Monday, October 27, 2014

GIRL POWER! KAP :: 11/10/2014~3/01/2015

Di sini kami bertemu.. Berkumpul... Berkongsi... Bersatu!
Dari tidak pernah kenal antara satu sama lain.. Kini seperti isi dengan kuku!
Semua kami datang dengan satu tujuan!
Bakal pendidik!
Bakal Maju Jaya!
Go Khadijah!
Go Kak Intan!
Go Wan!
Go Liza go!
Hai korang.. Doakan kesuksessan kami ye?  ;)








Learnt About GST and Impact To Manufacturing Company

Hari ini boss dah assigned umi untuk attend Seminar pasal Malaysia GST. Umi, Irene, Zahian dan Asmah berteksi dari SPM to Hilton, PJ.

Supprisingly, hanya kami sahaja yang attend this seminar and Mr. Yong said that memang dia buatkan khas untuk kami.

Dengan ada seminar macam ni.. Dapatlah umi clear info pasal GST. Wah.. Untung la staffs jika company dapat intensif dari GST ni. $$$$$... Muhahahah

Diharapkan kawan-kawan kat ofis dapat hadir untuk belajar tentang GST dan cara untuk apply di company kita. Dan Purchasing tak kurang pentingnya! Sebab segalanya bermula dari department ni.

Ok.. Seyes best la.. Dan best jugak bab makan-makan.. Every 2 hours kami disajikan makanan... Adeih.. Malam pun perut umi terasa kenyang!

Sunday, October 26, 2014

Hearing Aid Kedua Meen Hilang!!



Okay satu je nak cakap, Hearing Aid Meen hilang lagi! Selasa 21/10/2014.
Meen protes tak mahu ditinggalkan di rumah babysitter sebab cuti sekolah sempena Deepavali.

Kata pengasuh dia jumpa earmold di luar rumah bersama puting nyonyot Meen. Tapi Alat HA tak de.

Waaaa... melayang la RM3600. Ummi dah takda airmata nak nangis dah.. Ummi redha.
Pengasuh pun dah try cari merata-rata. Tapi tak nampak pun hasilnya.

Khamis 23/10/2014, ummi bawak Meen untuk Mapping CI, ummi pun ceritakan pada Pn. Dalila pasal HA Meen. Pandai Meen, dia minta brochure dari Ummi, suruh ambil dari display rack.
Dia siap survey color lagi,,, dia nak color MERAH! Fuyyyooooo!! dah ada taste anak ummi nih!



Dia nak color Merah macam kat photo tu. Siap dua tiga kali dia tunjuk pada Pn,Dalila.
Pn. Dalila bagi lagi masa 2 minggu untuk mencari, lepas tu barulah buat next process.
"Apply new HA". Mudah-mudahan application Meen berjaya. Takpelah walaupun kene add on sedikit. Janji Meen pakai semula alat hearing nya.

Oh ya, Pn, Dalila adalah successor selepas Pn. Juliana pergi sambung belajar untuk 2 tahun.
Masa mapping CI , Meen okay dan sangat cooperative. Cuma bila bunyi nyaring, Meen takda tindak balas. So, mapping masih tak cantik. Lagi 2 minggu kene datang lagi untuk tengok progress hearing Meen.

Wassalam.

Akhirnya Penantian CI @ Implan Koklea Yasmeen

Assalamualaikum ..
Sebelum berjayanya implantasi.. Pelbagai dugaan datang dan pergi.
Ada ketikanya kami hampir memutuskan untuk menolak peluang ini.
Dengan permintaan dan luahan seorang datuk yang tak sanggup cucunya disakiti lagi..
Airmataku tumpah lagi.
Aku usahakan agar abahku dapat melihat kejayaan CI Yasmeen.
Masih jelas tersemat di memoriku... Bila mana operation pertama yasmeen ditunda kerana pasangan CI  (Zafira) melalui komplikasi di mana saraf muka menghalang doktor utk meletakkan electrod ke dalam sesiputnya.

