Friday, April 29, 2011

Bronchiolitis Again

29/4/2011 ~ 6:00am

Seperti biasa aku bangun awal pkl 6.00 sebab nak gosok baju yang tak sempat aku gosok semalam...dan dgn niat harus buat susu jgk utk yasmeen agar dia tak lapar bila aku hantar ke rumah kak pah nanti.


Minah ni mana boleh kalau aku sorang je bangun, dia pun nak follow sekali.
Sejak semalam yasmeen dah start hidung berair & batuk-batuk. Tapi pernafasan
still okay. Tapi subuh ni lain macam plak. Susu tak habis minum, then batuk consistently persistent .. aku pun pekap telinga ku di blkg badannya.. Bunyi wheezing tu ada but taklah bad sangat. Dah la subuh-subuh ni hujan lebat, ini
menambahkan lagi penyakit dia. Pkl 7.00am .. abah pun dah siap , kami terus ke Emergency HTAR, mujurlah lengang giler waktu tu.. yasmeen di diagnosis S.O.B.
Kemudian kami disuruh ke Bilik Asma. Kat sana yasmeen dinilai tahap ke seriusannya. Yasmeen diberikan Neb, minah ni kalau Nebuliser memang dia jaki sangat.. mcm la sakit sangat bila gas tu berlumba-lumba nak masuk hidung & mulut, meronta-ronta mcm nak kene cucuk plak.


Selesai Neb, Doktor minta kami ke X-Ray room utk buat X-ray, lagi pun ini adalah kes pertama utk thn 2011.Doctor suspect Pneumonia. Budak cute ni memang bijak, tidur kat katil X-Ray tu mcm takde pape pun... agaknya sebab abah yang teman kan dia kot.
OO.. pandai yer.. ?? pilih kasih betul.


Dapat je filem X-Ray tu, aku plak buat-buat jadi doktor, hehe.. maklumlah sudah 2kali pengalaman berada di ED ..Sekali tgk pun tahu, paru-paru yasmeen ada mist.. (itu mungkin jangkitan kuman) sebab ada tompok putih kat paru-paru. Filem itu aku serahkan pada Doktor Farhani.


Tak habis di situ sahaja, darah yasmeen perlu diuji, so abah dukung yasmeen, manakala doktor nak cucuk line.. erm... masa ni memang tak tahu nak cakap apa. Yasmeen tak menangis masa jarum melukakan kulit tangan nya. Dia cuma ternganga...dan ternganga sehingga selesai 1 tube darah diambil. Punya lah kuat budak bijak ini. , :) 


Darah yasmeen terus dibawa ke Lab utk dianalysis. Tak lama kemudian Dr.Farhani kembali dgn result darah ya smeen.

Doktor sahkan Yasmeen mempunyai mild infection kat paru-paru dia, tapi still kene monitor sebab ini baru peringkat permulaan, jika nafas dia laju semula, yasmeen perlu dtg ke Hospital semula. Harap-harap ia tidak akan sampai begitu sekali.

Rate pernafasan waktu discharge dari ED,adalah 96%.. which is Okay.

Balik ke rumah, aku pun bersihkan tangan dan mula membancuh antibiotik yang dibekalkan pihak hospital. Nasib baik kali ni yasmeen senang sangat makan ubat. selesai makan ubat aku pun letak la ubat dalam tupperware, ntah masa bila dia ambik... & terror yang amat..dia boleh bukak botol ubat brycanil tu... waaaa...apalagi melambak la ubat tu tumpah atas badan dia... hadoiii.. belen tak sampai 2ml.. 
Yasmeen..yasmeen... nampaknya ummi kene pergi ke
klinik terdekat la utk beli ubat yang sama.

10.15am, dia sedang tidur lena setelah penat mengekor aku  ke hulu ke hilir. Maka ummi ambik kesempatan ini utk berkongsi cerita pagi kita. 


To all my fwenss & my colleagues kat opis nun, tolong bekap daku.. yang mana perlu aje. Yang rasa susah dikawal tu, leave it to me.. akan ku setelkan when i comeback!

Thanks to Boss, sebab memahami.. 

Meh nak share apakah itu :

Rupa-rupanya ada beza erk?
Gambar Hiasan - Oleh Wikipedia
**********************************

Doakan Yasmeen semoga cepat sembuh & dijauhkan dari penyakit ini  & tidak datang kembali~amin











Thursday, April 28, 2011

Occupational Therapy & Collect Hearing Aid

28-April 2011 ~ 

Pkl 6.00am Yasmeen dah bangun... dia ni memang, tidur lambat tapi bangun sikit punya awal.. hehe, agaknya dia tak sabar nak pergi collect hearing aid
yang dah siap tu kot.

Pagi ni Yasmeen ada Occupational Therapy 8.45am di HTAR, selepas kakak farah
dah selamat pergi ke sekolah, kita pun gerak ke Hospital. Abah turunkan ummi & yasmeen di lobi hospital, manakala abah nak pergi cari parking, di sebabkan lagi 20minit masa temujanji, ummi & yasmeen pergi la dulu buat pendaftaran.

Dalam OT yasmeen tak lalu duduk diam, ada saje benda dia nak buat, yang tahan tu...kang tersadung kaki kerusi ..mau jatuh.

Setelah pembayaran dibuat, Yasmeen diarahkan masuk ke Bilik NO.1, bilik ni utk kanak-kanak.
First thing yang yasmeen suka bila masuk bilik exercise ni, adalah slider.
Dia tak tunggu lama, terus je tarik tangan ajak ke papan gelongsor tu.


Macam biasa lah.. bola adalah kegemaran dia, 3 biji sekali dia conquer. 
Sejam dalam bilik exercise yasmeen tak duduk diam, macam,-macam permainan yang dia main, hah...puas hati dia main, takde la nak merengek-rengek minta
simpati atau asyik nak berkepit. 
Lagi 2 bln yasmeen kene repeat datang OT. Mintak-mintak time tu yasmeen dah boleh bercakap sikit-sikit :).

Selepas OT, rancangan seterusnya adalah untuk mengambil Hearing Aid 
yasmeen di Hearing Solutions , seberang Hospital aje.. 


Kami client pertama utk hari ni. Ms. Roslyn pun jemput weols masuk ke officenya, dan dia mengeluarkan satu Accessories Bag dengan sepasang alat pendengaran.

Mula-mula Ms. Roslyn dok menerangkan apakah accessoriesnya & cara-cara penjagaan & penyimpanan, maklumlah alat ni sangat sensitif, mudah rosak jika tidak dijaga dengan betul. Lebih-lebih lagi alat ni mahal.. ummi & abah kene dengar betul2 dan ambik perhatian.
Yasmeen dgn accessories H.A nyer , tgn siap enterframe tu.. wakakaka (P/S: harga utk 2set including accessories tu semua RM5760... mahal jugek kan?)


Acuan telinga hari tu dah siap & dipasangkan terus ke alat. Huhu... bukan senang tau nak pakai benda ni, ummi pun masih terkial-kial nak pasangkan kat telinga yasmeen. Kalau pasang tak betul, akan terhasil lah bunyik bising yang membingitkan.
Yasmeen dgn H.A Phonak Naida 1UP, kaler Beige !


