Saturday, February 11, 2012

Audio , Speech Assessment & ENT @ HSB

Kali ni merupakan kali pertama Yasmeen berjumpa dengan Cik Audio & Cik Terapi Pertuturan di Hosp. Sungai Buloh.
Appointment kami diawalkan jam 8.30 pagi, pukul 8.05minit kami dah tercongok kat kaunter klinik ENT. Kami diberikan nombor yang awal, iaitu : 6001 (audio) , 3001 (speech) dan 0011 (ENT Doktor), tapi masuk ke bilik Audio dekat nak pkl 9 lebih. Yasmeen dah mundar mandir, tak senang duduk dibuatnya.

Masa audio assessment, Yasmeen memang good girl. Sangat co-operate. Bacaan frequency audio yasmeen tanpa alat pendengaran pun didapati. Tapi tu lah, Tymp nya masih lagi Type B.

Cik Audio pun ada menerangkan serba sedikit mengenai CI ni.
Then Pn. Juliana (Audiologis) serahkan kad temujanji kami kepada pihak Speech pula. Menunggu untuk bertemu speech terapist pun mengambil masa yang agak lama, yasmeen sampai dah bukak-bukak baju dibuatnya. Jenuh mengejar, berlari kesana-kesini. Tunggu punya tunggu , atlast sampai juga turn Yasmeen.

Masuk dalam bilik speech , Yasmeen dilatih oleh seorang terapis yang agak muda lagi :). Sambil dimonitor oleh superiornya, a Malay lady.


Permainan dikeluarkan, Yasmeen diajak bermain. Macam biasalah Yasmeen memang pantang jumpa permainan, lagi-lagi permainan yang baru sekali dia jumpa. Alamat tak menjadilah sesi assessment nya. Buat sikit, yang lain lebih kepada bermain-main.


Terapist-terapist start asking beberapa soalan, aku kira soal selidik tahap bahasa & pertuturan Yasmeen. Yasmeen stay dengan siapa, bila aku berkerja, kat rumah pergaulan dia macam mana... mereka test yasmeen dengan berapa "bunyi 6" /a , e , u , m , ss , shh/. Bab ni aku kantoi, sebab pada mereka bunyi 6 ni kene buat hari-hari 3 kali/sehari, paling2 kurang pun 2kali/sehari.
Aku tak salahkan Cik Shira, mungkin aku tak alert.


Aku hingatkan, bila Yasmeen dah passed bunyian 6 ni pada kelas yang lepas-lepas, tak payah buat dah... bila dah terkantoi bab ni, maka bermulalah sesi bersoal jawab & sesi bercerita mengenai CI oleh Cik Mala (Speech).


Dia tanya apa yang aku tahu mengenai CI? Apa harapan aku pada CI ni? Apa yang aku tahu Pro & Con dari CI ni. Dari mana aku tahu pasal CI? Dah tentu-tentu cara aku menjawab adalah secara am sahaja, sebab aku tak tahu medical term & ayat-ayat sedap yang boleh diguna-pakai. 
Aku tau, aku mau yasmeen boleh mendengar, boleh bercakap-cakap & bersekolah biasa.


Dia kata lagi, aku hanya tahu sedikit sahaja info mengenai CI ni. Aku kene fikirkan komplikasi semasa & selepas operate, dia kata , kita umpama meletakkan satu nyawa dalam bilik operation tu, so jgn put on risk.
Dia kata lagi, tak semestinya kanak-kanak yang dipasang CI ni boleh bercakap. Itu semua terpulang pada kuasa Allah & bergantung pada diri kanak-kanak itu sendiri. Parents pulak kene bagi komitmen pada rehabilitasi intensif.


Dia try nak uji pendengaran & pertuturan Yasmeen, tapi dia kata fokus & attention yasmeen agak lemah, dia suruh Yasmeen direfer semula ke Terapi Carakerja. Ini lah yang aku cuba elakkan, cukup-cukuplah appointment sana-sini, aku takut aku mati tengah jalan plak.Tapi dalam kepala aku, Yasmeen ni dah lama sangat menunggu & dia cepat bosan bila berada lama-lama di suatu tempat asing bagi dia, mulalah dia buat fe'el. Hentahlah!