11 Jun 2012 - Kemasukan Ke Wad bagi surgery CI
12 Jun 2012 - Planned to Surgery

11 Jun 2012 - Yasmeen perlu hadir ke wad 8C bagi tujuan pemantauan, supaya sebarang risiko pembedahan dapat dielakkan.

Dari malam sebelum operate yasmeen dah dipuasakan .. Bila dah pukul 11.00pg bayang zafira masih tak kelihatan.. Kami dah semakin risau. Mengapa begitu lama operation ni. Kata Dr. Sobani, kalau takde masalah 2-3 jam shj, teringat pada lawatan Dr, Sobani & team ENT ke katil kami pagi semasa Zafira ditolak ke OT.

Waaaa... Dari pkl 7:00 pg Zafira ditolak ke OT sampai pkl 12:00 hari tiada khabar berita dari OT minta kami bersedia.
Yasmeen semakin meronta-ronta minta sebotol susu dan makanan. Tapi tak mungkin dapat umi berikan.

Jam semakin berganjak, hati umi dan abah makin dipagut kerisauan, doa dipanjatkan agar Zafira baik-baik aje. Dalam pukul 1.00 lebih, datang seorang doktor ENT perempuan Cina melangkah menuju ke arah kami. 
Dengan senyuman beliau memberitahu , "maaf puan, encik, kami terpaksa postpone surgery yasmeen, sebab another patient ada sedikit complication", "kami, tak sure jika yasmeen operate boleh selesai sebelum pukul 5 petang, so, yasmeen boleh discaj la petang ni", tambah doktor muda itu lagi.

Lalu umi pun bertanya dengan doktor itu, "so, boleh lah saya start feeding yasmeen?".
Dia mengiyakan.. lalu umi tak tunggu lama, terus umi capai roti & pisang lalu suapkan kepada yasmeen. Abah layan yasmeen makan, sambil tu umi berkemas apa yang patut. Kesian anak umi lapar.

Pukul 2.00 ptg, kami tidak tunggu lama dan tidak sempat pun melihat Zafira pulang ke wad.
Tapi umi & abah dah plan akan melawat Zafira di hospital 2 hari lagi untuk menanyakan situasi sebenar.

Dalam hati umi, macam-macam perasaan timbul, semuanya bercampur-campur. Tak tahu samada nak bersyukur ke? Nak menangis ke? Tapi apa yang umi tahu, "pasti ada hikmah di sebalik semua kejadiaan hari ini".

Oh ya, selepas 2 hari Zafira dioperate, Umi & abah plan untuk melawat nya, Sampai di hospital, 
katil Zafira kosong, rupa-rupanya kami terlewat sedikit, Zafira dah pun keluar dari Wad.

Dalam menunggu keputusan & new date untuk surgeri yasmeen. Umi & abah dah berbincang dan sepakat untuk menarik diri dari Program CI ni. Umi membuat perkiraan sendiri, Adakah ini jawapan kepada Istikarah yang ummi lakukan? Beberapa minggu kemudian, Audiologis HSB , Pn. Azyani call semula untuk menetapkan tarikh baru, Umi minta Pn. Azyani contact Abah, biarlah abah yang menerang & bercakap dengannya sendiri untuk menolak CI itu.

Pn. Azyani cuba meyakinkan abah. Beliau meng-setkan sekali lagi apoinmen dengan Dr. Sobani.
Mungkin sesi kaunseling agaknya. Dr. Sobani meyakinkan kami agar Yasmeen menjalani CI ni.

Umi juga membuat solusi sendiri, umi SMS Pn, Azyani memohon untuk dapatkan nombor handphone Mak Zafira. Umi ingin berbual-bual & bertanya khabar Zafira. Kami tak sempat bersua muka selepas Zafira keluar wad.