 Setelah kedudukan H.A yasmeen Okay. Ini lah masanya alat itu diprogram kan. Semuanya guna komputer je.. tak yah susah-susah nak tekan-tekan kat telinga dah.
Alat sedang diprogram oleh Ms.Roslyn
Selesai di kedai Hearing Solutions, kita kene patah balik ke ENT, HTAR utk
set appointment dgn Audiologist Ms.Farah. Luckily Ms.Farah masa tu takde patient, so.. dia terangkan, buat masa ni, yasmeen di-set pada vol. yg rendah, objective utama utk 2 minggu ni adalah utk membiasakan yasmeen dgn alat baru ini. Hari pertama, kalau dia boleh consisten pakai selama sejam, esok dinaikan pula kepada 2jam, hari ke 3 , 3 jam.. dan berikutnya... 


23/5 & 6/6 , yasmeen ada audio test.. so, tunggulah result macam mana alat ini, adakah ia memberi kebaikan or kene pula guna cara lain. Wait & see.

Masuk dalam kereta, yasmeen dah merengek nak tidur.. hah, tidurlah.. dgn alat tergantung kat leher.


Sampai di rumah jam menunjukan jam 11.45am, pkl 12 ummi dah kene pergi kerja, kalau ikutkan hati, memang nak cuti fullday, tapi hari ni closing. Tak baguslah kalau cuti... waktu2 mcm ni la selalunya ada aje banyak songeh yang perlu dilayan & ditangani.







Wednesday, April 27, 2011

Video of Yasmeen

Video ini diambil selepas Cik Physio datang jenguk yasmeen... di ward.
Comel kah dia?
Lihatlah dia masih belum boleh duduk sendiri pada umur 8bln.. so pitty for her.. Takpe selagi Ummi ada, I always be your supporter no matter what & when. I LOVE YOU!

Tuesday, April 26, 2011

Yasmeen : Viral Fever & ILI @ 8mth Age

12 Apr 2010~15 Apr 2010 - Yasmeen Warded due to Viral Fever & ILI.

Habis satu badan penuh dgn rashes merah-merah & pecah darah. At first
aku saspek dia demam denggi kah?? sbb semalam dia mmg demam. 
Malam 11/4/10 aku bawak dia ke klinik di KK. 
Doktor pun advice terus ke hospital jika dia masih demam. 

Kebetulan 12/4/2010, suppose yasmeen kene jumpa Peads, dgn keadaan yasmeen ber-rashes tu aku bawak dia jgk ke Peads clinic, temujanji mesti dikotai. Dr. check progress yasmeen, mengikut umur dia pada masa tu..
Setelah selesai, aku inform doktor pasal rashes yasmeen, bila doc tanya ,
adakah dia consume susu spt biasa or reduce dari biasa. Aku ckp la mmg dia
kurang minum susu pun, pergh! apalagi seronok la Doc ajak masuk & 'tidur' 
dalam wad utk barang sehari dua, sehingga yasmeen boleh minum spt 
biasa. WAAAA... menyesal dowh! Sebbaik la 1st appointment ni Abah
temankan kita, kalau tak...ummi mati kutu... 

Dalam wad , doktor suspect HFMD.. terus Doktor call
Jabatan Kesihatan ..So, pengawai diorg akan call aku utk pastikan , apakah nama taska .. kalau ada, taska tu mungkin akan dilawati oleh JKKM utk tindakan selanjutnya.

Sekali lagi darah yasmeen diambil utk screening, sample darah January
lepas dah rosak. Kene la cucuk lagi, kali ni... aku yang kene pegang dia
meronta-ronta puteri ku... ummi mampu menahan sebak.. Doktor pun risau, kot-kot kang ada yang kene tepis ...

Darah Yasmeen mudah sangat Clog (beku) .. 1 tube pun susah nak penuh. Ada 6 tube yang nak kene tadah.

Merah-merah muka yasmeen menangis.. kalau tengok mata dia masa menangis..Ya Allah.. tak sampai hati rasanya... rasa nak bawak dia lari je dari situ.

Tapi memikirkan yasmeen perlu dirawat & darah tu lah bahan utk dikaji.
Aku terpaksa meredho kan..
Tu belum lagi IV line yang bengkok, bila Doktor tgk yasmeen dah lembik asyik
melalak...doktor pun kasi dia rest dulu, malam nanti baru pasang IV Line yg baru.
WAAAAA... AKU SERIKKK nak tengok yasmeen ditusuk lagi dgn line-line tu... :'((

Tidur malam di wad sangat la mencabar, kerusi aku tak sempurna conditionnya,
so, memandangkan aku ni kecik sizenya.. maka aku tidur sekatil dgn yasmeen..
tapi aku make sure besi penghadang dipasang.

Dalam pukul 12.30mlm, tetiba aku disentuh di bahu.. Haih, terkejut... doktor hensem kejut aku sbb nak pasang IV line baru utk yasmeen. Segan sekejap aku dibuatnya.. wakakakak!

Doktor tu siap tanya " Tak sakit ke tidur macam tu?"
Aku jawaaaabbb " takde la, selesa sangat.." warkahkahkah

Alahai lemah aku tgk Doktor tu cari urat yasmeen 3 kali fail. last-last Senior nurse yg pasangkan, tak smpai 15min, siapp... yasmeen pun dah tidur, keletihan agaknya.. dgn kaki berbalut , keciann anak ummi ..

Hari terakhir sebelum yasmeen dibenarkan keluar, Therapist from Physio datang buat visit. Yasmeen dinilai dari segi pergerakan motor kasarnya.. Kaki , tgn, kepala ,cara duduk..habis semua diusik & diperiksa.

Setelah semua selesai, Buku rekod kesihatan yasmeen telah pun diupdated. Barulah kami dibenarkan pulang, but before that, aku kene serahkan 5 appointment letter pada :-
1) occupational therapy unit
2) physio therapy unit
3) ENT clinic
4) Eye Clinic
5) PEADs clinic

Memang lenguh la mencari bilik-bilik ni.. ummi seorg diri, dari satu bagunan lama ke bangunan baru.. takpe la demi yasmeen biar tingkat 6 pun ummi sanggup sayang!

Bila tengok date-date temujanji ni..buat ummi tertanya-tanya.., risau & stressed.
"bolehkah aku memastikan semua date itu ditepati?" , "bagaimana penerimaan boss & rakan2 seoffice ku ... "nampaknya abah tak boleh nak teman yasmeen utk terapi & appointment ni semua, abah tak boleh cuti.." ummi kene & harus berani, ummi kene layan mencari parking lot yg
sememangnya akan sesak tak kira masa tu... Ya Allah berikan aku kekuatan & keberanian demi memastikan yasmeen sembuh & normal spt kanak-kanak lain.

Syukur Alhamdulillah.. di-office, semua nya memberikan aku moral support
yang tidak berbelah bagi... aku bertuah mempunyai boss & kawan-kawan yang memahami kepayahanyang sedang aku & famili lalui.
JASAMU DIKENANG! Hanya Allah jua yang mampu membalas jasa-jasa, doa-doa,perhatian korang pada aku & yasmeen.. Amin~

Monday, April 25, 2011

Mimpi Itu Indah .... ;)

1) Mood : Super Duper Best Giler!!!

Apa taknya.. mlm tadi gua bermimpikan Adi Putra, my faberet Actor...

Waahh...weols bergandingan dlm citer ala-ala Chalie Angels... tetiba plak boleh terjaga pkl 4am tu... Haihsss...rugi-rugi...! :(

2) Mood : Double Cheese Super Duper Best Giler!!!

