Friday, August 26, 2011

Gambar Yang Dah Lama Terjeruk

Rambut Yasmeen yang dah boleh disanggul...

Makan dibulan Puasa... korang boleh? hehe, time ni kami ondaway balik dari Hospital (Audio Session)

Makan Nini Celup-celup...
Yasmeen yang keletihan setelah penat meneman mummi bersosial dgn Auntie-auntie Sporting

Lena sungguh si kecik ni!

Saturday, August 20, 2011

Oh Peti Sejuk Ku!

Hurmmm... syukur alhamdulillah... selamat duit kami, mana tak nya, hampir-hampir je kene keluarkan duit merepair peti sejuk tu. Ini dah kali ke-2 peti sejuk kami buat hal. Ha'ah... macam kebetulan pulak, pertama kali kene bulan Syawal 2010 tahun lepas, dia taknak sejuk..motor dia senyap jer.. tak berfungsi. Dengan mendapat nasihat dari adik En.Shahar, Syali, maka En.Shahar ON/OFF switch peti sejuk tu & biarkan selama beberapa jam.

Hari pertama TAK OKEY jugak, next day buat lagi, sampai la ko bosan. Dah sampai tahap rasa give up & nak beli je yang lain, kalau repair ntah berapa plak kosnya.

Tahun ni dia buat hal lagi, elok 2 hari kami berpuasa motor peti sejuk tu buat perangai. Sekali lagi breakdown, selepas en.shahar cuba menukar suhu selector dalam peti tu. Tak lama kemudian terus jadi bengong peti tu. Maka kami ulangi tips yang diberikan oleh Syali.
 
Sampai la puasa yang ke-16 barulah motor peti sejuk hokey! Adeih... bikin orang cuak jer. Bayangkan la, betapa susahnya kami nak simpan lauk, jadi kami pun kalau membeli juadah berbuka cukup-cukup untuk makan malam tu aje. Untuk bersahur , kami akan masak lain, alah...masak sesimple-simplenya.
Dah seminggu ni makcik buat Roti Benjo untuk anak-anak.. senang, bangun pkl 5.00am pun tak kisah & tak perlu terkocoh-kocoh. Buat Air & makann....

Nasib baik Aidil & Farah jenis suka roti benjo. Senang keje ummi. hehehe :)
Hentah bile la ummi nak merasa beli PETI SEJUK yang BESAR gedabak LAGI MODERN ni, sekali tengok macam almari baju plak.. hehehe

Owh, dah nak Raya?!

OMG Pejam celik, pejam celik, hari ini dah masuk puasa yang ke-20, lagi 10 hari kita bakal menyambut Bulan Syawal, yakni ketibaan Syawal meraikan Kemenangan Umat Islam yang menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan.

Macam mana dengan persiapan menyambut Syawal??? buat masa ni masih terkawal walaupun belum betul-betul 100% prepared.


Tadi masa menyidai kain di belakang, terbau-bau jiran selang 2 biji rumah tu membakar biskut raya... bagusnya Kak L tu, dia memang rajin...

Ntah bila la ummi nak merasa buat biskut sendiri? Takpe la lagipun abah dah beli 3 bunjut kerepek & kuih tiram, nanti cuma beli 2 bekas kuih je lagi. Cukup la tu jangan membazir nanti dah habis Syawal pun biskut tak habis-habis.. muhuhuh..

Bab langsir plak, tahun ni NO langsir baru, NO cat baru.. kopak la kalau tiap-tiap tahun berganti baru... yer tak? Taapii.. pagar depan rumah tu dah teruk sangat berlumutnya. Abah ni kalau tak disuruh maka taklah dibuatnya.

Tahun ni ummi nak ala kadar saje, menyediakan beberapa helai persalinan untuk diri sendiri & anak-anak, manakala untuk abah pulak masih belum berkesempatan menyopping, alahai En.Shahar tu, kalau ikutkan dia, baju melayu tahun-tahun-tahun sudah pun okay baginya. Hurm, dah lama jugak abah tak tukar kasut raya, katanya kasut masih elok.