Selang beberapa hari kemudian, umi terima call dari Mak Zafira, kami pun berbual-bual, bertukar-tukar cerita, dan Pn. Zikhan menceritakan keadaan Zafira sekarang yang semakin aktif selepas operate, dia tak nampak tanda-tanda kesakitan & sangat lincah seperti biasa. Luka pun dah semakin sembuh,

Umi ajak abah dan atok untuk menziarah Zafira, tujuan umi ajak atok adalah untuk meyakinkan atok yang InsyaAllah , jika Yasmeen dioperate, Yasmeen pun bakal berjaya seperti Zafira. Biar atok nilaikan sendiri & lihat dengan matanya sendiri. Walaupun umi tahu, atok sangat takut & sayangkan Yasmeen. Dia tak mahu Yasmeen tersakiti dan mendapat komplikasi semasa & selepas pembedahan tu nanti.

Seperti yang telah dirancang, kami melawat keluarga Zafira di Klang. Sewaktu tiba dirumah Pn. Zikhan, Zafira sedang seronok bermain. Alhamdulillah.... sungguh seronok melihat perkembangan dia. Lukanya pun dah semakin baik, lagi beberapa hari untuk membuka benang.
Sekurang-kurangnya lega hati kami, dan semangat untuk CI kembali berputik.
Besar harapan kami, walaupun CI bukanlah penghapus pekak, tetapi sekurang-kurangnya menambah baik masalah pendengaran yang dialami, keberjayaan bertutur selepas CI adalah juga bukanlah 100%,
ianya semua bergantung kepada rehabilitasi, peranan keluarga & juga keizinan dari Allah.

Selama beberapa bulan selepas penundaan surgeri, pihak ENT telah menetapkan tarikh :-

6hb Mac 2013 - Admitted Ward 4B
7hb Mac 2013 - 7.30am - OT : CI Surgery

Berdebar bila sudah dapat tarikh jangkaan surgeri, Setiap malam umi mendoakan agar Yasmeen selamat & dapat faedah CI. Hari berganti hari, umi kena pastikan Yasmeen sihat sebelum surgeri.
Yasmeen tak boleh demam, selsema dan batuk. Kesihatan Yasmeen adalah priority kami.
Kami tak mahu ada lagi halangan dan masalah semasa surgeri.

Ya Allah, untuk dijadikan cerita bertambah menarik, umi telah disahkan mengandung anak ke-4 selepas 2 bulan Yasmeen di MRI & CT Scan, mujurlah tiada apa-apa berlaku semasa umi menemani Meen di dalam suite CT Scan HKL. Masa tu umi betul-betul tak tahu umi mengandung adik Yasmeen. Umi tak putus-putus berdoa agar umi sempat menemani Yasmeen menjalani operation.

6hb Mac 2013 , Selepas sarapan pagi Umi, abah dan Yasmeen bertolak ke Hospital. Selesai urusan
Yasmeen di wad, umi minta abah temankan Meen sementara umi turun ke klinik O&G untuk follow up & set appointment untuk ECV (Urutan mengembalikan kedudukan bayi) kandungan umi yang disahkan songsang semasa 36 minggu. Doktor pakar O&G telah memberikan date umi sehari selepas surgeri Meen nanti.So, hari Jumaat lah sekali lagi kene check up di klinik O&G HSB, sebelum Yasmeen discaj. Hahaha... dua dalam satu. Anak surgeri CI, si emak follow up breech pregnancy.

Petang - di wad, Dr. Sobani sekali lagi datang melawat kami untuk bertanya khabar dan melihat keadaan Meen. Abah telah pulang, tinggallah kami berdua didalam wad 4 katil tu. Tiada patient lain selain Meen, Well, kami conquerlah  bilik tu, Yasmeen mulalah beraksi seperti reriang, kehulu kehilir.
Padahal siang tadi kemain melalak bila nak buat line IV. Sumpah umi kesian dan tak sampai hati melihat Meen terseksa menjerit-jerit semasa mengambil darah. Tapi sample darah tu penting untuk surgeri tu nanti. Selain Doktor Sobani, Pakar bius pun datang untuk interview history kesihatan Meen.