Apa taknya... Hearing Aid Yasmeen tempoh hari sudah siap, auntie Roselyn called masa ummi tgh syok nak lelapkan mata selepas solat dhuha tadi...
Alhamdulillah... tapi kite kene tggu abah amik leave & we go together-gather .
BTW this coming Thursday is Yasmeen's Occupational Therapy class.. 
Sekali harung la erk??? :)

Inilah baru dinamakan  
'KEGEMBIRAAN BERGANDA' !!
 

PEREMPUAN MMG BEGINI ;))

Sebab tertarik dgn nukilan ini, ingin saya kongsikan apa yg juga mungkin dirasai oleh semua wanita di luar sana.
p/s: sebab aku jgk seorg pmpuan... bukan sedikit yg "terkene" tapi terbanyak yang bersamaan dgn  life aku skrg.. :)

by Halimatun Ima on Thursday, April 14, 2011 at 5:59pm
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Eating By Your Blood Type

Hari ini mari belajar mengenai Darah Anda & Apa makanan yg sesuai dgn Anda..
Saya Prof. Liza (tetiba je declare diri sbgai Prof...ahahah) di sini nak share apa yang saya dpt melalui email dari member erra fazira punye jiran.... :)) Jom Kite Enjoy!!!!
p/s: apa jenis darah korang?Saya berdarah jenis B+... (sbb tu saya always BE POSITIVE)... hehehe

Introduced by Peter D'Adamo, the Blood Type Diet is based on the assumption that everyone is an individual. And who are we to argue? Logically, just because we share the same row and column in the BMI chart, it shouldn't define the way our dietary habits are. The Blood Type Diet makes interesting claims that people fare better (which includes weight management) when their diet is tailored to their specific blood type.




Individuals who fall under the Type A blood group should basically stick to fruits and vegetable. Their blood types is generally thicker than other blood types, and possess a sensitive immune system. These individuals should not consume (or should reduce intake) dairy products, animal fats and meats. They are also at a heightened risk for cardiovascular disease, diabetes and cancer.
 
Type B blood groupers should consumer a balanced diet of fruits and vegetables, grains, dairy and meat. However, they should try to refrain from chicken, and increase intake of red meat such as duck and beef. Unlike the other blood types, Type B individuals have the best chance of bypassing or overcoming everyday types of diseases, as well as heart disease and cancer. ....

For Type AB individuals, intake of a mostly vegetarian diet is recommended. And only on rare occasions should they indulge in some fish, meat (not chicken) and dairy.

Those that fall under the Type O blood type should basically stick to a high protein diet, low carbs, as well as a balanced intake of fruits and vegetables. However, food foes for Type Os include most grain food such as corn and wheat germ. They should also try to avoid dairy products. Type O types are commonly affected with hypothyroidism, high stomach acid (leading to ulcers), and thinner blood with greater resistance to blood clotting. 

Saturday, April 23, 2011

Meh Nak Sambung Balik Citer 2

29 Mac 2010 ~ Appointment with Dr.Seena @ KKJK.
Macam biasa, berat, ketinggian , ukurlilit kepala & berat yasmeen diambil.
Berat Yasmeen naik sikit sgt... jadi setiap bln yasmeen akan di observed.

Pada umur 8bln, kebolehan yasmeen dicatat & dipersoal.

And once again, Yasmeen FAIL tang "Meniarap & menelentang".
Kali ini ummi benar-benar risau.. Ummi dah nak menitik air mata bila
Dr.Seena keep on blamming ummi sebab tak aware & consult Peads dari umur
4mths dulu.

Okay Ummi admit, that was my fault.. tapi sbnrnya ummi tak mahu terlalu
memberi tekanan pada mu sayang, ummi nak yasmeen grow naturally.. 
ummi ingin memberi yasmeen masa utk berkembang.. Yasmeen dah lalui bulan-bulan kehidupanmu dgn mcm-mcm penyakit... :'(

Tapi kali ini ummi kene akur & pastikan yasmeen mendapat kualiti hidup spt
bayi & kanak-kanak lain.

Dr.Seena mintak ummi segera serahkan referral letter to Peads HTAR.
From there mereka akan buat pemeriksaan dgn lebih detailed lagi.

Ummi redha .. mungkin ada hikmah disebaliknya dgn ujian dari Allah ni buat kita sekeluarga. Moga kita sekeluarga bertabah & bersatu hati.. dlm mengharungi hari-hari mendatang.

30 Mac 2010 ~ Acute Bronchilitis 2nd time attacked.
Sekali lagi yasmeen masuk wad, ini kali ke-2 yasmeen dimasukkan ke wad 6B.
Yasmeen ni memang bijakkk... kalau kene Neb je, barulah dia nampak released.Kalau tak asyik batuk-batuk je.

Kebetulan yasmeen dimasukan ke wad Kanak-kanak, maka abah pun serahkan
surat refer yasmeen pada para  doktor di situ.
Dalam masa satu hari.. Yasmeen dinilai dari semua aspek.. sejarah keluarga
ditanya.. so, far alhamdulillah dalam family kita belum ada lagi yang
'special' mcm yasmeen :).

((( YASMEEN YOU ARE SO SPECIAL TAUUU.. )))


Dalam wad, darah yasmeen perlu diambil sebanyak 10 tube,
(size tube tu sebesar jari kelingking yasmeen umo 1tahun).

Yasmeen dibawa ke bilik prosedur.. :'(( sedih ummi dgr yasmeen menjerit-jerit
menangis menahan kesakitan..
Kalaulah boleh digantikan tempat, biar lah ummi yang menanggungnya.

Keluar dari bilik prosedur, merah-merah muka yasmeen...kesan menangis
tadi.

Darah yasmeen ada sebahagian dihantar ke HTAR Lab...dan sebahagian lagi
dihantar ke KL. Kalau htr ke KL, makan bulanlah resultnya.

Sewaktu di hospital ni, yasmeen di diagnose having
-Acute Bronchiolitis
-Gross Motor Delay/Central Hypotonia ? Cause TRO IEM
-Liver Impairment

Oh... aku tak tahu nak citer apa..korang cari la jwpan kat internet
nanti utk penyakit2 di atas.

Yasmeen jadi faveret baby pada quite some Nursing student.. yasmeen pun mmg suka bila ada nurse muda-muda dtg kat katil dia...espeseli yang suka
melayan kerenah dia lah...:) JANJI KAU BAHAGIA LAH ANAK KU!

Sepatutnya 1 Apr 2010, Yasmeen ada appointment dgn HPJ, tapi dia sedang
warded, so ummi called PEADS HPJ , ummi kata ummi nak cancel appointment
dan akan terus sambung di HTAR shj. Mereka benarkan...lagipun HTAR lebih dekat dgn rumah kita.. senang berulang alik jika ada kecemasan & pada masa yang sama kos menjadi elemen yg penting buat famili kita, sebab kita bukan orang senang.. di HTAR ummi berpuas hati, sebab mereka ada ramai pakar &
kebanyakkan hospital-hospital lain pun akan refer pada mereka.

Di wad, Doktor sudah meng-arrangekan Yasmeen utk full check up, utk mata,
telinga, Fisio & Cara Kerja.

Terapist dari Jabatan Pemulihan CaraKerja dtg melawat yasmeen di wad & membuat assesment sejauh mana tahap disablity dia. Yasmeen dikatakan mempunyai Hypotonia.  
Ummi hanya mampu berdoa, agar yasmeen dimudahkan segala urusan.