Maunya tak rosak, abah jarang pakai kasut tu, cuma bila ada majlis & berjalan ke tempat-tempat special baru pakai. Kalau pergi kerja pun pakai safety shoes maka lambat la rosak kasut dia tu. Kadang-kadang ummi kesian kat abah, dia jarang membeli barangan untuk dirinya sendiri, tapi ummi takkan biarkan suami ummi selekeh dan tak berganti-ganti pakaian, bila ummi keluar dan ada duit lebih, ummi akan belikan baju baru untuk abah. Cuma kalau beli seluar kene bawak abah sekali, maklumlah.. ukurlilit pinggang abah ni kadang-kadang okey, kadang-kadang over... hahaha..

Tahun ni seperti raya yang sudah-sudah, Raya Pertama di Melaka, Raya Kedua bersiap-siaplah kami ke Kuala Kangsar pula. Urm... tak sabar rasanya! Anak-anak lebihlah lagi, time-time gini la depa semua seronok berjumpa sepupu-sepupu boleh main bunga api & beraya disekitar kampung sambil kumpul duit raya.



Raya ni ummi pun nak bertekad, tak mau makan banyak-banyak sangat masa 1st Raya tu... maklum la ummi tak mau nanti ada sesi berebut 'bilik kecik' kat kampung tu! wahahaha... Cukuplah 2-3 tahun lepas dah terkena, tapi susah lah ummi ni, cakap je lebih, buatnya tidak.... Macam mana nak 'tolak' rezeki, kalau semua nya sedap-sedap belaka, rendang, ketupat, nasi himpit, lontong & bla...bla..bla... last-last perut ni yang menerima azabnya. Kasihankan?!

Untuk menambahkan Mood raye, mari layan Anugerah Aidilfitri by Siti Nurhaliza, salah satu feberet raya song ummi... kalau on the way balik kampung CD Lagu Raya siti asik la berulang-ulang sampai la ke destinasi akhir! Even jalan beraya pun, ummi & abah pasang CD raya siti...hehehe




Dan Jugak SESUCI LEBARAN!


Kalau nak lebih evergreen & oldies, kita layan ini pula..


Ahmad Jais : SELAMAT HARI RAYA
Rafeh Buang : Bila Takbir Bergema
Sanisah Huri : Aidil Fitri
Uji Rashid & Hail : SELOKA HARI RAYA

Kalau nak banyak lagi, sila lah ke youtube atau beli saja CD or DVD Raya.. bolehlah korang layan lah sampai lebam  kah..kah..kah!!


Sudah!Sudah! Makcik nak ke dapur ambik penyapu... lantai ni baru je disepah-sepahkan oleh si kecik!

Saturday, August 13, 2011

Jual Rumah





Assalamualaikum my dear-dear friends,

Kali ni makcik nak buat iklan sikit... bukan iklan MLM atau iklan cepat kaya ker, cara mudah cari duit ker, iklan cari calon isteri or calon suami ker...

Tapi ini IKLAN nak JUAL RUMAH...
Secara asasnya, ini adalah rumah pertama makcik beli masa sebelum kahwin dengan En.Shahar.

Buat masa sekarang rumah ini didiami oleh adik ipar makcik, but now dia dah kawen & PIL (parents in-law) dia invite duduk sekali dengan mereka.

So, rumah ni tunggu untuk dikosongkan. Disebabkan Makcik dah letih dengan komitmen, maklumlah...kami ni makan gaji, pendapatan cukup-cukup makan je, itupun dah banyak yang kami kene cut-cost, nak cari penyewa sekarang ni pun payah, banyak pro's & con's, takut kalau sewakan pada orang nanti rosak rumah, makin banyak pulak belanja nak repair...haih! So better jualkan??