Umi cuba mengurangkan kerisauan dengan mengaji dan melayan kerenah Meen,  Malam abah tak dapat remankan weols, So, umi berdua aje dengan Meen, dengan keadaan bilik yg sangat lapang & sunyi, takde teman nak borak-borak. Malam terasa sangat panjang.

Pukul 10.00 malam, Meen dah start puasa, haduiii.. part ini lah yang sangat umi lemah. Tak sanggup rasanya nak lalui lagi keadaan Meen kelaparan dan kedahagaan.
Meen adalah the one and only patient untuk surgeri pada hari tu, Doktor memang purposely tak mahu buat operation 2 patient sebab tak mahu kes seperti Zafira berulang, di mana laluan untuk memasukkan implan tu dihalangi oleh saraf muka nya. Jadi pakar terpaksa lebih berhati-hati agar tidak merosakkan & mencederakan sarafnya.

Pkl 4.00 pagi umi bangun untuk solat-sunat sunat, umi doakan agar pembedahan Meen berjaya & selamat dari sebarang masalah dan Meen mendapat manafaat dari CI ini.
Pada pukul 6.30 pagi umi bangun & bersolat, nurse pun datang menjenguk, dan minta umi mandikan
Meen. Umi bangunkan Meen, segala pekakas susu & makanan umi sorok. Umi tak mahu Meen nampak dan kemudian meminta-meminta untuk minum susu. Serius umi sedih.

Bila troli makanan untuk umi tiba, umi minta attendant untuk letakkan di katil sebelah. huhuhu...
umi tak mahu Meen teringin.

Selesai mandikan Meen, umi duduk kan Meen di katil , selimutkan Meen, mesti dia sejuk, sebab pukul 7.00 pagi dah kene mandi. Nurse minta umi pakaikan baju klinikal surgeri pada Meen.
Masa ni umi dah rasa sebak sangat, tengok muka Meen. Dia senyum aje. Umi sempat ambil video untuk diabadikan. Meen tak mengerti apa-apa, mesti dia tertanya-tanya,"kenapalah aku mesti berada di sini?" Yasmeen di sini adalah kerana umi membantu Meen menambah kualiti hidup Meen, untuk Meen mendengar & sekaligus boleh bercakap.

Pukul 7:30 pagi, nurse sudah bersedia denga katil trolley , hairnet untuk dipakaikan di kepala Meen.
Meen dibaringkan di atas katil, Umi, Meen diiring oleh doktor ENT , nurse ke OT di tingkat 2 Hospital. Abah masa ni belum sampai hospital lagi, tapi umi sempat menitipkan sms yang kami sudah bergerak ke OT. Yasmeen seperti biasa, sentiasa tak lokek dengan senyuman. Itu yang buat umi sebak... adakah umi akan dapat melihat senyuman indah Yasmeen? Waaaa....

Sampai di "Receiving Bay" OT, Nurse memindahkan Meen ke katil lain, dan disebabkan Meen adalah pesakit kanak-kanak, maka waris boleh menemani beliau sehingga di dalam bilik OT.
Umi diarahkan untuk salin baju (baju klinikal) dah macam pakar bedah pun hado... hihihi..

Setelah selesai menukar baju, umi pun masuk ke dalam jabatan OT tu, umi tercari-cari dimanakah Yasmeen? sekali umi ternampak seorang nurse pelatih sedang melayan budak. Budak tu tak lain tak bukan ialah Yasmeen. Actually dia masih cam Yasmeen masa Meen pernah dimasukkan ke wad sebelum ni. Umi tak semena-mena menitiskan airmata melihat wajah mulus Yasmeen.