2 April 2010 ~ Yasmeen sudah boleh discharge, tapi sebelum itu,
ummi kene round setiap ceruk hospital untuk menetapkan temujanji
buat yasmeen di :
1) Eye Clinic (for sight) :: 22/4/10

2) ENT Clinic (for hearing) :: 16/7/10
3) Physio :: 22/4/10
4) Occupational Therapy :: 22/4/10


Okay lah. ummi nak fetch anak-anak ummi kat P.A.. so, korang tunggu la yer? Bila chek free , chek
menulis lagi..

Babai uols! :)

Love Looking :p

Pergi ke office pagi ini dibekalkan dengan Pandangan Cinta oleh en.shahar, syiokkk nye.. rasa mcm masa mula-mula bercinta plak. :)

..Pagi ini kami berpecah menghala ke arah tujuan masing-masing...en.shahar dgn motornya, manakala aku pula dgn kereta.
semasa melalui selekoh taman perumahan kami, melalui cermin pandang blkg aku memandang.. en.shahar memandang kereta ku sehinggalah lepas selekoh... 


Tetiba aku jadi syahdu lak... "terima kasih diatas perhatian, kasih sayang & bersabar dalam melayani perangai ummi"  ..  

Ummi sayang Abang! 




Friday, April 22, 2011

RED RIDING HOOD IN ACTION!

Hari ni kami ada 6'S Audit.. we planned semua ladies pakai tudung kaler merah.. 

Meriah... merah & sporting la kengkawan Purchasing & SW. Cer tengok.. cer tengok.. :))

bergambo dpn TIANG SERI.. ahaha

Thursday, April 21, 2011

Meh Nak Sambung Balik Citer

Walaupun dah discaj dari Hosp Serdang, yasmeen masih belum pulih sepenuhnya. Nafas masih lagi berbunyi.. batuknya tak berkurang,selsema, bunyi kahak masih ada...tapi dia still active macam baby lain jgk, menendang...menyepak sesuka hati... :)

Pantang kali ni semua aku kene buat sendiri, dari mandikan yasmeen, masak makanan sendiri.. bakar tungku sendiri, ikat tungku sendiri..bila dah namanya 'buat sendiri' alamatnya banyak la aku mengelat.. hihihi..
kang tgh hari mak aku pun call lah, check..samada aku bertungku atau tidak... sebab dia tahu, aku suke skip bertungku ni. Pendek katalah, pantang kali ni takde can nak ngade-ngade... kene berdikari sendiri.


Kalau en.shahar outstation, tinggallah kami 4 org beranak.. SIL aku plak, dia balik ikut lah..kalau dia ada kelas..lambat la baliknya.. 


Waktu dalam pantang aku tak duduk saje, aku gugel semua pasal pneumonia ni, aku kaitkan info yg aku dpt dalam internet dgn penyakit yasmeen. Pernah sekali tu aku terjumpa pasal Laryngomacia.. mulalah dalam kepala memikirkan yang bukan-bukan. aku cari apa itu Meconium , kesan-kesan dari meconium... waaa.. lagi la buat aku tambah-tambah sedih. Tapi aku selalu bisikkan pada yasmeen bahawa dia mesti kuat.. yasmeen mesti cepat sembuh, ummi nak jaga yasmeen, berikan ummi peluang membelai yasmeen.


Salbutamol adalah teman setia yasmeen.. ubat utk memecah kahak dan tools yg tak boleh hilang dalam kotak ubat yasmeen ialah Nasal Pump.


Pada umur 3 bln, yasmeen sudah boleh mengereng... happy tgk perkembangan dia, walaupun masih terdengar batuk sekali-sekala.


Sampaikan ummi dah masuk kerja..yasmeen masih batuk-batuk.. semua imuninasi yasmeen tak miss. Di Klinik KKJK, Yasmeen ditimbang, diukur lilit kepala & ketinggian mu diambil.. kemudian yasmeen dibawa ke bilik doktor utk dibuat assesment. Doktor tanya soalan biasa... dan semuanya nampak macam normal. Kita pun balik & ummi sambung kerja spt biasa.


Pada umur 3bln jgk Yasmeen pernah diserang batuk yang tak henti-henti.. 
Yasmeen nampak letih... ummi seakan-akan dpt merasakan betapa sakitnya dada & abdomen mu menahan batuk itu.. sedangkan kalau ummi batuk lebih dari seminggu pun ummi tak sanggup, apa lagi bagi bayi sekecil spt mu.. yang serba serbinya masih lemah & fragile.. Ummi urut-urut tgn & badan mu.. agar yasmeen selesa & dpt merasakan kasih sayang ummi mengalir dlm urutan itu.
sebab ummi pernah dgr, urutan dpt menenangkan & mengeratkan kasih sayang...Ummi harap dgn kasih sayang ummi, yasmeen boleh cepat sembuh..
bila lagi ummi nak gunakan teknik yg pernah diajar semasa ummi menjaga yasmeen di NICU dulu...betol tak?

Appointment dgn Dr.Mariya.. spt yg telah ditetapkan, Ummi,Abah & Yasmeen bertolak ke Putrajaya. Appointment kali ni adalah utk mengetahui result darah tempoh hari. Actually result darah tu tak complete, hanya ada beberapa test shj yg ada result. SLE screening nampaknya semua Negative. which means, OK la tu.. result yg lain-lain kene tggu beberapa bln lagi. Masa dlm consultation tu, Dr. Mariya tny pasal baby.. dia nampak yasmeen mcm tak active .. dia terus call Pediatrician , minta doktor examine yasmeen.

Aku pun follow jelah... nurse kat klinik gynea tolong kami ambilkan no.giliran.
Tak lama selepas itu... kami berjumpa dgn Dr. Yasmeen sekali lagi diberikan antiviral Tamilflu & Salbutamol.. Doktor pesan, kalau dia nampak sesak & susah bernafas dia suruh dtg terus ke Emergency Dept.


Seingat ummi kita pernah 2kali masuk ke Emergency Putrajaya apabila yasmeen diserang batuk tak henti-henti.


Bila yasmeen batuk, nothing much yg ummi boleh buat.. selalunya ummi akan tepuk blkg yasmeen spt yg Dr.Fadhilah ajarkan. Mudah-mudahan kahak yasmeen akan longkah bak kata org melaka... 


Sejak melahirkan yasmeen sehingga la beberapa bln, ummi jarang tidur lena, ummi akan bangun dan pastikan yasmeen bernafas... ummi takut sgt kalau-kalau kahak yasmeen menyempitkan paru-paru mu sayang.
Untuk memastikan yasmeen bernafas.. ummi ambik cermin mata ummi...ummi dekatkan dgn hidungmu... agar ummi dpt melihat wap air dari pernafasan mu sayang.. kalau besar wap air..maknanya hidung mu tak tersumbat.. tapi kalau kecil wap air di cermin mata ummi, maknanya hidung kau sempit..