Maka kami suami-isteri telah bersepakat menjual rumah ni, untung-untung boleh buat saving untuk Implan Koklea Yasmeen nanti.

Jadi begini lah, biar makcik kasitau :-

Jenis rumah : Apartment
Harga : RM65,000 (nego) , masih boleh berbincang. Lokasi di Puchong, kalau nak lebih info lanjut PM makcik at putra_lissa@yahoo.com

Facilities sekarang yang ada, restaurant, klinik, workshop, speed99 mini market, perkhidmatan bas awam, pusat dobi, free parking space, easy access to highway KESAS/MEX/LDP/SKVE.

Friday, August 12, 2011

KENAPA AKU DIUJI?

Sempena bulan yang mulia ini, suka saya ingat-mengingati sesama insan, marilah kita musabah diri, tanya pada diri, mudah-mudahan titipan ini mampu membangkitkan HATI kita yang layu supaya selalu mengingati dan sekaligus bersangka baik kepada NYA. 
----------------------------------------------------------------------------


Kita bertanya : KENAPA AKU DIUJI?
 
AL-QURAN MENJAWAB:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3-



Kita bertanya: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


QURAN MENJAWAB:


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216-



Kita bertanya: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


QURAN MENJAWAB:


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286-



Kita bertanya : KENAPA RASA FRUST?


QURAN MENJAWAB:


"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139-


Kita bertanya: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


QURAN MENJAWAB:


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45-



Kita bertanya: APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."
- Surah At-Taubah ayat 111-



Kita bertanya: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


QURAN MENJAWAB:


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129-



Kita bertanya: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!


QURAN MENJAWAB:


"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12 -

Tragedi Kilang Mercun di Sungai Buloh

Memandangkan Hari Raya bakal menjelang, pasti ramai kanak-kanak sekarang ni tengah teruja membeli , memujuk daddy-daddy untuk membeli mercun lah, bunga api lah... 

Tapiiii.. kat sini makcik nak kita semua mengimbau kembali kisah tragedi berdarah yang meragut puluhan nyawa, tragedi yang mungkin sampai sekarang ada sesengahnya masih mengalami Trauma..
Petikan ini makcik kopipes dari email yang masih panas-panas masuk ke dalam Inbox ... 

Kalau tak salah, disebabkan kes ini jugak Akta Kesihatan & Keselamatan Pekerja diwujudkan. Huih, time ni makcik masih dibangku sekolah..masih main pondok-pondok...

Alkisahnya....

Letupan paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor. Anggaran Masa Letupan ialah pada pukul 3.45 petang yang mengorbankan 26 orang di samping 83 orang yang cedera. Jumlah Kutipan Derma Tabung Bencana dianggarkan sebanyak RM935,688.18.

Tapak Kilang Bright Sparkler

Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ?Hiroshima Sungai Buluh? berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu semasa Perang Dunia kedua.Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi. Bunyinya yang kuat bagaikan letupan bom berkuasa tinggi dan kesan gegarannya memecahkan cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang terletak kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari kilang itu.

Jika kawasan sejauh itu mampu musnah dan rosak, dapatkan anda bayangkan keadaan mangsa yang berada hanya beberapa kaki dari bahan letupan itu ketika ia meletup? Tragedi kilang mercun itu meninggalkan kesan sejarah besar kepada negara, sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini dibenarkan malah dihasilkan kilang di negara ini. Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petangapabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.

Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer. Berpuluh-puluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.

Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.Keadaan kelam-kabut terus berlaku apabila penduduk dan beberapa pihak yang berada berhampiran kilang melarikan diri bagi mengelak terkena serpihan batu, batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan itu selain bahang api.

Beberapa pihak yang gagal menyelamatkan diri akhirnya cedera terkena serpihan dan api itu. Kemalangan jalan raya turut berlaku sewaktu pemandu bergegas menyelamatkan diri ketika kebakaran ini. Seorang wanita cedera di kepala apabila terlanggar sebuah kereta di jalan raya dalam cubaan menyelamatkan diri itu.

Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengaran raungan kesakitan di mana-mana. Berpuluh-puluh mangsa berlumuran darah merah, manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi. Wajah cemas dan sugul mengiringi pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada sesiapa saja yang dijumpai untuk mengetahui nasib sanak-saudara masing-masing yang bekerja di kilang berkenaan. Bimbang mereka jika insan disayangi menjadi korban tragedi itu. Tangisan dan raungan semakin kuat kedengaran tatkala melihat keadaan ngeri mangsa yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badan dibawa keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar.


Lapan jentera bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, Wilayah Persekutuan(2), Petaling Jaya (2) dan masing-masing sebuah dari Damansara Utama dan Shah Alam tiba seketika kemudian untuk memadamkan kebakaran dan menyelamat mangsa. Lebih 50 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kepayahan lantaran pelbagai masalah timbul. Tekanan air terlalu rendah, pili jauh, api merebak terlalu cepat, angin kencang serta beberapa letupan menghalang tugas memadam dengan lebih mudah. Apabila pasukan bomba tiba, api sudah merebak ke tiga buah rumah berhampiran kilang. Akhirnya pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang dibawa sendiri dan selepas bertungkus lumus selama dua jam, mereka akhirnya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain di sekitar kawasan berhampiran.

Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima dari Hospital Sungai Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang parah untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Keprihatinan orang ramai menyebabkan ada mangsa dibawa ke hospital menggunakan lori dan van dalam keadaan berlumuran darah. Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba tidak dapat meneruskan operasi mencari mangsa dengan mudah kerana khuatir letupan akan kembali berulang berikutan masih ada tiga tempat simpanan letupan bawah tanah di kilang itu. Dua daripada stor simpanan itu sudah meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya. Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku.

Sehari selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung. Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa buah hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis juga menerima aduan mengenai kehilangan enam orang penduduk tempatan. Selain itu, 37 buah rumah dan kilang serta tujuh buah motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu.

Polis bagaimanapun mengalami kesukaran mengesan jumlah sebenar pekerja yang hilang dalam letupan itu berikutan majikan tidak mempunyai daftar kehadiran tugas harian dan ada pekerja kilang berhampiran yang cedera atau belum melaporkan diri. Kemudian satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi itu mula terbongkar. Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja di bawah umur!

Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan. Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak.

Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak disediakan secukupnya di kilang itu. Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 orang anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu.

Kemudian operasi diteruskan dengan anggota penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang. Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ?Operasi Api Buluh? untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam keadaan yang mengerikan, iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang, malah semakin merebak kepada penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu.Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal oleh pihak berkuasa yang segera memadamkannya.











Thursday, August 11, 2011

Latih Tubi

Malam tadi, sedang ummi berfesbuk & bertwit & berblogeh, ummi nyanyi lagi Lagu 3 ekor binatang yang cik shahira ajar tu,

Masa time "kokok kokokok.." , ummi pun pandang pada yasmeen, yasmeen pun membalas lagu ummi dengan turut sama membunyikan "kokoko..." walaupun intonasinya tak seperti intonasi lagu ummi...

Ahhh... itu pun ummi sudah cukup bersyukur, kerana yasmeen boleh mendengar lalu cuba meniru bunyi tersebut!

Mmmm.... sayang anak ummi nih!

Pilih Kasih

Simpulan bahasa untuk malam ini ;

PILIH KASIH  = ertinya, memberi layanan lebih kepada orang yang disukainya.

well, kenapa aku memilih simpulan bahasa ini?? sebab aku tetiba ter-feeling something dengan layanan sesetengah orang terhadap si dia.

Tapi aku juga harus redha, tak semua orang suka apa yang kita ada/buat. Aku harap ini tidak akan menjadi kudis dalam hidup ***.

