setiap 21minit Malaikat Maut mengunjungi kita. Bersediakan kita? Ya Allah, panjangkanlah umurku dalam mentaati Mu & mentaati Rasul Mu. Amin.
-------------------------------------------------------------------------------------------

"Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)
 Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.

Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?"
 
(sumber dari Aniazone.blogspot.com)

Published with Blogger-droid v2.0.2