Pernah satu malam , lebih kurang 10.30mlm.. ummi ummi terjaga & terus memandang wajah yasmeen, yasmeen nampak pucat.. bibir nampak lebam ,tak merah @ pink mcm selalu..sejak yasmeen lahir, kita tidur mesti pasang lampu.. Ya Allah time tu lah jgk abah takde.. dia ke Kemaman..kepah pula belum balik..ummi panik giler.. ummi tak tahu nak buat mcm mana... ummi terjerit-jerit minta aidil buka pintu grill & sliding.. dlm kepala otak ummi , ummi terpaksa tebalkan muka minta tolong jiran sebelah, Aidil nampak blur.. agaknya dia tak tahu nak buat apa, ummi dah start menangis.. tapi ummi try guna nasal pump.. utk clearkan blockage... mmg byk lendir ...tp itu tak cukup kuat .. ummi takde cara lain.. ummi sedut pakai mulut, ... 2, 3 kali ummi ulang.. barulah nampak yasmeen lega. Syukur ... yasmeen masih bersama ummi! Jangan tinggalkan ummi nak... :'((


Ngeri membayangkan... setiap kali menghantar yasmeen ke nursery, hati ummi selalu tak tenang... mcm mana lah keadaan yasmeen di sana.. Kalau Yasmeen 'nak pergi' pun biarlah di depan mata ummi... ummi redha.. tapi jgn tinggalkan ummi tanpa ummi melihat dirimu nak..


Setiap bulan 2kali mesti yasmeen kene attack dgn Bronchiolitis... atau adakah yasmeen mmg ada asma? Mengikut history ..sebelah En.Shahar mmg ada yang mengidap semput.


19/10/09 @ KKJK
Yasmeen dah pun masuk 3bln, indeks perkembangannya dicatat & disemak..
Yasmeen masih belum meniarap & kalau ditiarapkan..yasmeen jarang dpt bertahan lebih lama.. dia akan menjatuhkan kepalanya ke tilam...dia juga tak pandai turn-over semula... tapi aku beri dia masa, setiap bayi tak sama perkembangannya.. lg pun yasmeen prem baby. Mungkin dia akan lewat sebln dari baby yg full term. Masa ni aku mengadu pada Dr. mata yasmeen selalu bertahi... Dr. Seena buat surat utk kami refer ke Hosp.


Spt biasa, yasmeen kerap diserang batuk & selsema.. penyakit yg tak betul2 sembuh sejak lahir.. kalau minggu ni OK, minggu depan batuk & selsema akan dtg balik. kami ke klinik swasta yg biasa aku pergi semasa antenatal dulu. Doktor Fauziah is one of my fav. doc. Aku selesa dgn Dr.Fauziah.. sejak dari mengandungkan anak
Dr. Fauziah buat routine check up utk baby .. dia tny yasmeen dah pandai buat apa? dah meniarap ke? aku ckp yasmeen belum betul2 boleh meniarap sendiri dan lemah dalam mengawal kepala [mild head lag]. 
Oh..apa pula kali ini? Dr. Fauziah buat surat referal utk kami.. kami disuruh membawa yasmeen ke Pakar Kanak2 utk mengesan sebarang abnormaliti,
Secara awalnya Dr. Fauziah mendiagnosa bahawa Noor Yasmeen mengalami
"GROSS MOTOR DELAY".. mendengar perkataan itu sudah cukup memberi tekanan pada ku...


KELEWATAN MOTOR KASAR.. oh yasmeen, mengapa berat dugaan kau nak?
Bagaimana jika itu adalah benar..macam mana yasmeen bakal menempuh hari-hari mendatang?


Kami tidak berlengah, apa saje Dr. suruh buat kami buat... kami terus ke Hosp. Putrajaya semula..Tapi kami tidak dpt terus berjumpa pakar, kami diberi tarikh temujanji yang lain. Takpe la..kami tunggu.
Masa petermuan dgn Dr.Seena, aku ada adukan pasal mata yasmeen, kami tak pergi HTAR tapi kami pergi ke HPJ, sebab aku rasa better aku stick to one Hospital dulu. Senang kalau ada appointment apa-apa nnt.

Bulan ke-4, Tiada bnyk perubahan, ummi & abah sabar menanti berita & perkembangan baik dari Yasmeen. Batuk still on/off.. mcm-macam ummi try utk mengubati Yasmeen, org suruh campur susu yasmeen dgn Kulat Susu Harimau... ummi try.. tapi belum ada tanda-tanda yg positif.


Bulan Ke-5,  Yasmeen masih lg belum meniarap atau menyulur.. batuk masih on/off. Bertahan dgn Neb & ubat Salbutamol. Ummi masih menanti-nanti kalau-kalau yasmeen akan meniarap sendiri .. meniarap pun dah cukup bagus la utk ummi pada masa tu.. , Di Klinik KKJK, sekali lagi perkembangan yasmeen dinilai.. tapi yasmeen FAIL tang ....

2) Bolehkah bayi anda meniarap & menelentang?
Jawapannya TIDAK.


Terus nurse tetapkan appointment utk berjumpa Dr. pada Isnin 28/12/2009.


Pada 28/12/2009, kebiasaannya Dr. Seena yg punye Duty, tapi hari itu dia ada seminar, diganti pula dgn Doktor lain. So, check up biasa aje.. aku pun takde la nak ringankan mulut bertanya or bercerita itu ini... adoiii... kesiannya aku!


Jadi hari-hari masih berlalu spt biasa.. yasmeen dgn on/batuk selsema.. ummi kerja dgn tak senang hati.. dlm kepala dah dok pikir nak quit ... nak jaga yasmeen dgn sepenuh perhatian.


Itu belum lagi masa dia kene HFMD, berjangkit dari salah seorg baby kat nursery... seminggu aku terpaksa bercuti kerana yasmeen dikuarantin kan & Taska perlu melakukan pembersihan secara menyeluruh. Kesian sgt.. melepuh muka , kaki & tgn dia, mujur tak infek pada mulut dia, agaknya mau susut badan yasmeen.


Lepas satu-satu penyakit dtg menyinggah tubuh si kecil ini.. dah la weight dia monthly consistent naik 500gm jer.. cikit cangat!

19/1/2010
Pada usia 6bln, batuk selsema yasmeen as usual, ada masa-masa dia akan muncul..kebiasaan setiap subuh dlm 5pg aku make sure buatkan susu utk yasmeen,sehabis menyusu, batuk yasmeen semakin keras, aku bergegas mencari salbutamol & hidungnya aku pump supaya tak tersumbat.. agaknya dia allergic sejuk kah? sebab selalunya batuk & selema dia hyper waktu mcm ni.


Yasmeen terus-terusan batuk.. 
Ini tak boleh jadi.. En.Shahar pun dah terjaga dek terdgr yasmeen berkokol-kokol dgn batuknya.. aku pack susu alakadar & pampers yasmeen kedlm nursery bag.. aku capai tudung & en.shahar start enjin kereta, kejutkan anak-anak yg lain... semua masuk ke dlm kereta, kami menuju ke HTAR.


Dalam kereta, aku cemas sgt.. batuk yasmeen tak surut-surut, malah setiap kali tayar kereta melanggar zebra line.. time tu la yasmeen batuk menjadi-jadi dia seolah-olah mengikut getaran tayar.


En.shahar pecut kereta .. 15min shj kami sampai ke ED... aku ambil IC Yasmeen yg mmg telah ku pengang dari tadi, aku turun dari kereta terus ke counter Triage.. dgn nafas tercungap-cungap aku bgtau pada petugas, anak aku semput & batuk-batuk.. Petugas menggunakan steteskop utk mengesan pernafasan yasmeen, dia minta aku segera ke pintu emergency sebelah.


Aku pun berlalu... Oh pulak..pintu yg mana satu ni???!! aku dtg semula ke kaunter .. dia mengiringi aku ke pintu sliding 1. Terus petugas itu memekik 
"Patient SOB.." aku tak paham apa bende SOB tu.. Bergegas para MA yg ada disitu.. 