Tak lama kemudian, nama Yasmeen di panggil oleh doktor yang bertugas. Yasmeen ditolak ke OT No.5. Huhuhu... Umi dah semakin cuak. Di dalam bilik tu dah tersedia pakar-pakar bius, nurse yang akan membantu. Umi meletakkan Meen di atas katil bedah, Meen start meronta untuk bangun dari situ. Dia rasa agak pelik agaknya melihat ramai sangat orang. Doktor bius meminta umi berdiri di bahagian atas kepala Meen. Umi cuba tenteramkan Meen. Dr. Bius minta umi cium dahi Meen.. Ya Allah ... betapa sedihnya, umi bakal meninggalkan mu seorang diri bertarung nyawa di dalam OT ini nanti, Ya Allah Selamatkan lah Anakku Noor Yasmeen. Dr. Bius segera menyuntik sedatif untuk menidurkan Meen, tak sampai berapa second, Meen pun pejamkan mata dan tertidur. Umi dipinta untuk menunggu di ruang menunggu yang disediakan.

Abah sudahpun tiba di hospital, kami berdua menunggu di bilik menunggu. Zikir tak putus-putus buat Meen, dan umi mohon janganlah umi terberanak semasa menunggu pembedahan Meen berjalan. Umi memang dah sarat benar ketika ini. Contracttion kecil dah menunjukkan diri dalam seminggu dua ni.

Adik-adik, kakak-kakak ipar dari Melaka datang memberikan support, dari pkl 7:30 pg ~ 1:00 ptg.
Dalam masa itu, umi keluar masuk dari bilik menunggu ke bilik air, Doktor yang duduk kat kaunter dok perasan umi asik mundar mandir, dalam Jabatan OT memang sejuk giler. Baju klinikal tu dah lah nipis, seejjukkkk makkk! Doktor muda tu baik hati berikan umi selimut panas (panas-panas keluar dari heater) muhahaa... haaa. barulah selesa! :D

Nurse praktikal tak putus-putus bagi info, dia ajelah tempat umi untuk bertanya sampailah dia dengan eksaited nya datang menyampaikan khabar yang Yasmeen dah keluar OT!
Umi tak tunggu lama terus mendapatkan Meen, umi lihat Meen sudah sedar di atas katil di ruang observation bay, Meen mengdepakan tangan minta didukung. Umi terus dukung Meen dan nurse berikan kerusi untuk umi riba Meen , jadi kami dua beranak berdakapan di dalam selimut panas sehingga la doktor bius observe yang Meen boleh balik ke wad. Dalam sejam jugak duk kat observation bay tu, sebab Meen muntah-muntah berdarah, mungkin sebab tekak dia cedera semasa tube oksigen dimasukkan.

Pukul 2.00 petang, Meen sudah berada di wad. Masih tidur, dan bila dia bangun umi cuba berikan air masak sedikit, Tapi Meen masih muntahkan air dan ada lagi kesan darah. Lebih kurang pukul 4 petang barulah Meen boleh tolerate susu. Maka berakhirlah surgeri CI Meen. Sekarang kene lah fikir rehabilitasinya pula selepas keluar dari wad.

Meen dipantau selama 3 hari di wad. Sabtu barulah boleh discaj dari hospital setelah balutan dibuka & luka diperiksa. 2 minggu kemudian akan datang semula ke ENT klinik untuk membuka benang.
Manakala sebulan kemudian , yakni pada 4/4/2013 - CI meen akan di switch on.

Haaah.. penat umi cuba mengingatkan kronologi ini. Ini sajalah memori yang dapat umi share sepanjang perjalanan mendapatkan Implant Koklea untuk Yasmeen. Umi sudah mencuba memberikan yang terbaik untuk mu sayang. Tetapi, sekiranya Allah mengizinkan mu bertutur, maka bertuturlah kamu sayang. Tetapi jika sekiranya tidak diizinkan Nya, maka terimalah dengan penuh redha, Semua ini ada hikmahnya bagi yang mahu berfikir.