Yang penting, tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dipikul dengan sebaik-baiknya, yelah orang pun faham bukan 100% yang boleh dicapai. 80% pun sudah memadai.

Kesian si dia, hanya menumpang kasih dihujung halaman.. hiba naluri keibuan ku apabila  menilai, memproses 'bahan-bahan tatapan' yang disogokkan.


Well baby, you're just not their favorite ones... i admit it! :) 




Wednesday, August 10, 2011

Speech Therapy 2

Alhamdulillah, hari ni ummi & yasmeen mampu meng-available-kan diri untuk menghadiri appointment Speech Therapy.

Di sebabkan Terapi kali ini disetkan pada pukul 12 tgh hari, maka ummi dah ambik fullday leave, semata-mata untuk memastikan Yasmeen mendapat hak untuk mengikuti kelas ni.

Oowh.. seronoknya ummi hari ni sebab dapat parking di level 2, tanpa melibat illegal parking...wargh...wargh..wargh.. tidak seperti selalu. Ummi wondering kenapa erk agaknya parking lengang la. Agaknya tak ramai yang sakit kot time-time bulan puasa... hurmm... bagusnyer!

Kat Kaunter pendaftaran pun memang best! Ambik nombor tak sampai 5 minit nombor pun dipanggil, maka makin gumbire & bersemangat nak ke Speech ni.

Keluar dari lift, Yasmeen berlari-lari anak (dengan gaya spesel dia sendiri), menuju ke THT/ENT clinic.

Selesai meletakkan kad temujanji di dalam bakul yang disediakan, ketua jururawat panggil nama Yasmeen, meminta ummi & Yasmeen menunggu di tempat biasa.

Sesampai di sana, terlihat sepasang warga emas, Yasmeen mana boleh duduk saja tanpa ada aktiviti exploration dia. Mula la dia, apabila dipandang oleh pakcik yang sedang menunggu makin lah galak dia tunjuk skill  memanjat belakang kerusi. Tak cukup dengan itu, nurse yang praktikal kat ENT pun sajak melayan kerenah si yasmeen, tapi bila didukung tahu lak dia malu-malu. Cuba kalau dilepaskan, macam lipas kudung aksinya.

Jam masih belum menganjak ke pukul 12, ummi & yasmeen ada masa lagi melepak & melayan 'kemanjaan' yasmeen.

Pakcik yang dari tadi sibuk membaca paper, sudahnya menyapa ummi, bertanyakan umur Yasmeen. Ummi pun balaslah, "umur dia baru 2 tahun"


Pakcik & makcik ni actually temankan anak perempuan dia. Anak pompuan dia ni ada sorang baby boy umur 9 bulan, ini kali ketiga saringan pendengaran.


Masa lahir dulu, dia lemas & suspected ada jangkitan di otak, so doktor nak make sure hearing ability dia. Masa baby ni keluar dari Bilik Audio, humangaiii.. besor nyer... 9bln, berat dia pun 9.3kg ... urrmmmm... macam berat yasmeen umur 2 tahun. Alhamdulillah, baby ni pass ! So, parents & grandparents dia dah tak perlu risau :).


Pakcik ni pun bukan sembarangan orang, dulu dia pun pernah menjaga orang-orang OKU, so bila doktor kata cucu dia berkemungkinan besar akan tak normal seperti bayi lain, dia dah start dengan fizikal terapi di rumah lagi. Lebih-lebih lagi, cucu boy ni adalah cucu pertama keluarga dia... memang melimpah ruah lah kasih-sayang& perhatian. Umur pakcik ni pun dah nak masuk 70-an, tapi still nampak kuat. Guraunya lagi, umur dah tua, baru dapat sorang cucu... 


Sebelum makcik,pakcik & mak baby tu berangkat pulang... Pakcik tu duduk disebelah Yasmeen, sambil mengusap yasmeen dia berkata, "cepat besar yer nak..". "Ialah atok", balas ku senang.