Yasmeen diletakkan di atas ventilator , oksigen terus dipasangkan ke hidungnya..yasmeen menagis semasa IV dibuat & darah diambil utk diuji.. Yasmeen jgk demam.

En.Shahar ntah kemana mencari parking... aku berdua dgn yasmeen..


Aku disoal bertalu-talu mengenai sejarah yasmeen, aku keluarkan buku kesihatan yasmeen...doktor membaca satu persatu.. 

Yasmeen dikerumuni 3 org MA..diorg berdiskas sesama dorang.. ehh..siap ada sorang MA tu cakap Yasmeen mcm ada DownSyndrome... ahh sudah..


Kemudian ,dari oksigen changed to Neb pula. Hah, time ni melalak la kawan tu. Masa ni abah dah muncul bersama-sama dgn aidil & farah. Kanak2 terpaksalah tunggu diluar. Abah tolong pegangkan mask Neb tu.


Tak lama kemudian, Doktor kata Yasmeen mesti stay dlm wad utk dipantau.
Mereka takut ada jangkitan kuman dlm paru-parunya lagi.


Pkl 7am , Yasmeen dimasukkan ke wad 6B. Ini lah first time yasmeen kene warded di HTAR... keadaan wad yg sangat sesak.. katil bersimpang siur.. 
Hari pertama yasmeen di wad 6B (19/1/2010)
Hari ke-2 Yasmeen ditahan
i
 Abah & ummi tak pergi kerja... ingatkan nak ambik Neb aje.. tup-tup kene tahan wad. Ummi pulak tak bawak banyak susu yasmeen dgn air flask pun takde.. Terpaksalah minta Kepah bawakkan susu, air, pampers & baju buat yasmeen.


Kali ni Yasmeen didiagnosa sbgai ACUTE BRONCHIOLITIS.
Dalam wad ni.. mcm-mcm jenis penyakit ada.. kesian tgk budak-budak kecik & baby kat sini.
.. setiap 4jam yasmeen akan diberikan Neb, Neb ni ibubapa kene berikan sendiri, nurse tidak dpt melayan semua patient, mereka bnyk tugas yg perlu dibereskan. Takpe ,kalau setakat bg Neb & ubat..ummi dah expert. Dulu masa Aidil & Farah.. ummi dah dapat "Master". Dlm wad yasmeen tak notty.. dia baik, time Neb dia baekkk punye rilex.. Di HTAR wad Pediatrik tidak disediakan katil utk ibu, so, kalau nak tidur ke, nak duduk ke, nak telentang ke.. kerusi tulah bahannya.. Yasmeen warded for 3days. So, 3hari 2mlm la ummi duduk kat "hotel". yasmeen tak notty.. dia baik, time Neb dia baekkk punye rilex.. Di HTAR wad Pediatrik tidak disediakan katil utk ibu, so, kalau nak tidur ke, nak duduk ke, nak telentang ke.. kerusi tulah bahannya.. 

Kat wad ni ramai Medic Student dari UM. Memandangkan Yasmeen pesakit baru...so dia dijadikan bahan sasaran utk kajian. Satu hari kene layan lebih kurang 5 org student. Sampai kan kakak katil sebelah aku sound student tu..
"Dik , baby tu baru nak rehat..."

Aku berterima kasih la, sbb kakak tu mcm tau-tau je bila aku mula rasa tidak selesa asyik kene interview. Bukan taknak bekerjasama, tapi baby ku tak sihat... mereka pegang dia, suruh dia meniarap, pegang cube, buat plak ujian tindakan refleks kat dia.. kakak tu yg tak sampai hati melihatkan keadaan yasmeen, maybe sbb anak dia pun ada asma jgk kot.


Hari ke-3 yasmeen dinilai oleh pakar kanak-kanak, kahak masih ada, tapi tidak serius.. Yasmeen dibenarkan pulang, kali ini yasmeen dibekalkan dgn Bricanyl Syrup. Sebelum pulang aku kene setelkan pembayaran & ubat kat floor bawah.. hadui.. turun tangga dari Tingkat 6, masih boleh diterima akal la.. masa nak naik, biasalah lif mmg sesak.. jadi aku malas nak tunggu lama.. aku nekad naik tangga sampai tingkat 6... hahah... sampai tingkat 4 ..huh... kaki rasa mcm nk cramp.. aku berhenti dulu, tarik nafas... dah rasa ok sikit, baru ku teruskan naik tangga ... hahahadoooii.. lenguh siot... sumpah lepas ni takde der aku nak naik tangga sampai level 6.

Memandu Tanpa Lesen


AMARAN : ANDA DINASIHAT AGAR TIDAK MENIRU AKSI INI...


Nak tiru boleh, tapi kene ajak Yasmeen sekali... hehehe




Arghhhh... Tensi!!!

Aku TENSI... dah ada 2 draf dah ni... 
macam mana aku nak menulis... terlalu bnyak sangat fakta.. sampai aku dah lupa .. mana yang 1st, mana yg 2nd.. tapi yang pasti 1st year Yasmeen adalah TAHUN yang paling mencabar & meresahkan hati kami sebagai ibubapa... 

Yelah anak orang lain umur 3bln dah nak meniarap, tapi yasmeen meniarap hanya 2-3 kali je.. masuk umur 5bln dia seakan give up meniarap... Kalau nak meniarap, kami kene bantu & tak boleh terlalu lama dalam posisi itu.. dia akan otomatik menjatuhkan muka ke tilam... 


Umur 6bln baru aku suarakan kerisauan ku pada Dr. Seena, Dr. Seena marah giler pada aku, sbb aku membiarkan yasmeen mcm tu. Dr. Seena on the spot buat surat rujukan utk ke Peads HTAR. Kene marah kaw-kaw tau... bukan sikit2.. dia kata :
"Sayanglah anak you cantik-cantik macam ni, tapiii ..you lambat noticed her progress..."
Bukan aku tak pantau dia, tapi aku beri dia masa utk naturally berkembang...
Dah la dia melalui saat-saat getir akibat jangkitan paru-paru, then batuk-batuk yg tak henti-henti.. prematured lagi..


Kalau aku tak pantau, takde la aku bagitau dia .. apa kerisauan aku tu.


Owh.... sedih... ! 

Dah la aku nak buat keje ni.. malam kang la sambung lagi.. itupun kalau aku tak give-up :) 

Hari Yang Indah

Yess.. hari ni ,hari yang indah...sebab pagi tadi pergi opis jalan clearrrr... kereta tak bnyk mcm selalu..
Dah tu pulak polis hensem kasi wa lalu itu simpang berapi.... best...best ..best!!

Owh..hari ni jgk aku tidak mencarut pada pemandu lain... pemanduan yang sangat tenang , I like!
Semoga hari-hari yang lain pun macam ni jgk... :))

Tuesday, April 19, 2011

Yasmeen Warded NICU - Atypical Pneumonea

Seperti yg telah aku janjikan, meh aku nak stori pasal saat-saat aku hampir kehilangan puteri yg baru saje aku belai, aku cium, yg aku sudah mula jatuh sayang sejak saat dia dilahirkan.

Masa yasmeen disambut oleh bidan, tangisan nya tak spt abang & kakaknya, suaranya seakan-akan bunyi anak kucing yg baru lahir, haluss & nyaring bunyik nya..  aku curi-curi nak tengok... tapi nurse terus bawak dia masuk ke bilik lain utk dibuat stomach wash... aku menjadi penanti yg setia... tercari-cari wajah baby ku yasmeen.