Oh ya! Mujur selepas Meen discaj dari hospital pada hari SABTU, AHAD (11/3/2013) pula umi kene hadirkan diri ke Post/Antenatal Dept untuk process ECV , iaitu urutan untuk membetulkan posisi kepala baby.
Umi datang seawal pagi siap sekali berpuasa. Supaya if need emergency caesar, umi dah ready.
Dan seperti yang umi jangka, ECV umi failed, dan specialist kata baby dah engaged.
Umi diletakkan dalam high-risk bay, maksudnya anytime je kalau contraction umi every 15minutes maka Emergency Operation diperlukan. OMG, lapar jangan cakaplah.
Umi siap cakap dengan Doktor Mel (seorang Mualaf) , "boleh tak operate aje?, saya dah lapar lah"... hahah...dia sengih kat umi.Dr. Mel ni jugaklah yang buat ECV umi. OT Room dah ditempah oleh doktor Mel. Contraction dah semakin kerap, umi inform nurse yang menjaga, dia pun buat check up.
Umi disiap-sediakan, catheter sudah siap dipasang. Pukul 7.00 malam umi ditolak ke OT.

Di dalam bilik OT NO.8 , hahaha.. (ingat lagi tu).. umi dibersihkan utk dibius separuh badan. Doktor Mel jugaklah yang akan membedah umi. Semasa umi didalam OT, semua staff OT sedang menunaikan solat Maghrib. Pengalaman PERTAMA bersalin secara pembedahan anak no.4.
Masa suntik bius ditulang belakang, memang terkejut-kejut dbuatnya. Umi dibaringkan setelah 3 kali suntikkan. Doktor cakap, kalau dah terasa kaki seperti kebas-kebas , bagitau dia. Beberapa minit kemudian umi pun bagitau doktor yang umi dah start rasa kebas. Doktor pun menguji samada bius sudah berkesan atau tidak, yang umi dapat rasakan ialah, pisau seakan-akan dilayang-layangkan di atas perut umi. Sungguh ajaib, tak terasa apa-apa pun. Allahuakbar! Doktor bius berada dekat dengan umi, Dr. Mel dibantu oleh seorang lagi doktor perempuan muda dan dua orang nurse. Walaupun blower pemanas dah diletakkan didalam selimut umi, umi still rasa sejuk melampau. Mata umi pulak asyik melihat jam dinding, menghitung waktu, bakkata doktor kalau semuanya OK, 30 minit aje untuk keluarkan baby & siap jahit.

Sepanjang dalam OT , umi berbual-bual dengan doktor dan nurse, siap tanya nurse suntik ubat apa? selepas nurse inject ubat di IV line tu, tetiba umi rasa mata berpinar & percakapan umi jadi tak jelas.
Umi inform doktor bius yang umi rasa tak selesa. Terus dia beri oksigen mask pada umi, kemudian barulah umi dapat melihat dengan baik semula. Start dari itu, oksigen mask tak lekang dari muka.
Tapi umi dapat rasa, doktor bius cuak sekejap, sebab tekanan darah umi okay, tapi kenapa umi nak pitam? Itulah untungnya bius separuh badan, kita dapat komunikasi dengan doktor apa yang kita rasa.

Tepat pukul 8.20 malam, Puteri ke-3 ku dilahirkan. Syukur Alhamdulilah! Kecil aje orangnya. 2.28kg. Baby ditunjukkan kepada umi dan kemudian dibawa pergi untuk dibersihkan. Baby akan dihantar ke wad setelah siap semua penilaian. Okay, cut it short, umi kene tahan kat wad selama 3 hari. Magik tak??? Sabtu Meen discaj from Wad ENT, Ahad pulak umi masuk OT untuk bersalin anak ke4. Itu semua aturan Allah untuk umi, agaknya kalau umi bersalin lagi awal seperti anak-abak lain, tentu umi tak dapat temankan meen operation. Thank You ALLAH sebab izinkan umi berada di sisi Meen saat Meen perlukan umi. :)