Okey, dari apa yang aku adapt dari apa yang disampaikan oleh Cik Mala & diproses oleh kepala jemala aku, aku seperti dimomok kan dengan risiko kegagalan CI. Mungkin niat mereka baik, agar parents tak terlalu meletakkan harapan yang tinggi melangit dengan alat CI.
Secara kasarnya, ini beberapa kriteria-kriteria mempengaruhi keberjayaan CI Implan Yasmeen:-
Con's
-----
1) Waktu / Masa untuk stimulation slps Implan dipasang adalah terhad (kerana ibu bekerja)
2) Faktor Komplikasi semasa & selepas Impan, ie: luka lambat sembuh, kesan bius,
3) Atitiud si pemakai, samada dia nak or taknak bercakap
4) Tak semestinya bila pasang C.I pesakit boleh bercakap

Pro's
-----
1) Hearing Aid & C.I adalah teknologi terkini.

Speech terapis kata :-
1) Aku masih kurang info mengenai CI ini.
2) Aku kene fikirkan , kesan komplikasi CI ni, sebab Operation ini mempunyai risiko spt operation yg lain-lain tu. "Buat apa risikokan nyawa anak anda"
3) Hearing Aid ni lebih kurang sama mcm C.I, cuma HA dipakai diluar telinga, manakala C.I ditanam didalam sesiput.
3) Aku kene struggle untuk mengejar kembali masa 2 thn 6 bulan yang Yasmeen dah lewati tu. 
4) Yasmeen pernah didiagnozed gross motor delayed, so dia akan susah nak catch up.
Pada aku & En. Shahar, salahkah kami mencuba jika kami tahu ada alat yang lebih canggih, bak kata Cik Mala jugak , " hearing aid & C.I , umpama kereta kancil & merchedis ", jika "kancil" agak slow, dengan "merchedis" , dia agak laju sesuai dgn harganya. Hentahlah, alasan utama kenapa kami nak CI adalah bila memikirkan Hearing Aid tak banyak membantu dia.
Mendengar & bercakap memang akan mengambil masa, lambat laun mereka akan belajar mendengar & bercakap, CI ni bukan nak pakai setahun dua aje, kami nak dia pakai seumur hidup. Sedangkan kehidupan kita ini juga satu "pembelajaran", apalah bezanya dengan belajar mendengar & bercakap menggunakan CI? At the end of session, moral aku sangat down, masa berbual mengenai CI, En. Shahar berada di luar bilik kerana nak mententeramkan Yasmeen. Jadi aku sorang jelah yang telan semua yang masuk dalam telinga ni.
Takpelah, jika CI Team memutuskan Yasmeen TIDAK BERJAYA aku redha, aku sudah berusaha menyuarakan hasrat kami kepada mereka yang sepatutnya, yang lain-lain aku serahkan pada Allah. Ya mungkin juga apa yang kita rasakan BAIK pada kita, tapi TIDAK pada Allah, kerana Dia lah Maha Mengetahui.
Cik Mala, memohon kemaafan sebab dia tak boleh nak bantu, dia minta aku refer semula pada Cik Shira (Speech HTAR) & Occupational Therapy. What to do? Just wait lah... untuk berjumpa dengan Dr. Fadzilah pula.
Dengan Dr. Fadzilah, dia pun kata, CI Team ni terdiri dari SPEECH , AUDIO & ENT, diorang akan meeting kes ni awal bulan Mac nanti. So, masing-masing akan workout dengan report. Then akan dibentangkan, so yang akan putuskan samada Proceed or Not ialah National Choclear Implantation.
Untuk kali ni Dr. Fadzilah letak appointment date nya dalam masa 3 bulan jaraknya. Today takde nak ambil darah , CT Scan or MRI ker, sebab mereka nak berdiskusi lagi. Maka tamatlah appointment kami di Sungai Buloh untuk hari ini. 29hb ni kene pergi Audio HSB lagi. huuuu...kopak AL makcik..!
Dalam perjalanan pulang, aku mula lah menimbang-nimbang apa yang diucapkan oleh Cik Mala tadi. Hati mula retak-retak menanti belah, terasa macam nak tarik balik jer application CI ni.
Biarlah Yasmeen dengan H.A nya aje, kalau itu lebih memudahkan orang-orang disekelilingnya. Tak payah doktor-doktor & audio/speech nak pening-pening kepala nak pikir next plan yasmeen.
Pasrah! Pasrah! Pasrah! :'(