Dekat 1 hour gak , nak tggu tu... akhirnya kami disatukan... disebabkan yasmeen prem baby...dlm hatiku , aku harapkan sgt babyku takde pape. ntahlah aku berperang dgn perasaan ku sendiri, hatiku sejak dari pertama kali mendengar tangisannya, aku dpt rasakan ada sesuatu yg tak kene pada yasmeen...Tapi aku 'menidakkan' perasaan & menganggap yasmeen adalah Normal mcm anak-anak lain. aku try menyusukan dia di dlm labor room sementara menunggu doctor utk melepaskan kami ke wad.


Kat dalam wad, yasmeen mmg baby yg baik... dia tak notty pun... nangis tidak kerap, tapi aku yg kerap kejutkan dia utk breast feed, kalau boleh aku nak dia cepat naik berat..1.88kg adalah tidak normal utk baby pada usia kandungan 36 minggu.. Tapi aku tiada darah tinggi or kencing manis... Hanya Allah saje yg tahu 'Rahsia' yg kite sendiri tak pasti.


Sebelum keluar wad, darah aku diambil utk dibuat kajian, salah satunya ialah ujian TORCH Test  tapi nak dpt result ni, kene tggu 3bln kemudian. So, doctor Gynea setkan appoint aku dgn Dr.Mariya. 


Alangkah seronoknya dapat balik kerumah... heaven bak kata org puteh.
Waktu aku bersalinkan yasmeen, kedua-dua org anak ku bersekolah, jadi aku harus berpantang sendiri. Mak tak dpt nak jaga aku lama-lama, sebab mak pun bekerja, kebetulan mak cuti 2 minggu sebelum memulakan tugas. Tengok ar mak aku ni... umo dah 52thn , tapi masih gigih bekerja...bukan mak tanak resign, tapi boss mak tak jumpa lagi pengganti yg sesuai ... harus sampai bile mak nak keje erk? bukannya apa, risau memikirkan dia drive sensorang dari PA ke SA.. dah la jauh ... oppss sowwy kelauttt plak citer ni..eheheh


Nurse KKJK, dtg dgn rutin biasa lah, check baby.... ada jaundice tak... mak ok takkk... so far yasmeen tidak menunjukkan tanda-tanda dia ada jaundice...fuhh selamat... kalau aidil & farah dulu... mmg kene ulang alik hospital la check bilurubin.


Nurse dtg setiap 2hari sekali..hari ke sepuluh, yasmeen ditimbang.. comey jer!
Alhamdulillah... berat yasmeen naik .. ke 1.98kg... jadilah... naik 10gm.
Nurse ckp , kalau berat turun dari berat sewaktu lahir, baby aku akan direfer ke hospital utk pemantauan... sebbaik yasmeen ni clever girl.. dia suka minum banyak-banyak... :))

Selama 10hari yasmeen dalam jagaan & pelukan ku... dia sangat baik... tidak meragam langsung... cuma aku perhatikan nafasnya berbunyi.. en.shahar pun noticed pasal tu, dia ada jgk suruh aku ckp dgn nurse yg dtg check aku.. tapi tak terluah dek perkataan, aku seakan tak boleh accept ada kelainan pada yasmeen.


Hari ke 14, 2hb Aug 2009, Ahad, yasmeen nampak lemah.. dan start batuk.. nafas dia start berbunyi.. seolah-olah dia dapat serangan asma. Kami tak tunggu lama terus bergegas pagi tu jgk ke Hosp.Putrajaya. 


Sampai di Emergency... Ya Rabbi...ramainye umat manusia.. Time ni H1N1 tgh hangat melanda Malaysia. Aku minta en.shahar cuba tny pada petugas dikaunter , berapa lama boleh baby kami yg umo 14hari ni berjumpa dgn doktor? Aku menanti di dalam kereta dgn penuh debar.. harap-harap yasmeen dpt bertahan. En.Shahar kembali .. negtive. Petugas tu pun syorkan kami pergi ke hospital berdekatan yg lain, dalam kepala hotak weols, Hosp Serdang la yg paling dekat... 


Kami terus pecut ke Hosp Serdang.. sampai di Emergency memang ramai pesakit sdg menanti.. Aku terus ke kaunter Triage sambil dukung yasmeen..
yasmeen dah start batuk-batuk.. bunyi wheezing semakin ketara, masa kami sdg membayar pendaftaran.. petugas kaunter yg baik hati telah menegur salah seorang MA india disitu... Terus MA tu suruh kami masuk ke zon kuning.


Aku rase Zon Kuning ni adalah utk kes separa kritikal. Yasmeen diberi Neb.
X-tray dada diambil. Tapi Neb tak banyak membantu, still macam takde pape perubahan.. dari pkl 7.30pg membawak ke 2.00ptg. Dari pagi aku tak menjamah makanan, lastly, aku minta En.shahar belikan aku chocolate milk dutch lady.. itu lah bekalan aku kat dlm wad ED. 


Setelah yasmeen ditukarkan ke Wad sementara ED, Doktor muda lelaki dtg dekat pada kami, dia nasihatkan yasmeen diadmitted kerana paru-paru kanannya didapati terdapat sedikit jangkitan kuman. En.Shahar pada mulanya menolak cadangan tu, sebab kami kalau boleh taknak la bermalam di dlm hospital. Lagi pun anak-anak perlu bersekolah...En.Shahar berbincang dgn Doktor muda tu.. End up, doktor warning... ia sangat risky membiarkan yasmeen dibawa pulang...  demi kebaikan yasmeen .. aku yg masih dalam hari mengikut shj apa kata doktor... aku & yasmeen di bawa ke wad NICU.


Di sana semua utk baby yg baru lahir & dibawah umur 2bln.
Yasmeen diletak kan di Isolation Area. Kesian.. anak ku diasingkan dari baby-baby lain.. kalau sapa-sapa masuk melawat.. mesti sedih tgk... kami diletakkan di hujung tanjung.. located betul2 belakang dinding Kaunter Doktor.


Berada di dalam wad ni, aku spt terpisah dgn dunia luar... aku tak tahu siang & malam.. kene tgk jam baru tahu watu itu siang ka, malam ka... 
Malamm pertama di wad, yasmeen kene buat IV utk memudahkan Antibiotik di inject masuk ke badan. Apalagi melalak la yasmeen ku... aku tidak dibenarkan melihat.. Yang pasti, hati aku turut terluka spt mana lukanya tangan yasmeen.


Malam pertama ini jgk, aku belum mempunyai katil utk berehat, jadi aku hanya tidur di kerusi yg disediakan utk parents. Sejuk jgn cakaplah... boleh sampai ke tulang rasanya..aku minta SN Koki sehelai selimut buat pemanas badan. Syukur, kat sini tak perlu risau pasal makan, di sini mereka menyediakan makanan utk ibu2 yg stay menjaga baby.
Bagus la, aku pun tanak menyusahkan en. shahar ...dia perlu bekerja & mengurus anak-anak ke sekolah.. Di masa ni, aku & famili hanya berharap pada adik ipar ku Sharifah utk membantu menyediakan  keperluan anak-anak.


Nasib baik la Kepah (nama manja dia) .. sudi membantu...  Dia pun berpindah la ke rumah kami demi abg & kakak iparnya ni, :)

Yasmeen dipakaikan oksigen.. kesian, dia langsung tak suka tube tu..habis ditarik-tarik.. sampai melecet muka-muka nya.. tak caya tgk gamba n, merah pipi dia.






