|
Budak Demam... tgh tido tengah hari |
|
bergambar dgn Abang selepas pulang dari Hosp. |
|
muka ada nampak bahagia selepas 2 kali ambik Neb, |
Pukul 4 pagi, ummi dikejutkan oleh yasmeen, dia nak susu sebab dia pegang botol susu. Okaylah bagi la susu ... tak lama kemudian dia muntahkan susu yang dia minum.
Okaylah, ummi salin baju Yasmeen, masa ni dah terasa badan dia dedar.
Dia tak terus tidur, lalu dia kacau plak abah, so abah take turn jaga and layan Yasmeen, ummi nak bubum, maklum lah, malam tadi ummi tidur pukul 1, sebab nak siapkan pakaian Yasmeen , abang & kakak untuk ke sekolah esok paginya.
Ummi punye la mengantuk sampai tak sedar jam bunyi pukul 6.10am, sedar-sedar jam dah snoozed banyak kali, mujur jugak lah sedar pukul 6.28am... ummi terus kejutkan kakak farah.
Farah mulalah buat perangai bila dia tahu ummi tak pergi kerja.
Actually ummi nak pergi kerja, tapi ummi risau kalau-kalau batuk yasmeen bertukar menjadi semput masa kat taska nanti.
So, ummi bagitau abah ummi tak jadi pergi kerjalah.
Selesai solat Subuh, ummi apalagi plan nak hapdet blog & fb.
Masa masuk bilik nak tengok-tengok Yasmeen, ummi noticed yang nafas yasmeen berbunyi-bunyi. Ummi tak sedap hati, ummi siapkan bekas susu & beg terus ajak Aidil temankan ummi ke hospital.
Sampai di hospital lebih kurang pukul 8.30am. Masa kat kaunter Triage tu, ummi minta MA tu check status pernafasan Yasmeen, then dia tulis kat form tu S.O.B & Chesty Cough .. then ummi register yasmeen di kaunter C (Pembayaran). Lepas dah siap register barulah boleh masuk bilik C.A.R (Cardio Assessment Respiratory). Doktor pun start lah asking a few question & history, so ummi just bagi buku KESIHATAN & Notes yang ummi selalu tulis setiap kali Yasmeen diserang broncho ni.
Masa 1st neb, yasmeen langsung tak bekerjasama, habis ditolak-tolak, ditarik-tarik mask dia. Tu belum kire ubat yang leaking masa dia tarik-tolak mask tadi.
Doktor check sekali lagi pernafasan yasmeen, still ada bunyi lagi, so doktor order Neb one more. Kali ni doktor suruh ummi tenang-tenangkan yasmeen supaya dia tak menolak lagi.
Bukan senang nak minta kerjasama budak besar ini, dia tahu dia taknak, means dia taknak la tu.
Tapi ummi kene bertegas, lagi kuat Yasmeen menolak, lagilah kuat ummi menahan tolakkan yasmeen, akhirnya yasmeen dapat full nebuliser tu.
Berpeluh-peluh melayan amukkan dia. Tapi yang lawaknya, baby lain yang sama condition menangis , merengek, tapi si yasmeen ni, bila habis je gas tu, dia boleh plak berhu-ha sana, berhu-ha sini, siap main acah-acah dengan abang Aidil.
Doktor kata, dia tak akan masukkan warded kan yasmeen, sebab dia AKTIF sangat. Nanti marah plak doktor kat wad kanak-kanak...uhuhu..
Jadi doktor bekalkan ubat, Bricanyl,PCM & Multivitamin.. (yang ni ummi musykil, kenapa ada multivit haa? utk apa agaknya eh?)
Tapi nasib baik , Multivit ni Yasmeen mau makan, kalau tak jadi pekasam jelah. :D
Setakat pukul 4.00ptg, yasmeen much better dari pagi tadi.Harapkan dia akan continuously sihat wal'afiat
SEMOGA CEPAT SIHAT YASMEEN!
I Love You!