Makcik hulurkan tangan bersalaman diikuti pula anaknya..:)


Terharu ummi, atok tu sudi bermesra & doakan yasmeen cepat besar..


Yasmeen memang istimewa, yasmeen cantik, yasmeen comel, yasmeen keletah, yasmeen buat orang senyum & ketawa.. tak kira lah, bujang ke,orang tua ke,cina,india atau melayu, sesiapa yang memandang, pasti senyuman & sapaan dilemparkan buat mu nak... secara zahirnya semuanya nampak normal, namun Allah berikan sedikit ujian buat ummi dengan menghadiahkan sedikit kekurangan mu. Ummi redha sejak saat yasmeen dilahirkan. No regret!


Diam tak diam, Cik Shahira juru terapi pertuturan memanggil nama yasmeen, kami terkedek-kedek ke bilik terapi.


Hari ni yasmeen dimulakan dengan "Detection", cik shahira membunyikan "Aaaaa.." di belakang kepala yasmeen, sambil yasmeen memegang sebiji bear kecil untuk dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.


Amazing..!! Yasmeen faham cara permainan ini, but dia agak delay bila bunyi lain disebut... contohnya bunyik "Eeee...." , dia macam tercari-cari apa yang perlu dia buat, maka ummi ditugaskan memberi instruction. Agak susah jugak, ummi kene peka, kene buat memek muka, kene sama-sama berkoloborasi bermain dengan yasmeen. 


Yasmeen 10minint je boleh tahan, tak lama kemudian dia buat perangai.. dia turun naik kerusi...fokus sudah hilang gitew...maka cik shahira kene tukar pelajaran lain pula..

Kali ini "MENYANYI".. 


Mula-mula dikeluarkan seekor Ayam... "Saya Ayam, kokokokokok..."
kemudian disua pula ke mulut yasmeen untuk dia sebutkan perkataan "kokokokok" itu... 2..3..kali jugak nak menyakinkan yasmeen. At last, dia sebut jugak walaupun tak begitu jelas. Tapi still kami tepuk tangan untuk encourage kan dia.


Then, keluar pula Itik, "Saya itik, kuek..kuek..kuek.. kuek.."
Ulangi semula seperti tadi, yasmeen ni bila di dalam bilik, tak pula dia agresif, nampak malu-malu pulak bila disuruh itu ini.
Tapi, setelah puas dipujuk, dia sebut jugak... tapi still tak berapa betul pronounce nya itu... but yet kene jugak tepuk tangan..:)


Then lagi, keluar pulak, "Saya lembu....mooo...mooo...mooooo"
Hah, yang moo..mooo ni ada bunyik yang baguss... sebab dia memang dah selalu buat.


So, untuk melatih tubi, Ummi kene nyanyikan yasmeen bait-bait lagu ni setiap hari, supaya yasmeen biasa dengannya, sebab kata cik shahira, orang yang ada masalah pendengaran, mereka bercakap tanpa intonasi, so, untuk memberikan intonasi, latihan nanyian bagus untuk dia.


Nanti bila dia dah biasa dengan lagu ini & sudah pandai mengayakan pergerakan tangan setiap kali mendengar lagu ini, then baru boleh tukar ke lagu lain ... hahaha.. ummi kene jadi AYAM, ITIK & LEMBU la nampak gayanya.


Lagu versi penuh :
Saya Ayam.. kokokokokok
Saya Itik ... kuek..kuek..kuekk..
Saya Lembu ... moo...moo...mooo
Kami semua kokokokok...kuek..kuekk..kuek.. mooo...mooo..mooo..


Korang boleh nyanyi?? huhuhu.. cubalah nyanyi... senang sangat! :D


Tak cukup dengan itu, plan sekarang ialah detection behind the ear, so kene dapatkan kerjasama dengan abah untuk menghasilkan  bunyi di belakang kepala, & membantu dia mengenal ...mencari punca bunyi.
Bila bunyi dikesan, maka yasmeen kene masukkan/susunkan permainannya di dalam bekas.