Hari berganti hari.. dari Open babyCot, Doktor suruh yasmeen diletakkan ke dlam incubator.. sbb nak kurangkan posibility jangkitan dari patient lain.
Saat dia dimasukkan ke dlm incubator adalah saat paling hiba aku rasakan.. aku tak daya berpisah dgn dia mcm tu.. kalau sebelum ni, aku boleh mengangkat dia utk BF , boleh belai dia...bila dia menangis.. boleh tepuk2 dia apabila batuk... tp bila di dalam cube tu... semuanya terbatas.. aku menangis.. aku call kak sue.. aku kongsikan kesedihan ku dgnnya.. sebakkk sangat.

yasmeen dibogelkan, tinggal pampers jer.. susu diberi melalui Rest Tube.. owh... part yg ni aku sungguh tak suka.. masa nak masuk kan tube tu.. macam nak tercekik rupa yasmeen.. 
Aku dah tak boleh menyusukan secara direct.. lalu aku pesan pada en.shahar, tolong bawakkan pump.. aku nak pump susu buat yasmeen.
Masa ni aku stress.. susu pun takmo keluar mcm biasa.. Doktor pesan, jgn stress.. baby perlukan susu ibu utk membina antibody. Aku kawal perasaan ku, aku masuk ke bilik Ibu ... disana aku tenangkan diri utk memulakan proses mengepam susu. Aduh...sikit sgt .. dapat 2oz jer??? Buat pertama kali aku minta nurse tolong feed dia dgn FM..kerana aku perlukan tidur & rehat sedikit. Nanti bila susu aku dah penuh, aku supply sendiri pada yasmeen. Malam ni ummi tak temankan yasmeen kat sebelah.. ummi nak baring sekejap..
Ummi pesan kat nurse, kalau yasmeen nangis tolong kejutkan ummi.
Pagi-pagi adam, aku bangun utk meninjau yasmeen.. Ya Allah.. anak ku diterapkan.. rupa2nya mlm tadi dia mengamuk dlm incubator , mcm nak tumbang incubator tu dia kerjakan.Dan sejak dari itu.. selsema yasmeen semakin galak. kesan dari menangis tu kot... kesian yasmeen, sejak itu aku tekad aku takkan tinggalkan yasmeen.



Hari Ke-3 yasmeen masih still sama, tahap respitory dia tak cantik , kata Doktor Nor. Dia perlukan pengawasan lebih.. lalu yasmeen ditransfer ke bilik yg lebih proper.. kat sana ada pengawasan 24jam dari nurse.. extra care la kekdahnya. Dalam bilik tu yasmeen tidak keseorangan, member sebelah tu pun prematured baby, kes dia pun sama mcm yasmeen.. pneumonia... tapi member sebelah tu lagi kritikal.. langsung tak pernah buka mata.. dia seolah-olah koma.
Dalam bilik ni yasmeen beberapakali kene suction... masa suction ni ibu kene keluar. Dari cermin kaca itu aku lihat hidung yasmeen berdarah.. yasmeen menangis minta simpati.. apakan daya ummi nak.. bagaimana harus ummi bantu meringankan kesakitan mu? Ummi berdoa agar yasmeen cepat sembuh dan tak perlu lalui proses ini lagi.. huhuhu :'(


Dalam masa beberapa hari IV yasmeen bnyk kali bertukar, mana taknya baby ni KUAT, habis bengkok2 IV line tu dibuatnya.. ada satu malam tu.. yasmeen tendang kuat sangat, masa nurse nk inject Antibiotik.. nurse tgk kaki yasmeen berdarah... ooohh... notty yer?!
Bila petang balik kerja En.Shahar pasti akan dtg melawat... ada satu hari, tayar motor en.shahar pancit kat hiway .. hampir2 dia terjatuh diatas jln raya. Nasib baik dia teror mengawal handle motor.. kalau tak.. tambah lah lagi kesedihan aku..


Pernah satu malam tu, aku pesan mcm biasa lah pada nurse, aku nak tido sekejap kat bilik ibu... dlm pkl 3pg aku dikejutkan nurse, yasmeen menangis.. berlari tak cukup tanah dibuatnya.. dlm mamai2 tu aku hampir2 terlanggar pintu wad.. sebbaik la takde pape.. agaknya mau aku plak yg duduk ICU...akakakak..


Beberapa hari yasmeen dlm bilik kaca tu.. member sebelah still tak berubah, X-ray dia setiap hari diambil.. last2 dia positif H1N1... Ya Allah kesiannya baby lelaki tu... parents dia lebih la lagi .. aku & yasmeen dikeluarkan dari bilik tu.. skrg bilik tu dikuarantin..no body can enter except doc & nurses. ceh... skipping london kau.. :D
Baby boy tu.. bnyk kali mencetuskan kegawatan.. tetiba je respitory dia bleh drop.. kalau dah drop alamat bisingla buzzer machine tu.. aku sudah 3kali melihat doktor berhempas pulas cuba menstabilkan dia..ada sekali tu Susu memenuhi paru-parunya menyebabkan dia lemas.


Aku lagi la cemas... So, Yasmeen mcm mana?? tidakkah dia akan terjangkit setelah berhari2 duduk dlm bilik yg sama... aku pasrah & terus berdoa agar yasmeen dihindari dari segala penyakit merbahaya.


Akhirnya aku dgr2 citer dari roommate hari ke 12. baby lelaki yg positif H1N1 menemui Penciptanya..Innalillahiwa inna ilaihirojiun.. Akhirnya dia menjadi bidadari syurga Allah.. Beruntunglah baby itu... tempatnya sudah pasti disana.

Alhamdulillah.. yasmeen semakin baik.. tahap respitori dia konsisten lebih dari 96%.. kali ni yasmeen dipindahkan pula ka recovery room.. oh..peluang utk discaj adalah lebih cerah... aku suke!aku suke! :D


Hari ke-9.. tamatlah sesi rawatan yasmeen di Hosp Serdang. Aku sangat2 berterima kasih pada semua doktor & staff yg tak jemu-jemu menjaga & merawat yasmeen.


Yasmeen dibekalkan dgn antibiotik & ubat Tamilflu. So,aku akan pastikan dia consume mengikut masa & habiskan ubat tu. Kali ni En.Shahar tak dpt jemput kami, my mom amik weols slps balik dari kerja.. thanks MAK!


Hadui... dugaan yasmeen tak sampai disitu sahaja... tapi aku dah lenguh menaip... so, utk mengetahui cerita lanjut.. ikuti coretan ku yg sseterusnya..
now aku nak sidai baju la.. kang bising plak en.shahar... Farah dah start asking,
"Ummi ni asik guna komputer jer... ummi buat keje ker?" hahha..kantoi..
sebagai halwa mata... aku kongsikan kenangan aku & yasmeen di dlm wad NICU.
sedih .. sob sob..

bilik ibu.. kat sini la ibu2 tidor

allergic dgn tape

Time ni dah sihat sikit

Dah bole senyum

IV yang ntah berapa kali dibuat

IV lagi besar dari tgn saya...

rehat skjp


lena nya yasmeen

ummi & yasmeen

IV terakhir sebelum pulang... harap sgt IV ni tak bengkok..

Tunggu masa Opah dtg amik kami

tongkat dagu tuu.. ko ader??

dah siappp...mana opah ni??

yasmeen tak sabar nak balik rumah