Wahh! Bukan senang rupanya nak dapatkan cooperation yasmeen ni, kene banyak bersabar, sebab dia tak boleh langsung bertahan lebih dari 30minit.


Dalam perjalanan pulang, ummi tak henti-henti nyanyikan lagu yang cik shahira ajar tu, yasmeen plak asik tersengih-sengih, sesekali tangan digerakan seolah-olah mengepak mengikut perkataan ..."kuek...kuek...kuekk..." & gerakan mematuk ...apabila "kokokokokok" dibunyikan.. pandai betul yasmeen , keluar dari bilik tu, terus dia boleh beraksi selamba tak macam sebelumnya.
Sekarang pun, ummi dah ajar kakak farah untuk nyanyikan lagu ni bila bermain-main dengan adik..


Ya Allah, aku berdoa lebih-lebih lagi di bulan mulia ni , di bulan penuh berkat & syafaat.. permudahkan lah Yasmeen mendengar & bertutur, mudahkan lah aku mengajar & tambahkan kesabaran diri ku dalam menempuhi dugaan-dugaan-Mu. Amin..

Tuesday, August 2, 2011

1 Ramadhan 1432 (1-8-2011)

Assalamualaikum wbt,

Wah sempena bulan yang mulia ni, greetings kat entry ni pun dimulakan dengan mendoakan kesejaheraan para viewer sekalian. Suke..suke..suke!! :D

Owh, hari ni menu bersahur makcik sangatlah sempoi.. makcik menyediakan Sardin masak kicap & telor dadar berserta Air Ribena... Jangan ditanya kenapa takde Air Panas... biarlah rahsia.

Pukul 5pg makcik dah bising-bising kat dapur memanaskan lauk yang makcik masak tgh malam tadi... diulangi... "MAKCIK MASAK TENGAH MALAM TADI"... ahahah.. makcik akui memang jarang-jarang masak... tapi disebabkan Ramadhan menjelma, maka makcik akan mengasah semula skill cooking makcik. 


Bagus anak-anak makcik, si yasmeen dia dulu bersahur, pkl 4.55am dia minta makcik bancuhkan susu... pastu helok je dia tidur sampai la time makcik nak pergi kerja.


Si Kakak Farah, oohhh....dia ni pun bagusss... sekali je makcik jerit nama dia terus dia bangun... melangkah ke meje makan... takyah gosok-gosok gigi pun.. halal! ahahaha..


Si Aidil plak.. yang ni agak liat, 3kali makcik masuk bilik tonyoh-tonyoh bandan dia suruh bangun pun tak bangun-bangun... last-last sebbaik senduk tak bawak masuk bilik, mau ada yang kene 'kelekuk'... :)

Masa di ofis, pkl 11.00pg.. terima panggilan dari si Kakak...
"umi... boleh tak farah makan sekarang?, farah rasa tak tahan sangat dah ni..." hamboi...hamboi... ni yang tak boleh jadi ni..

So, makcik terai pujuk, makcik takmo kawan dengan dia kalau dia tak puasa harini.


Setelah beberapa jam kemudian, makcik terai call Aidil, ushar ape bende yang tengah farah buat...


Aidil cakap dia tengah main skateboard.. huh! Dah kenyang la tu... tu yang ada tenaga nak main-main bagai.. Tapi ko tunggu lah dik, esok hari kedua puasa, make sure ko puasa, kang ada yang duduk luar tgh maghrib nanti. Ada bran?!


Untuk menu berbuka hari pertama, makcik beli ajer.. sebbaik kentin kat tempat keje makcik menyediakan pelbagai lauk & kuih muih, takyah rebut-rebut beli kat bazar ramadhan yang dah tentu-tentunya padat dengan manusia.

Alhamdulillah, balik dari ofis, jiran sebelah punye sebelah sedekah juadah Makaroni Goreng... pergh! sedappp yaw! :)